Sains Tahun 3
UNIT 3 : MANUSIA
Standard Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat :-
1. Memerihalkan proses pencernaan.
2. Membuat urutan aliran makanan semasa
pencernaan.
3. Merumus tentang makanan tercerna yang
tidak diperlukan oleh badan.
Proses Pencernaan
Proses menghancurkan makanan
menjadi cebisan yang lebih kecil
supaya nutrien daripadanya
boleh diserap semasa melalui
urutan aliran makanan
di dalam badan.
Urutan
Aliran Makanan
Mulut Esofagus
Usus Perut
Dubur
Mulut
Makanan dihancurkan
oleh gigi, lidah
dan air liur.
Esofagus
Organ yang terdiri daripada
tiub berotot merupakan
laluan makanan dari
mulut ke perut.
Perut
Organ pencernaan
di mana makanan
dihancurkan menjadi
semakin kecil.
Usus
Terdapat dua jenis usus iaitu
usus kecil dan usus besar.
Ukuran usus kecil
lebih panjang daripada
usus besar.
Usus Kecil
Nutrien yang terhasil daripada
proses pencernaan akan
diserap kemudiannya
disalurkan ke
seluruh badan manusia.
Usus Besar
Menyerap makanan tercerna
yang tidak diperlukan oleh
badan membentuk
sisa-sisa makanan yang
akan disingkirkan.
Dubur
Sisa makanan keluar
melaluinya
dikenali sebagai tinja.
INFO
Tinja juga dikenali sebagai tahi.
Sains Tahun 3
UNIT 3 : MANUSIA
Situasi 1
Makan sambil berlari Muntah
Situasi 2 Kesan
Perbuatan
Makan dengan gelojoh Tersedak
Situasi 3 Kesan
Perbuatan
Makan sambil bercakap Tercekik
Kesimpulan
1. Proses pencernaan adalah satu proses yang
penting kerana ia mengubah makanan yang
dimakan kepada bentuk tenaga yang
diperlukan untuk terus hidup.
2. Oleh itu kita perlu memastikan makanan yang
diambil adalah berkhasiat dan seimbang
seperti yang disaran oleh Piramid Makanan
Malaysia supaya kita kekal sihat, aktif dan
bertenaga.
Cikgu Hikmah
#lovewhatyoudo