16370 Bachok, Kelantan
Tel : 09 – 7787400 Fax : 09 – 7787401
Emel : [email protected]
Web : http://www.smkjelawat.edu.my
BUKU
PERATURAN
DISIPLIN
SEKOLAH
“DISPLIN TONGAK WAWASAN“
1
KATA-KATA ALUAN
Bismillahrahmanirahim………
Asalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya
kita dapat menerbitkan buku Peraturan Disiplin Murid Berjaya
diterbitkan untuk menjadi panduan dan dipatuhi oleh semua murid SMK
Jelawat.
Penyusunan buku ini adalah berpandukan kepada Pekeliling
yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku peraturan ini
memuatkan maklumat dan tatacara penilaian dan penghakiman serta
menjadi bahan rujukan utama dalam usaha pihak sekolah untuk
melahirkan pelajar berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia dan
seterusnya menjadikan SMK Jelawat sebagai sekolah sifar masalah
disiplin.
Displin diri yang tinggi menjadi asas kepada ketahanan mental
dan fizikal murid dalam menempuh cabaran yang bakal dilalui pada masa
akan dating. Oleh itu, hasrat pihak sekolah untuk melahirkan modal
insan akan mudah dicapai.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya
hidup yng berdisplin serta sentiasa menjaga nama baik sekolah pada
setiap masa.
Semoga mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih
(HJH. NORMA BINTI YASIM)
Pengetua,
SMK Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan
2
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 Konsep Disiplin, Visi, Misi, Falsafah Pendidikan 4
Sekolah, Moto Sekolah dan Slogan Sekolah
BAB 2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH 6
Fasal 1 : Kehadiran Murid 7
Fasal 2 : Pakaian Seragam Sekolah 9
Fasal 3 : Peraturan Masa Belajar 9
Fasal 4 : Bilik Darjah 10
10
Fasal 5 : Masa Rehat 11
Fasal 6 : Meninggalkan Kawasan Sekolah 11
Fasal 7 : Kantin 12
Fasal 8 : Kebersihan 12
Fasal 9 : Urusan Dengan Pihak Luar 12
Fasal 10 : Gerak Laku dan Perangai 13
Fasal 11 : Kenderaan dan Lalulintas 13
Fasal 12 : Beratur, Berbaris dan Berhimpun 14
Fasal 13 : Kegiatan Kokurikulum 14
Fasal 14 : Hak dan Harta Benda Sekolah 15
Fasal 15 : Amalan Ibadat 15
Fasal 16 : Peraturan Khusus 16
16
Fasal 17 : Peperiksaan dan Ujian 17
Fasal 18 : Perkara-perkara Am 18
Fasal 19 : Lawatan dan Pelawat-pelawat 18
Fasal 20 : Kesalahan-kesalahan Berat 18
Fasal 21 : Kesalahan Sedarhana Berat
Fasal 22 : Kesalahan Ringan
Fasal 23 : Kesalahan Yang Tidak Disebut
BAB 3 Salahlaku Dan Tindakan 19
26
BAB 4 Penghayatan Islam 29 - 32
Lampiran
3
BAB l KONSEP DISIPLIN, VISI, MISI, FALSAFAH PENDIDIKAN
SEKOLAH, MOTO SEKOLAH DAN SLOGAN SEKOLAH
KOAISEP DISIPLIN\I
1. Definisi
“...Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-
undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri.
Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan individu lain,
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang Iain dan mempunyai semangat tolong-menolong
dan kesanggupan membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat."
2. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar
2.1 Asuhan dan didikan di rumah dan sekolah
2.2 Tingkah laku dan tabiat rakan sebaya
2.3 Suasana dan cara hidup masyarakat sekitar
2.4 Latar belakang ibu bapa dan keluarga
2.5 Sumber bacaan dan media elektronik
2.6 Organisasi sekolah
2.7 Cita-cita / tujuan ke sekolah
3. Ciri-ciri Disiplin Yang Baik
3.1 Solat lima waktu
3.2 Memahami dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah
3.3 Sentiasa menepati waktu yangditetapkan
3.4 Berbudi bahasa, bersopan santun dan berdiplomasi
3.5 Rajin, berdaya usaha, jujur dan ikhlas
3.6 Patuhkepada arahan guru dan pemimpin
3.7 Menghormati ibu bapa,guru dan kakitangansekolahdan kawan-
kawan
3.8 Kasih dan sayang terhadap diri sendiri, ibu bapa, guru dan
sekolah
3.9 Sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
3.10 Berfikiran luas dan berpandangan jauh
4
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
SEKOLAH Sejahtera
MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
SEKOLAH Berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara
FALSAFAH Semua murid berpotensi menjadi modal insan
PENDIDIKAN kelas pertama hasil pendidikan sempurna dan
berkualiti daripada guru, ibu bapa dan
SEKOLAH persekitaran yang kondusif
MOTO Displin Tongak Wawasan
SEKOLAH
SLOGAN Kerja Sepakat Membawa Berkat
SEKOLAH
5
BAB 2 : PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
SEKOLAH
Fasal 1 : Kehadiran Murid
1.1 Semua murid mesti hadir menepati waktu yang ditetapkan iaitu
jam 7.20 pagi untuk mengikuti Perhimpunan pagi.
