The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FADILAH, 2021-03-12 21:46:39

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKSU 2021

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKSU 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR

14 Mac 2021 (Ahad)
9.00 pagi
Google Meet

KANDUNGAN

TENTATIF MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 15 & 16 1

JAWATANKUASA PIBG SK SAUJANA UTAMA 2019-2020 2
AJK PELAKSANA MESYUARAT PIBG 2021 3-4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-14 5-11
LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2019 DAN 2020
12-16

LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019 – 2020 17-25
PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN DIBAHAS 26

Soal jawab dan maklumbalas 27-29
CATATAN 30
PENGHARGA AN 31

TENTATIF MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-15 & 16

9.30 pagi : Pendaftaran
❖ Kehadiran ibu bapa secara atas talian.

10.00 pagi: Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15 (sesi 2019-2020)

Agenda 1 - Ucapan Penasihat PIBG

Agenda 2 - Ucapan Yang Dipertua PIBG
Agenda 3 - Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agenda 4 Agung Kali ke-14
Agenda 5 - Membentangkan laporan aktiviti bagi tahun 2019
- Membentang dan mengesahkan penyata

kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019
- Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020

- Melantik Pengerusi sementara

Agenda 6 - Melantik Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

- Melantik 2 orang Juruaudit

Agenda 7 - Membincang dan Menerima Usul / Cadangan
Agenda 8 - Hal-hal lain
Agenda 9 - Ucapan Penangguhan

11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 (sesi 2020-2021)

Agenda 1 - Ucapan Penasihat PIBG

Agenda 2 - Ucapan Yang Dipertua PIBG

Agenda 3 - Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali ke-14
Agenda 4
Agenda 5 - Membentangkan laporan aktiviti bagi tahun 2019
- Membentang dan mengesahkan penyata
kewangan berakhir 31 Disember 2019
- Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020

- Melantik Pengerusi sementara

Agenda 6 - Melantik Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

- Melantik 2 orang Juruaudit

Agenda 7 - Membincang dan Menerima Usul / Cadangan 1
Agenda 8 - Hal-hal lain
Agenda 9 - Ucapan Penangguhan
12.30 tengahari: Majlis Bersurai.

2

AJK PELAKSANA MESYUARAT PIBG 2021

Penasihat : Pn Zazaluma binti Harun
Pengerusi : Guru Besar SK Saujana Utama
N. Pengerusi : En. Sallehuddin bin Abd Latif
YDP PIBG SK Saujana Utama
Setiausaha : Pn Nur Hazita binti Jaafar
Bendahari : Penolong Kanan Pentadbiran SK Saujana Utama
Pn Zuredah binti Ali
Penolong Kanan HEM SK Saujana Utama
En Zulkifli binti bin Abu Bakar
Penolong Kanan Petang SK Saujana Utama
Pn Nor Aslina binti Mohd Adnan
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Saujana Utama
En Fahmi bin Hassan
Pn Hafizah binti Ab Razak

PENGERUSI MAJLIS AJK KIRAAN UNDI
Pn. Siti Khadijah binti Salleh
Pn. Aishah binti Ab Razak (K)
BACAAN DOA Pn. Nurulhuda binti Misnan (P)
Ust. Abdul Rashid bin Sapari Pn. Nurhasholawati binti Muhamed

AJK MINIT MESYUARAT AJK BUKU PROGRAM
Pn. Rosnah binti Ismail (K) Pn. Fadilah binti Kamarul Bahrin (K)
Pn. Wan Kamariah binti Wan Ibrahim (P) Pn. Niswat Hasilah binti Sanosi (P)
Pn. Norziana binti Mustafha Pn. Hilyati binti Abd Rashid
Pn. Nor Hasimah binti Othman
AJK KEHADIRAN

Pn. Nooraida binti Muhammad (K)
Pn. Wan Anom binti Sulaiman (P)
Pn. Wan Zalina Suriani binti Wan Hasan

3

AJK CENDERAHATI AJK RESPON PANTAS
Pn. Juliana binti Abu Bakar (K)
Pn. Nursyafawati binti Mohamad Junaidi (K) Pn. Nurul Azlin binti Abdullah (P)
Pn. Saniah binti Yaacob (P) Pn. Zahira binti Mohamad
Pn. Mazura binti Malik Pn. Siti Zuraidah binti Ab Rahman
Pn. Zuraida binti Omar Che Nurullily binti Che Mohd Arifin
Pn. Noorelizah binti Ismail
AJK E-BANNER / POSTER
AJK JAMUAN Pn. Norpaizah bt. Tusri (K)
En. Hafiz bin Musa (P)
Pn. Lisa Elyana binti Jusoh (K) En. Mohd Sarmizi bin Md Said
Pn. Rafida binti Amiruddin (P)
Ust. Nawfal Naim bin Abd Rahman AJK KEBERSIHAN SELEPAS
Pn. Wan Rasidah binti Wan Adam Pn. Gayah binti Isau (K)
Pn. Nurul Aini binti Ismail Pn. Noraihan binti Md Yussof (P)
Ezi Haslin binti Ahris Pn. Hasnita binti Ali Hasan
Pn. Siti Hasra binti Rasul
AJK PERALATAN En. Noor Azman bin Mat Raop Ridzi

