The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN TAMAN BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzahirahzulkefli08, 2022-12-25 08:25:31

AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN

KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN TAMAN BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Keywords: AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

KERJA LAPANGAN

KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN TAMAN
BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

PENTAKSIRAN TINGKATAN 2
MATA PELAJARAN GEOGRAFI

TAHUN 2022

Disediakan oleh:

Nama Sekolah : SMK Sultan Ismail Johor Bahru
Nama Calon : Nur Zahirah binti Zulkefli
Tingkatan : 2 Sapphire

Bil Kriteria Skor Catatan
1. Perancangan kerja (10 markah)
2. Proses Awal (20 markah)
3. Laporan Akhir (70 markah)
Jumlah Keseluruhan (20%)

1

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

1. 5.12.2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan Taklimat dilakukan

oleh guru mata pelajaran Geografi di dalam kelas
berkaitan dengan penulisan tugasan 2Sapphire SMK
Kerja Lapangan ini menerusi PDPR. Sultan Ismail, JB

5.12.2022 Membuat persediaan awal dan
merancang jadual kerja dengan
teratur.

5.12.2022 Mengenalpasti objektif kajian dan
menentukan kaedah kajian yang
sesuai.

6.12.2022 Menyediakan borang kaji selidik. Saya merangka
borang kaji selidik

dengan
menggunakan
panduan di dalam

internet

6.12.2.22 Mula mengumpulkan maklumat
daripada pelbagai sumber seperti
internet, buku teks, buku rujukan
dan akhbar.

7.12.2022 Mendapatkan responden di kawasan Saya mendapatkan
8.12.2022 kajian berkaitan AMALAN responden di
9.12.2022 TEKNOLOGI HIJAU yang boleh
dilakukan. kawasan perumahan
sebanyak 15 buah
rumah

Menganalisis maklumat yang telah
diperolehi ke dalam bentuk peta dan
tafsiran dengan bimbingan dan
tunjuk ajar guru.
Mengenal pasti takrif dan konsep
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan di
Kawasan kajian

2

12.12.2022 Menjelaskan amalan berkonsepkan
13.12.2022 TEKNOLOGI HIJAU dan contoh
14.12.2022 produk yang sesuai dilakukan di
15.12.2022 kawasan kajian.
16.12.2022
25.12.2022 Menjelaskan tiga kepentingan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU di
kalangan penduduk di Kawasan
kajian.

Menghuraikan halangan
pelaksanaan AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU ini di kalangan penduduk di
kawasan kajian.

Mencadangkan strategi dan langkah-
langkah bagi menjayakan AMALAN
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian.

Menyediakan peta I-Think di
Kawasan kajian.

Menyemak dan menghantar kajian.

3

Senarai Kandungan Muka surat
1
Bil Kandungan 2
1. Tajuk 4
2. Jadual Kerja 5
3. Senarai Kandungan 6
4. Penghargaan 6
5. Pendahuluan 7
6. Objektif Kajian 7
7. Peta Lakar Kawasan Kajian 8
8. Kawasan Kajian 8
9. Kaedah Kajian 9
10. Hasil Kajian 10
11. Kriteria Produk 11
12. Gambar Contoh Amalan Teknologi Hijau 12
13. Tafsiran Gambar
14. Kepentingan Amalan Penggunaan Teknologi 13
14
Hijau
15. Halangan Pelaksanaan Amalan Teknologi Hijau 15
16. Strategi Dan Langkah-Langkah Bagi 16
17
Menjayakan Amalan Teknologi Hijau
17. Rumusan
17 Rujukan
18 Lampiran Borang Kaji Selidik

4

Penghargaan

Saya bersyukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan Tugas Lapangan Geografi Tingkatan
2 yang bertajuk “KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
TAMAN BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR” . Setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepadaPengetua SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor Tuan Razali bin Tamadi
kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan
Hanifah binti Jamaluddin kerana banyak membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat di kelas 2 Sapphire yang sentiasa
membantu antara satu sama lain dalam menyediakan laporan dan mencari maklumat
bersama-sama. Kami sering mengemblengkan idea dalam menyediakan laporan seperti yang
dikehendaki. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang amat
dikasihi iaitu Noraznita binti Mohamed Zawawi dan Zulkefli bin Mohamad Noor kerana
sentiasa memberikan sokongan, semangat dan idea kepada saya untuk menyediakan kerja
lapangan ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden di dalam kajian saya ini
dalam memberikan maklumbalas dalam menyiapkan proses kerja lapangan saya.

