DONE VIVA PLATINUM DR ROKET 123 Sempena Hari Lahir Dr Roket 18 Mac 2024 Dr. Mohd. Khairul Nizam bin Zainan Nazri
DONE VIVA PLATINUM DR ROKET 123 Sempena Hari Lahir Dr Roket Dr. Mohd. Khairul Nizam bin Zainan Nazri 18 Mac 2024
ISI KANDUNGAN 1. Prakata 2. Puisi Terima Kasih Guru 3. Dr. Roket’s Memory Lane 4. Dr Roket’s Wall of Fame i. Done Viva CRMP ii. Done Viva Professorship iii. Done Viva Platinum iv. Done Viva Alumni 5. Ucapan Tim 2M World 6. Ahli Jawatankuasa Penggerak 7. Ucapan AJK Penggerak 8. Barisan Penaja 9. Sebalik Tabir 10. Autograf 11. Sekalung Penghargaan
PRAKATA Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, yang telah memberikan kekuatan, ketekunan dan kesabaran sehingga buku ‘123 DONE VIVA' akhirnya dapat diselesaikan. Salam perkenalan kepada semua yang baru mengenali insan - insan cemerlang dalam buku ini yang berjaya memperolehi hasil setelah melalui proses yang disediakan. Penghasilan buku ini diharapkan selari dengan visi penubuhan 2M World untuk menjadi peneraju utama dalam pengurusan tesis, rangkaian akademik terbesar dan sumber rujukan holistik dalam kalangan bangsa master PhD di seluruh Malaysia, Asia dan dunia. Sebuah buku yang menggambarkan aspirasi dan perjuangan sekelompok insan yang memainkan peranan yang signifikan dalam dunia perjalanan pelajar2 pasca siswazah. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pelancaran buku sempena ulang tahun Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Nazri. Jasa kalian akan terakam dalam lakaran sejarah indah. Semoga Allah membalas segala jasa dan jerih payah yang dicurahkan. Melalui buku ini, pembaca akan menyaksikan bagaimana 2M World melalui jenama DR ROKET berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya viva melalui strategi yang telah dirangka dan disusun serta program yang dijadualkan. Di samping itu, buku ini juga akan mengungkap sisi-sisi pengurusan strategi yang mungkin belum banyak diketahui orang lain, sehingga para pembaca dapat lebih memahami apa yang disumbangkan 2M World umumnya dan DR ROKET khususnya. Penulis berharap melalui buku ini, pembaca akan mendapatkan inspirasi dan pengetahuan yang berharga, serta semakin menghargai perjuangan serta sumbangan 2M World khususnya Dr Roket, team, dan para CRMP dalam memperjuangkan perjalanan pengajian para peserta. Selamat menikmati perjalanan membaca buku ini! Gombak, 2024.
PUISI TERIMA KASIH GURU Saat berada di titik terbawah, Terpancar satu Cahaya Menghulurkan tangan, Melukis senyuman, Tanpa sebarang prejudis dan prasangka. Niatnya hanya satu, Membantu kerana Allah yang satu, Memberi dan berkongsi ilmu, Membimbing perbetulkan diri dahulu. Aura yang diberi, Umpama tujuh warna pelangi, Mewarnai hati dan akal yang hampir mati, Dek kerana ketandusan ilmu yang dicari. Terngiang dalam minda ini, Kata-kata penyubur diri, Dah kenapa! Boleh ke boleh? Terus membaja dan menyubur pohon ilmu dalam diri, Semuanya atas izin Allahu Rabbi. Terima kasih guru, Atas jasa, ilmu dan semangat yang dipinjamkan untuk kami, Semoga kejayaan dek kata-kata guru, Menjadi pahala bak air yang mengalir menuju ke muara, Tanpa henti hingga akhir hayat nanti. Sungguh Allah itu menghantar guru untuk memperingatkan kami ini hanya hambaNya, Yang tidak perlu mendabik dada, Kerana kejayaan atas dunia. Terima kasih Tuhan. Terima kasih guru. Dedikasi coretan dari anakmu. ~ alimzsensei ~ Abdul Halim bin Mohd Nasa
