The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

dESIGN bUKU cITRA kARYA pAMERAN sv 2022_2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norrihan.zainal90, 2023-01-25 09:06:55

BUKU CITRA KARYA PAMERAN SENI VISUAL

dESIGN bUKU cITRA kARYA pAMERAN sv 2022_2023

i Salam sejahtera, segala puji kepada kepada Allah s.w.t. Merujuk situasi semasa , dunia Pendidikan kian menxabar. Perkembangan terkini dunia pendidikan pastinya para guru dan pelajar berdepan perbagai cabaran dan kekangan dalam melaksanakan proses pembelajaran, namun syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada guru dan semua pelajar Seni Visual STPM 2022 kerana berjaya melaksanakan projek kerja kursus dengan jayanya, seterusnya merancang dan melaksanakan Pameran Rintis X yang bertemakan “Sayangi Hidupan Liar” pada tahun ini. Saya percaya bahawa, projek kerja kursus dan mengadakan pameran karya ini akan memberi satu pengalaman berguna kepada para pelajar tingkatan enam dalam menghadapi dunia pendidikan di pusat pengajian tinggi dan dunia pekerjaan kelak. Melalui sesi apresiasi karya-karya yang telah dihasilkan pelbagai maklumat dapat di kongsikan kepada penghayat / audien . Proses penghasilan karya juga pasti telah menjadi elemen terapi kepada pengkarya/ pelajar. Kalungan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan projek kerja kursus dan pameran ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Saya juga yakin dan percaya, impak kepada upaya pengurusan projek kerja kursus dan pameran ini dapat melahirkan modal insan yang holistik dan berkualiti bagi memacu dan memartabat bidang kesenian khususnya seni visual, selain dapat menjadi ejen pembangunan kesejahteraan generasi akan datang. PUAN HJH. NORHUDA BINTI JAILANI PENGETUA CEMERLANG SMK SERI PERAK


ii Bissmillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum dan selamat sejahtera… Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izinnNya kita dapat bersama dalam Pameran Rintis X Seni Visual Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Perak STPM 2022. Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Unit Mata Pelajaran Seni Visual Tingkatan Enam, khususnya kepada Guru Pembimbing dan para pelajar yang telah melaksanakan projek kerja kursus dan menganjurkan Pameran Rintis X Tingkatan Enam STPM kali ke-10. Sepanjang pengamatan saya , pelaksanaan projek kerja kursus dua tahun belakngan ini menghadapi banyak cabaran berikutan perubahan takwim sesi persekolah pasca pendemik Covid19 , namun dengan komitmen dan kesungguhan guru bersama pelajar Seni Visual akirnya karya akhir dan pameran ini dapat direalisasikan. Kreativiti yang menyerlah dapat dilihat daripada hasil karya dan pengurusan pameran ini. Saya percaya dengan usaha para pelajar dalam penganjuran seumpama ini boleh memberi peluang kepada kalian untuk belajar mengurus, memimpin dan mengendalikan pameran serta memupuk ketahanan dalam menghadapi perbagai cabaran dalam usaha menjayakan pameran ini. Didoakan semoga keputusan cemerlang menjadi milik anda semua kelak. Harapan saya ialah, pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran berguna sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha Unit Seni Visual menjayakan projek dan pameran kerja kursus pada kali ini. ENCIK ABD KARIM BIN ABDUL BASIR PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM MERANGKAP GURU SENI VISUAL TINGKATAN ENAM SMK SERI PERAK