5

1. Pendahuluan

Saya dan rakan sekelas telah bekerjasama menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan oleh kalangan murid di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru semasa berada di rumah masing-masing. Kajian yang
saya jalankan ialah tentang Kajian Tentang Amalan Penggunaan Teknologi Hijau Di Kawasan
Taman Bandar Uda Utama, Johor Bahru, Johor yang dihadapi oleh penduduk Taman Uda
Utama, Johor Bahru. Selain daripada itu, saya juga ada memberikan cadangan untuk
mengamalkan teknologi hijau ini secara mudah walaupun kita berada di rumah.

2. Objektif Kajian

Di akhir kajian ini, saya akan dapat:

2.1 Mentafsirkan dan menghuraikan konsep teknologi hijau.
2.2 Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang

sama meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan kajian.
2.3 Menjelaskan kepentingan Amalan Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk

di kawasan kajian.
2.4 Menghuraikan halangan dalam pelaksanaan Amalan Teknologi Hijau di

kalangan penduduk di kawasan kajian.
2.5 Mengenal pasti kemampuan manusia dalam mengekalkan kebersihan di

kawasan kajian.

6

3. Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang saya lakukan adalah di Fasa 5B, Taman Uda Utama, Johor Bahru yang
mempunyai keluasan lebih kurang 6-kilometer persegi dan terletak di dalam pentadbiran
Majlis Perbandaran Iskandar Puteri, Johor Bahru. Kawasan ini terletak dalam kawasan daerah
Skudai, Johor Bahru. Pada dasarnya kawasannya terletak di tengah-tengah taman lain seperti
Taman Perling, Taman Tan Sri Yaacob dan Taman Nusa Bistari dan dalam kawasan
Pentadbiran Iskandar Puteri. Merupakan kawasan industri dan perkilangan yang terletak di
sekitar taman ini namun masih mempunyai kawasan hijau yang mana menjadi kawasan
rekreasi penduduk sekitar. Kawasan ini pada masa dahulunya merupakan kawasan berbukit
dan mempunyai ladang kelapa sawit dari tahun 1900 an hingga 2006 namun kini, kawasan ini
telah berkembang dan menjadi kawasan bandar terancang. Pandang darat budaya yang
terdapat di kawasan ini adalah bangunan, sekolah, taman permainan, masjid dan banyak lagi.
Jarak kawasan kajian dengan bandaraya Johor Bahru adalah lebih kurang 12-kilometer dalam
masa 15 minit. Majoriti kawasan kajian saya adalah penduduk berbangsa Melayu dengan
jumlah penduduk lebih kurang 15,000 orang pada tahun 2022.

4. Peta Lakar Kawasan Kajian

Petunjuk
Rumah
Jalan
Pokok

Kawasan Kajian Di Fasa 5B, Taman Uda Utama, Johor Bahru, Johor

7

5. Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Amalan
Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk Fasa 5B, Taman Uda Utama, Johor Bahru, Johor.

5.1 Pemerhatian - kawasan kajian telah dilawati iaitu sekitar Fasa 5B, Taman Uda
Utama, Johor Bahru, Johor dan saya mengumpulkan data dan maklumat yang
terdapat di kawasan kajian.

5.2 Soal selidik - membuat kaji selidik terhadap 15 orang penduduk atau
responden yang merupakan residen di Fasa 5B, Taman Uda Utama, Johor
Bahru untuk mengenalpasti bilangan yang mengamalkan Amalan Teknologi
Hijaudi rumah masing-masing di tempat tinggal mereka.

