SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SAUJANA 3, SAUJANA UTAMA
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-6038 4388 EMEL: [email protected]
KOLEKSI SETEMPAT
TAJUK:
BUKIT MALAWATI
KOLABORATIF ANTARA :
PUSAT SUMBER IBNU KHALDUN
PANITIA PSV
PANITIA SEJARAH
BUKIT MALAWATI
Bukit Malawati terletak di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Kedudukan Bukit
Melawati cukup strategik kerana terletak di Kuala Sungai Selangor yang
menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.
SEJARAH
Bukit Malawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu
sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
Mengikut sejarah, Bukit Melawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan
Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan
Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya
(Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda
dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu
Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di
atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi
kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
KEISTIMEWAAN
Di atas Bukit Malawati terdapat :
• Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
• Rumah Api Kuala Selangor
• Kubu pertahanan
• Beberapa buah meriam lama
• Menara tinjau
• Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
• Makam Sultan dan kerabat diraja
• Batu pancung
• Perigi
• Puluhan ekor lotong
Di bahagian bawah pula terdapat :
• Masjid Kuala Selangor
• Taman Alam Kuala Selangor
• Bandar Kuala Selangor
• Pangkalan nelayan Permatang
• Jeti istirahat Kuala Selangor
LAMPIRAN GAMBAR BUKIT MALAWATI
PEMANDANGAN ATAS BUKIT MALAWATI
RUMAH API KUALA SELANGOR
LOTONG YANG TERDAPAT DI BUKIT MALAWATI
PELANCONG BERGAMBAR BERSAMA LOTONG DI BUKIT MALAWATI
MERIAM LAMA YANG TERDAPAT DI BUKIT MALAWATI
Bukit Malawati simpan 1,001 kisah
SEJARAH PENEMPATAN BUKIT MALAWATI
LATAR BELAKANG BUKIT MALAWATI
Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke-16 lagi.
Kawasan lain seperti Jeram, 10 meter dari Permatang disebelah
bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud. Kawasan-kawasan ini
adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di
bawah pentadbiran Empayar Johor. Sejarah kubu ini bermula semasa
kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-
Inggeris (1780-1784).
Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali
diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka Yang juga
dibawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian
menyerang Selangor dn menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Menuruni Bukit Malawati, terdapat Makam Diraja Selangor, makam yang
menepatkan 3 Sultan Selangor yang pernah memerintah di Kuala
Selangor iaitu Sultan Salehuddin (1766-1782), Sultan Ibrahim (1782-1826) dan
Sultan Muhammad (1826-1857)
Kuala Selangor, Bukit Malawati khasnya mempunyai banyak kesan-kesan
sejarah zaman kesultanan pada kurun ke-18 (sekitar tahun 1782).Tapi
sayangnya kebanyakan tapak-tapak sejarah tersebut tidak dipulihara
dan diselenggara dengan baik.Seperti biasa,peninggalan istana atau
kota lama zaman kesultanan Melayu telah dimusnahkan dan digantikan
dengan kota-kota yang dibina oleh penjajah.Salah satu kota yang
dirampas dan dijadikan kota penjajah adalah Kota Tanjung Keramat
atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Bukit Belanda.Di dalam
sejarah,ianya dikenali sebagai "KOTA UTRECHT"
PERISTIWA YANG BERLAKU DI BUKIT MALAWATI
KEUNIKAN DI BUKIT MALAWATI
Kota Malawati terletak di atas sebuah bukit di belakang Pekan
Kuala Selangor dan bukit tersebut dikenali sebagai ‘Bukit Selangor’.
Di atas bukit itu juga terdapat kompleks makam - makam Sultan
Selangor yang terdiri dari Makam Sultan Salehuddin, Sultan
Selangor yang pertama (1756-1779), Makam Sultan Ibrahim Syah,
Sultan Selangor yang kedua (1778-1826) dan Makam Sultan
Muhammad Syah, Sultan Selangor yang ketiga (1826-1857) serta
makam keluarga di raja yang lain.
Berhampiran dengan kota terdapat Rumah Api dan beberapa buah
rumah kediaman pegawai-pegawai kerajaan manakala bangunan
yang hampir sekali dengan benteng kota tersebut ialah Menara
Pemancar Radio dan Rumah Rehat Kerajaan.Pelawat-pelawat yang
ingin melawat kota yang bersejarah ini boleh menggunakan jalan
bertar dari Pekan Kuala Selangor menuju ke puncak bukit tersebut.
Bagi yang gemar berjalan kaki, mereka boleh mendaki dari Pekan
Kuala Selangor, para pelawat boleh berkereta hingga sampai ke
pinggir kota.Kota Malawati berbentuk segiempat dibuat daripada
timbunan tanah dan ketul-ketulan batu pejal yang disusun oleh
tukang-tukang kayu yang mahir.