1.2 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab-sebab
tertentu hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah.
1.3 Murid-murid yang tidak boleh mengikuti pelajaran latihan
pendidikan jasmani atau sukan hendaklah mendapatkan surat
akuan doktor sebagai bukti untuk dikecualikan daripada
mengambil bahagian.
1.4 Murid-murid yang hendak keluar ke tandas atau lain-lain tempat
hendapkan mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar
pada masa itu. Mereka dikehendaki memakai kad keluar kelas.
1.5 Kelas tambahan adalah waktu persekolahan biasa wajib dihadiri
oleh murid yang terlibat.
1.6 Semua murid diwajibkan hadir untuk kegiatan kokurikulum.
1.7 Setiap murid diwajibkan menunaikan solat Zohor secara
berjemaah bermula jam 1.20 tengahari hingga jam 1.50 petang.
1.8 Semua murid tingkatan 3 dan 5 mesti menghadiri kelas ‘stayback’
yang bermula pada jam 2.30 petang hingga jam 3.15 petang .
1.9 Ketidakhadiran murid ke sekolah :
Berturut-turut Bilangan hari tidak hadir
Amaran Pertama 3
Amaran kedua 7
Amaran ketiga 7
Jika masih tidak hadir / tiada jawapan dalam tempoh 14 hari
berikutnya murid berkenaan boleh dibuang sekolah.
Tidak berturut-turut Bilangan Hari Tidak Hadir
Amaran pertama 10
Amaran kedua 10
Amaran ketiga 20
Jika masih tidak hadir /tiada jawapan dalam tempoh 20 hari berikutnya
murid berkenaan
6
Fasal 2 : Pakaian Seragam Sekolah
2.1 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai pada waktu
sekolah, peperiksaan / ujian, kelas tambahan, perjumpaan
rasmi di dalam atau di luar sekolah, lawatan sambil belajar
atau perkelahan melainkan dikecualikan oleh pihak sekolah.
Kainnya dari jenis kapas biasa dan tidak berkilat.
2.2 Pakaian seragam murid lelaki : (Pek. Bil. 12 /78)
A) Seluar panjang warna hijau gelap, luas kaki tidak kurang
14 inci, aras buku faii.
B) Baju putih lengan pendek kain kapas tidak berkilat.
C) Kasut ‘kanvas' hitam TIDAK berjalur dengan warna lain,
bertali / bertampal sahaja.
D) Stokin hitam sahaja.
E) Bertali leher.
2.3 Pakaian pengawas lelaki :
A) Baju berwarna kuning.
B) Seluar panjang warna hitam. Luas kaki tidak kurang 14
inci, aras buku faii.
C) Bertali leher.
D) Kasut kulit hitam dan berstokin hitam.
2.4 Pakaian murid perempuan lslam (Pek. Bil. 1 / 79) :
A) Memakai baju kurung putih potongan tradisional, leher
teluk belanga berbutang atau bertali.
B) Memakai kain sarung berwarna biru.
C) Memakai tudung kepala separas pinggang warna putih.
D) Berkasut hitam dan berstokin hitam.
2.5 Pakaian murid perempuan bukan lslam :
A) Pinafore : Bagi murid bukan lslam biru muda.
B) Blouse putih.
C) Kasut dan stokin hitam.
2.6 Pakaian pengawas perempuan :
A) Baju berwarna kuning.
B) Kain berwarna hitam.
C) Tudung separas pinggang berwarna coklat.
2.7 Lencana sekolah :
A) Pemakaiannya diwajibkan.
B) Hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas saku baju
/ dada.
C) Wajib dipakai apabila memakai pakaian seragam sekolah.
7
2.8 Tali pinggang murid lelaki
A) Jika memakainya mestilah berwarna hitam dan lebarnya
2 cm.
B) Kepalanya (buckle) berbentuk biasa, tidak berhiasdan
tidak besar.
2.9 Pemakaian barang hiasan :
A) Murid-murid DILARANG memakai alat solek (make-up) dan
barang-barang kemas serta segala jenis hiasan tiruan.
2.10 Rambut (rujuk lampiran A di belakang) : (Pek. Bil. 2 / 76)
A) Murid lelaki tidak boleh berambut panjang. lstilah
PANJANG ialah :
i. Di belakang - rambut jatuh melebihi garisan di
bawah cuping dua telinga
¡¡. Di depan - rambut menutup garisan tengah dahi
¡¡i. Di sebelah - rambut menutup kedua-dua belah
telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘sideburn’
melebihi tengah hidung
B) Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan janggut dan
misai.
Cukur rambut juga dilarang melainkan atas sebab
kesihatan.
C) Kuku hendaklah sentiasa pendek.
2.11 Berpakaian kemas :
Semua murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan
bersih.
A) Ekor baju murid lelaki hendaklah sentiasa masuk ke
dalam.