Ust. Shahanizam bin Mohamad (K) AJK FOTOGRAFI
En. Shamsul Izazul bin Samli (P) Cik Siti Intan Baizura bt. Mohammad Sharif (K)
En. Muhammad Helmi bin Mohamad Dakir Pn. Suhaily binti Shamsuddin (P)
En. Mohamad Kamal bin Abdul Karim Pn. Norazliwita binti Mohd Ali
Ust. Mohd Suffian bin Raffei

AJK “ON-LINE STREAMING”

Pn. Mawar ‘Azza bt. Mohamad (K)
Pn. Nor Zuliana bt Ismail (P)

Pn. Siti Mardiana binti Azizan

AJK PERSIAPAN TEMPAT

Pn. Norita binti Kassim (K)
Pn. Zaino Asma binti Mohd Nawi (P)
Pn. Normimie binti Rahman
Pn. Siti Maisarah
En. Murugan A/L Yellumalai
En. Muhd Tarmizi bin Che Abdullah

4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-14

TARIKH : 16 MAC 2019
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SAUJANA UTAMA
KEHADIRAN (BIL) : IBU BAPA ( 417 ), GURU ( 170 )

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini.

1.2 Semoga semua ibu bapa yang hadir dapat bersama-sama memberi kerjasama
disepanjang perjalanan mesyuarat kali ini demi kecemerlangan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.

2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN SALLEHUDDIN BIN ABDUL LATIF)

2.1 Ucapan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola, guru-guru, ibu bapa
yang hadir ke majlis PIBG kali ke-14.

2.2 Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru SK Saujana Utama
yang telah memberi didikan kepada anak-anak.

2.3 Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah atas pelaksanaan
segala aktiviti, kepada pihak yang memberi sumbangan, tidak lupa juga
kepada Yang Berhormat Sirarasa yang sudi hadir serta sentiasa memberi
sokongan dan sumbangan kepada SK Saujana Utama.

2.4 Yang dipertua war-warkan agar sekolah dan komuniti dapat mengiatkan
hubungan antara satu sama lain, selain itu beliau memohon bantuan untuk
menyediakan 20 biji komputer dan capaian jalur lebar agar makmal komputer
dapat digunakan secara optimum oleh murid dalam sesi pembelajaran.

2.5 Beliau telah berbincang dengan pengusaha petrol pam Petronas di Saujana
Utama untuk melancarkan program “beli minyak sambil derma ke sekolah”.

2.6 Beliau turut memberi cadangan untuk mencari dana bagi membina bumbung di
Dataran Glomac bagi menggantikan khemah yang sudah koyak, anggarannya
sebanyak RM 300 000 -RM 400 000.

5

3.0 UCAPAN PERASMIAN YANG BERHORMAT TUAN SIRARASA

3.1 Yang berhormat mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
menjemput beliau ke majlis mesyuarat PIBG ke -14 2019. Beliau turut
mengucapakan tahniah kepada ibu bapa kerana kehadiran ibu bapa ke mesyuarat
PIBG yang amat memberangsangkan.

3.2 Yang berhormat amat setuju dengan cadangan YDP PIBG untuk “upgrade”
makmal komputer di sekolah kerana cadangan itu dapat membantu guru dalam
menghadapi cabaran mendidik dengan penggunaan teknologi yang semakin
canggih. Jika kita tercicir masyarakat akan ketinggalan sebagai impaknya negara
tidak dapat berdiri sebaris dengan negara yang maju.

3.3 Beliau amat menitikberatkan penguasaan ilmu sains teknologi supaya dapat
mewujudkan pelapis ilmuan yang berjaya. Ibu bapa dan guru perlu berganding
bahu dalam mencurahkan ilmu supaya dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam ilmu.

3.4 Yang berhormat mengucapkan tahniah kepada murid-murid UPSR 2018
terutamanya kepada 29 orang murid yang telah berjaya memperolehi 6 A.

3.5 Manakala bagi keperluan sekolah untuk membuat bumbung baharu akan
dipanjangkan masalah tersebut kepada menteri pendidikan. Beliau akan
bekerjasama dengan PIBG untuk menyediakan lakaran untuk tindakan
selanjutnya.

3.6 Yang berhormat menyumbang 10 buah komputer kepada SK Saujana Utama
dan memberikan RM 3000

3.7 Yang berhormat Sirarasa merasmikan majlis kepada pihak PIBG. mesyuarat
agung PIBG 2019.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN PEMBENTANG LAPORAN
AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2018

4.1 En. Fahmi Hasan selaku setiausaha membentang minit mesyuarat Agung
PIBG kali ke-14 untuk diterima oleh ahli mesyuarat.

