SMK ALAM MEGAH
KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1/2022
TAJUK KAJIAN : SALASILAH KELUARGA SAYA
NAMA : JAESHVEN KARUNAGARAN
KELAS : 1 AMANAH
NAMA GURU : PN SHAMILLAH BINTI HAMDZAH
Bilangan Tajuk Muka surat
1.0 Objektif Kajian 1
2
2.0 Kaedah Kajian
3
3.0 Laporan Kajian 3
o 3.1 Salasilah Keluarga 5
6
⮚ 3.1 a) Salasilah Keluarga Ibu 7
⮚ -Carta salasilah keluarga 8
9
⮚ 3.1 b) Salasilah Keluarga Bapa 10
⮚ - Carta salasilah keluarga
13
⮚ 3.1 c) Salasilah Keluarga Saya 17
- Carta salasilah keluarga 19
-Perkembangan Diri dan Keluarga 20
22
o 3.2 Tokoh Keluarga
- Tokoh Keluarga Saya
o 3.3 Peristiwa Bersejarah
4.0 Rumusan
5.0 Lampiran
6.0 Rujukan
OBJEKTIF KAJIAN
1.0 Objektif Kajian
Bagi menyiapkan kes kajian ini, terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan
seperti berikut:
1. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih mendalam tentang asal usul
keluarga saya.
2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga sebelah ibu dan
bapa sehingga ke generasi saya.
3. Saya juga dapat menanam rasa bangga dan sayang terhadap pencapaian keluarga
saya.
4. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang keluarga saya
1
KAEDAH KAJIAN
2.0 Kaedah Kajian
Bagi mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:
1. Kaedah lisan iaitu kaedah menemuramah orang sumber saya iaitu bu dan dan ayah
saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri mereka dan juga ahli-ahli keluarga
mereka.
2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan ahli keluarga
saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
3. Kaedah rujukan di mana aya telah melihat dan mengambil maklumat daripada
dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh buku ibu bapa saya dan megumpul
beberapa gambar dari album keluarga.
2
LAPORAN KAJIAN
3.0 Salasilah keluarga
Salasilah keluarga adalah susunan nama anggota keluarga dari beberapa generasi baik
dari keluarga nuklear atau keluarga kembangan. Selain itu, salasilah keluarga membawa
maksud asal usul suatu keluarga atau catatan yang menggambarkan hubungan
keluarga sehingga beberapa generasi (nenek moyang). Menurut tulisan Edmund Ophie
berjudul “Pohon dan Aplikasinya dalam Bagan Silsilah Keturunan”, salasilah juga
disebut sebagai genogram. Iaitu carta yang mewakili hubungan kekeluargaan dalam
bentuk pepohon.
3.1a) Salasilah keluarga ibu saya
Carta salasilah keluarga ibu saya bermula daripada Yashvant Kumar iaitu datuk
saya dan Sarojini a/p Ragavan iaitu nenek sebelah ibu saya. Arwah datuk yang lahir
pada 4 Ogos 1949 berasal dari Negeri Sembilan manakala nenek pula dilahirkan pada
21 September 1948 berasal dari Klang. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada
10.12.1978 dan terus menetap di Brickfields, Kuala Lumpur. Pada masa itu, arwah
datuk hanya bekerja sebagai Pembantu Stor di Shin Etsu, Ulu Klang sementara nenek
saya bekerja sebagai pekerja kilang di Matsushita,Shah Alam. Setalah setahun
mendirikan rumah tangga, tanggal 7.9.1979, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya
mata kembar iaitu Sumita Yashvant Kumar (kembar 1) dan ibu saya, Sunita Yashvant
Kumar (kembar 2). Setelah ibu saya dilahirkan, nenek saya terpaksa berhenti bekerja
untuk menjaga anak-anaknya.
3
Kerja harian datuk meletihkan dan ganjarannya pula ala kadar untuk
menampung keluarga. Walaupun datuk dan nenek hidup dalam kesempitan pada masa
itu, mereka amat menitik beratkan soal kepentingan ilmu.Hasilnya, kedua-dua anak
kesayangan mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Anak
pertama mereka telah berjaya belajar sehingga Ijazah Sarjana Muda di sebuah kolej
swasta dan kini bertugas sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta. Anak
kedua mereka iaitu ibu saya telah berjaya melanjutkan pengajian keperingka Ijazah
Sarjana di UPM dan kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekoah kerajaan.
