The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wafiqadam70, 2021-06-08 09:28:33

Tunjuk Cara Bola Tampar ( Adam,Raihan,Aiman)

tunjuk cara bola tampar (1)

Edisi pertama, 7 Jun 2020

Pengenalan, Asas dalam permainan
sejarah tentang Bola Tampar
bola tampar

"Bola tampar lebih dari
sekadar olahraga, ini
jalan hidup."

Volleyball Bola tampar: 20
persen atletik dan 80
"Ini bukan seberapa
tinggi Anda, tetapi persen mental
seberapa baik Anda."
- Marv Dunphy "Blok yang efektif tidak
diragukan lagi adalah kunci

pertahanan yang sukses."

1

Ahli Kumpulan :

MUHAMMAD RAIHAN BIN MOHD HAZIZI
18DHF20F1001

MUHAMMAD ADAM WAFIQ BIN JOHARI
18DHF20F1036

MUHAMMAD AIMAN AKMAL BIN AMRAN
18DEP20F1008

2

Isi Kandungan…

• Pengenalan permainan bola
tampar
• Sejarah
perkembangan

• Perkara asas sebelum
bermain bola tampar

3

PENGENALAN

4

BOLA TAMPAR

Pengenalan
Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh
dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan
dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain
simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau
memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para
pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota
badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau
memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup
iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan.

Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak
5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan
dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak
memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai
pemenang.
Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan
serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi
perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata,
dengan minimun kelebihan 2 mata.

Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang
iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu
dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan.
Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang
melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah),
akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya
jika markah diperoleh.

5

SEJARAH SUKAN
BOLA TAMPAR

6

Sejarah Perkembangan 7
Sukan Bola Tampar Di
Dunia.

• Permainan bola tampar telah direka
oleh Professor William G. Morgan (1870
– 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young
Men’s Christian Association (YMCA)
Holyoke, Massachusetts, Amerika
Syarikat. Permainan ini direka
berdasarkan permainan tenis (jaring) dan
bola keranjang (bola), dan beliau
menamakan permainan baru ini sebagai
”Mintonette”.

• Pada tahun 1896, nama tersebut telah
ditukar kepada “Volley Ball” setelah
cadangan dibuat oleh Professor Alfred T.
Halstead, dan diterima oleh Morgan
dalam persidangan. Pada tahun 1952,
Jawatankuasa Pentadbiran United States
Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini
dieja sebagai satu perkataan,
“Volleyball”.

• Persekutuan bola tampar antarabangsa
(Federation Internationale de Volleyball

FIVB) telah ditubuhkan pada tahun
1947.Kejohanan bola tampar sedunia
bahagian lelaki yang pertama telah
diadakan di Prague pada tahun 1949
manakala Kejohanan bola tampar
sedunia yang pertama untuk wanita
telah berlangsung di Paris pada tahun
1951.

• Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan
sebagai sukan berpasukan
Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di
Sukan Olimpik
yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam
bahagian lelaki
manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara
wanita.

• Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada
lima jenis sukan
antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220
negara yang
menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56
dari Eropah, 34 dari
NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12
dari Amerika Selatan,
telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling
besar di dunia.

8

Sejarah di Malaysia

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti
Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk
mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang
besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada
ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan
Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri
masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini

dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA)

telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran

1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada

Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar
antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB)

pada tahun 1962. 9

• MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan
sukan bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar
Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh
negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu,
sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai
tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain
sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan
kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara
wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

• Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan
pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan
dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah
seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan
bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-
Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia
Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.

• Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh
daripada semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah
Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia,
manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam
sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr.
Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun
1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan
di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola
Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola
Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan
tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan
awah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

10

ASAS PERMAINAN
BOLA TAMPAR

11

5 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa
kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Kemahiran-
kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar
adalah DINGGIND, SERVIS, SET, SPIKE DAN BLOCK

1- Pukulan Meyangga (DINGGING)

Pukulan meyangga ini digunkan apabila bola berada di bawah
paras mata. Kebanyakkan pemain belakang gelanggang
menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau
bola rejaman.Pukulan meyangga ini dilakukan supaya dapat
memainkan bola dengann tangan. Bahagian tangan yang sesuai
untuk menyangga ialah antara tangan hinnga kesiku. Lutut perlu
dibengkokkanuntuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga
dengan baik.

12

Teknik-teknik menyangga (DINGGING) ;

1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama
yang lain.
3)Kedua-kedua siku hendaklah dikunci dengan lengan dan
pergelangan tangan perlu diluruskan ke hadapan.
4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan
dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.
5)Letakkan kaki diluar ke hadapan dan pusing badan untuk
menghadap sasaran sebelum bermain bola.
6)Tolak bola ke atas dengan pergerakkan bahu yang minimum.
7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk menapar bola.
8)Pastikan tapak pemukul (paltform) adalah stabil.
9)Kendurkan bahagian atas tubuh.
10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya
dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

13

2- PUKULAN SERVIS
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau
Berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai
cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola
tampar terdapat dua jenis servis iaitu servis atas dan servis bawah
yang biasa digunakan.
Teknik Servis Atas

1)Langkah pertama, posisi badan adalah berdiri dan salah satu
tangan memegang bola.
2) Bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat
sekuat tenaga.
3)Pukulan bola haruslah melepasi?melewati di atas net.
4)Bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau
beralun.

14

Teknik Servis Bawah

1)Kedudukan badan dalam keadaan berdiri dan kemudian kaki
perlu dibuka sedikit seperti membentuk keadaan kaki kuda
dengan keadaan badan agak condong kehadapan.
2)Salah satu tangan perlu memegang bola dan tangan yang
satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari-jari
tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam.
3)Bola dilambungkan sedikit dan kemudian bola dipukul di
bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke
depan.

15

3- PUKULAN MENGUMPAN (SETTING FULL)

Kebiasaannya pukulan mengumpan (set) ini dilakukan pada sentuhan bola
yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan
sepasukan membuat rejaman. Umpama dibuat apabila kedudukan bola
melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan
pukulan umpanan. Ini memberikan peluang kepada sendi-sendi menyerap
dan mengekalkan kelajuan bola.

Teknik Mengumpan (set)

1)Buka jari-jari supaya dapat membentuk tiga seg seperti di dalam gambar.
2)Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang
kuat.
3)Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan apat
membuat rejaman

16

4-PUKULAN MEREJAM (SPIKE)
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan.
Tujuan rejaman ini adalah untuk mematikan servis di dalam gelanggang
lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan.Kemahiran
merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Sewaktu memukul
bola di udara,badan perlulah dibengkokkan sedikit dan lalu memukul bola
pada pihak lawan.

1)Sama ada run-up atau berdiri setempat.
2)Melonjakkan dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.
4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu
untuk merejm bola.
5)Pukulan bola boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak
tangan terbuka atau menadahkan tangan.
6)Pergerakkan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7)Untuk run-up, perejam perlu berdiri dua hingga tiga meter dari jaring dan
mengambil tiga langkah.
8)Langkah kedua akan membawa perejam di bawah bola dan kedua-dua
belah kaki akan hampir bersama.

17

5-PUKULAN MENGHADANG (BLOCK)

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang (block) ini
juga agak sukar dikuasai.kemahiran ini juga penting untuk
menghadang rejaman. Halangan ini dilakukan oleh dua orang
pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain
akan melonjak dan mencuba menghalang bola yang direjam
dengan kedua-dua boleh tangan.

1)Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
2)Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
3)Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
4)Jarakkan jari-jari tangan.
5)Mata pandang arah pergerakkan bola.
6)Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

18


Click to View FlipBook Version