B) Butang baju dan seluar hendaklah dari jenis biasa pada
ukuran dan warnanya. Baju hendaklah dikancing
semuanya kecuali butang leher (murid lelaki) supaya
tidak terdedah badan.
C) “Jeans” dan pakaian bentuk nipis dan sendat
diharamkan.
2.12 Pakaian pendidikan jasmani : (Pek. Bil. 12 / 78)
A) Murid lelaki dikehendaki memakai seluar track berwarna
gelap dan ‘1-shirt” sekolah.
B) Murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang
dan baju labuh waktu bermain atau menjalankan
pendidikan jasmani. Tudung berwarna putih / hitam.
8
Fasal 3 : Peraturan Masa Belaiar
3.1 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa
kebenaran guru mengajar.
Semua murid hendaklah menumpukan sepenuh perhatian
ketika guru sedang mengajar, berada dalam keadaan
senyap, tidak mengganggu murid lain dan sentiasa mengikut
arahan guru.
3.3 Ketika ketiadaan guru atas sebab-sebab tertentu, murid-mu-
rid mestilah berada dalam keadaan senyap dan membuat
kerja-kerja yang sepatutnya. Ketua darjah atau penolongnya
serta pengawas dalam kelas itu bertanggungjawab menjaga
ketertiban dan ketenteraman kelas.
3.4 Jika terdapat murid-murid yang sakit, ketua darjah / penolongnya
/ pengawas atau kawannya hendaklah segera melaporkan
kepada guru kesihatan atau guru bertugas mingguan.
Fasal 4 : Peraturan Di Bilik Darjah
4.1 Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih dan susunan perabot
dalamnya hendaklah sentiasa kemas.
4.2 Makan / min um atau tidur dalam kelas adalah satu
kesalahan.
4.3 Melukis / menulis atau menconteng sesuatu di papan
kenyataan, dinding, kerusi, meja atau papan hitam adalah
satu kesalahan.
4.4 Murid-murid hendaklah duduk ditempat yang ditetapkan oleh
guru.
4.5 Kerusi meja yang rosak atau yang tidak boleh digunakan
hendaklah dihantar ke stor perabot sekolah untuk dibaiki.
4.6 Murid-murid dilarang meninggalkan barang-barang berharga
di dalam kelas ketika rehat, pelajaran pendidikan jasmani,
pelajaran Sains di makmal atau ketika kelas kosong. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan.
4.7 Murid dilarang bermain-main atau menyalahgunakan elektrik
dan kipas di kelas.
4.8 Semua suis dan tingkap bilik darjah mestilah ditutup tiap
waktu terakhir hari persekolahan.
4.9 Jimatkan penggunaan elektrik. Suis lampu dan kipas
hendaklah sentiasa ditutup apabila murid tiada di dalam kelas.
9
4.10 Mana-mana murid yang merosakkan harta benda awam di
dalam kelas dikehendaki membuat bayaran ganti rugi serta
dikenakan tindakan disiplin. Jika tidak ada pengakuan, ahli
kelas berkenaan bertanggungjawab membuat ganti rugi.
4.11 Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas dan semua murid
di dalam kelas untuk mencantikkan bilik darjah mereka dan
memastikan keadaan bilik darjah berada dalam suasana yang
baik sepanjang masa serta menjaga keselamatan peralatan
kelas mereka supaya sebarang kehilangan / kerosakkan perlu
diganti.
4.12 Setiap murid mestilah menjaga ketenteraman suasana
pengajaran dan pembelajaran.
4.13 Setiap kelas dibekalkan dengan kad keluar kelas, dan kad
ini mesti dipakai oleh pelajar jika hendak keluar dari kelas.
Kad yang hilang mesti diganti oleh pelajar dalam kelas
tersebut.
Fasal 5 : Peraturan Masa Rehat
5.1 Semua murid tidak boleh berada di bilik darjah sesudah
loceng rehat dibunyikan.
5.2 Murid-murid TIDAK dibenarkan masuk ke bilik darjah,
makmal, bengkel atau berada di beranda tingkat atas
bangunan semasa rehat.
5.3 Murid-murid TIDAK dibenarkan berada di tempat larangan.
5.4 Murid-murid TIDAK dibenarkan makan / membeli makanan
di luar sekolah semasa waktu persekolahan.
Fasal 6 : Peraturan Semasa Meninggalkan Kawasan Sekolah
6.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua.
6.2 Ibu bapa yang hendak mengambil anaknya waktu
persekolahan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.
Surat pengambilan hendaklah dicatat dalam buku laporan.
6.3 Murid yang hendak ke klinik / hospital mestilah mendapat
kebenaran Pengetua. Surat rawatan murid perlu
ditandatangani oleh pegawai perubatan dan dikembalikan
kepada pihak sekolah.
10
Fasal 7 : Peraturan di Kantin
7.1 Membeli makanan di kantin hanya di waktu pagi / petang
sebelum loceng dibunyikan, pada waktu rehat dan waktu
tamat pelajaran terakhir sahaja.