Kedua-dua anak beliau telah mendirikan rumah tangga. Ibu saya yang merupakan anak
bongsu telah berkahwin dengan Karunagaran (bapa saya) pada 30.5.2008 dan
mempunyai 2 orang anak. Sumita Yashvant Kumar (mak cik saya) telah berkahwin
dengan Sashi Kumar pada tahun 2005. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Menurut
ibu, arwah datuk meninggal secara terkejut. Arwah datuk pergi untuk selamanya pada
tanggal 27 Oktober 2016 lebih kurang 2:30 p.m. di kediamannya.
4
Carta salasilah keluarga saya Sarojini Ragavan
Yashvant Kumar
Sumita Yashvant Kumar Sunita Yashvant Kumar
(makcik) (ibu)
5
3.1b) Salasilah keluarga bapa saya
Carta salasilah bapa saya pula bermula daripada datuk saya iaitu
Valasupramaniam a/l Sundram dan nenek saya, Sakthi a/p Govindan. Datuk saya
berasal dari Selangor manakala nenek saya berasal dari Teluk Intan,Perak. Mereka
telah mendirikan rumah tangga pada 1976 dan menetap di Kuala Lumpur. Pada masa
itu, datuk mencari pendapatan dengan menjadi seorang pemandu lori sementara nenek
menjadi tukang masak di sebuah sekolah swasta. Hasil perkahwinan datuk dan nenek
telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan Anak
pertamanya yang diberikan nama Saravanan di lahirkan pada 16.6.1977, manakala
Karunagaran (bapa saya) dilahirkan pada 19.6.1079, Kesavan dilahirkan pada 4.9.1980
dan Punitha di lahirkan pada 16.1.1982 .
6
Carta Salasilah keluarga bapa saya Sakthi Govindan
Valasupramaniam (nenek)
(datuk)
Saravanan Karu (ayah) Kesavan Punitha
7
3.1 c) Salasilah keluarga saya
Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, ibu saya saya dan adik lelaki saya.
Ibu dan bapa saya telah mendirikan rumah tangga pada 30Mei 2008. Selepas berkahwin,
mereka nenetap di Seri Kembangan, Serdang kerana ibu saya bertugas sebagai seorang
guru di sebuah sekolah yang berhapiran di sana. Tanggal 22 November 2009 pada jam
9:20 p.m., saya telah dilahiran di sebuah hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
Saya di jaga oleh datuk dan nenek di kampung hampir 3 tahun. Semasa berumur 3
tahun, kami sekeluarga berpindah ke Kota Kemuning, Shah Alam. Pada tahun 2014,
kami mendapat seorang ahli keluarga yang diberi nama Jeevesh Karunagaran. Adik saya
di lahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Walaupun keluarga saya tidak
besar, namun ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
suasana meriah dan harmoni dalam keluarga saya
8
Carta salasilah keluarga saya Sunita Yashvant Kumar
Karunagaran
Valasupramaniam
Jaeshven Jeevesh
Karunagaran (saya) Karunagaran
(adik)
9
PERKEMBANGAN DIRI &
KELUARGA
BIODATA BAPA SAYA
Bapa saya bernama Karunagaran a/l Valasupramaniam. Beliau di lahirkan pada
19 Julai 1979 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang
adik beradik. Bapa saya sekarang berumur 43 tahun. Beliau mendapat pendidikan
awalnya di SK Jalan Kuantan (1) dan meneruskan pelajaran ke SM Tinggi Setapak.
Beliau telah melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di bawah Universiti Northhumbria
Newcastle. Beliau dibiayai sepenuhnya oleh Lim Kok Weng Foundation. Dengan usaha
gigih beliau, akhirnya belaiu berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. Kemudian, beliau bekerja sebagai seorang
jurutera di beberapa syarikat yang terkenal. Kini, beliau bekerja di ZTE, Subang Jaya
sebagai seorang Jurutera Komunikasi.
Warna kegemaran beliau ialah biru. Makan kegemarannya pula ialah mi hailam.
Beliau suka membaca buku pada masa lapang. Selain itu, bapa saya sering meluangkan
masa dengan keluarga dengan membawa kami bersia-siar pada setiap hujung minggu.
Beliau juga fasih berbahasa dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil
dan bahasa Jepun kerana beliau pernah menjalani Latihan di Jepun.
Walaupun beliau seorang yang sangat tegas, tetapi beliau seorang yang baik hati.
Beliau sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam apa jua yang diceburinya. Beliau
akan memastikan kerja yang berada di bawah tanggungjawabnya di jalankan dengan
baik.
