The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ifahkamaruddin10, 2023-01-02 09:40:53

Our love story

Our love story

Our love story

Kita memandang rendah tentang cinta dan kepentingan seseorang dalam hidup
kita, hal ini kerana terdapat segelintir manusia yang belum memahami dan merasai cinta.
Apakah cinta, adakah ianya penting dalam kehidupan kita. Siapa yang tak mengenal kata
cinta?, cinta merupakan satu perasan yang telah hadir sejak zaman Nabi Adam diciptakan
dan telah dipasangkan dengan pasangan hidupnya iaitu Hawa. Dalam kehidupan manusia
ini, cinta telah muncul dalam pelbagai cara termasuklah cinta terhadap Allah s.w.t, ibu,
ayah, suami, isteri, anak, harta dan sebagainya. Islam sebagai agama dan membawa rahmat
Allah SWT juga mengenal dan menghargai adanya cinta. Faktanya proses jatuh cinta
merupakan bawaan sejak lahir.

Maka bermulalah penceritaan tentang kisah cinta yang telah terbentuk dalam
keluarga saya iaitu keluarga Pok Din. Saya Nor Afifah binti Kamaruddin selaku anak yang
ke-4 daripada 5 orang adik-beradik dalam keluarga ini ingin menceritakan kisah cinta mak
dan ayah saya dalam tugasan ini. Keluarga Pok Din telah genap 33 tahun setelah mula
dibentuk pada tahun 1989 apabila seorang isteri yang bernama Khalidah binti Mahmod
mengahwini seorang suami yang bernama Kamaruddin bin Ismail. Pertemuan mereka
bermula apabila si isteri tersebut bertentangan mata dengan si suami di belakang rumahnya
yang terletak di Jalan Sultan Omar, Terengganu.

Kisah percintaan mereka bermula apabila si suami sering kali melalui jalan yang
berada di hadapan rumah isteri tersebut, hal ini membuatkan Cikdah melihat suaminya
yang pada waktu itu masih lagi baru memulakan pekerjaan pertamanya sebagai pegawai
polis. Suaminya pada waktu itu tinggal bersama-sama rakannya di rumah sewa yang
terletak di belakang rumah Cikdah. Walaupun terdapat lelaki lain yang berada di rumah
sewa di belakang rumah Cikdah, namun beliau tetap memandang suaminya, situasi ini
sepertinya sudah membuatkan Cikdah telah jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap
suaminya. Apabila setiap hari suaminya akan melalui jalan di hadapan rumah, ini
membuatkan Cikdah tidak dapat menahan perasaannya untuk bercakap dengan suaminya
buat kali pertama. Keadaan ini membuktikan bahawa mak saya merupakan orang yang
pertama jatuh cinta dahulu terhadap ayah saya. Saya sebagai anak perempuan berasa
bangga terhadap kelakuan mak saya yang menegur lelaki dahulu, walaupun saya sendiri
tak dapat nak menegur lelaki dahulu.

Setelah ayah saya menerima teguran yang dilakukan oleh mak saya, maka lahirlah
perasaan cintanya terhadap ibu saya. Hal ini demikian kerana ayah saya mengatakan mak
saya merupakan orang yang pertama berani untuk bercakap dengan dirinya.

Seterusnya hubungan mereka melangkah ke alam pertunangan selepas
masing-masing saling membalas perasaan cinta antara satu sama lain selama 4 tahun. Ayah
atau lebih dikenali sebagai Pok Din meminang isterinya setelah mengumpul simpanan
yang banyak hasil daripada gaji pekerjaannya bagi dijadikan sebagai mas kahwin mereka.
Mereka bertunang selama 2 tahun sebelum bersedia untuk ke peringkat seterusnya iaitu
membina rumah tangga yang bahagia. Kemudian perkahwinan mereka dilaksanakan pada
tahun 1989 dan telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Setelah 1 tahun, pasangan tersebut berjaya menimang cahaya mata perempuan dan
bilangan ahli keluarga mereka makin bertambah selepas beberapa tahun. Walaupun, ayah
saya tidaklah begitu kaya, mak saya tidak pernah menyintai ayah saya kerana hartanya,
apa yang dia lihat adalah usahanya dalam menghalalkan perhubungan mereka dengan
mengahwininya.

Setelah mengharungi pelbagai cabaran, Cikdah serta Pok Din tetap dapat
menempuhnya bersama-sama keluarga yang mereka cintai setelah mereka binanya selama
33 tahun sehingga kini. Kisah percintaan di antara mereka tidak lusuh kian hari, namun
kian erat bersama anak-anak dan cucu-cucu yang mereka sayangi.

Sekian, sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan mengenai kisah percintaan
antara mak dan ayah saya bagi tugasan pembangunan keluarga iaitu ‘Our Love Story’.



~KELUARGA POK DIN~


Click to View FlipBook Version