INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH DISEDIAKAN OLEH NAMA Nur Fatin Amirah Binti Mohamad NO. KAD PENGENALAN 030105110458 ANGKA GILIRAN 2021192340332 KUMPULAN A6 TAJUK TUGASAN Tugasan 2 Penghasilan Produk KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3153 Pentaksiran Bilik Darjah NAMA PENSYARAH Ellie Esterina Mohd Fasiah TARIKH HANTAR 15 Mac 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
ISI KANDUNGAN Penghargaan 1.0 Pengenalan. ....................................................................................................4 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah ..................................................................................5 3.0 Analisis Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah ....................................................5 3.1 Jenis Pentaksiran.......................................................................................6 3.2 Kaedah Pentaksiran ..................................................................................10 4.0 Penilaian Professional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah .............................12 5.0 Refleksi ...........................................................................................................14 Rujukan Lampiran
3 PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus Pentaskiran Dalam Pendidikan kod kursus EDUP3153 ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Ellie Esterina Binti Mohd Fasiah,selaku Pentaksiran Dalam Pendidikan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putusputus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Datin Padlon atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.
4 1.0 Pengenalan Seramai lima orang guru telah terlibat dalam tugasan kajian lapangan yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankan di sekolah rendah. Aspek yang dikaji ialah jenis pentaksiran yang telah dijalankan di sekolah itu dan kaedah pentaksiran yang telah digunakan untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid. Guru perlu berani untuk membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam melaksanakan strategi PdP untuk menentukan keberkesanan pentaksiran seterusnya membantu murid yang lemah. Oleh sebab itu, guru seharusnya mahir dalam menentukan teknik dan instrumen pentaksiran yang sesuai dengan isi kandungan dan objektif pembelajaran (Guskey & Jung 2013)
5 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan bertujuan untuk memastikan pentaksiran yang menyeluruh dapat dijalankan ke atas diri murid dan tidak fokus terhadap sistem peperiksaan sahaja. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2019), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan mulai hujung tahun 2016. Menurut Arumugham (2020), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai serta mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid itu secara holistik.Pentaksiran Bilik Darjah ini masih mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan telah melibatkan penentuan tahap penguasaan atau prestasi bagi setiap murid dalam setiap mata pelajaran. PBD ini berlaku secara sumatif dan formatif serta sekaligus menilai seseorang murid itu dari segi JERIS iaitu kognitif, afektif dan psikomotor yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. 3.0 Analisis Instrumen Penilaian Bilik Darjah Seramai lima orang guru telah terlibat dalam tugasan kajian lapangan yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankan di sekolah rendah. Aspek yang dikaji ialah jenis pentaksiran yang telah dijalankan di sekolah itu dan kaedah pentaksiran yang telah digunakan untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid. Jadual 1 dibawah menunjukkan peratusan dan bilangan guru yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 3 orang guru perempuan dan dua orang guru lelaki telah ditemu bual tentang jenis pentaksiran yang telah mereka laksanakan. Jadual 1: Jantina Rajah 1 di bawah menunjukkan bilangan bahan pentaksiran yang diperoleh dalam setiap mata pelajaran. Rajah di bawah menunjukkan bahawa bahan pentaksiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu paling tinggi diperoleh iaitu sebanyak 16 bahan. Manakala bagi matapelajaran Sains, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bilangan bahan pentaksiran yang diperoleh adalah sama iaitu sebanyak 4 bahan bagi setiap satu. Akhir sekali, Kategori Peratus Bilangan Jantina Lelaki 2 Perempuan 3