5.3 Sumber rujukan internet dan buku rujukan - telah melayari sumber internet
dan merujuk laman-laman yang berkenaan serta merujuk buku rujukan untuk
mencari maklumat tentang Amalan Teknologi Hijau di kalangan penduduk
serta mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan dalam kajian ini.

6. Hasil Kajian

Teknologi Hijau adalah merujuk kepada produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber alam semula jadi. Aplikasi teknologi hijau selaras
dengan penggunaan lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan alam sekitar dan bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.

Teknologi hijau ini juga adalah untuk menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh
diperbaharui dan memenuhi piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari segi
penerimaan masyarakat. Ia juga harus bersifat mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta
untuk kegunaan manusia. Amalan Teknologi Hijau harus selamat digunakan dan
menyediakan persekitaran yang selamat, sihat dan lebih baik. Oleh demikian, apa-apa
teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau adalah lebih
rendah atau sifar. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kitaboleh menggunakan
sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu serta akan menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api.

8

7. Kriteria Produk Bilangan Responden
3
Bil Amalan Teknologi Hijau -
1 Penjimatan Tenaga 2
2 Pengangkutan Awam 1
3 Basikal - Jalan Kaki 3
4 Kereta - Hibrid 2
5 Beg Kitar Semula 1
6 Bawa Bekalan Sendiri 2
7 Kitar Semula 2
8 Penjimatan Air
9 Menanam Pokok

9

Contoh Amalan Teknologi Hijau

AMALAN
TEKNOLOGI HIJAU

Rajah 1.0 Contoh Amalan Penggunaan Teknologi Hijau di kawasan kajian
10

8. TAFSIRAN GAMBAR
Jadual dan gambar rajah ini menunjukkan tentang Amalan Penggunaan Teknologi

Hijau yang dilakukan oleh penduduk kawasan kajian saya iaitu Bandar Uda Utama, Johor
Bahru. Saya mendapat lima belas (15) orang responden yang mana sudi menjawab soal selidik
yang diberikan secara borang kaji selidik. Kebanyakkan mereka mengamalkan kaedah yang
mudah dan mampu untuk dilakukan oleh kita walaupun berada di rumah. Terdapat dua (2)
orang responden yang telah mengamalkan kaedah menanam pokok di kawasan rumahnya.
Responden yang suka menanam pokok ini adalah di kalangan suri rumah tangga yang
memang minat dengan aktiviti menanam. Seorang (1) orang responden yang mengamalkan
kaedah kitar semula iaitu mengasingkan sampah seperti botol ,kertas dan tin untuk di kitar
semula. Dua (2) responden yang mengamalkan penggunaan beg kitar semula apabila
membeli belah. Amalan penjimatan tenaga elektrik tenaga elektrik juga turut dilakukan oleh
tiga (3) responden . Seorang (1) responden menggunakan kenderaan hybrid untuk kegunaan
keluarganya manakala dua (2) orang responden menggunakan basikal untuk kegunaan ke
tempat kerja yang berdekatan dengan kawasan kajian, dua (2) responden mengamalkan
penjimatan air dengan menadah air hujan sebagai sumber untuk menyiram pokok dan
membersihkan halaman dan dua (2) responden mengambil pendekatan membawa bekalan
makanan sendiri kepada anak dan diri sendiri ke tempat kerja dan sekolah. Kesimpulan yang
dapat dibuat bahawa rata-rata penduduk mempunyai kesedaran Amalan Teknologi Hijau dari
kempen media massa.

11

9. Kepentingan Amalan Penggunaan Teknologi Hijau
Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian adalah amat penting. Berikut
merupakan kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau;-

9.1 Sosial – Kualiti hidup masyarakat di kawasan kajian dapat
dipertingkatkan sebagai contoh penggunaan bekas makanan yang
mesra alam dan menggunakan pengangkutan. Peningkatan suhu di
kawasan kajian dapat dikurangkan dan kualiti udara dapat
ditingkatkan di kawasan sekitar.

9.2 Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
teknologi canggih seperti industri fotovolta. Produktiviti dan
keuntungan dapat dipertingkatkan dan kos operasi dapat
dikurangkan.