iii ENCIK SAIFUL REZAL BIN MOHD RAZALI GURU SENI VISUAL TINGKATAN ENAM SMK SERI PERAK


iv Bissmillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum dan selamat sejahtera... “ Tidak ditanam manakan tumbuh, Tidak dibaja manakan subur, Tidak tumbuh manakan melata, Tidak melata manakan berbuah, Tidak berbuah manakan petik, Tidak dipetik manakan makan, Tidak dimakan manakan rasa…” Cakna frasa di atas dan melewati masa yang dilalui, rasa kesyukuran di panjatkan ke hadirat Allah s.w.t. atas limpah serta kurnianya, akhirnya pelajar Seni Visual Semester 3 STPM 2022 berjaya melaksanakan projek dan pameran kerj kursus pada tahun ini. Segala pengalaman yang dilalui dapat kiranya menjadi panduan dan mengajar pelajar dalam menjana potensi dan bakat serta kebolehan diri bagi menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan. Dengan tema “Sayangi Hidupan Liar” projek kerja kursus pada tahun ini membolehkan pelajar mendalami dan meneroka dan mengkaji kehidupan haiwan liar serta seterusnya berkongsi hasil kajian visual dan ekspresi dalam mengolah idea karya akhir serta menyampaian mesej kepada uadien. Kalungan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah memberi komitmen jitu sepanjang melaksanakan projek kerja kursus dan Pameran Rintis X tahun ini. Anak-anak didik, jadilah seperti biji benih ; Lontar ke laut menjadi pulau, Lontar ke udara menjadi kejora ENCIK HAMDAN BIN MOHAMED DO’A Lontar ke darat menggunung sasa “ GURU SENI VISUAL TINGKATAN ENAM SMK SERI PERAK


1 Tajuk Karya /Rekaan : Naluri Kasih Nama Pengkarya /Pereka : NUR `AIN ZAFIRAH BT MOHAMAD ZALRI Kelas : 6AK3 Karya /Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said .Cetakan ini bertemakan “sayangi hidupan liar”. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu hasil peniruan semula imej asal. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah burung kakak tua dan pokok. Karya dikomposisi dengan unsur seni utama iaitu warna. Warna yang terdapat di dalam karya ialah penggunaan warna panas ( kuning, merah dan coklat ) dan warna sejuk (biru,hijau). Terdapat juga penggunaan warna neutral iaitu hitam dan putih. Unsur garisan membentuk awan dan terdapat juga kesan jalinan tampak dalam karya ini. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan melalui imej dua ekor burung kakak tua yang berada di atas dahan pokok. Kesan kontra pula dapat dilihat melalui tindanan warna panas dan warna sejuk yang menghasilkan kesan kepelbagaian dan juga imbangan simetri. Karya ini dihasilkan berdasarkan hasrat memberi kesedaran tentang kepupusan hidupan liar, kehilangan habitat dan ekosistem terancam. Akhir sekali, pemeliharaan dan pemuliharaan habitat dan ekosistem sangat penting bagi memastikan kelestarian untuk dilihat oleh generasi akan datang.


2 Tajuk Karya / Rekaan : Lingkaran Rimba Nama Pengkarya / Pereka : ARIF ISKANDAR BIN AZMI Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Redza Piyadasa. Cetakan ini bertemakan "sayangi hidupan liar". Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor ular tedung selar yang dalam kedudukan menegak iaitu dalam keadaan kembang. Imej sampingan dalam karya ini ialah dahan-dahan pokok. Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat ancaman pemburu dan kepayahan hidupan liar akibat kemusnahan alam sekitar. Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang semakin tenat dan diancam kepupusan Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran dan media. Akhir sekali, rasa kagum pengkarya terhadap keindahan alam semula jadi dan perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar turut terpelihara.


3 Tajuk Karya / Rekaan : Lang Menyusur Angin Nama Pengkarya / Pereka : NUR SYAZANA AYUNI BINTI ABDUL RAZAK Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said. Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan secara realistik iaitu peniruan semula imej sebenar.Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor burung helang pada bahagian kepala terletak ditengah-tengah karya. Manakala imej sokongan pula ialah imej awan Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan, harmoni, keseimbangan dan pergerakan pada karya. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan tentang kehidupan hidupan liar yang hampir pupus disebabkan oleh kemusnahan alam semula jadi. Selain itu, pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang kebebasan. Burung helang dan burung-burung lain ingin hidup terbang bebas dalam kehidupannya. Oleh itu,rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan lino yang berjaya dihasilkan melalui olahan subjek mattel dan subjek sokongan serta dapat mewujudkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya melalui penggunaan media dan teknik,warna yang digunakan,aliran dan gaya penampilan pada karya. Oleh itu, saya berasa kagum terhadap keindahan alam sekitar dan hidupan liar haruslah dipelihara agar dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang.


