SISTEM EJAAN RUMI
Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan
Indonesia.
Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu
Di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.
Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu:
a. Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa
Melayu)
b. Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata
pinjaman).
Sistem Keselarasan Huruf vokal
kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata
dasar iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup.
Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang
berikut:
1. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
2. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang
terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang
terakhir sahaja
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal:
Bil. Suku Kata Suku kata Contoh Perkataan
Praakhir Tertutup
1 a -a asah, balak, halaman
2a -i alih, balik, sumbangsih
3 a -u asuh, datuk, lembayung
4 e pepet -a emas, kelam, tembeling
5 e pepet -i lebih, betik, sembelih
6 e pepet -u telur, tempuh, temenggung
7 e taling -a elak, dewan, belerang
8 e taling -e taling leceh, gelek, selekeh
9 e taling -o esok, telor, selekoh
10 i -a ingat, kilang, selinap
11 i -i intip, sisih, belimbing
12 i -u riuh, tidur, tembeliung
13 o -a otak, boring, selekoh
14 o -e taling oleh, boleh, celoteh
15 o -o obor, borong, kelompok
16 u -a ubat, tumpang, ketupat
17 u -i usik, kuih, gerusih
18 u -u untuk, tunduk, tengkujuh
i. Garisan segi tiga yang berhubungan menunjukkan vokal-vokal yang boleh
dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola:
a-i u-i
i-u i-a
u-a e-o
a-u o-e
ii. Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan-boleh
dipasangkan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola:
a-a
i-i
u-u
e-e
o-o
iii. Huruf yang berada di dalam separuh bulatan- vokal e taling dan o berada
bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala
ke atas,maka terbentuklah pola:
e-a
o-a
iv.Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak
panah yang menghala ke huruf a, i dan u,maka terbentuklah pola:
e-i
e-u
e-a
Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah
daripada sistem ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan
supaya digunakan huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup
sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet, i atau
u seperti yang berikut:
Bil Ejaan Lama contoh Ejaan Contoh
aleh Baru alih
Pola batok Pola batuk
1 a-e taling lebeh a-i lebih
2 a-o a-u
3 e pepet-e e-i tempuh
pilih
taling tempoh e-u tidur
4 e pepet-o pileh i-i usik
5 i-e taling tidor i-u untung
6 i-o usek u-i
7 u-e taling untong u-u
8 u-o
Perkataan yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan yang
berakhir dengan h, k, ng dan r. Bagi pola yang tidak berubah daripada
sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku
kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e
taling atau o juga, contoh:
Bil Pola Contoh Perkataan
1 e taling-e taling leceh, gelek, teleng, selekeh
2 e taling-o tempoh, belok, telor,
selekoh
3 o-e taling oleh, boleh, ponteng,
celoteh
4 o-o pokok, boron, kelompok,
seloroh
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa
Contoh Kata Bahasa Nusantara Inggeris
1 a–e talinganeh, awet kabaret, jaket
2 a–o barong, calon atom, kontraktor
3 e pepet – e taling gembleng setem
4 e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom
5 i-etaling imlek tiket, kriket
6 i–o ijon,pilon diftong, transistor
7 u – e taling tulen, ulet subjek
8 u–o buron,bunglon, kupon, konduktor
9 a – e pepet pakem teater, plaster
10 e taling –i - hipotesis, objektif
11 e taling – u - petroleum, spectrum
12 e pepet – e pepet demdem -
13 i – e pepet iseng artikel, filem, dividen
14 o- i - fosil, polis
15 o – u - bonus, forum
16 e taling – e pepet - meter
17 o – e pepet - Oktober, broker
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah
Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan
bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan
dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan
a a abstrak
ae ae aerial
ai ai aileron, aising
au au audit, automatik
b, bb b lobi, hobi
Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan
Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
carbon
cartoon jadi karbon bukan kaban
conductor
dialogue kart katun
institute
structure konduktor kondakter
dialog dailog
institut institiut
struktur strakcer
Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang
lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal
menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
atom
bonus tetap atom bukan atum
fossil
pistol bonus bonos, bunus
fosil fosel, fusil
pistol pestol, pistul
Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya
dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus
konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bl block jadi bl - blok
br brake
chl-chlorophyll br- brek
chr-chronology kl- klorofil
cl- clinic
cr- redit kr- kronologi
fr- franc kl-klinik
kr-kredit
fr- franc
gl- glocose gl- glukosa
gr- gravity gr- graviti
kn- knot kn-knot
kr- krone kr- krone
pl- plumbum
pr- practical pl- plumbum
ps- psychology pr- praktikal
pt- ptomaine ps- psikologi
sc- scandal pt- ptomain
scr- script sk- skandal
sk- ski skr-skrip
sn- snooker
sp- spectrum sk-ski
sph-sphere sn-snuker
spr- spring sp- spektrum
sq- squadron
st- stable sf- sfera
str- structure spr- spring
tr- tragedy sk- skuadron
tz- tzar st-stabil
str-struktur
tr-tragedi
tz- tzar
Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata
tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan
huruf e pepet, sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
class jadi kelas bukan kelas
club kelab, klab, klub
glass gelas, glas
grant geran,gran
plan pelan, plan
stamp setem, stem
Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku
kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti
yang berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
-lf golf jadi -lf golf
-lt cobalt -lt kobalt
-nce science -ns sains
-nk bank -nk bank
-ps forceps -ps forseps
-rd standard -rd standard
-rm chloroform -rm kloroform
-rt consert -rt konsert
-x complex -ks kompleks
-xt text -ks teks
Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang
disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu
adalah seperti yang berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
-ct fact jadi -kta fakta
-gm paradigm -gma paradigma
-ism materialism -isme materialisme
Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah
sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan
ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bureau jadi biro bukan bureau
custom kastam kustom
driver drebar driber, driver
modern moden modern
pension pencen pension
Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap diterima
sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
agenda
gymnasium tetap agenda bukan ajenda
technology
tragedy gimnasium jimnasium
teknologi teknoloji
tragedi trajedi
Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris,
disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu, sebagai contoh:
Bahasa Inggeris jadi Bahasa Melayu
agent ejen, agen
college kolej
contingent
engine kontinjen
enjin
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab
dalam bahasa Melayu, iaitu:
Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati
dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati
bahasa Melayu, sebagai contoh: sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat,
sabar, zalim
Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah
transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh: hadith, kidhib,
isti’mal, qunut, riya’
Kesalahan Ejaan (Kata)
Bagi penggunaan perkataan dalam penulisan Bahasa Melayu,contoh
ejaan yang salah dan ejaan yang betul adalah seperti :
Salah Betul
Mengalakan Menggalakkan
Menyakinkan Meyakinkan
Resepi Resipi
Mustika Mestika
Taksub Taasub
Cucuk Cocok
Kesalahan Ejaan (Kata Majmuk)
Bagi penggunaan kata majmuk,contoh ejaan yang salah dan ejaan yang
betul adalah seperti berikut:
Salah Betul
di tubuhkan ditubuhkan
disana di sana
beristirehat beristirahat
rumahtangga Rumah tangga
ulangkaji Ulang kaji
aturcara atur cara
Kesalahan Ejaan (Kata Ganda)
Salah Betul
Saudara mara Saudara-mara
Bergotong royong Bergotong-royong
Tolong menolong Tolong-menolong
memporakperandakan Memporak-perandakan
Mengasihi-mengasihi Kasih-mengasihi
Kesalahan Ejaan (Kata Ganti Nama ‘di’ dan ‘ke’)
salah betul
ditepi Di tepi
disekolah Ke atas
keatas Di sekolah
kepasar Ke asar
Kesalahan Ejaan (Kata Ganti Nama)
salah betul
-Kasut ini mahal kerana ia diimport -Kasut ini mahal kerana kasut ini
dari Korea diimpart dari Korea
-jika tidak dirawat dengan -jika tidak dirawat dengan segera,ia
segera,ianya akan lumpuh akan lumpuh
-Perdana Menteri tiba pada jam -Perdana Menteri tiba pada jam
9.00 pagi.Dia terus merasmikan 9.00 pagi.Beliau terus merasmikan
bangunan itu bangunan itu.