MEMORY LANE DR ROKET’S
DR. ROKET SEMASA KECIL
DR. ROKET DI SEKOLAH RENDAH
DR. ROKET DI SEKOLAH RENDAH
DR. ROKET DI SEKOLAH MENENGAH
DR. ROKET DI SEKOLAH MENENGAH
DR. ROKET DI MATRIKULASI IIUM
DR. ROKET DI IIUM GOMBAK
DR. ROKET DI IIUM GOMBAK
DR. ROKET DI IIUM GOMBAK
DR. ROKET SEMASA BERTUGAS SEBAGAI GURU SAMBILAN
DR. ROKET SEMASA PENGAJIAN MASTER
WALL OF FAME DR ROKET’S
CRMP DR ROKET DONE VIVA
VIVA 002 Dr. Nur Ashikin Marzuki PhD Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (Pensyarah Kanan UITM) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 22/03/2019 TARIKH VIVA: 20/02/2020 “Allah jaga doc untuk kami semua..Sesungguhnya ilmu yg doc sampaikan sngt2 bernilai untuk kami..tiada guru seperti doc yg sanggup korbankan diri untuk kejayaan kami semua..ini betul2 guru ni ibarat membakar lilin yg membakar dirinya untuk memberi cahaya kepada anak muridnya. Allah panjangkan usia doc untuk terus memberi memberi Dan memberi ilmu kepada bangsa postgraduate ini. Allah kurniakan kebahagiaan berpanjangan kepada doc samada di Dunia ataupun di akhirat..doc sumber energy kami, push factor kepada kami Dan guru yg sngt2 luar biasa pada kami yg sentiasa ajar kami untuk kecap kejayaan Dunia dengan dahului ilmu agama. Terima kasih bnyk2 Dr. Happy birthday Dr.”
MOMENT
VIVA 007 Dr. Faridah Hanim Shakirin PhD Sains Pemakanan Haiwan Universiti Putra Malaysia (HOD- Operations and Events 2M World) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 07/4/2019 TARIKH VIVA: 20/12/2020 “Syukur kepada tuhan… Wahai Tuhanku, kurniakan nikmat kesejahteraan dunia & akhirat buat guruku… Anugerah terindah apabila guru menerimaku sebagai murid. Buat guruku, terima kasih yang tidak terhingga, Dirimu telah membuatkan perbezaan besar dalam hidup, mengajarkanku makna keberkatan dalam menuntut ilmu. Dikau guru mengajarkanku sentiasa mengingati Allah, mendidikku orang yang menjadi pandai bersyukur… Katakatamu sangat memberi inspirasi. Besarnya jasamu wahai guru. Terima kasih wahai guruku”.
MOMENT
VIVA 011 Dr. Hidayah Ahmad Azam PhD Pentadbiran Perniagaan (Human Resource) Universiti Kebangsaan Malaysia (HOD – Sales & Customer Service 2M World) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 4/4/2020 TARIKH VIVA: 16/2/2021 “Duhai sang guru Terima kasih kami ucapkan Untuk seluruh pembangunan insan cendekiawan Kau curah ilmu dari guratan awan Penuh kasih nan tulus ikhlas kau berikan Dirimu adalah cahaya jingga, sosok inspiratif dalam senja Dirimu selayaknya surya, penerang untuk generasi bangsa Dan dirimu ibarat gerimis kiranya Yang nanti menangis melihat kami berjaya dengan bangga”.
MOMENT
VIVA 012 Dr. Muazah Abu Samah@Hashim PhD Pengajian Terjemahan (BA-BM) Universiti Sains Malaysia (Pensyarah IPGK Sultan Abdul Halim) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 14/1/2020 TARIKH VIVA: 17/03/2021 “Doc insan kiriman Allah yg sgt istimewa, insan yg sgt gigih berusaha sekuat tenaga tanpa jemu membantu menyelamatkan kami bangsa MA/PhD yg sedang kelemasan dlm lautan PhD. Doc telah bantu tunjukkan jalan sehingga kami dapat habiskan journey ini dgn penuh kebahagian. Terimakasih guruku. Hanya Allah mampu membalas segala usaha keras guru selama ini”.