4 Tajuk Karya / Rekaan : “sepi nan hijau” Nama Pengkarya / Pereka : MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN SHAMSUL AZHAR Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Redza Piyadasa Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik yang meniru objek sebenar ke dalam karya. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor itik melewar yang sedang terbang berhampiran dengan imej sokongan iaitu tasik dan tumbuh - tumbuhan iaitu menjadi latar belakang bagi karya tersebut. Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah keseimbangan, kepelbagaian, harmoni dan penegasan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan dari sifat sesuatu hidupan inginkan kebebasan tanpa terjerat apa - apa masalah. Oleh itu, penghargaan dan bangga pengkarya dengan karya yang dihasilkan dengan imej utama karya untuk menyampaikan mesej menggunakan aliran, teknik, warna dan media. Akhirnya, penghargaan karya terhadap alam semula jadi dan tanggungjawab menjaga atau melindungi hidupan liar agar hidupan liar terus menjadi tatapan untuk generasi-generasi akan datang.


5 Tajuk Karya / Rekaan : Enchanted Bird Nama Pengkarya / pereka : NOR FAZLIZAH BINTI MOHD FADZLI Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said. Cetakan ini bertemakan "sayangi hidupan liar". Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor burung merak yang bahagian badan dibesarkan imejnya untuk memperlihatkan imej bulu burung merak yang mempunyai keunikan yang mempesonakan pada bahagian latar belakang. Imej sampingan dalam karya ini ialah bulu burung merak . Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan, keseimbangan , dan pergerakan . Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat daripada pemburuan dan kesungguhan seekor haiwan untuk meneruskan kehidupan dengan pelbagai cabaran akibat daripada kemusnahan hutan . Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang semakin diancam kepupusannya . Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran dan media. Akhir sekali, rasa kagum pengkarya terhadap keindahan dan keunikan alam semula jadi perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar akan terus terpelihara.


6 Tajuk Karya / Rekaan : Alim Bagai Katak Ditepi Air Nama Pengkarya / Pereka : SITI Saidatul Hajar Binti Mohamad Jailani . Kelas : 6ak3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said . Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik ialah peniruan semula imej dengan sebenar . Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor katak pokok bermata merah yang dalam keadaan di atas daun bunga cenderawasih serta di bawah nya air yang beralun . Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, rupa dan jalinan. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini ialah harmoni dan imbangan . Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kehidupan haiwan kecil yang hidup secara bebas namun masih terancam . Oleh itu , rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya siapkan sepenuhnya melalui olahan imej utama serta sampingan dan dapat mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui warna , garisan dan media . Akhir sekali , pengkarya berasa amat bangga terhadap keindahan alam semula jadi dan perlulah dipelihara dengan baik terhadap semua habitat hidupan liar .


7 Tajuk Karya / Rekaan : BAHARI INDAH Nama Pengkarya / Pereka : MUHAMMAD HAKIMI BIN AHMAD FUAD Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Redza Piyadasa. Cetakan ini bertemakan "sayangi hidupan liar". Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor penyu yang sedang berenang-renang di dasar laut. Imej sampingan dalam karya ini ialah batu-batu dan terumbu karang di dasar laut yang berwarnawarni. Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat ancaman pemburu dan kepayahan hidupan liar akibat kemusnahan alam sekitar. Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang semakin tenat dan diancam kepupusan Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran dan media. Akhir sekali, rasa kagum pengkarya terhadap keindahan alam semula jadi dan perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar terpelihara.


