The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Kisah Rama-rama Sang Haiwan yang Bermegah-megah merupakan sebuah karya penulisan khas dibina untuk kanak-kanak yang berada di peringkat umur pra-persekolahan.

Buku ini juga merupakan sebahagian daripada tugasan akhir bagi kursus KAL3053-Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d087756, 2022-02-23 09:03:28

Kisah Rama-rama Sang Haiwan yang Bermegah-megah

Buku Kisah Rama-rama Sang Haiwan yang Bermegah-megah merupakan sebuah karya penulisan khas dibina untuk kanak-kanak yang berada di peringkat umur pra-persekolahan.

Buku ini juga merupakan sebahagian daripada tugasan akhir bagi kursus KAL3053-Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak.

Keywords: KAL3053,E-book,Buku Cerita

KISAH

RAMA-RAMA SANG

HAIWAN YANG
BERMEGAH-MEGAH

Penulis : Nurfarhanie binti Bungsurudin
Matrik: D20191087756

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


1



1 MUKA HADAPAN
2





3

2 ISI KANDUNGAN




4-
12


3 PENGENALAN TOPIK
13





14

4 BUKU "KISAH RAMA-RAMA SANG



HAIWAN YANG BERMEGAH-M
EGAH" 15




16

5
MORAL





6
SOALAN KBAT





7
AKTIVITI KRAF





8
RUJUKAN

PENGENALAN TOPIK

Satu daripada hasrat KSPK adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad


Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya

yang berteraskan amalan nilai murni. Dalam pelaksanaan pembinaan karya penceritaan
berunsur kanak-kanak ini menekankan kepada unsur penyayang atau prihatin.

UNSUR PENYAYANG ATAU PRIHATIN.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), penyayang ini merujuk kepada orang yang kasih
kepada orang yang lain. Manakala, prihatin pula, merujuk kepada perbuatan mengambil berat.

Penceritaan dalam karya buku cerita kanak-kanak "Kisah Rama-Rama Sang Haiwan Yang
Bermegah-megah" ini sarat dengan nilai moral dan pengajaran. Buku ini mengisahkan tentang
kasih sayang di antara sahabat, serta keprihatinan yang diuji disaat mempunyai segalanya.

KISAH

RAMA-RAMA SANG

HAIWAN YANG
BERMEGAH-MEGAH

Pada suatu ketika dahulu, di sebuah taman yang terpencil di
hujung kampung tinggallah seekor rama-rama bersama seekor
lebah. Rama-rama ini dikenali dengan sifatnya yang sering
bermegah-megah tentang penampilan dirinya yang mempunyai
sayap yang begitu cantik dan indah. Manakala, lebah pula dikenali
dengan sifat yang baik hati dan peramah. Rama-rama seringkali
menjadikan lebah sebagai sasaran untuk melepaskan amarahnya
kerana dia seringkali diejek, dikatakan sombong dan angkuh oleh
kawanan haiwan yang lain. Namun begitu, suatu peristiwa telah
berlaku yang menyebabkan rama-rama mulai berubah.

Setiap hari, rama-rama akan berkawal di sekeliling
kawasan tempat tinggal lebah. Tujuannya adalah untuk
memastikan tidak ada seekor haiwan sekalipun yang
berkunjung ke sarang lebah itu. Hal ini kerana, rama-
rama tidak mahu haiwan lain datang untuk membantu
lebah. “Saya tidak akan membiarkan si lebah ini lari,
kalau lebah ini lari habislah bekalan madu saya” ujarnya
di dalam hati.

Kemudian, lebah pun menegur akan perbuatan si rama-rama
yang sering berkawal di kawasan tempat tinggalnya setiap hari.
Si lebah pun berkata “Wahai rama-rama, apakah yang engkau
mahukan daripada saya, sehingga sanggup berkawal setiap hari.
Saya tidak cantik, saya tidak mempunyai sayap yang indah
seperti kamu, saya juga hanya menghabiskan sisa untuk
mengeluarkan madu” ujar si lebah. “Jika madu yang kamu
mahukan, akan saya hantarkan segera ke rumah kamu dengan
rela” tambahnya pula.

