The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina.ahmad, 2022-10-16 11:04:12

FAQ READING PROGRESS 2022

FAQ READING PROGRESS

SOALAN FAQ (Pelaksanaan Reading Progress)

1. Bilakah Reading Progress akan dilaksanakan?

Reading Progress ini akan dilaksanakan pada November 2022
sehingga Januari 2023.

2. Bagaimanakah Reading Progress dilaksanakan?

Reading progress ini boleh dilaksanakan semasa PdP Bahasa
Inggeris di dalam kelas khususnya ketika guru mengajar
kemahiran membaca (Reading) atau pembelajaran secara
kendiri di rumah bagi tujuan pengukuhan dan pengayaan.

3. Bagaimana Reading Progress dilaksanakan di dalam kelas?

Reading Progress boleh dilaksanakan di dalam kelas mengikut
kesesuaian bilangan murid dan kemudahan Information
Communication and Technology (ICT) yang mencukupi.

Contohnya bilangan murid di dalam kelas seramai 40 orang
dan kemudahan ICT yang ada hanya mampu menampung 20
orang murid sahaja dalam satu-satu masa. Maka guru boleh
membuat aktiviti di dalam kelas dengan membahagikan murid
kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan 20 orang. Murid
kumpulan A akan melaksanakan pembacaan menggunakan
aplikasi Reading Progress, murid kumpulan B pula boleh
membaca teks yang diberikan secara senyap atau dengan

bimbingan guru sebelum mereka membaca menggunakan
aplikasi Reading Progress. Seterusnya guru boleh
menyediakan soalan kefahaman berdasarkan teks yang dibaca
oleh murid. Soalan kefahaman ini boleh dijawab oleh murid
kumpulan B semasa mereka melaksanakan aktiviti membaca
senyap, bagi murid kumpulan A mereka boleh menjawab
soalan selepas melaksanakan aktiviti Reading Progress.

4. Adakah aplikasi Reading Progress ini boleh dijadikan PBD
membaca murid?

Guru boleh menggunakan aplikasi Reading Progress sebagai
alat untuk menyokong PBD. Guru perlu menyediakan item atau
bahan pentaksiran tambahan yang boleh menentukan tahap
kefahaman murid dalam aktiviti membaca.

5. Bolehkah murid membawa peranti peribadi ke sekolah semasa
pelaksanaan Reading Progress?

Murid boleh membawa peranti peribadi ke sekolah kecuali
telefon bimbit berdasarkan Surat Perkeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2018:
Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti
Peribadi ke Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Matlamat utama Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke
Sekolah KPM adalah untuk membenarkan murid membawa
peranti ke sekolah bagi tujuan pembelajaran dan aktiviti lain
yang menyokong pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di
sekolah. Kebenaran pelaksanaan dasar ini adalah
berdasarkan;

i. Garis panduan yang disertakan bersama-sama surat
pekeliling ikhtisas kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 2 Tahun 2018,

ii. Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan agar
penetapan murid untuk membawa peranti peribadi ke
sekolah dibuat atas prinsip kesesuaian dan keperluan
untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
serta kokurikulum di sekolah, dan

iii. Pengetua/Guru Besar juga hendaklah memastikan guru
membuat perancangan yang teliti berhubung
penggunaan peranti peribadi dalam aktiviti PdP dan
kokurikulum di sekolah disamping mengawal selia
penggunaan peranti peribadi seperti yang telah
ditetapkan dalam garis panduan.

6. Adakah tahap pembacaan murid yang mengikuti Reading Progress
perlu dilaporkan?

Ya. Pelaporan tahap pembacaan ini berdasarkan Artificial
Intelligence (AI) murid yang terdapat dalam aplikasi Reading
Progress.

7. Bilakah pelaporan Reading Progress ini akan dibuat?

Setiap murid yang melaksanakan Reading Progress akan
memperoleh laporan tahap pembacaan. Tahap pembacaan
murid diperoleh melalui Pelaporan AI yang dijana oleh sistem.
Guru boleh melihat tahap perkembangan bacaan murid
mengikut CEFR berdasarkan pelaporan AI yang terdapat dalam
aplikasi Reading Progress.

8. Bagaimanakah untuk memperoleh bahan bacaan mengikut CEFR
semasa pelaksanaan Reading Progress?

Bahan bacaan Reading Progress (RP) boleh diperolehi

dari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/. Guru boleh

memilih bahan bacaan daripada RP Resources Hub yang telah

disesuaikan mengikut tahap CEFR (A1, A2, B1, B2, C1, C2).

9. Bolehkah guru menggunakan bahan lain selain bahan yang
disediakan?

Boleh. Guru juga boleh muat turun (copy and paste) bahan
bacaan yang bersesuaian daripada sumber lain. Sekiranya
bahan daripada sumber lain tidak mempunyai tahap CEFR,
Guru boleh menggunakan aplikasi Reading Progress (text
analyser) untuk mengenal pasti tahap CEFR bahan yang
dipilih.


Click to View FlipBook Version