8 Tajuk Karya / Rekaan : Sahaya Rimba Nama Pengkarya / Pereka : IRFAN HAQIMI BIN KHAIRUL NIZAM KELAS : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Jauhari Muhammad Said. Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu melibatkan penghasilan karya berdasarkan peniruan imej sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor Monyet Belanda. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan, dan imbangan. Terdapat juga elemen peranan seni visual psikologi (emosi) pada imej Monyrt Belanda. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kemarahan seekor haiwan hidupan liar terhadap tangan yang tidak bertanggungjawab menghancurkan habitat hidupan liar untuk kepentingan diri sendiri. Pengkarya berasa sangat beruntung kerana dapat mengambil peluang ini untuk menunjukan kebolehan dalam berkarya dan berbangga dengan hasil karya yang telah dihasilkan dengan dorongan dan juga sokongan dari pelbagai pihak. Pengkarya juga berharap dengan adanya platform seperti ini akan dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya memelihara hidupan liar untuk tatapan generasi akan datang.


9 Tajuk Karya / Rekaan : BEBAS TANPA BATAS Nama Pengkarya / Pereka : AHMAD NAZIRUL HAFIZ BIN MOHD NASIR KELAS : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Juhari Said Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu melibatkan penghasilan karya berdasarkan imitasi iaitu peniruan imej sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor Burung Bangau yang sedang membuka kepak kiri dan kanannya sambil kakinya berada di dalam air . Imej sampingan karya pula terdapat lalang-lalang dan padi. Karya ini dikomposisikan dengan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan, pergerakan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterprestasikan seekor haiwan yang makin kurang spesiesnya akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka sendiri. Dengan ini, pengkarya berasa bangga kerana dapat menghasilkan karya dengan melalui mesej imej karya. Pengkarya juga berharap keindahan alam dan habitat haiwan dapat dipelihara secara teratur dan tersusun


10 Tajuk Karya / Rekaan : REMBO IN THE JUNGLE Nama Pengkarya / Pereka : RAFIQAH ALI Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Juhari Mohammad Said. Cetakan ini bertemakan “sayangi hidupan liar”. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor ayam hutan yang sedang berdiri di tengah-tengah karya dan belatar belakangkan semak lalang iaitu sebagai imej sokongan pada karya ini. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan,jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan, dan keseimbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan tentang kehidupan haiwan yang hampir pupus akibat daripada pemburuan yang berleluasa menyebabkan kepupusan habitat. Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya siapkan sepenuhnya melalui olahan imej utama dan sokongan serta wujud masej yang di sampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran, dan media. Akhir sekali, melalui karya cetakan ini terdapat maksud tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh pengkarya melalui warna dan garisan. Akhir kata pengkarya berasa kagum dengan keindahan alam semula jadi dan perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar dapat dipelihara untuk generasi akan datang.


11 Tajuk Karya / Rekaan : KESABARAAN Nama Pengkarya / Pereka : NOR SHAZLIN BT MOHAMAD ZAKI Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan timbulan dengan mengadaptasikan aliran realistik daripada tokoh REDZA PIYADASA. Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik dimana pengkarya menggambarkan semula subjek utama di dalam karyanya.Imej yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor kura-kura yang hidup di dalam hutan di pinggir sungai dan dibahagian belakang kura-kura terlihat rumput yang memanjang. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan ruang. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan , keseimbangan dan harmoni Karya ini dihasilkan berinterpretasikan hidupan liar yang semakin terancam habitatnya daripada aktiviti pemburuan haram dan alam sekitar yang diteroka mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pengkarya menghasilkan karya dengan menekankan subjek utama di dalam karya dan subjek sampingan yang digunakan dalam penghasilan karya,rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap karya yang dihasilkan sepanjang proses pencetakan dijalankan dan terdapat mesej yang hendak disampaikan oleh pengkarya melalui karya dari aspek jalinan,warna dan teknik. Akhir sekali, pengkarya berasa bangga kerana dapat menghasilkan sebuah karya berkaitan dengan tema iaitu sayangi hidupan liar.