7.2 TEMPAT MAKAN HANYA DI KANTIN SAHAJA. Murid-murid
ditegah makan di tempat lain kecuali di lokasi yang telah
ditetapkan.
?’.3 Seepas makan dan minum, bekas makanan dan minuman
itu menjadi tanggungjawab setiap murid untuk meletakkan
balik ke tempat yang ditentukan oleh pemajak kantin. Jika
bekas itu rosak atau pecah, murid berkenaan
bertanggungjawab menggantikannya. Kertas pembalut atau
bungkusan makanan dan minuman hendaklah dimasukkan
ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
7.4 Kebersihan di kawasan kantin sekolah hendaklah sentiasa
dijaga.
7.5 Setiap murid hendaklah beratur meng ikut lorong yang
dikhaskan bagi lelaki dan perempuan semasa membeli di
kantin. JANGAN berebut-rebut.
7.6 Membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah
pada waktu sekolah DILARANG sama sekali.
Fasal 8 : Peraturan Menjaga Kebersihan
8.1 Murid-murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan
bilik darjah, makmal, bilik-bilik khas seperti bilik sumber serta
perpustakaan dan seluruh kawasan sekolah termasuk kantin
dan padang permainan supaya sentiasa kelihatan bersih dan
kemas.
8.2 Masukkan sampah ke dalam tong sampah yang telah
disediakan. Membuang sampah di merata-rata tempat adalah
dilarang.
8.3 Menulis, melukis dan menconteng di atas mana-mana meja,
dinding di dalam tandas, di bangunan sekolah atau di
tempat-tempat lain adalah dilarang.
8.4 Gunakan tandas dengan berperaturan. Murid-murid tidak
dibenarkan membuang sampah ke dalam lubang tandas.
8.5 Meludah merata-rata tempat adalah dilarang.
11
Fasal 9 : Urusan Dengan Pihak Sekolah
9.1 Semasa membuat urusan dengan pihak sekolah, murid-murid
mestilah berpakaian kemas, bersopan santun dan berbudi
pekeıti yang baik.
9.2 Jika pelajar mempunyai masalah, sila hubungi segera guru
dan pentadbir sekolah.
Fasal 10 : Gerak Laku dan Sahsiah Murid
10.1 Murid-murid hendaklah berkelakuan baik dan sopan santun
sepanjang masa. Sikap berbaik-baik sesama insan
hendaklah dipatuhi / diamalkan.
10.2 Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik
yang dipelajari di sekolah dan sentiasa menjaga nama
sekolah walaupun berada di luar kawasan sekolah.
10.3 Murid-murid dilarang merayau-rayau di kawasan sekolah,
membuat bising atau mengganggu murid atau kelas lain
yang sedang belajar.
10.4 Murid-murid hendaklah menjaga tertib semasa pertukaran
kelas atau pertukaran guru atau semasa perhimpunan.
10.5 Murid-murid DILARANG memasuki bilik-bilik khas tanpa
kebenaran.
Fasal 11 : Peraturan Kenderaan dan Lalu Lintas
11.1 Penunggang basikal atau motosikal mestilah mengikut
peraturan-peraturan jalan raya. Jangan membonceng,
bersaingan, berpayung atau lain-lain cara yang berbahaya.
11.2 Menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah
adalah dilarang.
11.3 Murid-murid dilarang menunggang basikal dan motosikal di
dalam kawasan sekolah.
11.4 Semua basikal atau motosikal mestilah mematuhi peraturan
kesempurnaannya seperti brek, loceng, lampu, kunci dan
lain-lain yang diperlukan.
12
11.5 Penunggang dan penbonceng motosikal diwajibkan memakai
topi keledar
11.6 Murid –murid yang berbasikal atau bermotosikal ke sekolah
hendaklah turun Dan mengiring basikal atau motosikalnya ke
tempat letak basikal dan motosikal apabila tiba di pintu pagar
sekolah .semasa pulang,hendaklah menaiki basikal dan
Motosikal setelah keluar daripada pintu pagar sekolah.
11.7 Murid-murid yang menaiki bas ke sekolah hendaklah beratur
semasa menaiki bas. Jangan berebut-rebut dan jangan
sesekali berdiri di atas tangga sewaktu bas berjalan.
Fasal 12 : Peraturan semasa Beratur ,Berbaris dan berhimpun
12.1 Murid-murid dikehendaki beratur dan berbaris ketika hendak
masuk kek kelas ,ke tempat perhimpunan, bertukar bilik
darjah dan sebelum pulang
12.2 Ketika beratur ,murid-murid hendaklah senyap.
12.3 Murid-murid dikehendaki masuk ke kelas melalui pintu hadapan.
12.4 Pada hari perhimpunan ,loceng akan dibunyikan 2 kali dan
murid –murid dikehendaki mengikut barisan masing-masing
hingga ke tempat perhimpunan dan berbaris mengikut kelas
maing-masing.
12.5 Apabila perhimpunan berakhir,ikut tingkatan masing –masing
berbaris masuk ke bilik darjah.