10
BIODATA IBU SAYA
Nama ibu saya ialah Sunita a/p Yashvant Kumar. Dia dilahirkan pada 9
September1979 di Klang. Beliau merupakan anak bongsu. Ibu saya sekarang berumur
43 tahun. Beliau mendapat pendidikan awalnya di SR (P) Methodist, Brickfields dan
meneruskan pelajaran ke SM (P) Methpdist, Klang. Beliau telah melanjutkan pelajaran
ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa. Kemudian, beliau telah melanjutkan
pelajaran dalam bidang perguruan di salah sebuah Institusi Pendidikan Guru dalam
bidang Bahasa. Selepas tamat pengajian di IPG, beliau mula bekerja sebagai seorang
pendidik di sekolah kerajaan. Pada tahun 2011, ibu telah berjaya menamatkan Ijazah
Sarjana dalam bidang Teknologi Pendidikan dari UPM. Kini, beliau bekerja sebagai
seorang guru di SK Alam Megah Dua.
Ibu saya mengisi masa lapang dengan melayari Internet. Warna kegemaran
beliau ialah ungu. Makanan kegemarannya pula ialah nasi ayam cina. Beliau fasih
berbahasa dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.
Ibu saya merupakan seorang yang penyayang tetapi tegas. Beliau selalu
menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan kami. Beliau
juga merupakan seorang yang mementingkan ketepatan masa.
11
BIODATA ADIK SAYA
Adik saya bernama Jeevesh Karunagaran. Dia di lahirkan pada 30.1. 2014 di
Kuala Lumpur. Dia berumur 8 tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Bukit Rimau, Kota Kemuning. Dia merupakan anak bongsu dalam keluarga saya.
Pada waktu lapang, dia suka bermain badminton dan membina Lego bersama
saya atau ayah. Adik saya seorang yang pandai dan aktif dalam sukan. Dia sering
mendapat tempat pertama dalam acara lumba lari di pra sekolahnya.Dia juga seorang
yang amat manja. Pada waktu lapang, dia suka bermain badminton dan membina Lego
bersama saya atau ayah.
BIODATA DIRI SAYA
Nama saya ialah Jaeshven Karunagaran. Saya di lahirkan pada 22.11.2009. Kini saya
berusia 13 tahun dan sedang bersekolah di SMK Alam Megah. Saya merupakan anak
sulung dalam keluarga. Saya mula menjejaki alam persekolah semasa saya berusia 5
tahun di Smart Readers, Kota Kemuning. Ketika berusia tujuh tahun hingga dua belas
tahun, saya bersekolah di SK Bukit Rimau, Kota Kemuning. Semasa berada di tahun 6,
saya telah di pilih untuk menyertai aktiviti “Culture Exchange with Japanese Students”.
Ketika saya berumur 8 tahun, saya telah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan
Taekwandow. Saya juga telah menerima Anugerah Murid Top 10 semasa saya di darjah
3 dan 4. Selain itu, saya juga telah di anugerahkan sebagai murid terbaik dalam
matapelajaran Sain Tahun 4.
12
TOKOH KELUARGA
3.2 Tokoh keluarga
Perkataan 'keluarga' berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu kula dan warga
(kulawarga) yang membawa maksud anggota kelompok kerabat. Keluarga merujuk
kepada orang-orang yang memiliki hubungan darah. Manakala, menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, tokoh didefinisikan sebagai orang yang kenamaan dan orang yang
terkemuka .Ciri-ciri seorang tokoh ialah mempunyai sikap positif yang dikagumi dan
boleh dicontohi oleh semua orang. Tokoh juga disifatkan sebagai seseorang yang telah
banyak memberikan sumbangan yang besar kepada negara atau dunia.
Merujuk kepada penyataan di atas, maka tokoh keluarga boleh didefinisikan
sebagai sesiapa sahaja dalam kalangan keluarga yang mempunyai ciri-ciri yang positif
yang mana ia boleh dijadikan sebagai contoh kepada keluarganya dan juga
menunjukkan kejayaan dan sumbangan yang dapat dibanggakan oleh kaum
keluarganya.
Tokoh keluarga saya
Setiap insan mempunyai idola atau tokoh yang menjadi kebanggaan dan pujaan
hati mereka. Tokoh ini dipilih atas beberapa alasan dan sebab yang memberi gambaran
yang baik terhadap diri seseorang. Saya telah memilih bapa saya sendiri sebagai tokoh
keluarga berdasarkan sifat-sifat dan nilai moral yang tinggi dalam dirinya. Bapa saya
boleh dikatakan sebagai seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan
13
pencapaiannya. Beliau merupakan tukang masak, doktor, pengasuh dan pendidik di
rumah. Menurutnya, kejayaan hanya dapat dicapai dengan kesungguhan dan tiada apa
pun yang mustahil dan susah untuk di capai dalam hidup ini bah pepatah Melayu “Di
mana ada kemahuan,di situ ada kehendak”. Beliau seorang yanga garang dan tegas,
tetapi sikap prihatinya sangat terserlah.Beliau sentiasa mengambil tahu setiap masalah
dan perkara yang berlaku terhadap kami.
Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada, duit tidak menjadi
penghalang untuknya menjadi seorang murid cemerlang di bangku sekolah. Semasa
beliau belajar di SK Jalan Kuantan (1), beliau pernah menerima pelbagai anugerah
seperti “ Anugerah Murid Terbaik Matapelajaran Matematik dan Sains”, “Anugerah murid
Terbaik UPSR 1991” dan “Anugerah Pelajar Top 5”. Walaupun beliau memperoleh
straight A’s dalam peperiksaan UPSR, beliau tidak menunjukkan sikap sombong malah
beliau membantukawan-kawan yang lemah dalam pelajaran. Di samping
kecermelangan akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum, terutamanya badminton. Beliau pernah mewakili sekolah dalam
permainan tersebut. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengawas sekolah.
Sekali lagi, di sekolah menengah, bapa saya telah menjadi seorang pengawas
sekolah. Di sini, beliau telah belajar erti hidup tanpa usaha. Beliau pernah gagal dalam
peperiksaan sekolah. Beliau mula bangkit semula dan tidak putus asa. Usaha-usaha
beliau sepanjang berada di sekolah menengah telah mendatangkan hasil. Beliau telah
memperoleh 7A dalam PMR dan 10 A dalam SPM degan gred pangkat 1. Beliau sekali
lagi telah di nobatkan sebagai Pelajar Terbaik PMR pada tahun 1994 dan SPM pada
tahun 1996. 14
Selepas memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau
telah mendapat biasiswa daripada Lee Kok Weng Foundation untuk melanjutkan
pelajaran ke sebuah kolej swasta di bawah Universiti Northhumbria Newcastle.
Beliau telah mendaftar diri di kolej tersebut pada tahun 1998. Pada tahun 2001,
beliau telah berjaya menghabiskan pengajiannya dengan CGPA 3.80. Selepas itu, beliau
telah mula bekerja di sebuah syarikat Jepun iaitu Hitachi, Bangi. Bapa saya telah
berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 4 tahun, Sepanjang beliau berkhidmat di
sana, beliau telah di hantar oleh majikannya ke Jepun selama 6 bulan dan Korea selama
4 bulan.
Selepas menamatkan perkhimatan dengan Hitachi, beliau telah ditawarkan
untuk bekerja di sebuah syarikat China yang terkenal iaitu Huawei Telecommunication
Beliau telah berkhidmat di sana selama 13 tahun, Beliau telah di hantar ke ShenZen,
China untuk mendapatkan latihan. Di syarikat ini, bapa saya pernah menerima “The
Best Employee of the Year” selama 3 tahun berturut-turut. Beliau juga telah di naikkan
pangkat.
Pada tahun 2016, beliau telah berhenti kerja dan mula bekerja untuk Sonus iaitu
sebuah syarikat US. Di sini, beliau telah mempelajari perkara-perkara baharu. Setelah
setahun bersama dengan syarikat ini, majikannya telah menghantar beliau untuk
latihan ke Europe selama sebulan. Hati kami berbunga-bunga setiap kali bapa dihantar
keluar negara untuk mendapatkan latihan kerana kami sekeluarga akan turut
mengikutnya. Di sebabkan sikapnya yang rajin dan ingin mempelajari, beliau telah
15
mencari pekerjaan yang lebih mencabar. Beliau kini sedang berkerja di syarikat ke-4
beliau iaitu ZTE yang terletak di Sunag Hi-Tech. Di sini, beliau memegang jawatan yang
tertinggi.
Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk bekerja keras
dan berdikari sepertinya agar bila kami adik beradik besar nanti, kami tidak perlu
bergantung pada sesiapa. Tambahan pula, beliau juga mahu saya memperoleh kejayaan
dalam kehidupan di dunia ini. Bapa saya akan membelikan saya buku cerita kegemaran
saya setiap kali saya minta Beliau selalu berpesan kepada saya bahawa membaca itu
ialah jambatan ilmu.
Memang benar kata-katanya itu, kemahiran membaca bukan sahaja membantu
saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan malah ia membantu proses
perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Sehingga sekarang, saya
gemar membaca buku pada masa lapang.
Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan yang terbaik
kepada kami. Bapa saya sering memberi nasihat dan dorongan kepada kami supaya
kami dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa dapan kami.