6 rajah menunjukkan bahawa bahan pentaksiran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah yang paling sedikit diperoleh iaitu 1 bahan sahaja. Rajah 1: Bahan Mata Pelajaran 3.1 Jenis Pentaksiran Terdapat 15 jenis pentaksiran yang telah disenaraikan dalam temu bual bersama guruguru di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui peratus dan kekerapan jenis pentaksiran yang digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah untuk menilai tahap perkembangan dan prestasi murid-murid setelah menjalankan sesi PdPc. Rajah 2 menunjukkan jumlah keseluruhan kekerapan dan peratusan penggunaan jenis pentaksiran yang telah diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan oleh lima orang guru di sekolah tersebut. Rajah 2: Jenis Pentaksiran
7 Rajah 3 menunjukkan jenis pentaksiran yang paling kerap digunakan oleh guru-guru di sekolah iaitu Pentaksiran Formatif. Jumlah kekerapan penggunaan pentaksiran bahan formatif ialah 45.2 peratus bersamaan dengan 14 bahan. Pentaksiran formatif merupakan pentaksiran meliputi penilaian formal dan tidak formal seperti kuiz, pemerhatian dan latihan yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran jenis ini biasanya dijalankan selepas habis pengajaran tentang sesuatu topik atau unit dengan tujuan penambahbaikan sesi PdP. Rajah 3: Jenis Pentaksiran Tertinggi Bahan Pentaksiran Formatif Yang Diperoleh. Lembaran Kerja
8 Kuiz Dalam rajah 4 di bawah, menunjukkan Pentaksiran Sumatif merupakan bahan pentaksiran yang sederhana digunakan oleh guru-guru iatu 12.9 peratus bersamaan dengan 4 bahan. Pentaksiran sumatif mentaksir pembelajaran pelajar setelah beberapa topik telah diajar dan pentaksiran ini dijalankan pada pertengahan dan akhir setiap semester atau dikenali sebagai Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun (Sh. Siti Hauzimah Wan Omar, 2019). Oleh sebab itu, pentaksiran ini lebih kerap dijalankan dan mudah dilaksanakan kerana ia merupakan pentaksiran yang umum di setiap sekolah. Rajah 4: Jenis Pentaksiran Sederhana
9 Bahan Pentaksiran Sumatif Yang Diperoleh Ujian Akhir Sesi Akademik Rajah 5 dibawah menunjukkan bahawa Pentaksiran Alternatif Jenis Projek dan Amali adalah yang paling sedikit digunakan iaitu 3.2 peratus bersamaan dengan 1 bahan bagi keduaduanya. Pentaksiran Alternatif projek merupakan pentaksiran yang memerlukan murid mempunyai sifat inkuiri atau mencipta sesuatu yang baharu seperti inovasi. Pentaksiran Amali pula merupakan aktiviti dimana guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai sebelum melaksanakan pentaksiran. Kedua-dua jenis pentaksiran ini kurang digunakan di sekolah kerana ia memerlukan guru untuk meluangkan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar kerana berbeza dengan pentaksiran-pentaksiran yang lain. Rajah 5: Jenis Pentaksiran Terendah
10 Bahan Pentaksiran Alternatif – Projek dan Amali Projek Sains Produk Seni Visual Amali Sukan 3.2 Kaedah Pentaksiran Rajah 6 di bawah menunjukkan kaedah pentaksiran yang digunakan oleh kelima-lima orang guru di SK Taman Seri Rampai. Kaedah Pentaksiran yang paling kerap digunakan oleh guru tersebut ialah kaedah bertulis iaitu sebanyak 61.8 peratus. Diikuti dengan Kaedah Pemerhatian iaitu 26.5 peratus dan kaedah lisan 11.8 peratus. Rajah 6: Kaedah Pentaksiran Kaedah pentaksiran ini meliputi buku tulis, buku aktiviti, lembaran kerja dan buku latihan serta lain-lain lagi yang telah dikumpul sewaktu menjalankan kajian di SK Taman Seri Rampai. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2012), istilah penulisan pula membawa erti perihal atau kegiatan menulis, mengarang dan lain-lain. Menurut Mustaqim Roslan (2023), kaedah bertulis adalah merujuk kepada kemahiran murid-murid menulis latihan yang diberikan di dalam kelas dan di rumah. Oleh sebab itu, kaedah pentaksiran