MOMENT
VIVA 016 Dr. Nur Hanisah Mohd Nor Afandi PhD Tafsir Al-Quran & Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (PruBSN Takaful/ Motivational Speaker) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 01/01/2020 TARIKH VIVA: 28/05/2021 “Terima kasih Doc atas bimbingan yang tidak pernah putus. Hari ini saya berkongsi peluang saya masih berada dalam circle Dr Roket dalam program Professorship. Tiada lagi apa yang mampu diungkapkan,selain doa tidak pernah putus buat mentor yang bantu selamatkan saya ketika kelemasan di pertengahan pengajian Phd dan akhirnya berjaya tamat dengan cemerlang dan graduate on time”.
MOMENT
VIVA 018 Dr. Nur Aqlili Riana Alias PhD in Molecular Biology and Genetic Engineering Universiti Putra Malaysia (PhD Scientist) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 1/4/2021 TARIKH VIVA: 25/06/2021 “Syukur alhamdulillah Allah tidak pernah salah percaturanNya. Syukur dipertemukan dengan menthor Dr Roket bermula NUT 2021 dan sehingga kini masih kekal bersama circle dan sebagai Coach Roket Master PhD CRMP dan Professorship Dr Roket. Terima kasih kepada guru kami Dr Khairul Nizam kerana sentiasa yakin pada kami ketika kami meragui diri kami sendiri, yang snetiasa membimbing kami dengan sabar dan dedikasi tanpa lelah, yang terus mendidik dan mendorong untuk melihat kami grow menjadi insan luar biasa untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Moga Allah merahmati guru kami ini Doc @ Dr Khairul Nizam @ Dr Roket dan Dr Mardiana serta seluruh team dan sahabat2 seperjuangan dengan syurga Firdausi tertinggi”.
MOMENT
VIVA 032 Dr. Shaliza Jumahat PhD Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Kebangsaan Malaysia (Personal Research Assistant 2M World) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 20/4/2020 TARIKH VIVA: 07/10/2021 “Buat Dr Mohd Khairul Nizam yg dihormati lagi dikasihi. Terima kasih atas segalanya kerana terlalu banyak jasa Doc dalam memantau & mendidik saya sehingga capai ke tahap sekarang. Semoga Allah ganjarkan pahala berganda atas usaha & pengorbanan Doc dalam merealisasikan visi & misi 2M World, amiin ya Rabb”.
MOMENT
VIVA 046 Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad PhD in Project Management Universiti Sains Malaysia (Pensyarah Kanan POLIMAS/ Head of Mentoring 2M World) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 22/03/2019 TARIKH VIVA: 15/02/2022 “Di dalam redup cahaya mentari, Meniti hidup, langkah demi langkah, Dipandu oleh ilmu sekolah kehidupan, Penuh keikhlasan dan kebijaksanaan. Bersyukur pada Allah Yang Maha Pengasih, Yang telah mengirimkanmu sebagai cahaya dalam kegelapan, Didikanmu bagaikan sinar yang menerangi, Membimbingku keluar dari kegelapan. Wahai guru yang dikasihi, terima kasih yang tak terhingga, Atas segala ilmu serta tunjuk ajarmu, Semoga langkahmu sentiasa dirahmati, Dan kebaikanmu menyinari setiap sudut perjalanan. Terima kasih, guruku Dr. Mohd Khairul Nizam, Atas segala ilmu yang dikongsikan, Semoga Allah menyambutmu di syurga tertinggi, Anugerah atas segala budi dan jasa yang diberikan”.
MOMENT
VIVA 047 Dr. Shuhaida Hanim Mohamad Suhane PhD Pengujian dan Pentaksiran Balaghah Arab Universiti Kebangsaan Malaysia (Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 27/01/2020 TARIKH VIVA: 18/02/2022 “Semoga Doc sentiasa dikurniakan segala bentuk nikmat dan kebaikan yang berganda utk terus membantu pelajar postgraduat seluruh dunia secara holistik”.