12 Tajuk Karya / Rekaan : Laskar Rimba Nama Pengkarya / Pereka : MUHAMMAD TAUFIQ BIN ALI Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran Realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said. Cetakan ini bertemakan "sayangi hidupan liar". Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor tenggiling yang dalam kedudukan terbalik iaitu dalam keadaan tergantung. Imej sampingan dalam karya ini ialah dahan-dahan pokok. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat ancaman pemburu dan kepayahan hidupan liar akibat kemusnahan alam sekitar. Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang semakin tenat dan diancam kepupusan Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran dan media. Akhir sekali, rasa kagum pengkarya terhadap keindahan alam semula jadi dan perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar terpelihara.


13 Tajuk Karya / Rekaan : Sepi Sang Pujangga Nama Pengkarya / Pereka : WAN SITI NORFITRISHAKIRA BINTI MAT ISA Kelas : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : pengkarya telah menghasilkan karya cetakan timbulan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Juhari Muhammad Said. Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu peniruan semula imej sebenar dan Imej yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor keluang, berada ditengah-tengah karya yang dikelilingi daun-daun sebagai subjek sampingan dan kedudukannya secara tergantung. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, rupa dan jalinan . Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan, keharmonian dan keseimbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan tentang kehidupan seekor haiwan yang hampir pupus dan sukar untuk dijumpai akibat daripada pemburuan secara haram dan dikategorikan sebagai haiwan terancam. Oleh disebabkan itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap hasil karya cetakan yang dihasilkan melalui subjek utama dan subjek sokongan yang dapat mewujudkan isi tersurat iaitu imej yang hendak disampaikan melalui daripada unsur ketegasan warna dan garisan yang menjadi tujuan utama dalam hasil karya cetakan.


14 Tajuk Karya : Pungguk Nama Pengkarya / Pereka : MUHAMMAD ZAIM BIN TARMEJI KELAS : 6AK3 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan Lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Jauhari Muhammad Said Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu melibatkan penghasilan karya berdasarkan peniruan imej sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor Burung Hantu yang sedang bertenggek secara menegak di atas dahan pokok. Imej sampingan karya pula terdapat dahan-dahan pokok. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan, emosi dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterprestasikan seekor haiwan yang makin kurang spesiesnya akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka sendiri. Dengan ini, pengkarya berasa bangga kerana dapat menghasilkan karya dengan melalui mesej imej karya. Pengkarya juga berharap keindahan alam dan habitat haiwan dapat dipelihara secara teratur.


15 Tajuk Karya : "Dari Mata Pemburu" Nama Pengkarya / Pereka : ABDUL AZIM BIN ZAINAL ABIDIN Kelas : 6AK4 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Rachel Newling Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik yang meniru objek sebenar ke dalam karya . Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah seekor tenggiling yang berada di lapangan berumput dengan imej sampingan dengan berlatar belakangkan semak dan langit malam dari pandangan seorang pemburu daripada sebuah cermin mata penglihatan malam. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan dan kontra. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kerakusan manusia untuk memburu haiwan yang terancam seperti tenggiling untuk mencari kekayaan yang sementara dengan menghapuskan haiwan yang tidak berdosa. Seterusnya, gaya tenggiling yang menggulungkan diri yang merupakan langkah pertahanan diri tenggiling yang berasa terancam menunjukkan kekejaman manusia terhadap binatang yang lemah dan tidak berdaya. Selain itu, warna karya yang mengimitasi pemandangan dari cermin mata penglihatan malam menunjukan ketabahan si pemburu untuk mencari sumber rezeki walaupun di kegelapan malam. Oleh itu,rasa penghargaan dan bangga pengkarya dengan karya yang dihasilkan dengan imej utama karya untuk menyampaikan mesej menggunakan aliran, teknik, warna dan media. Akhirnya, penghargaan karya terhadap alam semula jadi dan tanggungjawab kita untuk lindunginya daripada hilang dari muka bumi ini untuk generasi di masa hadapan.


