The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK KUMPULAN 2 (POLITEKNIK MUKAH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by debbieniadavid15, 2022-06-14 02:36:47

JENAYAH SIBER (K2)

E-BOOK KUMPULAN 2 (POLITEKNIK MUKAH)

pma Sains Kese
tiausah
aanDipl

MPU23042 NILAI MASYARAKAT
MALAYSIA

JENAYAH
SIBER

DSK2A

SESI 2 2021/2022

JABATAN
PERDAGANGAN

KUMPULAN 2

NICOLIA ANAK NYALAU

20DSK21F1004

ARIKA BINTI ES

20DSK21F1007

MITCHELL ANAK WELFRED

20DSK21F1013

DEBBIENIA SIGANG DAVID

20DSK21F1028

NAMA PENSYARAH: FARAH HANAN BINTI
ABU BAKAR

PENGHARGAAN

Salam hormat dan selamat membaca kami ucapkan kepada semua
pembaca E-Folio kumpulan 2. Terlebih dahulu , kami bersyukur kerana

seluruh proses pembuatan E-Folio ini dapat dijayakan. E-Folio ini
dapat dihasilkan dengan jayanya atas kerjasama ahli kumpulan 2 ,
Nicolia Anak Nyalau (20DSK21F1004), Arika Binti Es (20DSK21F1007),
Mitchell Anak Welfred (20DSK21F1013) dan Debbienia Sigang David
(20DSK21F1028). Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah

kursus MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA untuk Kelas
DSK2A , iaitu Puan Nur Farah Hanan Binti Abu Bakar atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang beliau berikan ketika kami menghasilkan E-Folio
ini. Justeru tanpa bimbingan beliau penghasilan E-Folio ini mungkin

tidak dapat berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga ribuan terima
kasih diucapkan kepada kedua ibubapa kami dan semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penghasilan E-Folio ini. Saya berharap agar Kerjasama dan sokongan

yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan
dengan harapan akan beroleh kejayaan. Sekian terima kasih.

ISI KANDUNGAN

01 Objektif
02 Pengenalan
03 Faktor Cabaran
04
05 Kesan Cabaran
Cara Mengatasi

06 Contoh Isu Cabaran
07 yang berlaku di
Malaysia

Penutup

08 Aktiviti
Pengukuhan

09 Rujukan
10 Lampiran

OBJEK
TIF

Mengetahui apa itu jenayah siber

Memahami bagaimana jenayah siber
berlaku dan kesan daripada cabaran
tersebut
Mencari cara untuk mengatasi cabaran
jenayah siber dan isu yang dikeluarkan
berdasar jenayah tersebut

PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, jenayah siber merupakan jenayah

komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri
daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program
atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-

lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini
menjanjikan satu sumber penyebaran maklumat yang memantapkan

ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah
dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau
salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi

disebarkan melalui Internet.



Jenayah siber ialah satu bentuk jenayah yang dilakukan di alam siber.
Menurut Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap (2004),
jenayah siber ialah jenayah yang menggunakan sebarang jenis
peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet,

membenarkan jenayah individu atau kolektif. Jenayah siber jenis ini
berlaku di alam siber dan oleh itu tidak terhad, boleh merentasi

sempadan dari satu negara ke negara lain. Oleh itu, mengenal pasti
dan mendakwa pelaku jenayah siber adalah amat mencabar dan
sukar, kerana sukar untuk mengesan lokasi sebenar pelaku lebih-
lebih lagi apabila pelaku berada di luar negara.


Jenayah siber ini juga boleh mendorong golongan remaja kearah

keburukan seperti mudah terpedaya dengan kata-kata scammer yang
menjanjikan keuntungan besar setelah melakukan perkara yang

mereka arahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja mudah
terperangkap dan tidak berfikir dengan panjang dan secara rasional
tentang impak negatif yang bakal dihadapi mereka. Bukan golongan
remaja sahaja yang mudah diperdaya malahan sudah ramai golongan

dewasa juga telah menjadi mangsa jenayah siber ini.


