INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI
NAMA PELAJAR : RABIATULL ADALWIYAH BINTI ABUBAKA
ANGKA GILIRAN : 2021022310077
NO. KAD PENGENALAN : 031118-13-0268
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR
: 21.03.2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
Perkara Kandungan Muka Surat
1.0 1
2.0 Pengenalan 1
3.0 2-3
4.0 Konsep kesusasteraan Melayu 3
Fungsi kesusasteraan Melayu
Manifestasi akal budi pantun-pantun
Melayu
5.0 Kesimpulan 4
6.0 Lampiran 4
7.0 Rujukan 4-5
1
1.0 Pengenalan
Pada masa kini kesusasteraan Melayu merupakan salah satu aktiviti yang kurang
dilakukan oleh masyarakat kini . Tetapi tanpa kita sedari kesusasteraan ini
merupakan sebuah seni yang telah diciptakan bagi memenuhi kehidupan manusia .
Pada zaman dahulu banyak aktiviti yang berkaitan dengan sastera telah diadakan
iaitu seperti pesta bermukun dan sebagainya . Aktiviti ini dilabe sebagai aktiviti
kesusasteraan kerana merupakan aktiviti yang berunsurkan hiburan yang mampu
memberi suasana ceria kepada masyarakat. Oleh itu , masyarakat masa kini kian
melupakan sastera yang telah diwujudkan oleh tokoh zaman dahulu keran dunia yang
penuh dengan kecanggihan teknologi menyebabkan aktiviti sastera ini dilupakan.
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Sastera merupakan aktiviti kesenian yang dilakukan bagi memartabatkan bahasa
Melayu. Aktiviti sastera ini merupakan aktiviti yang melibatkan lisan iaitu perkara yang
kita ungkapkan lalu dapat mempengaruhi orang lain. Seterusnya, perkataan sastera
ini pula wujud daripada bahasa Sanskrit . Maksud perkataan sastera ini ialah konsep
yang memberi petunjuk dengan menggunakan alat yang digunakan bagi tujuan
mengajar. Karya sastera yang dihasilkan merupakan hasil ungkapan spontan
ataupun sesuatu perkara yang disampaikan dengan penuh emosi oleh seseorang .
Setiap hasil karya yang dihasilkan hendaklah mempunyai maksud tersirat yang
tersendiri untuk disampaikan kepada pembaca atau pendengar. Sastera merupakan
sebuah kesenian yang mementingkan keindahan gaya bahasa yang digunakan oleh
penulis. Kebanyakan sastera yang dihasilkan pada masa dahulu mempunyai situasi
yang tersendiri sama ada situasi yang mencerminkan suasana dunia atau sosial pada
masa itu . Sastera juga sering digunakan untuk menyindir masyarakat tetapi
menggunakan bahasa yang gramatis dan maksud yang mendalam. Hal ini memenuhi
matlamat KSSR Sejarah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah
serta meningkatkan semangat cinta akan negara (Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Sejarah, 2019). Justeru itu karya dalam kesusasteraan Melayu
hendaklah dikuasi oleh generasi baru supaya kita mempunyai pelapis yang dapat
menerajui karya ini.
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu
2
Karya sastera ini berfungsi sebagai alat komunikasi masyarakat kepada orang lain
dengan mempunyai tujuan yang tersendiri . Kesusasteraan Melayu mempunyai
empat fungsi utama iaitu sebagai hiburan , pendidikan , kritikan sosial dan dakwah.
Antara fungsi kesusasteran Melayu ialah dijadikan sebagai alat hiburan kepada
masyarakat. Hal ini kerana sastera Melayu yang menjadi hiburan pada masa dahulu
mampu meredakan minda yang penuh tekanan. Contohnya apabila seseorang
pekerja yang terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan , dia boleh mendengar
sastera yang dapat menghiburkan hatinya seperti menonton cerita jenaka iaitu Pak
Pandir atau Si Luncai dan sebagainya . Secara tidak langsung perkara ini dapat
mengelakkan kebosanan individu tersebut. Hiburan ini merupakan karya sastera
yang digemari ramai kerana berunsurkan jenaka dan para pendengar juga tidak
tertekan apabila mendengarnya kerana sudah tahu bahawa penghujung cerita ini
akan membawa kegembiraan. Pada masa kini , kita hanya menggunakan gajet
sebagai alat untuk mencari karya hiburan , tidak seperti dahulu iaitu kita perlu pergi ke
sesuatu tempat untuk melihat persembahan .
Seterusnya ialah aspek pendidikan iaitu nilai kebudayaan , agama dan lain-lain
amatlah diterapkan di dalam aspek ini. Pendidikan diberikan fokus kerana hanya
dengan cara ini kita dapat memartabatkan bahasa Melayu daripada luput ditelan
zaman. Dengan adanya fungsi pendidikan kita dapat melahirkan generasi yang
mampu berfikiran rasional iaitu sentiasa membuat keputusan dengan memikirkan
gambaran tentang apa yang akan terjadi sekiranya sesuatu tindakan diambil. Kita
tidak inginkan individu tersebut tidak bijak membuat pilihan kerana tiada ilmu dalam
membuat keputusan . Apabila seorang pemerintah itu membuat keputusan tanpa
berfikir maka akan memberi kesan kepada sesebuah negara itu . Jadi dengan adanya
pendidikan kita dapat mengharumkan nama negara melalui karya sastera agar
dikenali negara luar.
