The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Simbol dan Logo merupakan tajuk yang terdapat dalam subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ronaldray, 2023-04-14 00:07:40

Seni Reka Grafik: Simbol & Logo

Simbol dan Logo merupakan tajuk yang terdapat dalam subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2.

DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PENSYARAH: DR. MAD NOOR MADJAPUNI RONALD RAY KIMSIN PP2212148T - SEKSYEN 2


SENI REKA GRAFIK: SIMBOL & LOGO


OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi, jenis serta ciri simbol dan logo. 2. Membuat eksperimentasi dan penerokaan rekaan simbol dan logo dengan pelbagai media dan teknik. 3. Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan rekaan simbol dan logo dalam penghasilan karya Seni Reka Grafik dengan menggunakan imaginasi dan idea dengan kreatif


Simbol ialah reka bentuk grafik yang diringkaskan daripada imej figura manusia, haiwan, alam dan benda. Simbol dihasilkan melalui gabungan unsur-unsur grafik yang menjadi representasi kepada sesuatu. Tujuan simbol dicipta untuk memudahkan pengguna memahami sesuatu tanpa menggunakan perkataan. DEFINISI SIMBOL


Perkataan logo pula diambil daripada bahasa Yunani, iaitu 'Logotype ' yang bermaksud ' cetakan perkataan ' . Pada umumnya, logo ialah lambang atau tanda bagi sesebuah perniagaan, kelab, persatuan atau agensi. Logo juga dihasilkan untuk tujuan aktiviti tertentu seperti sukan dan rekreasi. Logo merujuk kepada seni huruf atau gabungan huruf dan simbol yang mewakili sesuatu jenama. Misalnya, logo Adidas, Proton dll. DEFINISI LOGO


Jenis-jenis simbol & logo Jenis-jenis simbol dan logo dapat dihasilkan dengan merujuk kepada alam semula jadi dan objek buatan manusia. Jenis-jenis simbol dan logo adalah seperti berikut: Simbol dari Alam Semula Jadi Simbol dari Objek Buatan Manusia Logo dari Alam Semula Jadi Logo dari Objek Buatan Manusia


Simbol dari Alam Semula Jadi


Simbol dari Objek Buatan Manusia


Logo dari Alam Semula Jadi


Logo dari Objek Buatan Manusia


CCiirrii--cciirrii SSiimmbbooll && Logo Simbol dan logo mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Rajah di bawah menunjukkan antara ciri-ciri simbol dan logo.


CCiirrii--cciirrii SSiimmbbooll Menyampaikan mesej melalui gambar. Representasi gambar alam semula jadi atau objek buatan manusia. Bentuk objek dipermudahkan tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek tersebut. Menyampaikan mesej tanpa sebarang penerangan.


CCiirrii--cciirrii Logo Berdasarkan gabungan rupa bentuk dan huruf, gubahan singkatan yang mewakili sesuatu. Boleh mengandungi tulisan dan gambar. Penggunaannya dapat bertahan lama. Menyampaikan mesej merentas bahasa dan bangsa.


HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat menjelaskan definisi, ciri-ciri dan jenis simbol serta logo. Pelajar juga dapat membuat eksperimentasi dan penerokaan idea simnol dan logo menggunakan teknik yang berbeza.


A k t i v i t i p e l aj a r 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 .


Kumpulan A - menjelaskan definisi simbol dan logo Kumpulan B - menyatakan jenis simbol berdasarkan alam semula Kumpulan C - menyatakan jenis simbol berdasarkan objek buatan manusia Kumpulan D - menyatakan jenis logo berdasarkan alam semula jadi Kumpulan E - menyatakan jenis logo berdasarkan objek buatan manusia Kumpulan F - menjelaskan ciri-ciri simbol dan logo


Apakah kepentingan simbol dan logo? Soalan Individu


Latihan Setiap murid diminta untuk mencipta logo dan simbol mengikut kreativiti sendiri dan jelaskan di hadapan kelas.


Sekian & Terima Kasih


Click to View FlipBook Version