Jawab si rama-rama, “Tidak!, saya tidak akan berhenti mengawal
kamu, kamu perlu mengeluarkan madu itu dengan lebih banyak lagi.
Supaya saya lebih kenyang dan bertambah cantik”. Maka, si lebah
pun dengan rela hati meneruskan pekerjaannya. Namun begitu,
perbuatan si rama-rama yang jahat kepada si lebah ini telah
diperhatikan oleh burung kakak tua. Burung kakak tua ini dahulunya
merupakan sahabat kepada si lebah. Burung kakak tua, cukup
mengenali si lebah yang baik budi pekertinya, oleh itu dia berasa
sakit hati dan marah sewaktu melihat perbuatan si rama-rama yang
menyakitkan hati itu tadi.

Apabila malam menjelang, rama-rama ini kebiasaannya akan
kembali ke rumahnya semula. Dia pun mulai melihat cermin, melihat
sayapnya yang semakin bersinar kala memakan madu yang dibuat
si lebah. Sementara, lebah pula akan menghasilkan madu yang
banyak kerana esok pagi rama-rama itu akan datang untuk
meminumnya. Setelah selesai, lebah pun berehat kepenatan. Tiba-
tiba dia terdengar suara yang memanggil namanya, seperti
mengenali pemilik suara itu. Lantas, dengan tiba-tiba muncul seekor
burung besar iaitu burung kakak tua yang merupakan sahabat
lamanya.

Lebah menyambut kehadiran burung kakak tua dengan hati
yang gembira. “Saya begitu gembira melihat kamu wahai
burung kakak tua, persahabatan kita sudah lama tapi kamu
tetap masih mengingati saya” ujar si lebah. “Mengapa pula
tidak, awak adalah sahabat saya sehidup semati. Kesusahan
yang awak alami, menjadi kesusahan saya juga. Kesenangan
yang awak nikmati, saya turut tumpang gembira” ujar si
burung kakak tua. Lebah pun mengukir senyuman yang paling
bahagia tatkala mendengarkan ujarannya itu.

Hari menjelang pagi, datanglah rama-rama yang suka bermegah-megah
itu. Dia pun meneruskan perbuatannya seperti biasa untuk berkawal di
kawasan luar rumah lebah. Namun begitu, dia tidak menyedari akan
kehadiran burung kakak tua yang bermalam di rumah lebah. Lebah
melakukan kerjanya seperti biasa, maka si rama-rama pun mulai
menyuruhnya. Kadangkala, dia memukul si lebah dan
mempersendakannya kerana tidak memiliki sayap yang cantik seperti
dirinya. “Kamu itu hanyalah lebah yang busuk dan hodoh, kamu
sememangnya layak untuk berada di tempat kamu sekarang, biar saya
yang menikmati segala usaha kamu ini” “Ha! Ha! Ha! Ha!” ujar si rama-
rama yang angkuh itu tadi.

Kemudian, dengan tiba-tiba burung kakak tua meluru keluar dari rumah untuk
menerkam sang rama-rama yang angkuh itu. Burung kakak tua terus menyerang
rama-rama kerana dia tahu harta yang paling disayangi rama-rama itu ialah
sayapnya. Belum sempat burung kakak tua hendak menerkam, lebah meluru ke
hadapan untuk melindungi sang rama-rama dari diterkam sahabatnya sendiri.
Katanya, “Mengapa perlu dibela orang yang sering menghina dan mengutuk kamu
ini, dia jahat biar saya yang mengajarkannya” ujar burung kakak tua. Rama-rama
itu pun, dengan bangganya mengatakan kepada lebah. “Wahai lebah yang busuk
dan hodoh, kamu tak perlu melindungi aku..” lantas burung kakak tua terus
mengambil kesempatan untuk menarik sayapnya sehingga patah. Rama-rama
menangis dan terkejut akan kehilangan sayap cantiknya itu, namun apa yang
dilihatnya lebah tetap menyebelahi nasib si rama-rama.