12.6 jika berlaku pertukaran bilik darjah atau ke makmal, murid
–murid dikehendaki beratur sebagaimana semasa masuk
darjah atau ke tempst perhimpunan.
Fasal 13 : Peraturan Kegiatan Kokurikulum
13.1 yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum ialah gerak
kerja yang dijalankan oleh pihak sekolah di luar daripada masa
belajar seperti:
A)Sukan :Bola Sepak,Olahraga dan lain lain
B)Persatuan Matematik,Sains,Komputer dan lain lain
C)pertubuhan :Pengakap ,Kadetdan lain lain
13.2 Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian mengikut
pekeliling KPM
13.3 Pakaian untuk aktiviti / pertandingan wajib memakai t-shirt
sekolah/ pakaian seragam dan bertudung hitam /putih sahaja.
13
Fasal 14 : Hak dan Harta Benda Sekolah
14.1 Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan
oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.
14.2 Harta benda sekolah iaîah segala benda kepunyaan sekolah.
Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan, murid atau
kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang sewajarnya
/ ganti yang lain.
14.3 Buku teks
A) Buku teks sekolah adalah kepunyaan hementerian
pendidikan, dipinjamkan kepada murid-murid mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan.
B) Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menjaga
keselamatan buku itu.
C) Murid-murid diwajibkan merabalut dan menyampul buku
tersebut dengan kertas dan , plastik.
D) Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan
buku itu. Murid-murid juga dilarang merosakkan bulcu itu
seperti menggunting gambar-gambar atau mana-mana
bahagian buku itu.
E) Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di
dalan kelas setelah tamat waktu belajar pada hari itu.
F) Jika didapati murid-murid merosakkan, mengotorkan atau
mengabaikan keselamatan buku itu, pihak sekolah berhak
mengambil balik atau meminta ganti sanna ada menggantkan
dengan buku yang lain atau membayar harga buku itu.
G) Murid-murid hendaklah menyerahkan semula buku yang
dipinjam apabila diarah berbuat demikian oleh pihak sekolah.
H) Mana-mana murid yang gagal menyerahkan kembali
buku itu apabila diminta, pihak sekolah berhak
mengambil tinÖakan seterusnya.
Fasal 15 : Amalan lbadat
15.1 Sekolah menggalakkan murid-murid melakukan amalan
ibadat pada masa dan tempat yang ditetapkan.
15.2 Murid-murid dilarang sama sekali menghina atau
mencemarkan amalan dan kesucian agama Islam dan
menghina agama yang Iain.
14
15.3 Pelajar-pelajar diwajibkan solat Zohor selepas waktu belajar
/ sebelum pulang ke rumah.
Fasal 16 : Peraturan Khusus
16.1 Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus
bagi
A. Makmal Sains (Pek. Bil. 1 / 74)
B. Bilik Ekonomi Rumah Tangga
C. Perpustakaan
D. Pusat Sumber Pendidikan
E. Bilik Kemahiran Hidup Bersepadu
F. Koperasi Sekolah
G. Makmal Komputer
H. Bilik Pendidikan Seni Visual
I. Bilik Bimbingan dan Kaunseling
J. Stor Sukan dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
K. Musalla
L. Kawad Kecemasan / Kebakaran (Pek. Bil. 8 / 78)
M. Lain-lain
Fasal 17 : Peraturan Peperiksaan dan Ujian
17.1 Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran.
Kehadiran dalam semua peperiksaan / ujian adalah wajib.
17.2 Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam
bentuk apa sekalipun akan dihukum.
17.3 Murid-murid hendaklah menjauhkan daripada sebarang
penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan /
ujian. Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap arahan
yang diberi. Semua buku / nota murid hendaklah diletakkan
di luar semasa peperiksaan / ujian.
17.4 Untuk peperiksaan PT3 / SPM, murid-murid dikehendaki
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
17.5 Memalsukan tandatangan / markah datam kad / Buku
Kemajuan Sekolah adalah merupakan kesalahan berat.
15
Fasal 18 : Perkara - perkara Am
18.1 Surat-surat yang menggunakan nama sekolah akan ditapis
oleh guru disiplin.
78.2 Murid-murid dilarang memDu΋a / mengambil surat kepunyaan
orang lain.
18.3 Murid - murid dilarang menganjur sesuatu lawatan /
perjumpaan tanpa kebenaran pengetua.
18.4 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil bahagian atau
menjadi ahli dalam sebarang pertubuhan di luar sekolah
(Pek. Bil. 9 / 75 (57)).
18.5 Apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran dan
sebagainya, loceng akan dibunyikan berkali-kali. Murid-murid
hendaklah keluar kelas dalam keadaan tertib dan dalam
barisan menuju ke padang / kawasan yang ditetapkan.
Peralatan sekolah hendaklah ditinggalkan kecuali ketua
darjah pastikan jadual kedatangan murid ada bersama.
Keselamatan diri diutamakan (Pek. Bil. 878).
18.6 Murid-murid tidak dibenarkan memb uat sebarang
perhubungan dengan kedutaan asing / pertubuhan atau
badan-badan luar (dengan tujuan mendapat penerangan dan
sebagainya) tanpa kebenaran bertulis daripada pihak
berkuasa sekolah terlebih dahulu (Pek. Bil. 878).