Luas kota tersebut adalah kira-kira 74m x 30m, benteng kota
ditambak dengan tanah kira-kira 2m tingginya dari paras dalam
kota dan pada batang sebelah timur bahagian luarnya disusun
dengan ketul-ketul batu pejal yang diambil dari lereng-lereng bukit
tersebut.Di sebelah arah timur yang menghala ke arah Sungai
Selangor terdapat pintu kota yang terbuka dan dari arah itulah
jalan berturap dengan ketul-ketul batu yang menghala ke kaki
bukit lantas kearah sungai dari Pekan Kuala Selangor.Kota
Malawati dibentuk mengikut reka bentuk kota-kota dari barat dan
dibuat kubu di setiap penjuru kota sebagai askar-askar berjaga.
Kesan-kesan yang dapat dilihat di kota bersejarah pada masa ini
ialah beberapa pucuk meriam besi buatan Belanda. Di sebelah
hadapan pintu masuk yang berukuran 1.50m x 1.90m dan tebalnya
kira-kira 45cm.
Menurut lagenda, batu tersebut digunakan sebagai tempat
memancung penderhaka-penderhaka semasa kota tersebut masih
berfungsi dan sebagai pusat pertahanan dan tempat bersemayam
raja-raja yang memerintah sementara satu cerita lisan yang lain
pula ada mengaitkan batu tersebut pernah digunakan untuk
memancung leher seorang gadis istana kerana melakukan
perkara sumbang, benar atau tidak cerita tersebut sukar
dipastikan kerana tidak ada sejarah yang tertulis menerangkan
hak tersebut.
Kota Melawati yang terletak di atas Bukit Selangor bukanlah kota
atau kubu yang pertama terdiri di atas bukit tersebut. Sebelum
terbina Kota Malawati, sudah ada tapak-tapak kubu atau kota di
atas bukit itu. Seperti yang disebut dalam Sejarah Melayu karangan
Tun Sri Lanang, bahawa pada kurun ke 15 ada beberapa tempat di
Selangor yang termasuk di bawah pengaruh kerajaan Melayu
Melaka dan tempat-tempat tersebut sebagaimana yang disebut
dalam Sejarah Melayu ialah Jeram, Kelang, Langat, Jugra dan
Selangor. Nama Selangor sebagaimana yang disebut dalam
Sejarah Melayu itu ialah daerah yang berhampiran dengan Kuala
Sungai Selangor yang sekarang ini disebut Kuala Selangor.
FAKTOR KEDATANGAN BELANDA DAN KEJAYAAN SULTAN
SELANGOR
FAKTOR KEJAYAAN SULTAN IBRAHIM MERAMPAS SEMULA KOTA
SELANGOR
Paduka Sri Sultan Selangor , Sultan Ibrahim Shah yang sangat
terkenal dengan Gagah Perkasa telah berjaya merampas semula
Negeri Selangor dari tangan Belanda. Kejayaan baginda ini dicapai
dengan mendapat bantuan bala tentera Bendahara Abdul Majid
dari Pahang dan Raja Haji yang merupakan Yang Dipertua Muda
Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777-1784) yang jua merupakan
bapa saudara kepada baginda.Selangor mula dikuasai oleh
Belanda pada bulan Ogos 1784 .
Kekalahan Sultan Selangor berpunca kekurangan bala tentera
kerana baginda telah ditugaskan membantu Raja Haji dalam
peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari
Empayar Johor-Riau . Pencerobohan Belanda di Empayar Johor-
Riau telah melanggar perjanjian persahabatan di antara Raja Haji
dengan pihak Belanda.Sebagai balasan tindakan Belanda, Raja Haji
telah membatalkan perjanjian tersebut dan membantu Sultan
Selangor memerangi penempatan-penempatan Belanda di Melaka.
Dalam peperangan ini Belanda mengalami banyak kekalahan dan
terpaksa menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan makanan.
Walaubagaimanapun peperangan ini terpaksa dihentikan kerana
kematian Raja Haji dan beberapa orang pahlawan Bugis yang lain
pada 18 Jun 1784.Baginda tidak berputus asa untuk mendapatkan
semula Selangor dari tangan Belanda. Dengan bantuan Bendahara
Pahang baginda telah menyusun semula segala bala tentera untuk
menentang Belanda.Akhirnya baginda bersama Bendahara Abdul
Majid berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor.
PUNCA PENAKLUKAN BUKIT MALAWATI
Antara punca penaklukan Belanda terhadap Bukit Malawati ialah
membalas dendam terhadap serangan yang dilakukan Sultan
Ibrahim di Melaka.Pada Julai 1784, angkatan Belanda yang
membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Peter Van Brqam yang
memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim yang
menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Raja Mohamad
Ali Ibnu Raja Alam serta anak saudaranya Sayid Ali dan Siak
membantu Belanda menentang Selangor dan akhirnya Belanda
berjaya menawan Selangor . Selain itu,antara faktor lain yang turut
menarik Belanda untuk menawan Bukit Malawati,Selangor adalah
kerana kedudukannya. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik,
menghadap Laut Selat Melaka dan Sumatera,Indonesia.
