The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfatihahmohamed42, 2022-07-10 14:33:39

TUGASAN BERKUMPULAN HADITH

TUGASAN BERKUMPULAN HADITH

10 HUJJAH PPPH 3163
Kajian Hadith Masa Kini

PENDAHULUAN Fahaman anti hadith ini sebenarnya
mempunyai pegangan yang tidak
Umat Islam kini sedang mempercayai hadith sebagai
menghadapi pelbagai bahaya sumber epistemologi Islam selepas
dalam bab akidah dan amalan al-Qur’an. Penghujahan golongan
termasuklah ancaman yang berfahaman ini bahawa al-
golongan anti hadith yang Qur’an sebagai kitab yang lengkap
sering menimbulkan keraguan dan sempurna telah menolak
dan dilema antara al-Quran sumber-sumber lain sebagai sumber
dan hadith. perundangan Islam.

Nama Ahli Kumpulan

1. Nur Alya Afifah binti Muhammad Izzuddin (A174566)
2. Nor Fatihah binti Mohamed (A174750)
3. Nor Adilah binti Che Hamzah (A174259)
4. Tuan Nabilah binti Tuan Ghazali (A174063)


SEJARAH Perkembengan Anti Hadith Zaman Moden
GOLONGAN - Selepas beberapa abad, muncul kembali
ANTI HADITH fahaman yang di pelopori oleh golongan
Orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadith.
Zaman Rasulullah - Situasi sama turut berlaku di Mesir pada zaman
- Kemunculan golongan ini dapat ditinjau di kalangan kaum Sheikh Muhammad Abduh.
Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda serta - Muncul keraguan yang ditimbulkan oleh
melemparkan tuduhan yang tidak berasas. penjajah Barat.
- Namun tidak di kategorikan sebagai anti hadis kerana
akidah meraka tidak beriman terhadap ajaran islam. Kemunculan Anti Hadith Zaman Imam Syafie
- Muncul berorientaliskan kepada 2 perkara iaitu
Sejarah Anti Hadith Zaman Sahabat penolakan terhadap hadith yang bersifat bukan
- Golongan anti hadith telah wujud pada zaman sahabat mutawatir seperti hadith ahad.
Rasulullah S.A.W. - Mereka juga mendakwa bahawa hadis bukanlah
- Umaiyah bin Khalid berusaha mencari penyelesaian penerang atau penguat kepada al-Quran.
terhadap permasalahan merujuk al-Quran sahaja. - Orang yang mula berdebat dengan golongan
- Beliau telah berbincang dengan Ibn Umar. berkenaan adalah Imam Syafie.
- Ibn Umar telah mengingatkannya agar menerima atau - Beliau berjaya mematahkan idea palsu yang
melaksanakan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dikemukan oleh anti hadith.

NOMADIC  |  24


SOALAN: Dilema golongan anti hadith antara al-
Quran dan hadith.

Jawapan: al-Quran dan hadis merupakan dua sumber
ilmu yang terdapat di dalam Islam. Segala ilmu yang
bersumberkan nas-nas al-Quran dan hadith dikenali
sebagai ilmu naqli. Kebenaran yang terkandung di
dalamnya merupakan kebenaran yang bersifat mutlak.
Islam menggalakkan kita supaya merujuk kepada dua
sumber yang berautoriti ini agar perjalanan hidup
sentiasa berada dalam manhaj Ilahi. Justeru, tiada dilema
mahupun keraguan dalam mempercayai dan beriman
dengan al-Quran dan hadith. Demikian, apa yang didakwa
oleh golongan anti hadith tersebut adalah bercanggah
daripada ajaran Islam yang sebenar. Sebagai orang Islam,
kita wajib mempercayai dan meyakini apa sahaja yang
terkandung di dalam al-Quran dan hadith tanpa
meraguinya sama sekali.

SOALAN: Golongan anti hadith mendakwa bahawa
terdapat kesilapan hadis dalam penafsiran.

Jawapan: Al-Qur’an dan Hadith adalah dua sumber
rujukan utama yang tidak dapat dipisahkan. Seseorang
yang beriman dengan Allah akan beriman dengan
Rasulullah S.A.W. Justeru, al-Qur’an dan hadith setiap satu
saling kait-mengait dan tidak dapat dipisahkan, antaranya
seperti:

1. Sebagai metod persetujuan (muwafaqah) ke atas ayat-
ayat al-Qur’an.
2. Sebagai bentuk penjelasan (bayan) ke atas ayat-ayat al-
Qur’an yang diwahyukan.
3. Sebagai pembentukan undang-undang baru yang tidak
dijumpai dalam al-Qur’an.
4. Sebagai metod pembatalan (naskh) ke atas undang-
undang yang terkandung dalam ayat-ayat al-Qur’an
(proses ini dilakukan melalui ijma ulama’)

Justeru, dakwaan seperti yang dikatakan oleh golongan
anti hadith bahawa terdapat kesilapan hadith dalam
penafsiran adalah sama sekali tidak benar. Ini kerana, apa
yang berkaitan dengan hadith adalah melalui proses
kesepakatan ulama’ muktabar.