4.2 Diterima sebulat suara.

Pencadang: En Roslan

Sokongan : Pn. Dahlia

6

4.3 En Fahmi Hasan selaku setiausaha membentang laporan aktiviti tahunan
dan perkara berbangkit di dalam Mesyuarat Agung kali ke-13.
4.4 Perkara berbangkit.

4.4.1 En Sallehuddin memberi izin nombor telefon beliau untuk ibu
bapa mengajukan sebarang soalan atau pertanyaan untuk berkongsi
masalah yang berkaitan sekolah dan murid melalui aplikasi whatsup.
4.4.2 Mengenai isu kantin pihak sekolah telah menubuhkan
ahli jawatankuasa kantin daripada kalangan guru untuk membuat
pantauan terhadap harga makanan, kebersihan serta keselamatan
murid dan penjualan makanan yang berkhasiat sahaja dibenarkan.
4.4.3 En Sallehuddin mengulas mengenai isu penurunan yuran
PIBG dari RM 50 kepada RM 30, menurut beliau yuran
PIBG sebenarnya bukanlah yuran tetapi lebih kepada sumbangan.
Jumlah initelah termaktub dalam undang-undang yang telah
dipersetujui bersama. Sekiranya pihak ibu bapa hendak
mansuhkan undang-undang ini, tuan puan perlu bangun dan
menyatakan pemansuhan bayaran sumbangan yuran PIBG
sebanyak RM 50, dan disokong sebulat suara, jadi undang-
undang ini akan dimansuhkan. Seperti yang kita semua telah
setuju sebelum ini, bayaran sumbangan yuran PIBG adalah RM 50
untuk sekeluarga.
4.5 Diterima sebulat suara tanpa bantahan.

7

5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
2018

5.1 Pn Mawar ‘Azza selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan tahunan PIBG sesi 2018/2019 (rujuk lampiran).
5.2 Penyata PIBG SK Saujana Utama telah berakhir pada 31 Disember 2018.
5.3 Penyata kewangan telah di semak oleh juru audit oleh Pn Juraini Abdul
Yazib, dan beliau telah menyatakan penyata ini adalah benar. Semua item
telah dibawa keluar dan kewangan adalah telus.
5.4 En Yusri Yunus menyatakan penyata pendapatan tidak jelas kerana baki
tidak diletakkan dalam akaun, beliau mencadangkan agar JK yang akan
datang menggunakan format laporan yang betul pada masa akan datang.
5.5 Pengesahan penyata kewangan :

Pencadang : En Azman bin Ahmad
Penyokong : Pn Azlin binti Azizi
6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2018/2019
6.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
guru-guru dan ibu bapa kepada JK PIBG 2018. Beliau membubarkan JK PIBG
2018-2019.
6.2 Encik Roslan Ismail dilantik sebagai Pengerusi sementara.
Pencadang : En Sallehuddin
Penyokong : Pn. Hairuzi bt Miskun

8

7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2019/2020

7.1 YDP :En. Sallehuddin bin Abdul Latif

Pencadang : Pn Hairuzi bt Miskun

Penyokong : En Adlan Abd Razak

7.2 NYDP : En. Adlan bin Abd Razak

Pencadang : Pn Asmah bt Mansor

Penyokong : En Hafiz Musa

7.3 AJK Ibu Bapa : Pemilihan tanpa undian

1. En. Roslan Ismail - JK KSIB

2. Pn Juraini Abdul Azib - Juru Audit 1

3. En Malik - JK

4. En Asyhar - JK

5. En Wan Ismail - JK

6. Pn Siti Suhaila - JK

7. En Fadhil Majid - JK

8. Pn Azlina Aziz – JK

7.4 AJK Guru

1 Setiausaha PIBG : En Fahmi b Hassan

2 Bendahari PIBG : Pn Hafizah bt Razak

3 Kurikulum : Pn Eizeera bt Ednan

4 Hal Ehwal Murid : Pn Siti Khadijah bt Ismail

5 Kokurikulum : Pn Hafizah bt Ramli

6 Kebitaraan BM dan Ag Islam : Pn Habibah bt Husin

7 Juru Audit : Pn Roszline bt Ramlee

9

8.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
8.1 Usul
8.1.1 En Sallehuddin bin Abd Latif mengusulkan untuk membuka

akaun kedua PIBG bagi urusan sumbangan.
8.1.2 En Sallehuddin mengusulkan untuk menyumbangkan token

kepada setiausaha dan bendahari sebanyak RM 500 seorang
sekali setahun.

8.2 Laluan Keluar
8.2.1 En Mohd Azman Abd Aziz mencadangkan untuk membina
bumbung bersambung terus ke SMKSU.
8.2.2 En Abdullah Basri mencadangkan kawalan trafik dengan
penyelangan 15 minit sesi pelepasan murid pulang.
8.2.3 En. Zainal Shaari mencadangkan untuk membina pintu masuk
belakang untuk sesi petang.
8.2.4 Pihak ibu bapa mencadangkan untuk membina semula jambatan di
hadapan sekolah, melebarkan tangga dan memperbesarkan
pagar.