Kedudukannya di tempat tinggi sangat sesuai sebagai kubu
pertahanan musuh yang datang dari bawah dapat dikesan dengan
mudah.
Bukit Malawati menyimpan pelbagai sejarah dengan 1,001 kisah
seperti Makam Sultan, Batu Hampar, pusara Panglima Hitam dan
Busut Malawati.
Selain itu, terdapat telaga tujuh, telaga beracun, tangga seratus,
padang silat, meriam serta gua simpanan harta istana seperti
keris, lembing dan barang berharga.
Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan bahan bersejarah di
bukit berkenaan seperti diceritakan oleh penulis buku Sejarah
Kuala Selangor, Datuk Yusoff Hassan kepada wartawan BH.
Rumah Api Kota Malawati
Rumah Api Kota Malawati dibina pada tahun 1907 oleh penjajah
British. Tingginya 83 kaki dari dasar laut dan 27 kaki dari darat .
Rumah api ini mempunyai tiga bahagian iaitu bawah, tengah dan
atas.
Makam Diraja Selangor di Bukit Malawati, Kuala Selangor
Makam Sultan
Makam Diraja Selangor terdiri daripada tiga makam Sultan
Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-
1778), Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan
Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857)
KESAN anak Tangga Seratus yang menjadi laluan utama ke kota
istana di Bukit Malawati, Selangor. - Foto Roslin Mat Tahir
Tangga Seratus
Nama yang diambil daripada bilangan anak tangganya berjumlah
100. Tangga yang diperbuat batu granit ini adalah laluan utama
untuk ke pintu kota istana. Pada zaman dahulu, terdapat Pangkalan
Batu Buruk di bawah tangga ini yang menjadi tempat sampan,
perahu dan kapal berlabuh.
Busut Malawati di Kuala Selangor
Busut Malawati
Terletak berhampiran pintu kota. Ia adalah tempat sultan
bersemayam dan tempat berkumpul tetamu istana. Ia juga
dijadikan gelanggang untuk bersabung ayam.
LOKASI Batu Hampar di Kuala Selangor. - Foto Muhammad
Sulaiman
Batu Hampar
Terdapat kisah yang mengatakan ia tempat memancung kepala
penderhaka. Namun, Yusoff berpendapat maklumat itu tidak
benar kerana hanya seorang pernah dipancung kepala di batu ini,
iaitu seorang gadis istana yang berzina dan darahnya disiram di
sekeliling istana.
Pusara Panglima Hitam
Dipanggil Panglima Hitam kerana berkulit gelap, selain sering
memakai tengkolok, baju dan seluar berwarna hitam. Dia adalah
seorang pegawai istana dan dihormati rakyat ketika itu. Ia juga
dianggap simbol kehebatan dan `semangat' orang Melayu, selain
taat kepada sultan.
Telaga Tujuh
Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai tujuh mata air yang tidak
pernah kering walaupun pada musim kemarau. Bagaimanapun, kini
hanya tinggal beberapa buah kerana yang lain sudah tertimbus.
Sebelum ini, ada segelintir masyarakat menggunakan air telaga ini
untuk membayar niat.
Perigi Beracun di Kuala Selangor.
Perigi Beracun
Air perigi ini dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa
jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga ke paras dagu
penderhaka sahaja. Dijadikan tempat penyeksaan kepada
penderhaka.
Meriam di Kuala Selangor.
Meriam
Berdasarkan sejarah, terdapat 102 meriam milik kerajaan Selangor
ketika itu, tetapi sebanyak 68 buah dirampas oleh Belanda.
Kemudian, sebahagian daripada meriam itu sempat dibawa lari
oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja, Permatang. Atas sebab itu, ketika
ini hanya tinggal beberapa buah meriam di atas Bukit Malawati.
Meriam ini dikatakan adalah meriam buatan tangan orang Melayu,
malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam `Tok Bedil'
yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai
Pinang, Kelantan.
Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati.
Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja
iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum.
**********************************************************************************
Semoga maklumat-maklumat yang diberikan tentang Bukit
Malawati ini dapat memberi manfaat kepada warga SK Saujana
Utama untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
MEMILIKI BEKAL ILMU YANG CUKUP AKAN MEMBUAT SESEORANG LEBIH BIJAK
DALAM BERSIKAP MAHU PUN BERTINDAK. DENGAN BEKAL ILMU YANG CUKUP,
SESEORANG JUGGA AKAN LEBIH BERHATI-HATI DALAM HIDUP
BERMASYARAKAT.
*************************************************************************************************