9.3 Menjana Tenaga – Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api
fosil, solar, mempromosikan kecekapanguna tenaga seperti kereta
hybrid, menggunakan kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan
gas asli (NGV)

9.4 Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar – Memberikan kesan
kepada alam sekitar diminimumkan seperti produk biodegredasi dan
baja kompos. Kesan kepada sumber semula jadi dapat dilindungi,
keseimbangan ekosistem dapat dilindungi, kualiti air dan udara dapat
ditingkatkan serta pelepasan gas karbon ke udara dapat dikurangkan.

12

10. Halangan Pelaksanaan Amalan Teknologi Hijau

Tidak dapat dinafikan teknologi hijau mempunyai kesan positif yang besar bagi manusia dan
alam sekitar, namun terdapat had ke atas pengurusannya yang memberikan kesan kepada
hasil pencapaianya. Beberapa isu dan halangan yang dihadapi dalam memperkasakan
teknologi hijau di kawasan kajian:

10.1 Isu Kos – Projek teknologi hijau akan memerlukan kos dan latihan kepada
pengguna untuk diamalkan secara pengguna sebagai contoh penggunaan
panel suria untuk tenaga solar, memerlukan manual pemasangan khusus dan
kos penyelenggaraan tahunan yang tinggi di samping alat ganti untuk produk
hijau lebih tinggi daripada podukbuka hijau yang terdapat di pasaran.

10.2 Isu Masa – Faktor masa antara halangan yang terdpat dalam projek teknologi
hijau. Bagi yang mengamalkan gaya hidup ‘hijau’ sering memakan masa bagi
mereka yang sepenuhnya komited untuk hidup dalam gaya hidup ‘hijau’. Ia
akan mengambil masa untuk menyediakan produk pembersihan buatan
sendiri dari membelinya di kedai.

10.3 Kesan Terhadap Alam Sekitar - Walaupun teknologi hijau mempunyai kesan
positif namun ia juga berpotensi mempunyai kesan negetif kepada manusia
dan bumi kita. Sebagai contoh , pengembangan bahan bakar alternative adalah
inovasi dalam Gerakan hijau untuk mengurangi kebergantungan pada sumber
daya alam yang tidak dapat diperbaharui. Walaupun bahan api ini bertujuan
untuk mengurangkan pelepasan toksik yang disebabkan oleh pembakaran
petrol secara tradisional, ia mungkin secara tidak sengaja akan menyebabkan
kesan sebaliknya. Jika pelepasan toksik dan asap ke atmosfera ia berpotensi
meningkatkan pencemaran udara di kawasan-kawasan yang mempunyai kabut
asap yang tinggi dan seterusnya mempengaruhi kesihatan mereka yang tinggal
di kawasan tersebut.

10.4 Isu Kesedaran – Ramai orang tidak mengambil berat isu tentang pentingnya
manfaat produk hijau untuk gaya hidup sihat. Hal ini berlaku kerana harganya

13

yang agak tinggi dan stoknya terhad. Kebanyakkan orang akan memilih jalan
yang lebih senang dengan membeli produk yang lebih murah tanpa
mengetahui kandungannya sebagai pilihan yang lebih mudah. Masyarakat juga
tidak mengambil peduli tentang kewujudan kenderaan yang berteknologi hijau
di Malaysia. Oleh hal yang demikian, kesedaran dalam kalangan masyarakat
untuk mengamalkan kehidupan ‘hijau’ perlulah didorong oleh pelbagai
organisasi melalui iklan, Pendidikan dan media.

11. Strategi Dan Langkah-Langkah Bagi Menjayakan Amalan Teknologi Hijau

11.1 Kerajaan Perlu Memperuntukkan Dana

Kerajaan seharusnya memberikan inisiatif untuk program teknologi hijau yang
besar dan berjangka panjang bagi memastikan program berkenaan dapat
dilaksanakan dengan Berjaya. Seharusnya bajet ini dimasukkan dan ditetapkan
dalam perbelanjaan tahunan negara demi kesejahteraan alam sekitar dan
kualiti hidu yang lebih baik.

