TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH SMK LUAR BANDAR NO 1 SIBU TAHUN 2023 MASA ATURCARA TEKS CATATAN 1.00 petang Tetamu VIP, Pihak pentadbir dan semua guru mengambil tempat duduk. 1.10 petang Salutasi Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pohon cemara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillah Hirrahmanirrahim.. Alhamdulillahirabbilalamin Rabbissrahlisadriwayassirliamri wahlull uq dattan millisani, Yaf khahul kaulih (1) Yang Berusaha Puan Law Sie Yieng Pengetua SMK Luar Bandar No 1 Sibu (2) Yang Dihormati Encik Billy Anak Jampi __________________________________ Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin Pengerusi Pengelola Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah SMK Luar Bandar No 1 Sibu (3) Encik Louis Anak Pasu PK Pentadbiran (4) Encik Chiew Soon Sii PK Hal Ehwal Murid (5) Encik Ibrahim bin Jahar PK Kokurikulum (6) Cik Kong Tai Tey PK Tingkatan 6 (7) Guru-guru, barisan AKP, kakitangan pembersihan dan warga sekolah sekalian Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera diucapkan. formal 1.10 petang Kata alu-aluan emcee Bersongkok bersampin segak berseri, Berbaju kurung anggun jelita, Majlis ramah mesra aidilfitri, Bersamalah kita meraikannya. Kuih bahulu tradisi kita, formal
Ketupat rendang pembuka selera, Tangan dihulur maaf dipinta, Agar ukhwah terjalin mesra. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada petang ini bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2023. Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah SMK Luar Bandar No 1 Sibu. 1.15 petang Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Hadirin yang dimuliakan, Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis pada pagi ini, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Amirul Faris bin Razali. Dipersilakan. *selesai doa* Terima kasih diucapkan atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. formal 1.20 petang Ucapan penyelaras program Hadirin yang dihormati, Majlis seterusnya mempersilakan Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin selaku Pengerusi Pengelola Program Sambutan Hari Raya Aidilfitiri peringkat sekolah SMK Luar Bandar No 1 Sibu untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. *selesai ucapan* Majlis merakamkan ucapan terima kasih. formal 1.25 petang Ucapan pengetua Ketupat dihidang enak rasanya, Rendang menjadi pilihan kita, Bingkisan kata bingkisan raya, Puan pengetua bermadah kata. formal
Hadirin yang dimuliakan, Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua sempena Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2023. Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha Puan Law Sie Yieng, Pengetua SMK Luar Bandar No 1 Sibu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan *selesai ucapan* Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan Pengetua sebentar tadi. 1.30 petang Ucapan VIP Sidang hadirin sekalian, Adat berbahasa menyampaikan pesan, Adat upacara menyampaikan ucapan, Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan tetamu jemputan istimewa sempena Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Billy Anak Jampi, untuk menyampaikan sepatah dua kata. *selesai ucapan* Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. formal 1.35 petang Penyampaian cenderamata VIP Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata, Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Puan Law Sie Yieng Pengetua SMK Luar Bandar No 1 Sibu, diiringi barisan Pengerusi Pengelola Program, Penolong Kanan dan Ketua Bidang untuk menyampaikan cenderamata. Dijemput Encik Billy Anak Jampi untuk menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis kita pada petang ini. *penyampaian cenderamata & bergambar* Majlis merakamkan penghargaan atas penyampaian cenderamata sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. formal
Cabutan bertuah Hadirin sekalian, Saat yang kita tunggu-tunggu telah tiba. Di kesempatan ini, majlis berbesar hati untuk memberikan hadiah bagi acara cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada semua hadirin kerana hadir menjayakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada petang ini. Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Bagi memeriahkan majlis, mari kita mulakan acara cabutan bertuah. Sesi cabutan yang pertama, insan yang bertuah akan menerima hadiah duit raya. Dipersilakan, Encik Ibrahim bin Jahar, PK Kokurikulum diiringi Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin, Pengerusi Pengelola Program untuk mencabut 6 nama yang bertuah seterusnya menyampaikan sampul duit raya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Sesi cabutan yang kedua, insan yang bertuah akan menerima hadiah duit raya juga. Dipersilakan Encik Chiew Soon Sii, PK Hal Ehwal Murid diiringi Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin, Pengerusi Pengelola Program untuk mencabut 6 nama yang bertuah seterusnya menyampaikan sampul duit raya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Sesi cabutan yang ketiga, insan yang bertuah akan menerima hadiah berupa hamper. Dipersilakan Encik Louis Anak Pasu, PK Pentadbiran diiringi Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin, Pengerusi Pengelola Program untuk mencabut 11 nama yang bertuah seterusnya menyampaikan hadiah hamper raya kepada semua penerima. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________ atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Kepada nama yang belum dipanggil, jangan risau masih ada peluang nama anda terpilih. Seterusnya, sesi cabutan yang keempat. Siapa lagi yang bertuah ya petang ini? Hadiah cabutan bertuah yang seterusnya agak istimewa. Dua nama akan dicabut, penerima pertama akan membawa pulang satu hamper raya istimewa, manakala penerima kedua akan membawa pulang sampul duit raya istimewa. Kini dijemput Puan Law Sie Yieng Pengetua SMK Luar Bandar No 1 Sibu diiringi Encik Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin, Pengerusi Pengelola Program untuk mencabut dua nama seterusnya menyampaikan hadiah hamper raya kepada penerima. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian informal
____________________menyampaikan hadiah. Untuk pengetahuan para hadirin, pada petang ini tema pemakaian majlis adalah pakaian yang bertemakan sambutan Hari Raya. Jadi, kita mempunyai Anugerah Pakaian Terbaik. Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Acara kemuncak kita pada malam ini. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pakaian Terbaik. Terdapat dua nama yang telah dipilih sebagai Pemenang Anugerah Pakaian Terbaik. Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, dijemput tetamu VIP kita pada petang ini iaitu Encik Billy Anak Jampi diiringi Puan Law Sie Yieng Pengetua, Pengerusi Pengelola Majlis dan barisan PK untuk menyampaikan anugerah. Tanpa melengahkan masa, pemenang Anugerah Pakaian Terbaik bagi kategori lelaki ialah __________________________. Manakala, pemenang Anugerah Pakaian Terbaik bagi kategori wanita ialah _________________________. Sesi fotografi informal 1.45 petang Jamuan Ketupat laksa biskut kuih raya, Rendang daging jangan dilupa, Ayam kari juga sudah tersedia, Tunggu apa lagi jom kita jamu selera. Tanpa membuang masa majlis mempersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan. informal 2.00 petang Bersurai Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Segala salah dan silap sepanjang majlis ini harap dimaafi. Majlis dengan ini mempersilakan tetamu VIP dan barisan pentadbir untuk meninggalkan perkarangan majlis. Sekian daripada kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. informal