SOALAN: Golongan anti hadith menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar kerana ia
hanya dinyatakan dalam hadis tidak dalam al-Quran lalu menganggapnya bertentangan
dengan A-Quran.

Jawapan: Qada’ dan Qadar ialah pemberitahuan bahawa Allah SWT mengetahui segala usaha
hamba-Nya dan ianya terjadi bertepatan dengan ilmu-Nya. Sebahagian ulama memberi
pengertian Qada’ ialah ketetapan Allah dan Qadar adalah pelaksanaan Qada’ (ketentuan).
Berdasarkan Surah An-Nisaa’ ayat 136, memang hanya 5 Rukun Iman yang disebut iaitu beriman
kepada Allah, Nabi dan Rasul, Malaikat, Kitab dan Hari Kiamat dan tidak disebut Rukun Iman yang
keenam iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar. Namun Rukun Iman yang keenam yang
digariskan oleh Rasulullah SAW tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada
ayat-ayat yang lain iaitu dalam Surah Al-Hadid ayat 22-23, sebagaimana firman Allah SWT;

‫ِهَّللا َيِس يٌر() ِلَكْياَل َتْأَس ْو ا َع ىَل‬ ‫َع ىَل‬ ‫َذِلَك‬ ‫ََيأْبْنَخَُنلْبوَرََنأَهَواَيِإْأَُّمن‬ ‫ِم ْن َقْبِل‬ ‫ِكَتاٍب‬ ‫ِإاَّل ِفي‬ ‫َم ا َأَص اَب ِم ْن ُم ِص يَبٍة ِفي اَأْلْرِض َواَل ِفي َأْنُفِس ُكْم‬
‫ِباْلُبْخِل َوَم ْن َيَتَوَّل َفِإَّن َهَّللا‬ ‫الَّناَس‬ ‫ُروَن‬ ‫() اَّلِذيَن‬ ‫َفُخوٍر‬ ‫ُم ْخَتاٍل‬ ‫َم ا َفاَتُكْم َواَل َتْف َرُحوا ِبَم ا آَتاُكْم َوُهَّللا اَل ُيِح ُّب ُكَّل‬

‫ُهَو اْلَغ ِنُّي اْلَحِم يُد‬

Ertinya:“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri

melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu

supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan

terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap

orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Oleh itu sebagai Muslim iaitu pengikut kepada ajaran agama Islam kita wajib beriman dan yakin
dengan Qada’ dan Qadar kerana ia adalah salah satu daripada Rukun Iman. Kita harus percaya
segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT termasuklah perkara
baik buruk, hidup mati, semuanya menjadi bukti kebesaran Allah SWT. Justeru itu, meyakini Qada’
dan Qadar adalah kewajipan ke atas setiap Muslim.


SOALAN: Kassim Ahmad mendakwa bahawa hanya 40% sahaja yang benar dan boleh
diterima manakala 60% lagi adalah bohong.

Jawapan: Keghairahan mengetahui status hadis tanpa disirami dengan baja kefahaman jelas boleh
merosakkan seseorang. Maka masyarakat harus difahamkan sentiasa mengenai objektif dan asas ilmu
berkaitan status hadis seiring peningkatan mereka mengenai status hadis itu sendiri. Objektif umum ilmu
berkaitan status hadis adalah untuk membolehkan umat Islam benar-benar beramal dengan perintah Allah
dan Rasul sebagaimana terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, bagaimana kita tahu dan
pasti yang dikatakan al-Quran itu al-Quran? Sedangkan wahyu bukan turun kepada kita? Bagaimana kita tahu
yang dikatakan hadis itu hadis, sedangkan bukan telinga kita yang mendengar tutur kata Nabi dan bukan
mata kita yang melihat gerak laku Nabi SAW? Jawapannya adalah melalui perkhabaran (biasanya disebut
riwayat) orang kepada kita.

