KOLEKSI
KEISTIMEWAAN
SETEMPAT
( KELIP-KELIP
KAMPUNG KUANTAN)
KOLABORATIF ANTARA :
PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN
PANITIA PSV
PANITIA SEJARAH
MAKLUMAT TENTANG KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN
KUALA SELANGOR.
DESTINASI TUMPUAN DUNIA.
Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya
terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di
dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang
pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini
telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang
dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk
menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada
pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx
tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang
ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang
menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh
serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam
ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip
berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang
berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat
Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh
liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan
persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber
makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta
bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan
yang terdapat di dalam sungai.
Kampung Kuantan
Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon
kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km
dari Kuala Selangor.
Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana
tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan
kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang
menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang
mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk
persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali,
terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan
pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.
Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit.
Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan
ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.
Kemudahan Awam
Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara
percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan
khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak.Menyusuri sungai dengan
menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping
melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat
mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.
Lokasi : Sungai Selangor, Kg Kuantan
Tarikan : Mengharungi sungai Selangor dengan menaiki sampan untuk melihat keunikan
kelip-kelip.
Kemudahan : Pusat Informasi, kaunter tiket, mini teater, jeti, gerai makanan, taman
permainan kanak-kanak, tandas awam, kedai cenderahati dan tempat letak kenderaan.
Waktu Operasi : 7.30 malam – 10.30 malam ( Setiap hari )
Bayaran perkhidmatan sampan:
RM50.00 / sampan (maksimum 4 orang dewasa)
* Tempoh menaiki sampan lebih kurang 20 minit untuk satu perjalanan ( pergi dan balik)
LAMPIRAN BERGAMBAR
SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN
GAMBAR-GAMBAR PELANCONG DI JETI UNTUK MENAIKI SAMPAN
MENYUSURI SUNGAI BAGI MENYAKSIKAN KEINDAHAN CAHAYA KELIP-KELIP
LAMPIRAN BERGAMBAR
PARA PELANCONG MENAIKI SAMPAN UNTUK MENYAKSIKAN KEINDAHAN CAHAYA
KELIP-KELIP PADA WAKTU MALAM
KEINDAHAN KERLIPAN CAHAYA DARIPADA KELIP-KELIP YANG SANGAT MEMUKAU.
KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH S.W.T
LAMPIRAN BERGAMBAR
KELIP-KELIP SPESIS JENIS ‘PTEROPTYX TENER’ IAITU SPESIS YANG BANYAK SEKALI
TERDAPAT DI KAMPUNG KUANTAN