11.2 Kerajaan Perlu Jalankan Program Kesedaran

Pihak berwajib dan bertanggungjawab mengadakan promosi dan kempen
kesedaran awam berkaitan teknologi hijau. Hal ini penting kerana boleh
merubah pemikiran masyarakat dan menyebaran maklumat boleh dilakukan
melalui kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kesedaran awam
dalam teknologi hijau.

11.3 Melaksanakan Program Latihan dan Pendidikan

Program ini adalah memberikan latihan dan Pendidikan dari awal seperti
memperkenalkan Program Teknologi Hijau di dalam silibus pelajaran di
sekolah akan dapat memberikan penerapan penting untuk pelajar-pelajar
amalkan. Ia juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif dalam
mencipta produk bercirikan teknologi hijau untuk penggunaan masa akan
datang.

14

11.4 Meningkatkan Keupayaan Inovasi Dalam Penciptaan
Latihan dan bimbingan boleh diterapkan di sekolah secara terbuka. Program
yang melibatkan murid dan pelajr boleh dibuat dalam melahirkan bakat muda
dalam keupayaan mencipta. Tawaran kelab atau latihan secara terbuka
mahupun berbayar dilaksanakan.

12. Rumusan

Teknologi hijau mampu menjadi satu landasan dalam membantu melestarikan alam
sekitar sekiranya pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh negara. Usaha-usaha yang
menyeluruh perlu dipergiatkan lagi terutamanya berkaitan pembangunan dan penghasilan
produk yang berteraskan teknologi hijau. Hal ini kerana, bukan sahaja dapat membantu
meningkatkan kelestarian alam sekitar, malah dapat merancakkan ekonomi negara seiring
dengan perkembangan ekonomi global. Pihak berwajib perlu berganding bahu dalam
meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan kepentingan teknologi hijau
ini supaya masyarakat sama-sama dapat memelihara serta memulihara alam sekitar dengan
mengaplikasikan teknologi hijau dalam kehidupan seharian mereka.

15

Rujukan
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Penulis - Kang Chai Yeong, Zulkifli b Ismail / Rajenderan Subramaniam
IMS Books Traiding Sdn Bhd
2. https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2020/12/nota-ringkas-dan-padat-
geografi_46.html
3. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

16

Lampiran

Borang Kaji Selidik

Pentaksiran Tingkatan 2 Bagi Tahun 2022

Tajuk: KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN TAMAN
BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Arahan : Tandakan (/) pada yang berkenaan.

Nama : ………………………………………………………………………………………………………………….
Alamat
Jantina : …………………………………………………………………………………………………………………

: Lelaki Perempuan

1. Apakah amalan berkonsepkan teknologi hijau dan contoh produk teknologi hijau yang
sesuai dilakukan di sekitar tempat tinggal anda?

Penjimatan Tenaga
Pengangkutan Awam
Basikal / Jalan Kaki
Kereta Hibrid
Menanam Pokok
Beg kitar semula
Bawa bekas makanan sendiri
Kitar semula
Penjimatan air

17

2. Dimanakah anda dapat mengetahui berkenaan Amalan Teknologi Hijau ini?
Media Sosial
Berita
Rakan-rakan

3. Apakah kepentingan mengamalkan teknologi hijau kepada peduduk sekitar?
Sosial
Ekonomi
Menjana tenaga
Memelihara dan memulihara alam sekitar

4. Apakah halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau di kalangan penduduk di kawasan
kajian?
Masalah kos
Isu Masa
Kesan terhadap alam sekitar
Isu kesedaran

5. Mencadangkan strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan Amalan Teknologi Hijau di
kalangan penduduk di kawasan kajian.
Kerajaan perlu memperuntukan dana
Melaksanakan program latihan dan Pendidikan
Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan
Kerajaan perlu menjalankan program kesedaran
Kecekapan dalam pentadbiran
Kerjasama antara kerajaan dengan swasta

18


Click to View FlipBook Version