Banyak yang telah saya memperoleh daripada bapa saya. Sesungguhnya, saya
amat bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa yang cemerlang. Beliau adalah
perwira keluarga kami. Beliau sentiasa memastikan keselamatan dan kebajikan kami
dijaga dengan rapi. Sememangnya, beliau amat layak untuk menjadi tokoh keluarga
saya. 16
PERISTIWA
BERSEJARAH
3.3 Peristiwa Bersejarah
Kenangan Pahit
Arwah datuk saya seorang yang baik hati. Datuk dan nenek tinggal bersama-sama
kami sejak adik saya dilahirkan. Mereka hanya akan pulang ke rumah mereka pada
setipa hujung minggu. Datuk amat menyayangi saya. Saya juga amat menyayangi datuk.
Arwah datuk seorang yang sangat rajin. Tubuh badannya masih sihat dan kuat
walaupun umurnya telah menjangkau 68 tahun pada Ketika itu.. Dia tidak pernah
mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan sesuatu. Hal ini mungkin kerana
sikap dan disiplin dirinya yang telah terbentuk semenjak dia kecil.
Perayaan Deepavali semakin tiba. Pada 21 Oktober 2016, datuk meminta bapa
saya untuk meghantarnya pulang kerumanya di Klang, untuk membersihkan dan
membuat muruku untuk perayaan tersebut. Dia meminta nenek untuk tinggal bersama
kami dan menjaga cucu-cucu kesayangannya. Datuk telah berjanji pada saya untuk balik
semula ke rumah kami setelah dia siap kerjanya. Setiap hari saya akan menunggu
kepulangannya dan sering meminta nenek untuk menelefonnya supaya saya dapat
berbual-bual dengannya untuk melepaskan rindu. Sekiranya saya terlupa untuk
meghubunginya,datuk pasti akan menelefon saya sekurng-kuragnya 4 kali sehari untuk
bertanyakan khabar saya dan juga tentang peklajarn saya.
Pada 24 Oktober 2016, saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi tiada
jawapan. Perkara ini berlanjutan sehingga 26Oktober 2016. Hati saya berasa berat dan
17
mula berasa risau dan meminta ibu untuk menelefon pakciknya yang tinggal
berhampiran dengan rumah datuk untuk melihat apa yang terjadi kepada datuk.
Dalam penantianku itu iaitu pada 27 Oktober 2016, tiba-tiba deringan telefon
menggangguku. Ibu pun menjawab panggilan telefon itu. Alangkah hancur hati saya
apabila menerima berita yang menyedihkan.Tuhan lebih menyayangi dirinya. Datuk
telah meninggalkan kami buat selama-lamanya tanpa sesiapa disisinya.
Itulah suatu peristiwa sedih yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup.
Kehilangan datuk sesuatu yang amat menyediakan.
18
RUMUSAN
5.0 Rumusan
Melalui kes kajian ini, saya telah memperoleh dan mengetahui banyak maklumat
tentang latar belakang dan sejarah diri dan keluarga saya yang belum saya ketahui.
Setelah membuat kajian ini, perasaan cinta dan bangga terhadap keluarga dapat
dipupuk.
Selain itu, melalui kajian ini, saya telah dapat mengenali ahli keluarga saya
dengan lebih rapat. Dengan ini, hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim
dapat dirapatkan lagi.
Akhir sekali, melalui kajian kes ini, saya dapat menguasai pelbagai kemahiran
yang sangat berguna seperti kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis
maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.
19
LAMPIRAN
Gambar kenangan terindah di sekolah rendah
20
Gambar kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan
21
RUJUKAN
7.0 Rujukan
*Internet
http://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga
https://www.99.co/blog/indonesia/contoh-silsilah-keluarga/
http://mysekebun.blogspot.com/2013/12/folio-sejarah-tingakatan-1-
salasilah.html?m=1
https://logieshwaran.blogspot.com/
*Folio
Folio Salasilah Keluarga Tingkatan Satu, Putri Nur Dayana Binti Kamaruzaman, Sekolah
Menengah Sri Hartamas, 2002
*Temubual
Sunita Yashvant Kumar. No. 26 Jalan Sg Renggam 32/11B, Seksyen 32 B, Berjaya
Park,40460 Shah Alam, Selangor. 21 July 2022. 5.25 p.m.
Saravanan Valasupramaniam. No. 18 Jalan Sg Renggam 32/11B, Seksyen 32 B, Berjaya
Park,40460 Shah Alam, Selangor. 23 July 2022. 10.25a.m.
22