11 bertulis merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru kerana kaedah ini sangat mudah untuk dijalankan dan aktivti PdP yang dilaksanakan juga boleh dipelbagaikan. Bahan Kaedah Bertulis. Buku Latihan Lembaran Kerja Buku Latihan Selain itu, kaedah pemerhatian juga sering dilaksanakan oleh guru di sekolah. Dalam konteks PBD ini, pemerhatian yang dijalankan ialah pemerhatian guru terhadap murid-murid sepanjang PdP berlangsung. Menurut salah seorang guru di sekolah tersebut, mereka menjalankan pemerhatian terhadap penglibatan seseorang murid itu di dalam kelas sama ada aktif atau kurang aktif. Sekiranya seorang murid itu aktif dan penglibatannya sewaktu Pdp berlangsung sangat baik, maka pencapaiannya adalah memuaskan. Pemerhatian yang dijalankan oleh guru di SK Taman Seri Rampai adalah murid akan dinilai berdasarkan senarai semak yang telah guru sediakan dan sekiranya murid berjaya menunjukkan kefahaman dan perlakuan yang baik ketika menjalankan aktiviti, murid tersebut dikira sudah mencapai tahap prestasi yang baik. Bahan Kaedah Pemerhatian Inovasi Senarai Semak Amali Sukan
12 Akhir sekali, kaedah lisan adalah kaedah pentaksiran yang jarang dilaksanakan oleh guru di SK Taman Seri Rampai. Siti Saniah Abu Bakar (2013) berpendapat bahawa kaedah lisan ini sinonim dengan kemahiran bertutur, komunikasi dan seringkali digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks PBD, kaedah pentaksiran lisan membawa maksud guru menilai murid berdasarkan tahap komunikasi dan pertuturan murid sepanjang PdP berlangsung untuk menentukan tahap prestasi murid. Sebagai contoh, guru di SK Seri Rampai melaksanakan pembentangan apresiasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Aktiviti ini memerlukan murid untuk berkomunikasi secara lisan di hadapan kelas dan menghuraikan hasil karya yang telah dihasilkan dalam bahasa seni visual. Melalui aktiviti ini, guru akan menilai pertuturan murid sama ada jelas atau kurang jelas, fasih atau kurang fasih dan sama ada mereka berjaya menghuraikan bahasa seni visual yang ada pada karya mereka dengan baik. Jika mereka berjaya membuat apresiasi dengan lancar, maka mereka dikira sudah mencapai tahap prestasi yang baik . Bahan Kaedah Lisan Pembentangan Bercerita e-Portfolio Bahasa Inggeris 4.0 Penilaian Professional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Pertimbangan professional merupakan pertimbangan dilaksanakan menggunakan pengetahuan professional terhadap kurikulum yang dihasratkan meliputi pengetahuan, nilai, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta kriteria dan standard yang ditetapkan. Pertimbangan professional merupakan proses yang berterusan sepanjang PdP dan perlu dijalankan meliputi empat elemen. Elemen yang pertama ialah pengetahuan. Guru yang membuat pertimbangan ini perlulah berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan itu mestilah meliputi ilmu, kandungan, strategi pengajaran dan kebolehan guru untuk mentaksir murid secara telus dan adil. Guru-guru di SK Taman Seri Rampai mempunyai pengetahuan yang luas tentang jenis pentaksiran dan kaedah pentaksiran yang mereka boleh jalankan di
13 sekolah. Guru-guru di sekolah ini juga menggunakan jenis pentaksiran yang pelbagai untuk mengukur tahap murid dari pelbagai aspek dan bukan peperiksaan sahaja. Elemen yang seterusnya ialah tanggungjawab professional. Guru sebagai pendidik haruslah melaksanakan pentaksiran dengan penuh tanggungjawab dan beretika berdasarkan pengetahuan, input murid serta pengalaman yang ada dengan cekap, telus, holistik dan sistematik. Guru-guru di SK Taman Seri Rampai melaksanakan pentaksiran dengan penuh amanah dan telus supaya tahap prestasi murid dapat dinilai dengan tepat dan telus. Melalui cara ini, guru dapat merancang penambahbaikan PdP dengan baik dan berkesan. Di samping itu, pertimbangan professional ini juga menekankan input murid. Guru menilai murid dengan teliti bagi setiap aspek. Guru menganalisis dan membuat pertimbangan melalui pemerhatian, perbincangan dua hala, lembaran kerja dan lain-lain yang bersesuaian. Contohnya, guru di SK Taman Seri Rampai menggunakan lembaran kerja dan Latihan bertulis bagi membuat pertimbangan terhadap prestasi setiap murid di dalam kelas. Selain itu, guru di sekolah itu juga melaksanakan pemerhatian kepada murid semasa mereka melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Elemen terakhir yang perlu dipertimbangkan semasa membuat pertimbangan professional ini ialah pengalaman. Guru menggunakan input murid dan pengalaman untuk mengajar serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta potensi yang ada pada diri murid. Guru di SK Taman Seri Rampai menggunakan pengalaman sedia ada mereka dan pengalaman sedia ada murid semasa mengajar.
