The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfatihahmohamed42, 2022-07-10 07:37:50

Anti Hadis Part Fatihah

Anti Hadis Part Fatihah

SOALAN: Dilema golongan anti hadith antara al-Quran dan hadith.
Jawapan: al-Quran dan hadis merupakan dua sumber ilmu yang terdapat di dalam Islam. Segala
ilmu yang bersumberkan nas-nas al-Quran dan hadith dikenali sebagai ilmu naqli. Kebenaran
yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran yang bersifat mutlak. Islam menggalakkan
kita supaya merujuk kepada dua sumber yang berautoriti ini agar perjalanan hidup sentiasa
berada dalam manhaj Ilahi. Justeru, tiada dilema mahupun keraguan dalam mempercayai dan
beriman dengan al-Quran dan hadith. Demikian, apa yang didakwa oleh golongan anti hadith
tersebut adalah bercanggah daripada ajaran Islam yang sebenar. Sebagai orang Islam, kita
wajib mempercayai dan meyakini apa sahaja yang terkandung di dalam al-Quran dan hadith
tanpa meraguinya sama sekali.

SOALAN: Golongan anti hadith mendakwa bahawa terdapat kesilapan hadis dalam
penafsiran.
Jawapan: Al-Qur’an dan Hadith adalah dua sumber rujukan utama yang tidak dapat dipisahkan.
Seseorang yang beriman dengan Allah akan beriman dengan Rasulullah S.A.W. Justeru, al-
Qur’an dan hadith setiap satu saling kait-mengait dan tidak dapat dipisahkan, antaranya seperti:

1. Sebagai metod persetujuan (muwafaqah) ke atas ayat-ayat al-Qur’an.
2. Sebagai bentuk penjelasan (bayan) ke atas ayat-ayat al-Qur’an yang diwahyukan.
3. Sebagai pembentukan undang-undang baru yang tidak dijumpai dalam al-Qur’an.
4. Sebagai metod pembatalan (naskh) ke atas undang-undang yang terkandung dalam

ayat-ayat al-Qur’an (proses ini dilakukan melalui ijma ulama’)

Justeru, dakwaan seperti yang dikatakan oleh golongan anti hadith bahawa terdapat
kesilapan hadith dalam penafsiran adalah sama sekali tidak benar. Ini kerana, apa yang
berkaitan dengan hadith adalah melalui proses kesepakatan ulama’ muktabar.


Click to View FlipBook Version