The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(e-Handbook Versi Guru) Buku Panduan Penggunaan Inovasi Jom Apresiasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI ZULAIKHA BINTI ROSMAN IPG-Pelajar, 2023-10-09 10:27:08

(e-Handbook Versi Guru) Buku Panduan Penggunaan Inovasi Jom Apresiasi

(e-Handbook Versi Guru) Buku Panduan Penggunaan Inovasi Jom Apresiasi

‘‘JOM APRESIASI’’ Versi Guru Buku Panduan Penggunaan Kit Pembelajaran Kreativiti dan Inovasi untuk Apresiasi Seni Visual Sebuah Produk Inovasi Disediakan oleh : Siti Zulaikha Rosman


PRODUK INOVASI Imbas QR Code untuk pengalaman lukisan kepada Augmented Reality menggunakan Aplikasi Quiver Vision Inovasi Modul Apresiasi dalam bentuk bahan maujud untuk kemudahan murid memahami konsep apresiasi Inovasi Maujud Inovasi Digital


Projek inovasi yang dibina diharapkan dapat membantu memberi inspirasi dan panduan khasnya kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dari aspek apresiasi dan ekspresi seni dalam memperbaiki kemahiran komunikasi secara visual. Inovasi ‘Jom Apresiasi’ dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah murid tidak memahami konsep apresiasi. Hal ini kerana gambaran visual murid-murid adalah terhad untuk bagi mengatasi imaginasi mereka. Tambahan pula, pelaksanaan apresiasi sering diabaikan dan tidak menyeronok dalam kalangan murid sekolah rendah atas faktor yang tertentu. Inovasi ‘Jom Apresiasi’ ini adalah sebuah kit pembelajaran yang membantu guruguru untuk mencapai objektif bagi melahirkan modal insan yang berupaya serta berkemahiran untuk membuat apresiasi terhadap sesuatu karya menerusi komunikasi visual secara intelek dan rasional. ‘JOM APRESIASI’ Pengenalan Projek Inovasi


Aplikasi Quiver Vision menggunakan elemen digital iaitu ‘Augmented Reality’ (AR) teknologi di mana pengguna mengalami suatu pengalaman maya dalam bentuk 2D kepada 3D. Melalui teknologi AR ini, murid dapat merasai pembelajaran yang berbeza kerana adanya gabungan objek termasuklah gambar dan animasi (Norhanisha Yusof dan Azrayhafizi Matzin, 2023). Quiver Vision adalah aplikasi berbayar menjadikan pelbagai topik pendidikan menyeronokkan untuk dipelajari dengan menjadikan kreativiti dan imaginasi pengguna direalisasikan. Setiap halaman berwarna menjadi hidup dan interaktif sebagaimana cara yang telah diwarnakan sendiri oleh pengguna. Aplikasi ini berupaya untuk memberi kesan kepada pengguna merasai hak pemilikan dan meningkatkan penghargaan karya.


Sila imbas QR Code di bawah untuk menonton video penggunaan projek inovasi ‘Jom Apresiasi’. VIDEO PENGGUNAAN INOVASI JOM APRESIASI


Jika anda telah mematuhi arahan yang dinyatakan, mari mulakan penggunaan Aplikasi Quiver Vision untuk mengalami pembelajaran yang menarik! Bagi persediaan awal menggunakan inovasi ini, sila gunakan peranti seperti telefon bimbit, tablet atau ipad. Hal ini kerana, inovasi ini memerlukan peranti seperti yang disebutkan untuk muat turun aplikasi dan melancarkan Quiver Vision. Quiver ialah aplikasi Augmented Reality yang menggalakkan interaksi dengan persekitaran fizikal. Untuk keseronokan dan keselamatan, sila pastikan muridmurid menggunakan Quiver dengan pengawasan guru atau ibu bapa. PANDUAN PENGGUNAAN INOVASI DIGITAL Memastikan Ada Peranti (Devices) Pengawasan Guru atau Ibu Bapa ‘ QUIVER VISION - 3D COLOURING APP ‘


setelah dimuat turun, buka aplikasi Quiver dan tekan ‘Uruskan Akses’ (Manage Access) Muat turun aplikasi Quiver dalam telefon, tablet atau Ipad di App Store atau Google Play Pilih jenis ‘Langganan’ (Subscription) yang dikehendaki 01 02 03


Setelah ‘Langganan’ (Subscription) berjaya, akses dapat digunakan iaitu empat akses di bawah ‘Langgan’ (Subscribe) mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan sehingga berjaya Klik pada ‘Quiver Library’ dan paparan pelbagai jenis templat mewarna dalam fail bertema disediakan 04 05 06