Kesalahan Ejaan (Kata Pemeri)
Salah Betul
-bapanya adalah guru -bapanya ialah guru
Hadiah itu ialah untuk ibu -hadiah itu adalah untuk ibu
Pelajar adalah digalakkan untuk -pelajar digalakkan untuk menyertai
menyertai aktiviti kokurikulum aktiviti kokurikulum
Kesalahan Ejaan (Kata Nafi)
salah betul
Kenyataan ini bukan benar Kenyataan itu tidak benar
Makanan itu tidak untuk dia Makanan itu bukan untuk dia
Kesalahan Ejaan (Kata Penguat)
salah betul
Dia amat menentang fahaman Dia amat kuat menentang fahaman
tersebut
Kesalahan Ejaan (Kata Hubung)
salah betul
Dia terkejut bila melihat kejadian Dia terkejut apabila melihat kejadian
itu
Harga saham di BSKL merosot Harga saham di BSKL merosot
akibat aktiviti jualan sebagai akibat aktiviti jualan
Abangnya berperangai baik malahan Abangnya berperangai baik tetapi
adiknya berperangai buruk adiknya berperangai buruk
Dia menyatakan yang dia sakit Dia mengatakan bahawa dia sakit
Kesalahan Ejaan (Penulisan Partikel (kah,lah,pun)
salah betul
Siapa kah siapakah
Tolong lah tolonglah
Bagaimana pun bagaimanapun
Kesalahan Ejaan (Penggunaan Penjodoh Bilangan)
Salah Betul
Sebahagian orang penduduk Sebahagian penduduk
Perpaduan perlu dipupuk dalam Perpaduan perlu dipupuk dalam
sebuah masyarakat masyarakat
Setiap orang warganegara Setiap warganegara
Kesalahan Ejaan (Penggunaan Tanda Noktah)
Salah Betul
Allahyarham P Ramlee Allahyarham P. Ramlee
En Kassim En. Kassim
Dr Hassan Dr. Hassan
Kesalahan Ejaan (Penggunaan Tanda Koma)
salah betul
Dia pelajar di IPG bukan di UKM Dia pelajar di IPG,bukan di UKM
Sekiranya saya lapang saya akan Sekiranya saya lapang, saya akan
datang ke rumah awak datang ke rumah awak
Emak membeli sayur ikan dan Emak membeli sayur,ikan,dan
buah-buahan buah-buahan
Jenis-Jenis Imbuhan Bahasa
Imbuhan Inggeris (Awalan)
imbuhan makna contoh
anti
Menentang/benci antidadah
auto
antikomunis
poli
anti-Amerika
pro
Dengan sendiri Automatic
pasca
Autonomi
automobil
banyak Poligami
Politeknik
poliklinik
menyokong Prokerajaan
Probarat
Pro-Malaysia
selepas Pascakemerdekaan
Pascakolonial
pascasiswazah
imbuhan Imbuhan Inggeris (Akhiran) contoh
-is makna Cerpenis
Kartunis
-isme Orang yang melakukan ekonomis
Automatik
-logi Kepercayaan/ajaran/fahaman Autonomi
seseorang automobil
grafi Poligami
Bidang ilmu Poliklinik
imbuhan politeknik
dasa Batang ilmu dan/bidang seni Geografi
dwi Kaligrafi
biografi
eka
Imbuhan Sanskrit (awalan) contoh
juru makna dasawarsa
sepuluh Dwibahasa
maha dua Dwimusim
satu dwicara
Ekabahasa
Orang yang pakar / Ekafungsi
mahir dalam sesuatu ekatujuan
Juruhebah
bidang Jurubahasa
Agung/besar juruterbang
Mahaguru
Maharaja
mahasiswa
imbuhan Imbuhan Sanskrit (akhiran) contoh
-ita makna Cerpenis
-man Kartunis
-wan Wanita/perempuan ekonomis
Automatik
wati Orang yang memiliki Autonomi
sifat / kepakaran dalam automobil
imbuhan Jutawan
Bi- sesuatu bidang Wartawan
Orang yang Jelitawan
Ilmuwan
-pakar dalam sesuatu angkasawan
bidang
Peragawati
-melakukan sesuatu Seniwati
perbuatan
angkasawati
-memiliki sesuatu
Wanita yang mahir