Lima Faktor Cabaran

a) Peningkatan penggunaan internet yang semakin berleluasa
Ini adalah kerana pengguna internet mendorong ramai
pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam
internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau
salah. Misalnya, pengguna internet akan menggunakan

pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan
aktiviti yang tidak sihat.

b) Kekurangan pakar-pakar forensik komputer
Kurang mahir dalam bidang forensik menyebabkan
jenayah siber sukar dikesan. Contohnya, kekurangan
pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadian
penggodam sistem bank dan kecurian maklumat di
internet serta penjenayah siber sukar didakwah di
mahkamah kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

c) Penguatkuasaan undang-undang yang
lemah.

Menyebabkan siasatan terhadap siasatan
jenayah siber mengambil masa yang lama

dan banyak kes tertangguh. Ini adalah
kerana kurangnya keseriusan agensi-
agensi kerajaan dalam menangani jenayah
siber serta penguatkuasaan yang lemah
mengakibatkan akta dan undang-undang
sedia tidak dapat menangani jenayah siber
ini. Contohnya agensi kerajaan tidak
bekerjasama dengan antara satu sama

lain.

d) Sikap individu yang sukar e) Kekurangan pendidikan
dikawal dan kesedaran dalam
kalangan masyarakat.
Sikap individu yang ingin
keseronokan dan ingin Individu-individu yang terlibat
mencuba sesuatu yang baru dalam aktiviti jenayah siber
terutamanya golongan remaja ini tidak menyedari bahawa
menyebabkan mereka cuba perbuatan perbuatan mereka
untick mengaplikasikan seperti menggodam atau
kemahiran mereka dengan cara mencuri maklumat adalah
yang salah seperti penyebaran satu jenayah.

virus.

Lima Kesan Cabaran

a) Mengalami Mangsa mengalami tekanan perasaan seperti
tekanan perasaan marah, malu dan trauma
Menjejaskan hubungan antara satu sama yang lain
b) Dapat maklumat Mangsa tanpa disedari telah berkongsi maklumat
peribadi pengguna dalam laman sesawang yang tidak rasmi ataupun
secara percuma laman sesawang yang telah direka oleh penjenayah
siber
c) Kerugian Penjenayah juga dapat mengakses maklumat
kewangan pengguna lalu melakukan transaksi wang dari akaun
pengguna ke akaun penjenayah siber


Maklumat sulit kewangan dibocorkan atau dicuri dan
d) Penyebaran digunakan oleh pihak luar untuk mengeluarkan dana
maklumat yang dari akaun satu pihak secara haram
tidak sahih Berlaku juga kepada peniaga yang mempunyai laman
e-dagang terjejas daripada laman sesawang yang tidak

boleh diakses akibat jenayah siber ini

E) Berlakunya Pelbagai maklumat tidak kira benar atau salah,
buli suber idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet
Pengguna bebas dalam menyampaikan dan
menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya
dan hal ini akan memberi kemudahan kepada
jenayah siber

Perbuatan-perbuatan ini dapat menjatuhkan
maruah dan memalukan seseorang
Misalnya, penjenayah siber ini akan menggunakan
akaun media sosial palsu mereka untuk
menyebarkan video atau gambar yang tidak sahih
di Internet

Lima Cara Mengatasi Cabaran

a) Memberi kesedaran melalui

kempen dan iklan.

Kempen melalui iklan di media cetak mahupun
digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh
ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai
pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi
hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan
penjenayah siber untuk memerangkap mangsa
oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen
yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat
betul betul memahami dan mengambil serius
akan langkah keselamatan apabila menggunakan
aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing.
Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan
madani dalam menggunakan aplikasi teknologi
hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang
digunakan penjenayah siber. Setiap input atau
masalah yang berkaitan dengan jenayah siber
hendaklah dikongsikan agar ia menjadi
rujukankepada golongan yang pakar dalam
memastikan perkara yang telah berlaku tidak
berulang serta mengenal pasti potensi ancaman
keselamatan siber.

B) Mengkaji dan mewujudkan

undang-undang siber

Pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-
undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara
kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam
konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial.
Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi
dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang
dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula
harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya
terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan
jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan
tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan
menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini
dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang
membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk
digunakan dan bebas daripada risiko jenayah.

