The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap tentang Seni Ragam Hias.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Asffa Amelia, 2022-03-29 01:36:53

Buku Skrap Seni

Buku Skrap tentang Seni Ragam Hias.

Keywords: Seni Tingkatan 2

SENI RAGAM
HIAS

Disediakan oleh : Nur Asffa Amelia
Kelas : 2A

Seni Ragam Hiasan

Seni ragam hias atau ornamen ialah hiasan dalam
seni kraf atau karya seni. Seni ragam hias boleh
diolah supaya rupa bentuknya menjadi pelbagai
ragam. Kepelbagaian seni ragam hias biasanya khas
untuk suatu unit budaya pada masa tertentu. Seni
ragam hias merupakan karya seni rupa yang
diambil daripada flora, fauna, geometri, awan larat
dan figuratif. Fokus seni ragam hias dalam tajuk ini
menjurus kepada pengangkutan, alat permainan
rakyat dan alat domestik.

Pengenalan Seni
Ragam Hias Alat
Permainan Rakyat

Alat permainan rakyat juga dikenali sebagai
permainan tradisional. Alat permainan rakyat
ini mempunyai seni ragam hias dengan motif
yang tertentu. Contoh permainan rakyat yang
terkenal ialah wau, gasing dan congkak.

Salah satu contoh alat
permainan seni ragam

hias adalah wau :

Tentang alat permainan
rakyat iaitu wau.

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang
paling popular di Malaysia. Kepopularannya
didominasi oleh rakyat pantai timur
di Semenanjung, Malaysia yang berasal dari
Negeri Kelantan. Tambahan pula, wau ialah
warisan budaya yang tinggi nilai estetiknya dan
ianya terkenal kerana seni ragam hias yang
menarik. Terdapat motif flora dan awan larat
menghiasi wau yang dihasilkan. Wau
mempunyai banyak jenis iaitu wau bulan, wau
burung dan wau kucing.

Itu sahaja daripada saya, semoga
faham akan buku skrap ini.
Sekian Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version