Jalur perkhabaran ini memberikan kesan kepada tahap keyakinan kita terhadap kebenaran perkhabaran dan
penisbahan khabar itu sendiri. Al-Quran semuanya sampai kepada kita melalui jalur perkhabaran mutawatir
iaitu melalui jalur perkhabaran yang banyak sekira-kira mustahil seramai itu tersilap atau terlupa atau
berbohong. Maka status keyakinan kita bahawa al-Quran yang sampai kepada kita adalah daripada Nabi
Muhammad SAW adalah yakin, tidak ada keraguan. Berbeza halnya dengan hadis. Tidak semua hadis
perkhabarannya sampai secara mutawatir, banyak sekali hadis yang jalurnya tidak mutawatir, disebut sebagai
periwayatan ahad. Berbeza dengan periwayatan mutawatir, periwayatan secara ahad tidak sampai ke tahap
yakin ia daripada Nabi, ia masih di tahap sangkaan (disebut zhonni). Penting juga diingatkan di sini, istilah
'tidak sahih' bukan bererti hadis ini 'tidak betul' sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian ahli
masyarakat. 'Tidak sahih' di sini hanya bermakna hadis itu tidak memenuhi syarat hadis sahih seperti
ditetapkan oleh penilai hadis berkenaan. Dengan erti kata lain, kemungkinan hadis daif ini daripada Nabi SAW
tidak setinggi kemungkinan hadis sahih. Maka di sini perlu difahami persamaan dan perbezaan antara hadis
sahih serta daif.Persamaan antara hadis sahih dan daif adalah sama-sama tidak mencapai tahap yakin seperti
hadis mutawatir. Perbezaan antara hadis sahih dan daif pula adalah kemungkinan hadis sahih itu daripada
Nabi adalah tinggi, sementara kemungkinan hadis daif itu daripada Nabi SAW adalah tidak setinggi hadis
sahih. Perbezaan ini membawa kepada perbezaan, secara praktikal, kepada skop aplikasi hadis sahih dan
hadis daif masing-masing.

Jelas sekali sesebuah hadis melalui jalan periwayatan yang sangat ketat dan teliti jadi mana mungkin hadis
adalah bohong seperti yang didakwa oleh Kassim Ahmad melainkan jelas dalam sanadnya terdapat perawi
yang dusta dan matannya tidak logik dari sudut akal manusia. Maka hadis itu boleh dikatakan bohong dan
tidak boleh diterima dan ia hanya sandaran yang diletakkan kepada Rasulullah oleh orang yang tidak
bertanggungjawab misalnya hadis yang direka oleh penglipur lara atau orang yang ingin manfaat apabila
mencipta atau mereka hadis palsu.


SOALAN: Kasim Ahmad mempertikaikan
mengapakah hadis tidak ditulis lebih awal iaitu

pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan ia hanya
ditulis secara rasmi selepas zaman Imam Syafi’i.

Jawapan: Kebimbangan berkaitan penulisan hadis
berlanjutan hinggalah ke zaman Khulafa’ al-
Rasyidin. Sebahagian besar para sahabat masih
lagi bertegas untuk tidak menulis lagi hadis kerana
terlalu bimbangkan al-Quran. Al-Khatib (1974)
menyatakan pada ketika ini, para sahabat masih
lagi memberikan komitmen yang sangat tinggi
terhadap al-Quran. Mereka menghimpunkannya
pada zaman Abu Bakar r.a dan menulisnya pada
zaman ‘Uthman. Seterusnya mereka sibuk pula
mengirimnya ke seluruh pelosok wilayah Islam
untuk memastikan al-Quran sentiasa terpelihara.
Atas kesibukan inilah, para Khulafa’ al-Rasyidin
tidak memfokuskan kepada penulisan hadis secara
rasmi pada zaman mereka. Mereka mahu
memastikan al-Quran benar-benar terpelihara.
Mereka juga ingin memastikan al-Quran tersebar
ke dalam masyarakat Islam dalam bentuk yang
tidak diperselisihkan. Kerana itulah Khalifah
‘Uthman telah menetapkan hanya mushaf rasm
‘Uthmani yang diguna pakai oleh umat Islam.