dalam sesuatu bidang
pekerjaan
Imbuhan Arab-Parsi (awalan) contoh
makna Biadab
tidak Bilazim
binormal
Imbuhan Imbuhan Arab-Parsi(Akhiran) Contoh
-ah Makna Ustazah
-at qariah
-iah Wanita / perempuan Muslimat
hadirat
-in Wanita / perempuan Ilmiah
Jasmaniah
Hal yang ada perkaitan alamiah
dengan sifat Hadirin
Muslimin
Orang lelaki musyrikin
Frasa Kerja
salah betul
Ayah sudah pergi pejabat Ayah sudah pergi ke pejabat
Dia belum mengetahui tentang hal Dia belum mengetahui hal itu
itu
Meja itu beralaskan dengan sehelai Meja itu beralaskan sehelai kain
kain
Frasa Adjektif
Salah Betul
Paling terbesar Paling besar/terbesar
Paling terbesar sekali Paling terbesar
Terlalu besar sekali Terlalu besar
Amat tercantik tercantik
kesalahan Klausa/ayat pembetulan
Malaysia ialah negara Sebab kesalahan Malaysia ialah negara
yang terdiri daripada Penggunaan ‘di mana’ yang terdiri daripada
dalam struktur ayat berbilang bangsa yang
berbilang bangsa di bahasa Melayu yang rakyatnya hidup saling
mana rakyatnya hidup terpengaruh oleh
struktur ayat dalam membantu
saling membantu bahasa Inggeris, iaitu
‘where’ tidak boleh
digunakan.
Kesalahan Ayat Tergantung Pembetulan
Untuk mendapat Sebab kesalahan Untuk mendapatkan
keputusan yang Ayat ini tergantung
cemerlang mesti kerana tidak ada keputusan yang
cemerlang,pelajar-pelajar
berusaha subjek
Perindustrian Malaysia mesti berusaha
Ayat ini tergantung Perindustrian Malaysia
yang amat pesat kerana tidak ada
predikat dengan berkembang pesat.
kehadiran kata
hubung ‘yang’
kesalahan Ayat Pasif Pembetulan
Meja itu mereka susun Sebab kesalahan Meja itu disusun oleh
Kata kerja berimbuhan
‘di_’ perlu digunakan mereka
bagi ayat pasif yang
mempunyai frasa nama
objek kata ganti nama
diri orang ketiga.
Kesalahan Ayat Gabungan Pembetulan
Zeki mewakili Sebab kesalahan Zeki mewakili
USM,manakala UKM Ayat ini tidak gramatis USM,manakala Jusuh
diwakili oleh Jusuh kerana ayat-ayat yang mewakili UKM
digabungkan dengan
kata hubung
‘manakala’ adalah
tidak sama jenis,iaitu
ayat aktif dan ayat
pasif.
KESALAHAN AYAT
1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :di
o Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri
menetapkan.
o Semuanya dia kenal.
o Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari
mana puncanya.
2. Jawapan sepatutnya:
o Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan
juga betul)'waktu ini.
o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
o Semuanya dikenal oleh dia'.
o Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh
dia'dari mana puncanya.
3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
o Bola ini 'ditendang oleh saya'.
o Makanan ini kamu telah makan' ?
o Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
4. Jawapan sepatutnya:
o Bola ini saya tendang' .
o Makanan ini 'telah kamu makan' ?
o Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
o Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia
menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
o (Dalam frasa nama gulai nangka, unsur yang diterangkan ialah gulai.