`
8.3 Bilik Darjah

8.3.1 En Rosdi bin Mamat mencadangkan untuk memasang penghawa
dingin disetiap bilik darjah.

8.3.2 En Jasimin Mohd mencadangkan agar pihak sekolah menetapkan
waktu solat untuk murid petang.

8.3.3 En Fadzli Sham Hussin mencadangkan untuk memasang lampu
spotlight di luar sekolah ketika kelas tambahan malam.

8.3.4 En M.Fairuz M. Ali mencadangkan agar mengagihkan buku teks
dengan lebih efisien supaya tidak perlu beratur panjang.

8.3.5 En Hafizi Mohd Isa mencadangkan untuk mewujudkan
perpustakaan kecil di setiap kelas.

8.3.6 En.Mohd Ifzuan Saron mencadangkan agar menyediakan “locker”
untuk setiap murid.

8.3.7 En Mohd Aidil Rafee mencadangkan supaya waktu kelas malam
dipendekkan sehingga jam 09.30 malam.

8

8.4 Program

8.4.1 Pihak ibu bapa mencadangkan untuk mengadakan program hari
kerjaya, program jemputan dari Universiti .

8.4.2 En Hafizi Mohd Isa mencadangkan agar mengadakan ri kesedaran
dan keselamatan (contoh : ceramah keselamatan/polis dll.

8.4.3 En Abdullah Basri mencadangkan untuk mengadakan debat
terbuka dan ucapan umum di dalam kalangan pelajar.

8.4.4 En Muhamad Fauzi Abdullah mencadangkan untuk mewujudkan
sukan memanah di sekolah.

8.5 Kantin

8.5.1 Pn Nur Amani Syakirah mencadangkan untuk menambah tempat
duduk murid di kantin.

8.5.2 En Mohd Hisham Mohd Fuad mencadangkan untuk mewujudkan
menu sihat spt buah-buahan, yogurt dan lain-lain.

8.5.3 En Rosdi Mamat mencadangkan untuk mengadakan program khas
mengenai makanan sihat.

8.6 Kedai Buku

8.6.1 Norhani Zammudin mencadangkan supaya pihak sekolah dapat
memastikan baju sukan sekolah sentiasa ada bekalan di kedai
buku sekolah, boleh dibeli pada bila-bila masa.

8.6.2 Nik Muhammad Hasnan b. Nik Ibrahim mencadangkan agar
tempahan lambang sekolah dan tanda nama dibuat awal iaitu
sebelum cuti sekolah.

8.6.3 Nik Nadia Kalem meminta supaya tiada jualan bagi barangan yang
tidak digunakan untuk Pdpc

8.6.4 Mohd Hairi Mohd Zin mencadangkan supaya dapat mengurangkan
harga baju sukan.

8.7 Pn Hazita mengucapkan terima kasih, segala usul dan cadangan yang
telah dibentangkan tadi telah dijawab dan dibincangkan bersama.

9.0 HAL - HAL LAIN
9.1 Ucapan Guru Besar ( En Mohd Ikhsan Ahmad )

9.1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
kesyukuran kerana dapat menjayakan mesyuarat PIBG dan majlis
meraikan kejayaan murid-murid dalam 12 UPSR.

9.1.2 Guru besar juga mengucapkan tahniah dan sangat menghargai
komitmen VIP, barisan para pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu
bapa yang hadir.

9

9.1.3 En Mohd Ikhsan membuat ulasan mengenai buku
aturcara yang mengandungi pelbagai maklumat seperti
9.1.4 maklumat guru-guru SKSU, program sekolah, takwim
sekolah, maklumat mengenai bantuan, sukan dan
9.1.5 penglibatan murid sama ada di peringkat sekolah,
9.1.6 daerah, negeri atau di peringkat antarabangsa.
Terdapat juga maklumat mengenai UPSR, semua
maklumat ini disediakan oleh pihak sekolah kerana ibu
bapa berhak untuk mengetahui pencapaian anak-anak
di SK Saujana Utama.

Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang diringkaskan
dalam buku aturcara di muka surat terakhir adalah
untuk memaklumkan bahawa tahun 1,2 dan 3 sudah
tiada peperiksaan dan akan digantikan dengan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang akan dilaksanakan
sepanjang masa. Pentaksiran ini mengambil kira
kebolehan semua bidang, tidak hanya berasaskan
peperiksaan yang hanya fokus pada akademik sahaja.
Pelaporan PBD akan dinyatakan di dalam bentuk
band dan band 6 merupakan band yang paling tinggi
iaitu murid memiliki akademik dan sahsiah yang terbaik.