18.7 Murid-murid hendaklah mengetahui lagu kebangsaan dan
negeri dan mematuhi Rukun Negara serta Budaya Sekolah.
18.8 Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk
pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.
18.9 Membeli atau menganjur loteri, atau permainan untung-
untung atau sesuatu wang atau hadiah-hadiah dengan
cara beradu nasib dilarang (Pek. Bil. 9 / 77).
18.10 Ragging bertopengkan suai kenal dilarang (Pek. Bil. 4 / 78).
18.11 Lain-lain yang tidak disebut di atas yang rnenjadi kesalahan
dalam undang-undang awam dilarang.
Fasal 19 : Lawatan dan Pelawat-pelawat
19.1 Murid-murid yang bercadang membuat lawatan ke luar
negeri hendaklah memberitahu guru penasihat persatuan /
pengetua (Pek. Bil. (Lawatan) 1957).
19.2 Jika dipersetujui, permohonan melalui Pengetua sekolah
16
hendaklah sampai kepada Pengarah Pendidikan Negert
enam (6) minggu sebelum tarikh lawatan.
19.3 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan
murid kecuali setelah mendapat kebena ran daripada
Pengetua.
19.4 Pertemuan itu hendaklah dibuat di Pejabat atau di tempat
yang akan ditentukan oleh pihak sekolah.
Penggunaan Telefon Bimbit
i) Larangan membawa dan mengguna telefon bimbit
oleh murid di sekolah (SPI Bil. 2 / 2009).
ii) Telefon bimbit yang dirampas tidak akan
dikembalikan tanpa menerima sebarang alasan
kecuali dengan kebenaran pengetua.
Fasal 20 : Kesalahan-kesalahan Berat
20.1 Menjadi ahli dabm pertubuhan haram (Pek. Bil. 9 / 75, 2 / 75).
20.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat.
20.3 Melakukan perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan
akhlak.
20.4 Ditangkap di hotel atau di mana-mana tempat yang sunyi
berdua - duaan bersama lelaki dan perempuan.
20.5 Memukul guru / pengawas.
20.6 Mengancam Pengetua / Pen. Kanan HEM, guru-guru atau
kakitangan sekolah yang lain.
20.7 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang
ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan.
20.8 Menulis kepada akhbar tanpa mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah.
20.9 Sengaja merosakkan harta benda kerajaan / sekolah / guru-
guru / kakitangan sekolah dan orang lain.
20.10 Mencuri dan memeras ugut.
20.11 Mengancam murid-murid dengan ancaman yang serius dan
berbahaya.
20.12 Menghisap rokok / mengambil dadah / berjudi / menghidu gam.
20.13 Meminum minuman keras / minuman yangmemabukkan.
20.14 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali
amaran diberi.
17
20.15 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan
kepada Pengetua / mana-mana guru.
20.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan.
20.17 Tidak menghormati lagu Negaraku dan lagu Negeri.
20.18 Membawa atau menunjukkan gambar lucah.
20.19 Mengusik / mempermainkan pelajar perempuan atauguru-
guru perempuan.
20.20 Masuk ke dalam tandas guru / tandas yang tidak dikhaskan
untuknya.
20.21 Mengintip pelajar perempuan dalam tandas.
20.22 Membuat sebarang pungutan wang tanpa kebenaran pihak
sekolah.
Fasal 21 : Kesalahan Sederhana Berat
21.1 Ponteng sekolah.
21.2 Bermain mercun di sekolah.
21.3 Bising / mengganggu kelas semasa guru sedang mengajar.
21.4 Menipu atau bercakap bohong.
21.5 Membotak kepala.
21.6 Tidak hadir latihan sukan / kegiatan ko-kurikulum.
Fasal 21 : Kesalahan Ringan
22.1 Sebarang kesalahan melanggar peraturan-peraturan sekolah
selain daripada kesalahan sederhana berat, dianggap kesalahan
ringan. Kesalahan-kesalahan ringan jika dilakukan berulangkali
akan menjadi kesalahan sederhana berat dan berat.
Fasal 21 : Kesalahan-kesalahan Yang Tidak Disebut
23.1 Peraturan yang tidak disebut di sini adalah menjadi
tanggungjawab Pengetua / guru disiplin bagi menentukan
hukuman.
18
BAB 3 : SALAHLAKU DAN TINDAKAN
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
1. Jenayah Pekeliling 1. Lapor kepada JPN /
a. Salahguna BII 7 / 76 KPM
Pekeliling
dadah Bil 9 / 75 2. Rujuk kepada doktor
b. Mengedar 3. Beritahu ibu bapa
4. Hantar hospîtal
dadah 5. Pemulihan - JKM
Tindakan Pengetua :
c. 'Mencuri 1. Nasihat / amaran
2. Dapat pengakuan
bertulis murid dan ibu
bapa
Tindakan Pengetua .