Penulisan hadis secara rasmi hakikatnya telah pun
dimulakan sebelum zaman Imam Syafei lagi.
Penulisan hadis secara rasmi telah mula
digerakkan oleh Khalifah ‘Umar Abdul ‘Aziz pada
akhir abad kedua. Beberapa faktor telah menolak
Khalifah ‘Umar untuk mengumpulkan hadis secara
rasmi. Pertama; Kekhuatiran bercampurnya antara
al-Quran dan hadis bukan lagi isu yang
menghalang untuk mengumpulkan hadis di mana
al-Quran telah pun dibukukan ke dalam mushaf-
mushaf dan telah disebarkan ke serata negeri.
Kedua; Para penghafaz hadis telah ramai yang
syahid dalam peperangan. Maka hadis perlu
dibukukan agar tidak hilang ditelan zaman. Ketiga;
Semakin melemah kemampuan hafalan orang-
orang Islam kala itu. Keempat; Hadis-hadis palsu
yang direka oleh kumpulan politik khususnya
semakin tersebar luas untuk mereka buktikan
kebenaran kumpulan mereka. Untuk itu jelaslah
bahawa penulisan hadis tidak dilakukan secara
rasmi pada zaman Khaliah al-Rasyidin kerana
perasaan takut hadis akan bercampur dengan al-
Quran masih lagi menebal dan kerja-kerja
pengumpulan dan penulisan al-Quran masih lagi
dijalankan sehinggalah pada zaman Khalifah
‘Uthman.


SOALAN: Sahih atau tidak sesuatu hadis bergantung kepada jujur atau tidak para perawinya.
Ini sudah tentu satu kaedah yang amat longgar kerana kejujuran seseorang hanyalah
didasarkan kepada penilaian orang lain dan ini sudah tentu relatif kepada banyak faktor dan
keadaan.

Jawapan: Menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya memiliki dasar dalam
al-Qur'an itu sendiri. Perhatikan bahawa apabila al-Quran menetapkan hukuman bagi jenayah zina, ia
mensyaratkan persaksian 4 orang saksi, dan para saksi ini hendaklah dari kalangan orang yang
beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa. Sifat-sifat yang mengikitiraf
seseorang saksi tersebut ditentukan pula berdasarkan pengamatan orang-orang di sekitarnya yang juga
perlu terdiri dari orang-orang yang memiliki sifat tersebut. Maka jika kaedah menentukan sifat
seseorang saksi sebegini diiktiraf oleh al-Qur'an untuk menjatuhkan hukuman jenayah 'sehingga ke
tahap hukuman bunuh' sudah tentulah pula hadis yang dibawa oleh orang-orang yang beriman, baligh,
berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa dapat diterima sebagai sesuatu yang benar-benar
berasal dari mulut Rasulullah SAW.


SOALAN: Hadis adalah ciptaan orang terkemudian antara hujah Kassim
Ahmad dalam mempertikaikan hadis.

Jawapan: Hadis merupakan salah satu panduan yang digunakan oleh umat Islam
dalam melaksanakan berbagai macam aktiviti baik yang berkaitan dengan urusan
dunia maupun aktiviti yang berkaitan dengan urusan akhirat. Hadis merupakan
sumber hukum agama Islam yang kedua setelah kitab suci Al-Qur’an. Jika suatu
perkara tidak dijelaskan di dalam Al-Qur’an, maka umat Islam akan menggunakan
sumber yang kedua yaitu Hadis. Hadis adalah setiap tulisan yang berasal dari
perkataan atau pun percakapan Rasulullah Muhammad SAW. Dalam terminologi
agama Islam sendiri, dijelaskan bahwa hadis merupakan setiap tulisan yang
melaporkan atau pun mencatat seluruh perkataan, perbuatan dan tingkah laku
Nabi Muhammad SAW. Disini jelaslah bahawa hadis adalah bukan satu ciptaan
orang terkemudian.


SOALAN: Kassim Ahmad mendakwa kaum muslimin ketinggalan di
belakang bangsa-bangsa lain dalam dunia akibat telah mendewa-
dewakan nabi Muhammmad SAW dan para ulama’.

Jawapan: Ulama’ bukanlah maksum, dan setiap Muslim mengetahuinya. Mereka juga tahu
bahawa kemaksuman bukanlah syarat penerimaan umat terhadap kepimpinan mereka.
Mereka diterima kerana jasa dan keikhlasan mereka berkhidmat kepada Islam. Kecaman
melulu Kassim Ahmad terhadap ulama’ sudah mengeluarkannya dari golongan yang
menghormati batas-batas Allah. Namun, disebabkan oleh keterujaannya yang melampau
terhadap persoalan politik dan kuasa, Kassim terlepas pandang bahawa masalah sebenar
yang dihadapi oleh Kaum Muslimin adalah masalah ilmu. Disebabkan ketiadaan ilmu yang
benar itulah mereka tidak dapat membezakan antara ulama’ sebenar dengan ulama’ palsu.
Yang sepatutnya menjadi sasaran Kassim adalah ulama’ palsu akan tetapi kerana
kehampaan ilmu maka beliau juga tidak dapat membezakan antara keduanya. Justeru,
tentulah melucukan melihat gelagat Kassim berucap memberi amanat pada suatu
perhimpunan yang membicarakan tentang kepimpinan. Ia ibarat menjemput orang buta
berbicara tentang warna.


