The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Kemudaratan hendaklah dihilangkan"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Amira, 2023-11-27 19:23:47

E-FOLIO

"Kemudaratan hendaklah dihilangkan"

TUGASAN: e-Folio KURSUS PELANCONGAN & HOSPITALITI DALAM ISLAM KOD KURSUS MPU23072 PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL KELAS DHM 2 NAMA NO. PENDAFTARAN 1. NURUL AMIRA BINTI SABRI 2. NUR ALWANI BINTI AFANDI 3. UMMI AUNI IZZATI BINTI MAZLI 4. NURUL ATIQAH BINTI MOHD ZULKIFLI 5. NURSAFIZA BINTI RAZALI 1. 28DHM22F2001 2. 28DHM22F2013 3. 28DHM22F2006 4. 28DHM22F1099 5. 28DHM22F2011 PENSYARAH KURSUS EN MOHD ALIF AIMAN BIN ASARI


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1 PENGHARGAAN 1 2 PENDAHULUAN 2 3 TAJUK “KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN” 1) KEKURANGAN PRIVASI DALAM PENGINAPAN 2) KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI 3) KEMUDARATAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KEMUDARATAN 4) PENAMPILAN DAN TATACARA PEMAKAIAN PEKERJA 5) PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH FIKH 3 - 12 4 KESIMPULAN 13 5 SUMBER RUJUKAN 14


1 PENGHARGAAN Dengan penuh rasa syukur, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami berjaya menyiapkan e-folio ini dalam subjek pelancongan & hospitaliti dalam Islam. Pengalaman ini telah memberi peluang kepada kami untuk memahami lebih mendalam tentang prinsip-prinsip hospitaliti dalam konteks nilai-nilai Islam. Terima kasih kepada pensyarah Ustaz Mohd Alif Aiman bin Asari yang telah memberikan bimbingan dan pengetahuan yang amat berharga sepanjang kursus ini. kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan yang sentiasa berkongsi idea dan pandangan, menjadikan pengalaman pembelajaran ini lebih bermakna Dalam usaha menyusun e-folio ini, kami mendapati bahawa subjek ini bukan hanya sekadar pembelajaran akademik, tetapi juga satu peluang untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam sektor pelancongan dan hospitaliti. Keaslian dan keikhlasan dalam melayan pelanggan menjadi keutamaan kepada konsep yang dipelajari. Sebagai seorang pelajar, kami berazam untuk terus menerapkan nilai-nilai yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Semoga usaha ini menjadi satu titik permulaan untuk menerapkan etika Islam dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah perkhidmatan kepada pelanggan. Akhir sekali, kami ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyelesaian e-folio ini. Semoga usaha ini mendapat redha dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Terima kasih. AMIRA (2001)


2 PENDAHULUAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji hanya kepunyaan-Nya. Kita sebagai umat Islam diberikan tanggungjawab untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang membawa kepada kebaikan dan menghindarkan dari segala bentuk kemudaratan. Islam, sebagai panduan hidup utama, memberikan ajaran yang jelas bahawa "Kemudaratan Hendaklah dihilangkan." Prinsip ini bukan sekadar satu slogan, tetapi ia merangkumi nilai-nilai murni Islam yang mendorong umatnya untuk mengelak daripada segala bentuk mafsadah (kemudaratan) dalam kehidupan harian. Kemudaratan boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk fizikal, moral, dan sosial. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengimarahkan pemahaman ini dalam kehidupan seharian kita. Dalam konteks masyarakat moden, konsep "Kemudaratan Hendaklah dihilangkan" membawa makna yang lebih mendalam. Ia menuntut kita untuk bersikap proaktif dalam mencegah dan membasmi segala bentuk mudarat, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, atau hubungan sosial. Oleh itu, kita perlu memahami secara menyeluruh bagaimana prinsip ini dapat diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan kita. Melalui pembahasan lanjut mengenai prinsip ini, kita akan menjelajahi bagaimana Islam sebagai panduan hidup lengkap memberikan landasan yang kukuh untuk memastikan kemudaratan dihapuskan dan kebaikan ditegakkan. Saya mengundang semua untuk menyertai perjalanan ini, memahami nilai-nilai Islam dalam usaha kita untuk mencapai keharmonian dan keadilan dalam kehidupan kita yang sibuk ini. AMIRA (2001)