Sementara itu , ialah sebagai dakwah kerana aktiviti dakwah telah bermula semenjak
agama Islam datang ke Tanah Melayu untuk meluaskan agamanya. Buktinya ialah
wujudnya tulisan jawi sebagai bahan untuk menyebarkan agama di kawasan
tersebut . Semasa berdakwah bahasa Melayu juga digunakan bagi memudahkan
penyampaian serta di dalam dakwah juga mempunyai elemen yang tersendiri iaitu
ada digunakan sebagai sindiran , pujukan dan sebagainya bagi menjentik hati
pendengar. Gurindam merupakan salah satu cara dakwah itu disebarkan kepada
masyarakat lain. Kamariah Kamarudin (2011) berpandangan pengkaryaan sastera
berteraskan Islam merupakan satu motivasi dan pendedahan agar kesedaran Islam
3
dapat direalisasikan. Oleh itu selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu telah
memberikan perubahan dalam pemikiran masyarakat kerana setiap dakwah yang
disampaikan memberikan keinsafan dalam diri individu itu.
Akhir sekali ialah kritikan sosial di mana sastera ini digunakan untuk memberi teguran
kepada masyarakat tentang apa sahaja keadaan sosial yang terjadi pada masa
tersebut . Kritikan ini memberikan pengajaran kepada sesebuah kelompok supaya
mengambil perhatian tentang keadaan semasa. Fungsi kritikan ini amatlah penting
kerana daripada kritikan ini kita belajar tentang kesilapan yang telah dilakukan.
Misalnya cerita Mat Jenin mengisahkan seorang pemuda yang selalu berangan tetapi
tidak mengerjakan apa yang diingini.
4.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu
Pantun dapat diartikan salah satu puisi Melayu yang terkenal dengan penggunaanya
dari setiap sudut pandangan . Pantun ini sering digunakan dalam pelbagai apa sahaja
situasi termasuk adat istiadat, menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang dan
sebagainya. Pada masa dahulu pantun merupakan kategori puisi yang terkenal
dengan gaya penyampaiannya yang sennag tetapi mempunyai maksud yang tersirat.
Contohnya pantun pada rangkap satu memberi maksud bahawa kita hendaklah
sentiasa merendah diri walaupun kita mempunyai banyak ilmu. Pantun ini
memberikan teguran kepada kita supaya tidak lupa diri kerana adanya ilmu di dada .
Hal ini kerana generasi baru kini lebih bijak dengan adanya dunia teknologi
membantu perkembangan pendidikan mereka . Seterusnya rangkap kedua memberi
maksud bahawa apabila seseorang itu mempunyai persepsi yang baik mestilah
mempunyai kelakuan tingkah laku yang baik . Secara tidak langsung dirinya akan
dinilai berdasarkan perangai yang ditunjukkan.Misalnya individu itu menghormati
orang yang lebih tua dengan menggunakan bahasa yang sopan semasa
berkomunikasi dengan mereka. Bagi rangkap yang terakhir ialah pantun yang
memberikan sindiran kepada orang yang menuntut ilmu . Hal ini kerana apabila ilmu
yang dituntut itu tidak sempurna ataupun penuntut ilmu itu tidak serius semasa
menuntut ilmu maka perkara tersebut tidak mendatangkan kebaikan terhadapnya.
Hal ini kerana, setiap pengalaman itu tidak semestinya baru tetapi baru dari segi
konsepsi dan gaya persembahannya (Ani Hj Omar, 2012).Oleh itu mendalami akal
budi pantun juga ilmu baharu yang kita pelajari dari segi kesinambungan pantun yang
dicipta itu. Melalui pantun yang telah diberikan kita dapat ketahui bahawa setiap
pantun mempunyai pengajaran yang boleh kita teladani.
4
5.0 Kesimpulan
Natijahnya , karya sastera Melayu memberikan banyak kesan kepada kita tidak kira
dari sudut positif atau negatif. Sastera Melayu ini mestilah kita martabatkan supaya
tidak dilupakan. Pantun merupakan sastera tradisional yang memberikan penekanan
terhadap pendidikan kepada masyarakat mahupun individu. Isi tersirat yang berada di
dalam karya itu hendaklah kita ambil perhatian kerana maksud di sebalik isi tersebut
memberi makna yang mendalam kepada diri.
(1000 patah perkataan)
6.0 Lampiran
7.0 Rujukan
Abang Patdeli Abang Muhi. (2020).Analisis genre dan akal budi dalam simpulan
bahasa Melayu Sarawak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu.
9(1).49-61.http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/144/102
Adisya Rehal. (2014).Kesusasteraan Melayu.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
5
Muhammad Zuhdi Ismail, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Muhamad Luqman
Ibnul Hakim Mohd Saad. (2021). Konsepsi Islami dalam Korpus Sastera.
e-Proceedings of International Conferences in Language, Education, Humanities &
Social Sciences . https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44733/1/44733.pdf
Nazri Atoh, Saipolbarin Ramli, Zamri Arifin, Zubir Idris .(2020). Konsep puisi
tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Journal of
Arabic Language and Education.
1(1).1-15.http://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762/2421
Ros Anita Kartini Mohamed, Abdul Halim Ali. (2021). Implikasi elemen sastera
Melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajadan dan pembelajaran
Sejarah di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(4).116-126.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16163/8753
Rayern Aslah. (2018).Ulasan Artikel Pantun.
https://www.academia.edu/30012187/Ulasan_Artikel_Pantun
Siti Hajar Che Wan(2013).Kelestarian Pantun : Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu,
Kini dan Selamanya. International Journal of the Malay World and Civilization.
1(1).75-81. https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_6.pdf