1. Pulang balik barang
yang dicuri / ganti
sama nilai
2. Minta maaf kepada
pemilik
3. Amaran keras
4. Hukuman rotan
5. Pengakuan bertulis
muûd dengan ibu bapa
untuk berkelakuan baik
d. Berjudi Pekeliling Nasihat oleh Ustaz /
e. Memeras ugut Bil 9 / 75 Kaunselor
Pekeliling 1. Amaran keras
Bil 7 / 75 2. Hukuman rotan
3. Pengakuan bertulis
murid dan ibu bapa
4. Gantung sekolah
1. Pulang balik barangan
2. Amaran keras (akhir)
3. Hukuman rotan
4. Pengakuan bertulis
murid dan ibu bapa
19
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku Pekeliling
f. Memukul, Bil 9 / 75 5. Gantung sekolah
Pekeliling 6. Laporan polis
bergaduh dan Bil 9 / 75 1. Hukuman rotan
mencedera 2. Berdamai dan
g. Membawa Pekeliling
senjata Bil 9/ 75 bermaafan
dengan niat 3. Gantung sekolah
jahat 4. Pengakuan bertulis
h. Merosak harta murid dan ibu bapa
benda 1. Rampas senjata
2. Hukuman rotan
i. Menjadi ahli 3. Gantung sekolah
dalam 4. Amaran dan laporan
kumpulan
haram polis
5. Pengakuan bertulis
2. Tingkah laku
lucah daripada murid dan ibu
a. Bercumbu bapa
daam 1. Membayar ganti rugi
kawasan 2. Hukuman rotan
sekolah 3. Gantung sekolah(jika
kerosakan besar /
serius)
4. Pengakuan bertulis
daripada murid dan ibu
bapa
1. Ibu bapa dihubungi dan
tindakan sewajarnya
diambil
1. Amaran dan nasihat
2. Gantung sekolah
3. Buang sekolah
20
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
b. Ditangkap 1. Buang sekolah
khalwat 1. Hukuman rotan
c. Kata lucah 2. Rujuk Ustaz / kaunselor
d. Menulis / 1. Hukuman rotan
melukis kata 2. Rujuk Ustaz / kaunselor
gambar lucah
1. Hukuman rotan
e. Menyentuh / 2. Rujuk Ustaz dan
memeluk
perempuan kaunselor
3. Gantung sekolah
f. Mengganggu 4. Buang sekolah
perempuan
1. Hukuman rotan
g. Pelacuran / 2. Rujuk Ustaz dan
kes-kes
seumpamanya kaunselor
h. Membaca, 1. Rujuk Ustaz dan
menunjuk dan kaunselor
menyebar
bahan lucah 2. Gantung sekolah
3. Buang sekolah
i. Mengintip
murid 1. Hukuman rotan
perempuan 2. Rujuk Ustaz dan
kaunselor
3. Gantung sekolah
1. Hukuman rotan
2. Amaran keras (akhir)
3. Rujuk Ustaz dan
kaunselor
4. Pengakuan bertulis
murid dan ibu bapa
21
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku General 1. Diberhentikan sekolah
j. Hamil, Regulation 2. Amaran, nasihat dan
homoseks, 1951 rujuk pakar jiwa
lesbian /
kahwin / nikah 1. Amaran dan nasihat
gantung 2. Rujuk Ustaz dan
k. Menulis surat kaunselor
cinta
3. Tingkah Laku 1. Rotan iika perlu)
Anti Sosial
a. Sengaja 1. Hukuman rotan
mengotori 2. Rujuk Ustaz dan
kelas atau
sekolah kaunselor
b. Mengganggu 1. Rujuk Ustazdan
ketenteraman
kelas kaunselor
c. Bergaduh 2. Hukuman rotan
dengan murid
lain
d. Berkelakuan 1. Rujuk Ustaz dan
biadap dan kaunselor
angkuh
2. Hukuman rotan
e. Menconteng 1. Hukuman rotan
2. Gantung sekolah
f. ‘RAGGING’ 1. Hukuman rotan
2. Gantung persekolahan
3. Buang sekolah
g. lada sikap dan Pekeliling Bil 1. Memberi nasihat
perasaan 4 / 78 2. Amaran keras
cintakan sekolah
3. Hukuman rotan
22
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
h. Benci dan Pekeliling 1. Membeli nasihat
Bil 9 / 75 2. Amaran keras
tidak (School 3. Hukuman rotan
menghormati
peraturan Disp. 1. Amaran keras
Regulation 2. Hukuman rotan
Makan dalam
kelas 1959)
j. Berebut-rebut
semasadi 1. Memberi nasihat
tempat awam 2. Amaran keras
k. Tidak 3. Hukuman rotan
menghormati
lagu 1. Amaran keras
Negaraku, 2. Hukuman rotan (jika
negeri dan
lagu sekolah perlu)
l. Ponteng
semasa 1. Hukumanrotan
perhimpunan
pagi / acara 1. Memberi nasihat
rasmi sekolah 2. Amaran keras
Sengaja
membuat Hukuman rotan
sesuatu yang
boleh 4. Gantung persekolahan
menjatuhkan
imej sekolah
23
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
4. Tingkah Laku Pekeliling 1. Surat ibu bapa serta