16 Tajuk Karya / Rekaan : Komodangerous Nama Pengkarya : MOHAMMAD ALIFF BIN ABDULLAH Kelas : 6 AK4 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : pengkarya telah menghasilkan karya cetakan timbulan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh ANDY WARHOL Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan separa abstrak yang menggambarkan aksi biawak komodo yang mengeluarkan lidahnya daripada sudut pandangan hadapan berlatar belakangkan semak samun. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna dan garisan. Garisan merupakan asas bagi sebuah karya cetakan. Selain Itu, warna digunakan untuk menjelaskan lagi rupa objek. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah penegasan imej biawak komodo mengeluarkan lidah seperti sedang memberi amaran jika ianya didekati. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan menggambarkan setiap spesies hidupan liar memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ekosistem berada dalam keadaan stabil. Rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap hasil karya cetakan yang memberi gambaran kepada masyarakat akan berpeluang untuk mengenali spesies-spesies itu secara lebih dekat sekiranya haiwan-haiwan ini dilindungi daripada pupus.


17 Tajuk Karya : "Sang Belang Raja di Rimba" Nama Pengkarya Pereka : ARINA FIKRIAH BINTI ZULKAFLI Kelas : 6AK4 Karya : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya iaitu cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran pop art. Pengkarya telah merujuk Andy Warhol untuk menghasilkan karya dan bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej yang dihasilkan oleh pengkarya iaitu dengan gaya penampilan yang ditonjolkan adalah separa abstrak. Pop art ialah gerakan seni moden ini adalah peniruan kaedah, gaya dan tema yang popular berkaitan kebudayaan, politik, media massa, karektor komik, pengiklanan dan sains fiksyen. Imej utama karya ini adalah seekor harimau belang dan berlatar belakangkan batu, tanah dan semak-samun. Karya ini mempunyai unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang terdapat pada karya adalah kepelbagaian iatu dari segi warna. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan seekor harimau belang yang sedang kelaparan dan mencari mangsa di dalam hutan. Selain itu, gaya seekor harimau menghadap ke hadapan dan mengeluarkan kukunya untuk sedia menerkam mangsa yang dicarinya. Seterusnya, warna karya yang dihasilkan oleh pengkarya menunjukkan kerakusan Sang Belang tetap mencari mangsanya walaupun hari semakin gelap . Rrutin harian Sang Belang adalah mencari mangsa apabila kelaparan. Disamping itu, pengkarya rasa gembira dengan hasil karya yang dihasilkan dengan imej utama karya untuk menyampaikan mesej dengan menggunakan media, teknik, selain merujuk aliran. Akhirnya, pengkarya berharap manusia di muka bumi ini tidaklah mempunyai sifat mementingkan diri dan kerakusan terhadap Sang Belang untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.