En Mohd Ikhsan juga mengingatkan bahawa dalam
menerapkan nilai-nilai murni serta keterampilan murid
memerlukan peranan daripada semua pihak, iaitu dari
ibu bapa, swasta dan juga agensi kerajaan.

Ucapan terima kasih atas sokongan daripada semua
pihak dalam usaha mencapai matlamat sekolah
berpretasi tinggi, terutamanya kepada YDP, ahli
jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

10

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sudi
hadir pada mesyuarat agung kali ini bagi sama-sama membincangkan hal
anak-anak demi kemajuan masa depan mereka. Ucapan tahniah kepada JK
PIBG 2019/2020 yang baru dilantik.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………… …………………………
(FAHMI BIN HASAN) (MOHD IKHSAN BIN AHMAD)
SETIAUSAHA PIBG PENASIHAT PIBG
SK Saujana Utama SK Saujana Utama

Disahkan Oleh:

…………………………

(SALLEHUDDIN BIN ABDUL LATIF)

YANG DIPERTUA PIBG
SK Saujana Utama

11

LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2019/2020

1. MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA
Ahli Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak lima (5) kali sepanjang
sesi 2019/2020. Semua mesyuarat telah dijalankan di bilik mesyuarat,
SK Saujana Utama.

MESYUARAT TARIKH MASA

Pertama 13/04/2019 (SABTU) 8.30 PAGI

Kedua 24/08/2019 (SABTU) 8.30 PAGI

Ketiga 09/11/2019 (SABTU) 8.30 PAGI

Keempat 15/02/2020 (SABTU) 8.30 PAGI

Kelima 28/11/2020 (SABTU) 8.30 PAGI

2. LAPORAN KEHADIRAN AHLI JAWATAN KUASA DI DALAM MESYUARAT

AJK PIBG

BIL NAMA JAWATAN 13/4/2019 24/8/2019 09/11/2019 15/02/2020 28/11/2020

1 En. Ikhsan bin Penasihat / / / / /

Ahmad

2 En. Sallehuddin YDP / / / / /

bin Abdul Latif

3 En. Adlan bin NYDP / X / / /

Abdul Razak

4 En. Fahmi bin Setiausaha / / / / /

Hassan

5 Pn. Hafizah binti Bendahari / X / / /

Ab Razak

6 En. Wan Ismail bin AJK / / / / /

Hashim

7 En. Muhamad AJK Ibu X / / X X

Asyhar bin Bapa

Mohamad Salleh

8 En. Mohd Fadhil AJK Ibu / / / / /

bin Majid Bapa

9 En. Abdul Malik AJK Ibu / / X X X

bin Omar Bapa

10 Pn. Azlina AJK Ibu / X X / X

Razimahwati binti Bapa

Azizi

12

11 Pn. Siti Suhaila AJK Ibu / / X X X
binti Nazri Bapa X X / / /
/ X X / X
12 En. Mohd Hafiz AJK Guru X / X / /
bin Musa / / / / X
/ / / / X
13 Pn. Eizeera binti AJK Guru / X / X /
Ednan / / / / /

14 Pn. Masinah binti AJK Guru / / / / /
Mohd Ariff

15 Pn. Hafizah binti AJK Guru
Ramli

16 Pn. Siti Khadijah AJK Guru
binti Ismail

17 Pn. Habibah binti AJK Guru
Muhamad Husin

18 Pn. Juraini binti Juruaudit 1
Abd Yazib @ Abd
Aziz

19 Pn. Roszeline binti Juruaudit 2
Ramlee

3. TUGAS AJK MENGIKUT BIRO

BIRO NAMA AJK
Kewangan dan Ekonomi En. Adlan b. Abdul Razak

Kebajikan dan Perhubungan (KSIB) Pn. Suhaila bt. Nazri

Akademik dan Pembangunan Modal Insan En. Fadhil bin Majid
Sukan Elit En. Malik bin Omar
Infrastruktur En. Wan Ismail b. Hashim

Maklumat En. Mohd Asyhar b. Mohamad Salleh

Kebitaran dan Kebudayaan Pn. Azlina Razimahwati bt. Azizi

13

LAPORAN AKTIVITI PIBG PADA 2019 DAN 2020

BIL AKTIVITI CATATAN
1 Program Semarak Nilam Bersama sekolah melancarkan nilam yang memupuk semangat
membaca dikalangan murid.
2 Kem Membaca 1Malaysia
Bersama pihak sekolah dalam galakan murid untuk membaca.

3 Program hari kecemerlangan murid SKSU Menghargai usaha gigih dan kerja keras murid sepanjang
tahun.

4 Pemasangan “power supply” dan “networking” Membaik pulih dan menaiktaraf system perkomputeran

makmal komputer. sekolah untuk kegunaan semua murid.

5 Projek penaiktaran bilik JQAF. Menaiktaraf bilik darjah kepada bilik j-qaf yang baharu bagi
melancarkan kegunaan semua murid SKSU.