Lalu dengan sayunya rama-rama pun berkata, “Wahai lebah, mengapa kamu sering
membela saya, sedangkan saya sering berbuat jahat kepada kamu”. Kata si lebah
“Meskipun kamu selalu memarahi, mengawal pergerakan dan mengerahkan saya
untuk bekerja namun kamu adalah sahabat dan peneman saya selama ini” ujar si
lebah. Rama-rama pun mulai menyesali perbuatannya selama ini. Dia memohon
maaf kepada lebah dan sahabatnya sebelum dia pergi dari situ. Namun, lebah
menghalangnya “Kamu tidak perlu pergi, tinggallah di sini sehingga sayap kamu
pulih. Saya akan menyediakan madu yang banyak” ujar si lebah. Si rama-rama yang
berasa malu itu pun akur dan menyedari tentang perbuatan jahatnya selama ni.
Semenjak dari kejadian itu, tiga sahabat ini hidup bersama dalam keadaan aman dan
harmoni. Mereka saling bekerjasama dan bersahabat baik antara satu sama lain.

MORAL

Jangan sesekali berbuat jahat kepada orang lain, kelak nanti
mereka mungkin akan menjadi penolong kita.
Jangan sesekali menghina rupa-paras atau fizikal seseorang hal


ini kerana, apa yang kita miliki hari ini tidak akan kekal

selamanya boleh kita miliki.
Jangan bersangka buruk kepada orang lain sebelum
mengenalinya.
Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian
kerana di sebalik ujian itu pasti ada hikmah dan ganjarannya.
Kita hendaklah mengamalkan sikap prihatin terhadap nasib
orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

SOALAN KBAT:
(Analisis) : 1. Apakah perbezaan bagi sifat di antara lebah dan rama-rama?

(Aplikasi) : 2. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya burung kakak tua tidak memarahi atau mengasari
perbuatan sang rama-rama yang sering menyakiti lebah?

(Penilaian) :
Situasi 1.
Meskipun rama-rama yang mempunyai sifat angkuh dan suka bermegah-megah dengan kecantikan sayapnya itu.
Rama-rama adalah seseorang yang mesra dan dia masih mempunyai rakan-rakan dari kawanan haiwan yang lain.
Akan tetapi, burung kakak tua pula memiliki sifat yang sedikit tegas namun hatinya tetap baik. Menurut anda, antara
rama-rama atau burung kakak tua siapakah yang lebih mudah untuk didekati kawanan haiwan yang lain?

Bahan yang diperlukan: Aktiviti Kraf: Hasil Kraf Pemegang
1.Pemegang Kertas Tisu Pemegang Pensil Rama-Rama Pensil Rama-rama.
2.Kertas Warna
3.Pen Marker Langkah-langkah:
4. Gunting
5. Gam

Koleksi hasil Kraf
Pemegang

Pensil Rama-rama

1.Sediakan bahan-bahan. 3. Ukur pemegang kertas tisu pastikan 4. Balut pemegang 5. Tampalkan kesemua corak
kertas tisu yang dipotong pada sayapnya.
2. Potong sedia kertas warna membentuk ia melebihi bahagian atas rama-rama.

sayap rama-rama, mata dan corak sayapnya.

6. Gam bahagian belakangnya kemudian 7.Bentuk sebahagian kertas warna 8. Gamkan mata tersebut dan lukiskan 9. Siap dan boleh digunakan
cantumkan pada sayap rama-rama hitam menggunakan pensil. kening dan mulut untuk melengkapkan untuk meletakkan pensil.

struktur mukanya.

RUJUKAN

Connie Cassy Ompok. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja
dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6(10), 235-251.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, edisi 2016.
Putrajaya: Malaysia. Diperoleh dari, https://anyflip.com/japld/fvtj/basic

Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Prasekolah. Diperoleh dari,
https://anyflip.com/japld/fvtj/basic.

Penyuntingan Buku:
https://www.canva.com/design/DAE4rCsSIDg/YHG4TutLul-pzeY2RA6ZDw/edit#


Click to View FlipBook Version