14 5.0 Refleksi Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai, jelaslah bahawa pelbagai jenis pentaksiran telah digunakan oleh guru-guru di sekolah untuk menilai tahap prestasi dan tahap perkembangan murid. Kekuatan Berdasarkan kajian tentang pentaksiran yang dijalankan kekuatan yang boleh dijadikan contoh untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pentaksiran formatif yang dilaksanakan di sekolah meliputi aktiviti yang pelbagai. Hal ini membolehkan guru untuk menilai murid daripada pelbagai aspek bukan sahaja akademik malah sahsiah dan emosi. Pentaksiran Formatif yang dilaksanakan di sekolah ini juga ada menerapkan penggunaan teknologi sesuai dengan pembelajaran masa kini. Guru-guru di sekolah ini memanfaatkan penggunaan teknologi untuk melaksanakan kuiz dan pelbagai lagi aktiviti lain. Melalui cara ini, kemahiran teknologi guru serta murid juga akan meningkat dan lebih kreatif serta berpengetahuan. Kelemahan Kelemahan yang telah dikenalpasti sewaktu menjalankan kajian di sekolah ini. Antaranya, guru kurang menjalankan pentaksiran yang berbentuk projek atau amali. Kekurangan alat dan bahan menyebabkan guru tidak boleh melaksanakan projek seperti yang dikehendaki dalam Standard Kandungan seperti dalam mata pelajaran Sains. Kekurangan fasiliti juga menjadi penghalang kepada guru untuk menjalankan aktiviti yang memerlukan kemudahan teknologi. Contohnya, LCD dan paparan slaid tidak disediakan di dalam kelas menyebabkan guru perlu berebut dengan guru lain untuk menggunakan makmal komputer. Hal ini menyebabkan aktiviti yang mengandungi elemen TMK tidak dapat dicapai. Cadangan Penambahbaikan Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan dan guru di sekolah SK Taman Seri Rampai ialah menambahkan lagi program berkaitan inovasi. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti dan inovasi dalam diri murid. Murid dapat mengembangkan cara berfikir mereka dengan lebih kritis. Penilaian boleh dilakukan dengan menilai pembentangan yang akan dijelaskan oleh murid berkaitan projek yang telah dihasilkan. Selain itu, pemerhatian juga boleh dijalankan dengan menilai tahap penglibatan murid dalam penghasilan projek.
15 Rujukan Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019). Panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (edisi ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. Boon, P.Y., Lee, L.H. & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein, Zakirah Imana Ho Abdullah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Muhammad Mustaqim Roslan. (2023). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu Di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam. Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Nor Asilah Osman, Norliyah Sulaiman, Shariza Said, M Vijayaletchumi R Maniveloo, Zahanin Ismail. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Omar, S. S. H. W. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah (Knowledge, Skills, Attitude And Problem Of Teacher's In Implementing Classroom Assessment Malay Language In Primary Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67. Siti Saniah, A. B. (2013). Kekangan Pelajar Asing dalam Menggunakan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM). Vol. 3, Bil. 1, 56-62. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
16