3 1. KEKURANGAN PRIVASI DALAM PENGINAPAN Dalam industri perhotelan, situasi yang mungkin timbul ialah kekurangan privasi dalam penginapan. Contohnya, pelanggan menghadapi masalah privasi apabila sistem kebersihan bilik dilakukan tanpa pemberitahuan, bertentangan dengan nilai-nilai keberahiman dalam Islam. Penyelesaian kepada situasi ini boleh melibatkan penyusunan semula jadual kebersihan dengan memberi notis kepada tetamu atau memberikan pilihan untuk menolak perkhidmatan kebersihan pada waktu tertentu, menghormati hak privasi mereka. "Kualiti Perkhidmatan Awam menurut Perspektif Islam" (Penerbit UM) mungkin menyediakan panduan mengenai pengurusan perkhidmatan yang selaras dengan nilai-nilai Islam, termasuk hak privasi. Dalil yang berkaitan dengan situasi ini adalah prinsip "kemudaratan hendaklah dihilangkan." Ini merujuk kepada nilai amar makruf nahi mungkar dalam Islam, di mana tindakan yang membawa mudarat perlu dielakkan. Amar makruf, nahi mungkar merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang berlawanan. Amar makruf bererti mengajak dan menyeru manusia untuk melakukan hal-hal kebaikan yang dianjurkan oleh agama. Ia mempunyai pengertian yang amat luas sehingga mencakupi apa-apa perjuangan dan perbuatan yang menjurus ke arah kebaikan dan kesejahteraan umat sejagat. Sebaliknya, nahi mungkar membawa maksud mencegah manusia dari melakukan perkara mungkar atau yang ditegah oleh agama Islam. “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenarbenar iman)” – Surah Ali Imran: 110. Dalam konteks perhotelan, penekanan ke atas prinsip-prinsip Islam seperti menghormati privasi, memberikan pemberitahuan, dan menghilangkan kemudaratan adalah penting untuk memastikan perkhidmatan berpandukan nilai-nilai agama. Ini tidak hanya memenuhi keperluan pelanggan tetapi juga memastikan amalan perniagaan sejajar dengan prinsip Islam AMIRA (2001)


4 2. KAEDAH FIQH DALAM BIDANG HOSPITALITI DAN PELANCONGAN Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syariat Islam bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan di mana-mana sahaja. Antara ciri-ciri kesyumulan Islam ialah mampu menyelesaikan pelbagai soalan yang timbul dan dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama Islam dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah kaedah Fiqh. Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Dari sudut bahasa, pengertian kaedah membawa maksud tapak,asas rumah dan prinsip. Fiqah pula membawa maksud suatu kefahaman iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka kaedah Fiqh dapat diertikan sebagai suatu koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan sesuatu isu atau masalah, seperti dalam aspek ibadah,perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Penentuan hukum-hukum ini pula akan ditentukan berdasarkan kaedah atau formula tertentu. Pembentukan formula teras kaedah Fiqh adalah berlandaskan tiga sumber, iaitu AlQuran,hadis dan pendapat para sahabat Rasulullah SAW yang rapat dengan baginda. Secara umumnya, ulama telah membahagikan kaedah Fiqh kepada dua bahagian yang utama, iaitu: 1. Al-kuliyyah Al-Kubra - Kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi lima kaedah. Keistimewaannya boleh diaplikasi dalam semua bab Fiqh, bermula dari bab Taharah sehingga bab Jihad, dan dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi,seni, perubatan, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya. 2. Kaedah Fiqh Al-Sughra - Himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah Fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah Fiqh Al-Kuliyyah Al-Kubra. ALWANI (2013)


5 Peranan Kaedah Fiqh dalam Bidang Pelancongan dan Hospitaliti: Memudahkan pemahaman terhadap hukum yang digunakan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti - Dengan adanya ilmu kaedah Fiqh, umat Islam dapat memahami hukum yang digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membabi buta. Penentangan dan pertikaian terhadap hukum yang lahir tidak akan timbul apabila masyarakat Islam memahami bahawa keselamatan akidah,nyawa,keturunan, akal dan harta adalah maqasid syariah yang perlu dijaga . Contohnya percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam perlu diasingkan demi menjaga maruah manusia, terutamanya kaum wanita. Sebagai Pendorong kepada umat Islam untuk membangunkan industri pelancongan dan hospitalitiIslam bukanlah agama yang sempit dan sukar, malahan islam ialah agama yang realistik. Dengan memahami ilmu kaedah Fiqh, daya kreativiti umat islam dapat dipupuk , khususnya dalam menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan dan hospitaliti berlandaskan kepada pendekatan dan prinsip yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai contoh, sumber alam digunakan untuk menghasilkan produk yang mampu menjadi tarikan pelancong seperti perabot, makanan dan pakaian serta melakukan pelbagai usaha ke arah menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam seperti aktiviti riadah, penanaman semula pokok dan lain-lain lagi. Kaedah ini menjelaskan bahawa persoalan yang membawa kerosakan, kemudaratan atau bencana, sama ada yang melibatkan agama, nyawa, harta, keturunan mahupun maruah, hendaklah dihindari. Sekiranya terdapat dua kemudaratan dalam masa, perkara yang mempunyai kemudaratan yang lebih ringan atau rendah risikonya hendaklah menjadi pilihan dalam membuat keputusan. Begitu juga apabila berlaku mudarat terhadap seseorang, maka islam memberi penyelesaian dan keizinan kepada dirinya untuk menghilangkan kemudaratan tersebut dengan syarat tidak memudaratkan orang lain atau pihak lain. ALWANI (2013)