Dalam frasa nama nangka gulai , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
Salah: o Cili sos
o Mini perpustakaan
o Zaleha Restoran
o Jaya Klinik
Betul: o Sos cili
o Perpustakaan mini
o Restoran Zaleha
o Klinik Jaya
Kesalahan frasa dan kata
Kesalahan umum dari segi Kata jamak
Salah: o mereka-mereka
o semua kereta-kereta
o para-para pelajar
o empat orang abang-abang
Betul: o mereka
o semua kereta
o para pelajar
o empat orang abang
Kesalahan umum dari segi Kata penguat Salah:
Salah: karib
Betul: o sangat tinggi
o sungguh jauh
o paling indah
o amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat
menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali
Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat
Salah: o Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
o Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan
itu.
Betul: o Sani mendapat markah yang tertinggi .
o Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat
muda dalam pertandingan itu.
Kesalahan umum dari segi Kata hubung
Salah: o Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
o Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Betul: o Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
o Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kesalahan umum dari segi Kata bilangan
Salah: o Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu
Penyayang”.
o Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
o Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Betul: o Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa
“Minggu Penyayang”.
o Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
o Sesetengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
i - Dari
Salah: o Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
o Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Betul: o Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
o Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
Salah: o Tilam itu dibuat dari getah asli.
o Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
o Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Betul: o Tilam itu dibuat daripada getah asli.
o Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
o Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
Salah: o Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
o Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
o Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Betul: o Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
o Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
o Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
Salah: o Saya dilahirkan diSarawak.
o Ayah awak bekerja dimana ?
Betul: o Saya dilahirkan di Sarawak
o Ayah awak bekerja di mana ?
Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan
Salah: o Setiap orang pelajar.
o Sesetengah orang rakyat.
o Seluruh buah negeri.
o Semua ekor binatang.
O Beberapa pelajar.
Betul: o Setiap pelajar.
o Sesetengah rakyat.
o Seluruh negeri.
o Semua binatang.
o Beberapa orang pelajar.
Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri
Salah: o Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
o “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Betul: o Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
o “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Kesalahan umum dari segi Kata adjektif
Salah: o Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
o Pemandangan di pantai yang nian indah itu
mempesonakannya.
Betul: o Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar.
o Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif
Salah; o Ibu sedang jahit baju kurung.
o Ayah selalu cuci keretanya.
Betul: o Ibu sedang menjahit baju kurung.
o Ayah selalu mencuci keretanya.
Kesalahan umum dari segi Ayat pasif
Salah: o Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
o Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Betul: o Cerpen itu telah saya karang.
o Latihan itu mesti kaubuat.
Kesalahan umum dari segi Kata tanya
Salah: o Kamu berasal dari manakah ?
o Apa nama pengawas itu ?
o Bila ayah akan pulang ?
o Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
Betul: o Kamu berasal dari mana ?
o Siapakah nama pengawas itu ?
o Bilakah ayah akan pulang ?
o Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Kesalahan umum dari segi Ejaan
Salah: o Kucing itu tidur dibawah meja.
o Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
o Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
o Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada
anak-anak.
o Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya
yang bongsu.
Betul: o Kucing itu tidur di bawah meja.
o Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
o Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
o Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak.
o Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya
yang bongsu.
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
o Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama
orang.
o Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.
Misalnya:
o Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
o Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
o Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati
seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan
kanak-kanak. Misalnya:
o Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
o Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
o Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi
kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
o Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
o Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
o Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya.
Misalnya:
o Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
o Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
o Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya
dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan
o Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk
menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa,
semua, dan sebagainya.
o Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan
tiap-tiap, dan kata bilangan himpunan kedua-dua, dan sebagainya tidak
boleh disingkatkan sewenang-wenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan
dan pembetulan yang berikut:
(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)
o Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul .
o Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh
didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh
kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
Kesalahan umum dari segi Penjodoh
Kebanyakan bangunan bersejarah did negara kita Masih terpelihara sampai
ke hari ini
o Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
o Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu
digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala,
sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan.
Misalnya:
(a) Para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
o Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa
nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam
ayat.
o Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan
kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) Kita mesti hormat guru. (salah)
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)