6 Kelas Robotik Memupuk minat dan berkongsi ilmu dan pengalaman kepada
anak murid SKSU terhadap bidang robotik.

7 Memohon penaiktarafan sistem trafik seperti Melancarkan dan memastikan murid-murid SKSU selamat

lintasan zebra, laluan pejalan kaki berbumbung, diluar kawasan sekolah dan mengurangkan kesesakan lalu

jambatan dan sebagainya. lintas kenderaan.

8 Kejurulatihan sukan kriket Membina sebuah pasukan sukan kriket dan membekalkan
tenaga pengajar berpengalaman.

9 Kerjasama PIBG bersama Petronas Menambah kewangan PIBG dengan sumbangan daripada pihak
petronas kawasan Saujana Utama.

10 Membantu mengumpul dana bagi pembaikan Mengedarkan makluman dan permohonan sumbangan di

surau SK Saujana Utama masjid dan surau sekitar Saujana Utama untuk menanggung

kos pembaikpulihan surau SKSU.

11 Program Smart UPSR tahun 5 Program dijalankan selama 2 hari bermula jam 8 pagi – 1
petang kepada semua murid tahun 5 oleh biro pendidikan
PIBG, Encik Fadhil.

12 Program Free Market 3.0 Mengumpul dan mengedarkan pakaian sekolah terpakai
kepada ibu bapa murid SKSU yang memerlukan.

13 Penebangan Pokok Besar dalam kawasan Mengurangkan risiko pokok tumbang dalam kawasan sekolah

sekolah yang boleh membahayakan nyawa murid, guru dan kakitangan

sekolah.

14

14 Membaiki kerosakan bumbung, saluran air, Membaiki kerosakan kritikal bagi memberi keselesaan

pintu dan lain-lain lagi di kawasan sekolah kepada murid disekolah.

15 Membantu proses penyebaran internet ke Berkongsi ilmu, idea dan pandangan mengenai cabaran

seluruh kawasan sekolah penyebaran internet yang meliputi keseluruhan kawasan

sekolah.

16 Menyediakan program kelas tambahan malam Yuran kelas tambahan malam digunakan bagi membayar

bagi murid yang memerlukan. elaun guru, buku aktiviti bagi murid berkaitan dan membaik

pulih sudut-sudut yang mengalami kerosakan disekolah.

17 Menaiktaraf sistem automasi bagi kegunaan Menukar sistem rekod perpustakaan yang lebih baik, pantas

perpustakaan SKSU dan terkini termasuk dari segi ‘software’ dan ‘hardware’.

18 Bayaran sewa penapis air cuckoo Memastikan semua murid dapat memanfaatkan bekalan air
19 Program murid tahun 6 (UPSR 2019) yang sihat untuk diminum sepanjang hari.

Menjalankan sesi permuafakatan antara guru dan ibu bapa
murid terlibat, merancang aktiviti dan merancang kos yang
diperlukan dalam meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun
itu.

20 Program murid tahun 5 Merancang program kelas tambahan bersama pihak sekolah
dan berbincang tentang keperluan murid bagi persediaan
murid pada tahun hadapan (UPSR).

21 Penyediaan pasukan RELA ketika pembukaan Memastikan lalulintas dan keselamatan murid berjalan seperti

awal tahun persekolahan. yang sepatutnya.

22 Sumbangan program kecemerlangan untuk unit Menyediakan sebahagian dana bagi memastikan perancangan

kurikulum program berjalan seperti yang sepatutnya sepanjang tahun.

23 Sumbangan program kecemerlangan untuk unit Menyediakan sebahagian dana bagi memastikan perancangan

ko-kurikulum. program berjalan seperti yang sepatutnya sepanjang tahun.

24 Sumbangan program kecemerlangan untuk unit Menyediakan sebahagian dana bagi memastikan perancangan

hal ehwal murid (HEM) program berjalan seperti yang sepatutnya sepanjang tahun.

25 Sumbangan kepada unit pendidikan khas (PPKI) Menyediakan sebahagian dana bagi memastikan perancangan
program berjalan seperti yang sepatutnya sepanjang tahun.

15

26 Bersama melakukan kerja-kerja elektrikal di Memastikan sekolah tetap menjadi sebagai sebuah tempat

kelas, tandas dan kaki lima sekolah. selamat kepada semua murid.

27 Pemasangan penghawa dingin untuk bilik Memastikan semua murid yang menggunakan perkhidmatan

kesihatan dan pusat sumber bilik kesihatan dan pusat sumber dalam keadaan kondusif.

28 Penyediaan tong roro bagi kerja pembuangan Memastikan proses pembersihan dan pembuangan bahan

sisa pokok dan perabot rosak. tidak diperlukan berjalan lancar.

29 Penggantian kanvas khemah yang rosak. Memastikan murid mendapat perlindungan daripada panas
dan hujan semasa aktiviti-aktiviti dijalankan.