18 Tajuk Karya: Sarawak Empun Nama Pengkarya: NASRYN IRDINA BINTI MUHAMMAD AMIR IZWAN TAN Kelas : 6AK4 Karya : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan timbul iaitu cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Thomas Bewick. Imej dalam karya cetakan yang bertemakan “sayangi hidupan liar" dijelmakan dengan gaya penampilan realistik. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor burung Enggang yang sedang bertenggek di atas dahan pohon kayu di dalam hutan. Diserikan lagi dengan langit biru yang cerah. Karya ini mempunyai aspek formal yang terdiri daripada unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan, rupa dan ruang. Karya juga mempunyai prinsip rekaan dikomposisi bagi mewujudkan kontra, kepelbagaian, kesatuan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kebanggaan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia terhadap burung ini iaitu Sarawak. Pemilihan tajuk Sarawak Empun membawa maksud "Sarawak punya" dimana empun bermaksud punya di dalam bahasa melayu Sarawak. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan burung ini boleh dijumpai pada pakaian tradisional, jata negeri, maskot rasmi dan warna bendera bumi kenyalang. Rasa bangga masyarakat Sarawak dengan kemegahan burung ini sedikit sebanyak menarik minat pengkarya untuk menghasilkan sebuah karya berkaitannya. Tambahan pula, beberapa spesis didapati mempunyai status hampir terancam dan berada di dalam senarai merah International Union for Conservation of Nature (IUCN), terutamanya, Burung Enggang Tebang Mentua (Helmeted Hornbill) Pengkarya ingin menyampaikan penghargaan terhadap burung Enggang yang menjadi kemegahan orang Sarawak sejak dahulu kala dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan spesies burung Enggang yang semakin terancam dan pupus sekiranya tidak dipelihara bersama habitat dan ekosistemnya


19 Tajuk Karya : Bentara di rimba Nama Pengkarya : Nor Azualina Putery Binti Mohd Azuan Kelas : 6AK4 Karya : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Jean Francois Millet. Cetakan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik yang menampakkan peniruan imej yang sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah gajah,sebatang pokok,batu-batuan dan rumput. Imej utama dalam karya saya ialah seekor gajah dan imej samping lain seperti sebatang pokok, batu-batuan dan rumput. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan dan jalinan. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni kerana terdapat warna sejuk yang digunakan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kepupusan habitat haiwan yang sudah jarang ditemui di banyak hutan. Pengkarya ingin menyampaikan bahawa haiwan liar kini sudah semakin pupus dan jarang ditemui kerana diancam oleh pemburu haram. Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap karya cetakan yang menghasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan mewujudkan mesej kepada audien untuk menjaga hutan agar tempat tinggal habitat haiwan tidak terancam dan semakin pupus.


20 Tajuk Karya : Kian Sirna Nama Pengkarya : Nor Laila Binti Maskuri Kelas : 6 AK4 Karya / Rekaan : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realisme daripada tokoh Elizabeth Cattler. Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor badak sumbu yang berada di tengah-tengah karya. Imej sampingan yang terdapat di dalam karya ini ialah semak samun,batu-batu dan pokok. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni,penegasan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesukaran kehidupan badak sumbu yang hidup di dalam hutan dan telah kehilangan habitatnya. Haiwan ini telah pupus keberadaannya akibat ancaman daripada pemburu dan kemusnahan alam sekitar. Pengkarya ingin menyampaikan mesej melalui karya ini kepada audiens supaya mereka mempunyai rasa simpati dan kasihkan binatang kepda haiwan yang sudah semakin pupus. Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap karya yqng berjaya dihasilkan dan menyampaikan mesej untuk menyedarkan audiens untuk lebih bersimpati dan memelihara hidupan liar dan alam sekitar supaya mrnjadi lebih aman.


21 Tajuk Karya : Mahkota Alam Nama Pengkarya / Pereka : NURNAZMI ADHA BIN RAMLAN ANAS Kelas : 6AK4 Karya : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino yang diinspirasikan mengikut aliran Realisme daripada tokoh yang berasal dari Jepun iaitu Katsushika Hokusai bersama karyanya iaitu The Great Wave Off Kanagawa. Cetakan ini bertemakan "sayangi hidupan liar". Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan Realistik iaitu melibatkan peniruan semula imej sebenar. Imej utama yang terdapat dalam karya ini ialah imej seekor rusa yang dalam kedudukan berdiri dengan megah di atas bukit. Imej sampingan dalam karya ini ialah rumput-rumput dan gunung-ganang. Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna, garisan, jalinan dan rupa. Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah harmoni, penegasan dan imbangan. Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat ancaman pemburu yang menginginkan tanduk serta kulit rusa dan kepayahan hidupan liar meneruskan kehidupan akibat kemusnahan alam sekitar. Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang semakin tenat dan diancam kepupusan. Oleh itu, rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang berjaya dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta mewujudkan mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan warna, teknik, aliran dan media. Akhir sekali, rasa kagum pengkarya terhadap keindahan alam semula jadi dan perlu dipelihara supaya habitat hidupan liar terpelihara.