SOALAN: Kassim Ahmad mengatakan Nabi Muhammad SAW
hanyalah menyampaikan wahyu.

Jawapan: Ayat-ayat di atas dan beberapa lain Dakwaan bahawa tugas Rasulullah SAW hanya
yang senada sebenarnya menerangkan membawa al-Qur’an juga dapat ditolak dengan
bahawa Rasulullah SAW tidak dipertanggung- merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-
jawabkan untuk memastikan setiap orang Qur’anul Karim yang sedia menerangkan
menerima risalah Islam. Baginda hanya pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda.
dipertanggung-jawabkan untuk Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan
menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tanggung-jawab Rasulullah SAW:
tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah
dan petunjuk Allah Dalam ertikata lain, sama 1. Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah
ada seseorang itu menerima atau menolak sahaja
Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi 2. Membawa al-Qur’an untuk manusia.
adalah urusan mutlak Allah SWT. Penjelasan 3. Membacakan al-Qur’an kepada manusia.
ini akan lebih difahami dengan merujuk 4. Membersihkan manusia dari dosa dan
kepada ayat-ayat berikut kemungkaran.
5. Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai 6. Menerang, menghurai dan memperincikan al-
sekalian manusia! Telah datang kepada kamu Qur’an.
kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa 7. Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu
yang mendapat hidayah petunjuk (beriman dan perincian agama yang tidak terkandung
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk dalam al-Qur’an.
itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan 8. Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum
sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka itu tidak diketahui.
bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas 9. Merangsang umat untuk sentiasa berjihad
dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menegakkan Islam.
menjadi wakil yang menguruskan soal (iman 10. Menggubal hukum.
atau keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Demikian antara 10 tugas Rasulullah SAW yang dijawatkan oleh Allah dalam al-Qur’anul Karim.
Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-Qur’an seperti menunjuki umat
ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita
gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada
orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi.
Yang pentingnya tugas Rasulullah SAW tidaklah sekadar membawa al-Qur’an sahaja umpama
seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.


SOALAN: Mengapa hadis tetap ditulis sedangkan terdapat hadis yang melarang.

Jawapan: Hakikatnya, baginda Rasul sememangnya ada melarang menulis hadis akan tetapi larangan
tersebut hanyalah pada awal-awal Islam sahaja. Berkaitan hadis larangan yang dinyatakan,

sememangnya benar bahawa hadis tersebut adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim
manakala Bukhari meriwayatkannya secara mauquf. Bagaimanapun larangan tersebut hanyalah berlaku

pada zaman awal-awal Islam sahaja. Maka atas beberapa sebab, nabi s.a.w telah melarang hadis itu di
tulis. Al-Khatib al-Baghdadi menjelaskan beberapa sebab mengapa hadis tidak ditulis pada awal-awal
Islam dan beliau menyatakan bahawa larangan itu hanya bersifat sementara. Al-Khatib menyatakan
bahawa antara perkara yang menyebabkan hadis tidak ditulis ialah baginda s.a.w tidak mahu umat Islam
ketika itu sibuk dengan perkara selain dari al-Quran. Sedang al-Quran masih lagi diturunkan. Baginda
s.a.w takut ia akan menyebabkan masyarakat keliru antara ayat al-Quran dan hadis lantas mencampur-
adukkan antara hadis dengan al-Quran. Al-Khatib menambah lagi bahawa hadis tidak ditulis tatkala itu
iaitu pada zaman awal Islam adalah kerana sedikitnya umat Islam yang mahir dalam agama dan yang
betul-betul mahir dalam membezakan antara al-Quran dan hadis. Perkara kedua yang menyebabkan
perkara tersebut adalah baginda s.a.w takut sekiranya baginda s.a.w mengarahkan agar hadis ditulis
akan menyebabkan para sahabat bergantung pada penulisan yang akan mengganggu hafalan hingga
boleh merosakkannya. Oleh sebab sanad dan masa masih sangat hampir dengan baginda s.a.w, maka
baginda s.a.w mengarahkan agar hadis itu dihafal memandangkan ia adalah lebih mudah buat mereka

dan kekuatan menghafal itu sendiri merupakan keistimewaan orang-orang Arab tatkala itu.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
PORTFOLIO INFORMATIVE SPEECH
Next Book
The Integrated Marketing Communication Plan of Yuantong Express