30 Bekerjasama menaiktaraf bilik kaunseling Mewujudkan keselesaan dan suasana selayaknya dalam sesi
pemulihan murid.

31 Menyumbang dan melawat murid yang sakit dan Memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak

murid yang memerlukan bantuan. yang sepatutnya selain menunjukkan keperihatinan kepada

mereka.

32 Membiayai elaun bagi pengawal lalu lintas Memastikan keselamatan murid semasa melintas diluar
33 Membiayai bayaran guru ganti kawasan sekolah terjamin sepanjang tahun.

Memastikan murid-murid SKSU mendapat didikan yang
sewajarnya dikala sekolah menghadapi isu kekurangan guru
atas sebab tertentu.

34 Bekerjasama dalam program pendidikan islam Bersama pihak sekolah menjayakan program pendidikan islam

PPD Kuala Selangor. bagi semua murid beragama islam di SKSU

35 Program pencegahan Covid-19 Bersama pihak sekolah menyediakan keperluan seperti
sanitizer, sabun, kain lap dan penyembur air.

36 Membiayai keperluan pihak keselamatan Melengkapkan keperluan keselematan sekolah seperti vas

sekolah. pantul cahaya, wisel, lampu isyarat dan banyak lagi.

37 Projek pasukan inovasi sekolah Membantu dari segi pengetahuan dan pembiayaan pembinaan
projek inovasi seperti inovasi kehadiran murid dan sistem
lampu isyarat.

16

LAPORAN
KEWANGAN PIBG

2019 - 2020

17

24

18

19

20

25

21

22

23

LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019-2020

17

PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN DIBAHAS

BIL

1 Pn. Habibah - Meneruskan nilai bayaran sumbangan PIBG sebanyak

bt. Husin. RM50.00 bagi satu keluarga seperti tahun sebelumnya.

2 Pn. Eizeera - Sumbangan bayaran untuk projek penebangan pokok
bt. Ednan besar dalam kawasan sekolah secara ‘one-off’
sebanyak RM20.00 bagi tahun ini hingga projek selesai.

3 Pn. Che - Semua ibu bapa prasekolah bernaung dibawah PIBG

Nurullily bt. mulai tahun 2021 seperti yang disarankan JPNS kerana

Che Mohd tiada lagi persatuan PEWARIS di prasekolah.

Ariffin

4 Thaahirah - Sekolah edar surat kepada ibu bapa untuk mengalu-
Shireen bt. alukan sumbangan ikhlas bagi memenuhi keperluan
Mohamed utiliti dalam bilik darjah.
Rasied

26

SOAL JAWAB DAN MAKLUMBALAS

PDP / PDPR

Soalan : Galakkan pembelajaran secara video bagi murid yang mempunyai masalah jaringan
internet dan kerja sekolah dalam bentuk modul (dicetak) bagi ibu bapa yang mempunyai
masalah mesin cetak.

Jawapan : kedua-dua cadangan tersebut telah dijalankan.

Soalan : tarikh hantar kerja sekolah dipanjangkan dan penghantaran kerja sekolah sekali
seminggu.

Jawapan : Guru akan bagi tempoh 2 minggu atau sehingga buka sekolah. Namun ia ikut juga
budi bicara guru matapelajaran untuk mengelakan tugas yang banyak.

Soalan : Bagaimana pihak sekolah akan pastikan sekiranya ada guru yang tidak dapat
mengajar subjek yang dipertanggungjawabkan.

Jawapan : Waktu PDP dan masuk kelas guru mengikut jadual waktu adalah wajib. Jika guru
tidak dapat masuk ke kelas disebabkan tugas rasmi, pihak pentadbir akan sediakan rilif. Guru
rilif akan masuk dan perlu memantau PDP guru matapelajaran dalam bentuk latihan dan
lain-lain. Pihak pentadbir juga sentiasa memantau pergerakan guru supaya anak-anak murid
mendapat ilmu sebagaimana hak mereka dapat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dewan terbuka

Soalan : Bertanya tentang status dewan terbuka kerana kutipan sumbangan daripada ibu
bapa berkenaan perkara tersebut telah dilakukan. (Syahnizam)

Jawapan : Kesemua kutipan melibatkan cadangan pembangunan Dewan Terbuka kekal
disimpan dalam wakaf dewan berbumbung seperti tahun-tahun lepas sehinggalah
jumlahnya mencukupi untuk perlaksanaan projek yang dijangka akan menelan belanja pada
anggaran RM300k. Sehingga tahun ini, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM50,953.00.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ko-Kurikulum

Soalan : Fokus kepada pembelajaran dulu. Abaikan unifirm pengakap dll. Ramai murid2
yang ketinggalan dalam pembelajaran. Kelas online pun sekejap. Pandemik ini pun tak
tahu sampai bila. (Huzaifah b. Paimin Abdullah Yusuf)

Jawapan : Pihak sekolah akan sentiasa mematuhi surat-surat arahan terkini oleh KPM dari
masa ke semasa baik dari aspek kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