22 Tajuk Karya : Permata Rimba Nama Pengkarya : NURUL SALSABILA BINTI SAFARUDDIN Kelas : 6AK4 Karya : Cetakan Citra Karya : Pengkarya telah menghasilkan karya cetakan lino dengan mengadaptasikan aliran realise daripada tokoh Ismail Zain . Catan ini bertemakan “sayangi hidupan liar. Imej dalam karya cetakan dijelmakan dengan gaya penampilan realistik iaitu karya yang menggambarkan sepertimana objek/ situasi asal melibatkan imitasi , peniruan daripada bentuk asal . Imej yang terdapat dalam karya ini ialah seekor tapir yang sedang minum di dalam lopak air . Terdapat juga beberapa imej sampingan di dalam cetakan tersebut iaitu sebatang pokok tumbang , rumput-rumput yang menyerupai semak , batu dan tanah . Karya ini dikomposisikan unsur seni utama iaitu warna , garisan , jalinan dan rupa . Prinsip rekaan yang mendominasi karya ini pula ialah kepelbagaian, iautu kepelbagai garisan dan rupa . Karya ini dihasilkan berinterpretasikan kesengsaraan kehidupan haiwan akibat ancaman manusia yang menyebabkan hidupan liar kehilangan habitat . Pengkarya ingin menyampaikan mesej tentang hidupan liar yang kian pupus . Oleh itu , rasa penghargaan dan bangga pengkarya terhadap cetakan yang telah dihasilkan melalui olahan imej utama dan imej sampingan serta menyampaikan mesej melalui penggunaan warna , teknik , aliran dan media . Akhir sekali , keindahan alam semulajadi perlulah dijaga atau dipelihara agar habitat hidupan liar tidak terancam .


23 Tajuk Rekaan : Pengorbanan Nama Pereka : MUHAMMAD AZIZUDDIN BIN ABD AZIZ Kelas : 6AK4 Rekaan : Montaj Citra Rekaan : Pereka telah menghasilkan rekaan montaj dengan mengispirasikan saudara Muhammad Shaffuan seorang penerbit / penggiat video montaj dalam pelbagai bagai isu dan elemen. Perekaan ini bertemakan “pengorbanan seorang guru”. Watak dan paparan dalam rekaan montaj dijelmakan dendalam suasana yang terdapat dalam rekaan ini ialah sutuasi di sekolah, bandar, kampung dan sungai. Rekaan ini dikomposisikan dengan memasuklan peranan seni visual psikologi emosi. Rekaan montaj ini dihasilkan berinspirasikan kisah seorang guru yang mula selesa berkhidmat di sekolah barunya setelah dua bulan dan dipindahkan secara mengejut ke satu sekolah yang berada di kawasan pendalaman. Ianya kisah yang diadaptasikan daripada cerita sebenar atau realiti kehidupan seorang guru. Isu ini diangkat bagi mengungkapkan rasa penghargaan dan perasaan bangga pereka terhadap pengorbanan para guru. Penghasilan montaj ini juga memberi ruang dan peluang pereka mengetengah bakat dalam penghasilan montaj. Ianya berkat dorongan dan sokongan daripada guru-guru dan rakan rakan yang terlibat. Pereka berharap usaha penghasilan dan realisasinya montaj ini dapat kiranya audien terutama pelajar/generasi baru yang sedang menuntut ilmu akan terus menghormati guru dan dalam masa yang sama dapat menghargai penat lelah mereka sepanjang mereka bergelar menjadi guru.


Click to View FlipBook Version