MOMENT
VIVA 053 Dr. Hasiah Mat Salleh PhD in Syariah and Law Universiti Malaya (Pensyarah Kanan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 01/01/2020 TARIKH VIVA: 20/04/2022 “Saya Dr Hasiah Mat Salleh dengan penuh syukur kepada Allah SWT dikurniakan mentor seperti Dr Roket yang telah membimbing saya dalam pengajian PhD sambil berkerja sehingga beroleh Anugerah Tesis Cemerlang Universiti Malaya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Roket yang menunjukkan strategi yang sangat efektif kepada saya untuk menyelesaikan pelbagai cabaran ketika belajar. Tiada kata seindah bahasa yang layak diucapkan, kerana jasamu mentor tiada ternilai oleh diungkapkan, apatah lagi untuk digandingkan dengan wang serta kekeyaan. Memandu jalan kami bukan sahaja berkaitan pengajian malahan kehidupan dan keagamaan. Teruskan perjuangan ini mentor untuk legasi 100 tahun ke hadapan. Salam hormat dan takzim daripada anak didikmu Dr Hasiah & keluarga ”.
MOMENT
VIVA 075 Dr. Siti Hasanah Osman PhD Kejuruteraan Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 08/02/2022 TARIKH VIVA: 09/11/2022 “Terima kasih Doc utk segalanya, ilmu dan tunjuk ajar Doc mengajar saya utk fokus & believe dlm journey Phd dan selepasnya”.
MOMENT
VIVA 061 Dr. Normadiyana Abdullah PhD Bimbingan dan Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia (Kaunselor KPM) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 18/04/2022 TARIKH VIVA: 21/06/2022 “Assalamualaikum Morning3x Doc Sanah Helwah Doc!!! Semoga Allah memberkati usiamu..... Ucapan Selamat Hari Lahir ni khas utk Doc...Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Doc sentiasa.Semoga lebih banyak kegemilangan menanti Doc di masa-masa mendatang ...Tuhan capaikan hajat BIG WHY 2MW, semoga semakin ramai student PG mendapat manfaat drp usaha tulus ikhlas Doc dalam membantu kami semua, Allah rahmati Doc, Dr Mar & family 2MW keseluruhannya..... Semoga idea Doc semakin luas dan cerdas...bantu lebih ramai junior Dr Roket & bangsa postgraduate ... Allah bantu Doc sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah....”.
MOMENT
VIVA 008 In Am Nabila Mohd Hashim Master Economics & Islamic Finance Universiti Teknologi Malaysia (CRMP Dr Roket) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 20/04/2020 TARIKH VIVA: 05/01/2021 “Sanah Helwah Doc! Terima kasih atas segalanya.”
PROFESSORSHIP DR ROKET DONE VIVA
VIVA 014 Dr. Sinar Arzuria Adnan PhD Materials Engineering Universiti Malaysia Perlis (Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Perlis) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 03/01/2021 TARIKH VIVA: 05/05/2021 “To Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri (Dr. Roket), thank you for your dedication, guidance, and exceptional knowledge. Alhamdulillah, with Dr. Roket's presence, the process and positive circle have not only shaped my academic success but also influenced the development of my character. Thanks to Dr. Roket for inspiring me to upgrade my knowledge and become A New Me every day. Happy birthday to Dr. Roket! May Dr Roket always be blessed with the best health and happiness. ”.
MOMENT
VIVA 048 Dr. Sahlawati Abu Bakar PhD Tafsir Mawdu’i Al-Quran Universiti Kebangsaan Malaysia (Pensyarah Universiti Islam Selangor) TARIKH JOIN PLATINUM DR ROKET: 07/04/2019 TARIKH VIVA: 02/03/2022 “Allah SWT pelihara Dr, keluarga dan team. Teruskan usaha dan perjuangan ini. Kami sentiasa menyokong dan berusaha untuk menjadi anak didik Dr. yang terbaik. Barakallahu fikum.”.