27

Bilik Darjah
Soalan : Menyediakan rak buku di blkg kelas untuk simpanan buku2 yang perlu dibawa
setiap hari. (Mohd Izwan bin Hamzah)
Jawapan : Pihak Badan Kelab Guru dan Kakitangan (BKGK) ada menyediakan sewaan almari
berkunci (locker) bagi murid yang berminat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedai Buku Sekolah

Soalan : Bahan dan buku di kedai buku yang kerap tidak mencukupi menyebabkan ibu bapa
perlu hadir sekurang2nya 2 kali untuk lengkapkan peralatan. (Intan Fareha binti Che
Mansor)

Jawapan : Pihak sekolah telah mengingatkan agar pengusaha kedai buku menyediakan
kelengkapan yang mencukupi untuk ibu bapa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Teks

Soalan : Guru kelas haruslah membantu check keadaan buku-buku yang akan diserahkan
kepada SPBT. Ini supaya dapat mengesan buku-buku yang koyak di dlm atau 'hancur' (dr luar
nampak cantik). Supaya dpt mengelakkan pelajar tahun berikutnya dari terima buku yang
rosak (Roslan bin Awang @ Umar)

Jawapan : Terima kasih atas cadangan. Pihak sekolah juga ada membuat pemeriksaan
tentang penjagaan buku teks.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyuraian Murid
Soalan : Urusan balik murid yg sesak, buat 2 kumpulan naik van dan ibubapa ambil. Atau
buka pagar lg satu. (Shahairulnizam b. Ismail)
Jawapan : Jadual penyuraian murid telah disediakan dan sepanjang tempoh
pelaksanaannya telah berjaya dijalankan dengan lancar.
Soalan : Sekolah darjah 123 seminggu dr jam 8 hingga 5.30 following week 456 pulak dan
123 akan ke sekolah agama begitu juga. (Hamini binti idris)
Jawapan : Sekolah tertakluk kepada arahan KPM.

28

Soalan : Minta jadual persekolahan di semak semula kerana waktu abis persekolahan pukul
1.anak masuk sekolah agama petang pukul 2.waktu keluar kelas ke pintu pagar ambil masa
lama.mohon pihak sekolah buat semakkan sedangkan saya pernah ikut sekolah lain di
kwasan sg buloh ada sekolah waktu kelas pagi abis persekolah pukul 12.30tghari. (Marianah
binti Md Lajis)

Jawapan : Masa PDP merujuk masa KSSR semakan 2017.

Soalan : Adakan satu pengawal keselamatan melintas di lampu isyarat simpang 3 jalan
keluar dari sekolah. Membuat laluan berbumbung di sepanjang kaki lima luar sekolah. (Siti
Robitah bt Kamaruddin)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan : Pada masakini pihak PIBG telah 2 orang pengawal keselamatan khusus untuk
mengawal lalu lintas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat

Soalan : Saya ingin usulkan kalau boleh adakan waktu solat zohor untuk anak-anak di sesi
petang, itu sahaja. (Norzaiti Binti Nordin)

Jawapan : Telah dilaksanakan. Merujuk kepada masa pendidikan islam setiap kelas dan
ruang masa waktu rehat juga dibenarkan solat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tandas

Soalan : Tandas murid tidak bersih sehingga menyukarkan murid untuk menggunakannya.
(Haziqah Nadia bt. Zainurddin)

Jawapan : Sekolah telah mengingatkan pekerja pembersihan mencuci tandas 3 kali sehari dan
pemantauan dari pentadbir.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Padang

Soalan : Mencadangkan agar sebahagian padang dijadikan tempat parking van sekolah supaya
laluan keluar masuk lebih lancar. (Ruzi Asyima binti Mohd Yusoff)

Jawapan : Padang yang sedia ada adalah secara perkongsian dengan SMKSU, oleh itu
cadangan ini tidak dapat dipenuhi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendidikan Khas

Soalan : Mohon pihak sekolah memohon KPM menyediakan kelas khas pelajar dyslexia.

Jawapan : Setakat ini bilik darjah yang ada tidak mencukupi untuk penambahan kelas.

29

30

Penghargaan dan Terima Kasih

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH

KEPADA :
EN. SALLEHUDDIN BIN ABDUL LATIF
YANG DIPERTUA PIBG SK SAUJANA UTAMA

PN ZAZALUMA BINTI HARUN
GURU BESAR SK SAUJANA UTAMA

BARISAN JAWATANKUASA PIBG SK SAUJANA UTAMA
GURU-GURU SK SAUJANA UTAMA
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG KALI KE-14

SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA

MURID-MURID SK SAUJANA UTAMA
WARGA SK SAUJANA UTAMA

DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI
SOKONGAN DAN SUMBANGAN UNTUK
MENJAYAKAN MAJLIS INI

TERIMA KASIH

30


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU PROGRAM
Next Book
Mr. Raymond Sims Program 8