6 Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah: Yang bermaksud: " Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat) " (Surah al-Baqarah 2:231) Ayat di atas menjelaskan bahawa Islam membenarkan seorang suami yang telah menceraikan isterinya untuk merujuk kembali isteri yang diceraikan bukan bertujuan untuk menyakiti atau sengaja mendera isterinya. 1. Kaedah yang keempat ini boleh diaplikasikan dalam pelancongan dan hospitali seperti yang berikut: 2. Pemandu pelancong atau agensi yang terlibat dalam bidang pelancongan tidak dibenarkan membawa pelancong ke tempat yang berbahaya. Begitu juga pelancong, mereka tidak boleh meminta pemandu pelancong membawa mereka ke tempat yang boleh membahayakan nyawa pemandu pelancong. 3. Rumah penginapan, sama ada Chalet, homestay,hotel,motel atau yang seumpamanya, tidak boleh menyediakan makanan yang haram dan memudaratkan kepada tetamu. 4. Pekerja rumah penginapan, tetamu dan pelancong mestilah menjaga etika berpakaian demi mengelakkan berlakunya kemudaratan seperti pencabulan hak, maruah dan keturunan sesama mereka. Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T. Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T. ALWANI (2013)


7 ِال َّضَرِر .3 DENGAN DIHILANGKAN BOLEH TIDAK KEMUDARATAN - ل َّضَر َر ََل يُ َزا ُل ب KEMUDARATAN Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar. Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga. Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan kaedah asas iaitu (يزال الضرر .(Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas sebelumnya. Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah yang lebih besar. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah: 1. Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makanannya diambil. 2. Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian. 3. Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi memudaratkannya. ِه َما ِ َخف َ ِا ْرتِ َكا ِب أ ْع َظ ُم ُه َما َضَر ًرا ب َ ِن ُرو ِع َي أ ا تَعَا َر َض َم ْف َسَدتَا إذَ (األخف بالضرار يزال األشد الضرر (kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan. Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan. Dalam keadaan lain kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah diperhatikan mana yang lebih besar bahaya. Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah: UMMI (2006)


8 1. Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar. 2. Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan. 3. Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan membahayakannya. 4. Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu. 1. قديما يكون ال الضررKemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi. Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan dihilangkan. Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah asas yang sebelum ini. Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya. Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang baru berlaku. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah: 1. Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam merawat pesakit. 2. Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum dan mengganggu rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku. Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan perkara yang dilarang: 1. Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.


9 2. Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba. 3. Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip asasi syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak halnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan). Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkaraperkara asasi dalam Islam. 4. Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya. 5. Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. 6. Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandangan beberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar hutang negara kepada badan-badan dunia atau negara-negara kuasa besar bersama dengan pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana menjaga kepentingan negara daripada terjual atau tergadai kepada kuasa asing.


10 Dalil keharusan disebabkan darurat: UMMI (2006)


11 4. PENAMPILAN DAN TATACARA PEMAKAIAN BEKERJA Terdapat hotel yang mementingkan penampilan dan tatacara pemakaian pekerja untuk menarik minat pelanggan dari berbilang kaum. Jadi mereka di minta untuk membuka aurat atas arahan daripada majikan mereka. Setiap suruhan dan perintah Allah itu mestilah dilakukan dalam keadaan mampu dan mudah tanpa menimbulkan masalah dan kesusahan yang besar. Walau bagaimanapun, keringanan dengan sebab darurat atau sukar itu mestilah dilakukan sekadar yang diperlukan sahaja. Sebarang bentuk keringanan yang diberikan oleh Allah SWT adalah merupakan suatu bentuk manfaat demi menjaga keselamatan dan kebajikan yang perlu dipenuhi oleh setiap hamba-Nya yang beriman, sebagaimana sabda Rasūlullah SAW melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah RA: Maksudnya: Di antara kesempurnaan Islam seseorang itu adalah dengan meninggalkan sesuatu yang tidak memberi manfaat terhadap dirinya. (Mājah 2014) (Ibnu). Daripada hadith yang diriwayatkan tersebut wajiblah kita sebagai umat islam menutup aurat walau apa jua keadaan, jadi jika pihak hotel meminta kita berbuat sedemikian kita haruslah meninggalkan perkara tersebut. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini pihak majikan dan pekerja seharusnya memahami dan akur dengan garis panduan yang telah ditetapkan. Hal ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Penampilan seseorang pekerja itu akan mencermikan kredibiliti dan keupayaannya dalam melaksanakan tugas. Justeru, pentingnya sesebuah organisasi menetapkan garis panduan pemakain yang mengikut syarak dan syariat agama terutamanya bagi pekerja islam dengan cara mewajibkan pekerja wanita bertudung dan melabuhkan tudung di bahagian dada serta memastikan pakaian yang dipakai tidak ketat dan tidak menjolok mata. Hal ini akan menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada pelanggan jika dipraktikkan dengan betul. ATIQAH (1099)