07 08 09 Setelah pilihan dibuat, tekan simbol cetak di bawah untuk mencetak templat yang dipilih untuk diwarnakan Pilih salah satu fail bertema, kemudian pilih templat yang dikehendaki Guru dinasihatkan untuk mencetak secukupnya untuk diedarkan kepada murid


10 11 12 Setelah diwarnakan, guru perlu buka aplikasi Quiver dan tekan simbol kamera untuk mengesan QR Code yang tersedia di templat tersebut Murid mewarnakan templat yang telah dicetak menggunakan media dan teknik yang dikehendaki QR Code yang berjaya dikesan perlu dilancarkan (Launch) untuk menjayakan penggunaan AR interaktif


Guru membimbing murid untuk memahami, menilai dan berkomunikasi menerusi hasil seni AR yang dilihat secara mudah Setelah berjaya, murid dapat menikmati hasil seni dalam bentuk AR yang bersifat interaktif Setelah penggunaan aplikasi ini berjaya digunakan, aktiviti akan diteruskan dengan penggunaan bahan maujud iaitu murid membuat apresiasi mengikut tatacara yang betul menggunakan Ulat Penghargaan. 13 14 Mari kita teruskan dengan langkah seterusnya!


Bagi langkah seterusnya, penggunaan peranti adalah bebas sama ada digunakan atau tidak bersama Ulat Penghargaan. Hal ini kerana, murid dapat membuat apresiasi semasa menggunakan aplikasi ataupun tanpa aplikasi (tetapi mesti telah didedahkan / menggunakan sebelum apresiasi). Quiver ialah aplikasi Augmented Reality yang menggalakkan interaksi dengan persekitaran fizikal. Untuk keseronokan dan keselamatan, sila pastikan muridmurid menggunakan Quiver dengan pengawasan guru atau ibu bapa. Untuk penggunaan bahan maujud ini, guru boleh memilih beberapa orang murid atau kesemua murid yang ada di dalam kelas. Pelaksanaan aktiviti ini bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam menguruskan masa dan jumlah murid yang diajar. PANDUAN PENGGUNAAN INOVASI BAHAN MAUJUD Penggunaan Peranti (Devices) Pengawasan Guru atau Ibu Bapa Penglibatan Murid Untuk Ulat Penghargaan ‘ ULAT PENGHARGAAN ‘


Sila persembahkan Ulat Penghargaan di hadapan kelas mengguna easel untuk kegunaan murid-murid seperti berikut:


Guru memilih 3 - 5 orang murid sebagai wakil kelas untuk membuat memaparkan hasil seni mereka di papan Ulat Penghargaan. Guru memilih setiap orang murid di dalam kelas untuk memaparkan hasil seni mereka di papan Ulat Penghargaan. atau Guru menerangkan secara ringkas tentang konsep apresiasi kepada murid Guru memberi arahan secara mudah tentang penggunaan Ulat Penghargaan Berdasarkan Unsur Seni yang diklipkan, murid perlu menyatakan penjelasan mengikut pada karyanya. Langkah 1 - Murid menyatakan Unsur Seni yang terdapat. Contoh : Berdasarkan Prinsip Rekaan yang diklipkan, murid perlu menyatakan penjelasan mengikut pada karyanya. Langkah 2 - Murid menyatakan Prinsip Rekaan yang terdapat. Contoh : 15 16 17 Penerangan Persediaan Murid 18


Murid perlu menceritakan media dan teknik yang digunakan semasa hasilkan karya Langkah 3 - Murid menyatakan Media dan Teknik yang terdapat. Guru membimbing murid dengan soalan yang diklipkan. Contoh : Murid perlu menceritakan pengalaman dengan mengaitkan diri mereka dalam berkarya. Langkah 4- Murid menyatakan Pengalaman semasa hasilkan karya. Guru membimbing murid dengan soalan yang diklipkan. Contoh : Anak murid anda pasti kagum dan tertarik untuk melakukan aktiviti seni serta membuat apresiasi pada setiap pembelajaran nanti. Selamat mencuba! 19 20


-TAMAT- “To develop appreciation it is important the perception of artworks is more than just watching and quick reaction; it must be a meaningful experience. Observation must lead to interaction between the child and the work of art, where sensory stimuli get directly attached to memory, experience, emotions, and associations” - Duh, Zupančič dan Čagran, 2014 Disediakan oleh: Siti Zulaikha Rosman PT4S1-4 , 2023


Click to View FlipBook Version