C) Keselamatan bersesuaian

dengan penggunaan.

Organisasi atau perseorangan, perlu
memastikan sistem keselamatan
bersesuaian dengan penggunaan
dengan mengetahui apa yang perlu
dilindungi agar tidak membelanjakan
wang yang banyak. Untuk
menyelamatkan data, menangani
penipuan, dan menghalang
penggodam dari melakukan jenayah,
kita perlu menangani dan bersedia
lebih awal. Kerana bila serangan Web Applications, hijacking or sniffing
wireless communication terjadi kita mungkin akan terdedah kepada
serangan lain seperti pelbagai serangan DDOS; SYN, TCP dan HTTP DDOS
atau menjadi sebahagian dari serangan botnet/zombie army.

d) Memperkenalkan pendidikan

etika dalam penggunaan siber

Kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam
penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir
setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai
kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik
dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan university
adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu
pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan
seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih
serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita
memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak
dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan
digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya
pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu
membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi
kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam
mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya
terhindar daripada sebarang jenayah.

E) Bekerjasama secara multilateral
dalam membanteras jenayah siber

Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan
banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan
multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah
siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan
dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan
negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan
pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia
menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi
wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak
melaporkan kepada negara yang terkesan maka,
penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap
penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak
tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh
didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu
perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika
sebaliknya hanya kerugian akan kita dapat

Lima Contoh Isu Cabaran yang
Berlaku di Malaysia

1) Isu sindiket jual kad ATM

2) Isu kerugian sebanyak RM2.23 bilion

3) Isu peras ugut rakaman lucah semakin
meningkat

4) Isu kandungan lucah melibatkan
kanak-kanak



5) Isu aktivis Wanita memulakan
penghantaran komunikasi yang

“jelik”

Antara jenayah siber;

PENUTUP

Berdasarkan daripada perbincangan sebentar tadi, undang-undang
siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari
ancaman jenayah siber. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan
berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beribu-ribu batu
jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan
kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk

menbanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman
era kini.

Latihan Pengukuhan

1) Apakah contoh pendidikan etika dalam penggunaan siber?



2) Selain daripada pihak yang berkuasa, adakah ibu bapa atau
ahli keluarga penting bagi mengatasi cabaran? Mengapa?


3) Bagaimanakah kesan daripada jenayah siber dapat
menjejaskan hubungan antara satu sama lain?

Rujukan

https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor-
berlakunya-jenayah-siber.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
https://www.astroawani.com/video-malaysia/penipuan-
online-polis-bongkar-sindiket-jual-kad-atm-1963687
https://www.astroawani.com/video-malaysia/dsa-2022-
rm223-bilion-kerugian-akibat-jenayah-siber-1958300
https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/14/kes-jenayah-
siber-di-selangor-naik-mendadak-tahun-ini/
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/kandungan-
lucah-kanak-kanak-membimbangkan/
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/845588/aktiv
is-wanita-menangis-mengaku-salah-buat-hantaran-jelik
https://karangan.net/kesan-jenayah
siber/#Data_maklumat_peribadi_pengguna_terdedah
http://nelyarsly21.blogspot.com/2013/11/esei-jenayah-
siber.html?m=1
https://m.facebook.com/permalink.php?
story_fbid=103726574597470&id=103637221273072
https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-
siber.html
https://anyflip.com/negis/wvqr/basic

Lampiran

Sinopsis

e-book ini menjelaskan tentang jalan penyelesaian terbaik bagi
mengatasi jenayah siber yang makin berleluasa disebabkan

kepantasan teknologi. Dengan adanya kepantasan teknologi ini telah
membuatkan ruang yang semakin terbuka luas dan juga peluang

kepada jenayah siber di negara kita. Antara yang dijelaskan dalam e-
book ini ialah faktor dan kesan daripada jenayah siber ini. Selain itu,

cara untuk mengatasinya juga turut disampaikan dan juga tidak
kurang isu-isu semasa yang dapat diperoleh daripada jenayah siber

ini.


Click to View FlipBook Version