The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sains Tahun 3
Cikgu Hikmah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhikmahz, 2021-09-03 19:46:31

Ketumpatan

Sains Tahun 3
Cikgu Hikmah

SAINS TAHUN 3

UNIT 7
KETUMPATAN

Mengapakah itik
mainan Kina tidak

tenggelam?

Timbul dan Tenggelam

Objek atau bahan di sekeliling kita ada yang boleh timbul di
permukaan air dan ada yang boleh tenggelam di dasar air.

Apakah objek yang boleh timbul dan tenggelam?

Pengelasan Objek

Objek

Timbul Tenggelam

Gabus Span Guli Sabun
Duit syiling
Bola pingpong

Mengapakah objek boleh timbul dan
tenggelam?

Ketumpatan

Timbul atau tenggelam sesuatu objek adalah berhubung
kait dengan ketumpatan objek tersebut terhadap
ketumpatan air.

Perhatikan situasi di bawah

Ketumpatan setiap objek adalah berbeza. Ada objek
yang lebih tumpat daripada air dan ada objek yang

kurang tumpat daripada air.

Objek yang kurang tumpat daripada
air akan timbul.

Objek yang lebih tumpat daripada
air akan tenggelam.

Mengapakah kayu balak timbul di permukaan
air, tetapi gelang getah tenggelam di air?

kayu balak span

Kerana kayu balak mempunyai rongga udara oleh itu
kayu balak kurang tumpat daripada air.

Manakala gelang getah tidak mempunyai rongga udara
oleh itu gelang getah lebih tumpat daripada air.

kayu balak span

Air Menjadi Lebih Tumpat

Apabila garam dilarutkan ke dalam air, air akan
menjadi lebih tumpat. Oleh itu, buah anggur yang

asalnya tenggelam boleh ditimbulkan.

Maka, air boleh menjadi lebih tumpat apabila
menambahkan garam ke dalamnya.

Selain daripada garam, gula juga boleh digunakan
untuk menjadikan air lebih tumpat.

garam

gula

Ketumpatan Cecair Inferens/ Sebab

minyak Air berwarna kurang
air tumpat daripada
gliserin tetapi lebih
berwarna tumpat berbanding
gliserin minyak.

Minyak paling kurang
tumpat.

Gliserin paling tumpat.

Gliserin – cecair likat yang tiada warna mahupun bau, mempunyai rasa
manis serta tidak beracun. Ia digunakan dalam industri makanan sebagai
bahan pemanis dan bahan pelembap. Boleh didapati di farmasi atau
kedai menjual barang kek.

Aplikasi Ketumpatan Dalam Kehidupan

Apakah aplikasi ketumpatan
dalam kehidupan?

Kapal dan sauh diperbuat daripada besi.
Kapal timbul di permukaan air tetapi sauh

tenggelam dalam air. Mengapa?

Kapal timbul di permukaan air kerana rekaan dalaman
kapal yang mempunyai ruang udara menyebabkan
kapal kurang tumpat daripada air.

Bagaimanakah ketumpatan diaplikasikan
dalam situasi di bawah?

Keselamatan

Penternakan

Jaket keselamatan
perenang

Sangkar ternakan
ikan

Jaket keselamatan perenang mempunyai
ruang udara. Hal ini menyebabkan jaket
keselamatan kurang tumpat daripada air.

Oleh itu, perenang boleh timbul
di atas permukaan air.

Keselamatan

Jaket keselamatan
perenang

Sangkar ternakan ikan menggunakan
tong pelampung yang mempunyai ruang udara.

Hal ini menyebabkan sangkar ternakan ikan
kurang tumpat daripada air. Oleh itu,
sangkar ternakan ikan timbul
di atas permukaan air.

Penternakan

Sangkar ternakan
ikan

Ingat Semula ! Tenggelam

Objek Objek berada
di dasar air
Timbul
Objek berada Objek
di permukaan air lebih tumpat
daripada air
Objek
kurang tumpat

daripada air

Ingat Semula !

2. Ketumpatan setiap objek dan cecair adalah berbeza.
3. Air boleh menjadi lebih tumpat dengan menambahkan

garam atau gula ke dalamnya.
4. Aplikasi ketumpatan dalam kehidupan harian adalah

seperti :

kapal dan jaket keselamatan pelampung pada
sauh besi perenang sangkar ikan ternakan

Thanks!

SAINS ITU MUDAH
Cikgu Hikmah

#lovewhatyoudo


Click to View FlipBook Version