12 Malah penetapan pemakaian skirt pendek kepada wanita adalah suatu garis panduan yang menyalahi syariat Islam dan jelas sekali perkara ini mendedahkan aurat si pemakai. Mereka juga diberi amaran akan dibuang kerja sekiranya tidak mematuhi syarat pemakaian yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bagi pekerja di bahagian kaunter khidmat pelanggan akan memakai pakaian yang dinamakan "lounge Suit". Pakaian ini kebiasaannya dipakai oleh pekerja lelaki dan menjadi permasalahan kepada pekerja wanita jika tidak dibenarkan memakai tudung dan kot yang dipakai itu ketat serta megikut ukuran badan yang menyebabkan penampakan susuk badan wanita. Maka, pentingnya garis panduan pemakaian bagi pekerja wanita yang mengikut syariat Islam. ATIQAH (1099) 5. PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH FIKH 1. Menolak kerosakkan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikkan (mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratanberbanding kebaikan). 2. Membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia seperti ciptaan media telekomunikasi audio, visual dan ICT. 3. Membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan. Contohnya: Keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Penggunaan arak samada untuk diminum atau digunakan atas alasan biasa dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan. Maksudnya: Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan. SAFIZA (2011)


13 KESIMPULAN Dalam mengakhiri perbincangan mengenai prinsip Islam, "Kemudaratan Hendaklah dihilangkan," adalah penting bagi kita untuk merenungkan kearifan dan kebijaksanaan yang terkandung dalam ajaran Islam. Melalui kajian dan pemahaman terhadap prinsip ini, kita sedar bahawa Islam memanggil umatnya untuk menghindarkan diri daripada segala bentuk mudarat dan menegakkan kebaikan. Kemudaratan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk, dari yang bersifat peribadi sehingga kepada yang melibatkan masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu, sebagai individu dan komuniti, kita memiliki tanggungjawab untuk berusaha menghilangkan sebarang bentuk mudarat yang mungkin merugikan diri sendiri atau orang lain. Kita juga memahami bahawa untuk mencapai objektif ini, perubahan perlu berlaku di peringkat peribadi dan kolektif. Kesedaran terhadap akibat kemudaratan, bersama dengan usaha untuk membangun masyarakat yang adil dan harmoni, merupakan langkah-langkah yang ditekankan dalam ajaran Islam. Dengan mengaplikasikan nilai-nilai Islam dan prinsip "Kemudaratan Hendaklah dihilangkan" dalam kehidupan kita, kita dapat membina masyarakat yang lebih baik dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih selamat dan adil untuk semua. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menghayati dan mengamalkan prinsip ini dalam setiap tindakan kita, demi kesejahteraan diri sendiri, masyarakat, dan umat manusia secara keseluruhan. AMIRA (2001)


14 SUMBER RUJUKAN BUKU RUJUKAN: 1. PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=521581&cat=tm 2. Kualiti Perkhidmatan Awam menurut Perspektif Islam" (Penerbit UM) mungkin menyediakan panduan mengenai pengurusan perkhidmatan yang selaras dengan nilai-nilai Islam, termasuk hak privasi. LINK RUJUKAN BERKAITAN: 1. http://journalarticle.ukm.my/19779/1/JCIL-2022-71-Article-2.pdf (muka surat 17) 2. https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-21.pdf (muka surat 4 dan 5) 3. http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=521581&cat=tm 4. Fiqh Medik Mini By Dr. Zaharuddin Abd Rahman https://www.google.com.my/books/edition/Fiqh_Medik_Mini/7LuECgAAQBAJ?hl=en&gbpv=1&d q=kemudaratan%20hendaklah%20dihilangkan&pg=PA68&printsec=frontcover


Click to View FlipBook Version