Tidak Jujur Bil 9 / 75 amaran gantung
a. Ponteng (General persekolahan
Regulation
sekolah 2. Setelah TIGA kali
1951) amaran - buang sekolah
3. Jika hadir - hantar
kepada guru kaunseling
4. Hukuman rotan
b. Ponteng kelas KP (BS) 854 1. Hukuman rotan
2. Gantung sekolah
8 / 12 (17)
BORANG DM
9.2.77
c. Meniru 1. Amaran keras
tandatangan 2. Jika masih melakukan
ibu bapa
hukuman rotan
3. Hukuman rotan
d. Ubah markah 1. Amaran keras
peperiksaan 2. Hukuman rotan
*Ibu bapa dimaklumkan
dalm semua kesalahan
tidak jujur
5. Tingkah Laku Pekeliling 1. Amaran keras dan
Tidak Sopan Bil 9 / 75 mohon maaf
a. Berkelakuan /
berbahasa 2. Hukuman rotan
kasar, kesat,
memaki dan
mencarut
24
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
1. Teguran / amaran
b. Tidak 2. Hukuman rotan
menghormati
pengawas Pek Bil 3 / 71
Pek Bil 2 / 72
6. Tingkah Laku Pek Bil 4 / 76 1. Amaran
Tabiat
a. Tidak 2. Hukuman rotan
berpakaian
kemas
b. Berambut Pekeliling Bil 1. Amaran keras
panjang 2 / 76 2. Dipaksa gunting /
gunting
3. Hukuman rotan
4. Gantung persekolahan
c. Sengaja 1. Diberi nasihat
menepati 2. Diberi amaran
masa 3. Hukuman rotan
d. Tidak 1. Amaran
membawa / 2. Hukuman rotan
tidak
membawa
balik buku /
tidak
menyiapkan
kerja
e. Membuat Peraturan 1. Amaran
bising Am Sekolah 2. Hukuman rotan
f. Tidak menjaga 1951 1. Amaran
harta benda / 2. Menggantikannya
menghilangkan
alatan sekolah
yang dipinJam
25
Perkara / Rujukan Tindakan
Salah Laku
Peraturan 1. Diberi amaran dan
g. Buang Am Sekolah nasihat
sampah
merata-rata 1951 2. Membersih kawasan
tempat 3. Hukuman rotan
Pekeliling Bil
9 / 27
h. Merokok / Pekeliling Bil 1. Rotan dan nasihat
menghidu gam 9 / 75 2. Hukuman rotan dan
rujuk kepada guru
kaunseling
3. Gantung persekolahan
BAB 4 : PENGHAYATAN ISLAM
Peraturan dan tatasusila yang wajib dipatuhi oleh setiap pelajar
Islam :
1. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP ALLAH
1.1 Solat 5 waktu.
1.2 Setiap pelajar Muslim diwajibkan mengucapkan dua kalimah
syahadah dengan betul dan yakin.
1.3 Setiap pelajar Muslim wajib mengingati rukun Islam dan
rukun iman di samping mengamalkannya.
1.4 Mengamalkan segala suruhan Allah dan Rasul-Nya.
1.5 Patuh kepada ibu bapa, guru dan orang dewasa.
26
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
21 Menjaga maruah diri.
2.2 Menjaga nama baik sekolah dan guru.
2.3 Menjaga kebersİhan fizikal dan mental.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU
3.1 Memberi salam apabila berjumpa guru / tetamu sekolah.
3.2 Mematuhi semua arahan guru.
3.3 Tidak menunjukkan sikap angkuh dan sombong.
3.4 Tidak membezakan antara seorang guru dengan guru lain.
3.5 Tidak mengumpat guru.
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEBAYA
4.1 Berbaik-baik antara satu sama Iain.
4.2 Tolong-menolong dan bekerjasama menghadapi pelajaran.
4.3 Tidak menunjukkan sikap angkuh dan sombong.
4.4 Tidak mengumpat dan mengeji kawan.
4.5 Tidak menghina kawan.
4.6 Memberi salam antara satu sama Iain.
5. PERGAULAN
5.1 Dilarang sama sekali pergaulan yang mesra antara pelajar
lelaki dengan perempuan.
27
6. PAKAIAN
61 Sentiasa menutup aurat dan berpakaian sopan.
6.2 Menjadi kesalahan sekiranya pelajar memakai pakaian:
6.2.1 Mendedah aurat
6.2.2 Berpakaian nipis yang menampakkan tubuh badan
6.2.3 Berpakaian ketat yang menampakkan bentuk badan
6.2.4 Mendedahkan rambut / memakai tudung yang
menampakkan leher
7. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN
7.1 Mempelajari semua mata pelajaran yang diajar sebagai
tuntutan fardhu kifayah.
7.2 Wajib mempelajari mata pelajaran Pendidikan lslam sebagai
tuntutan fardhu ain.
7.3 Mengikut pelajaran agarna dengan penuh hormat.
7.4 Bertanggungjawab terhadap agama dan
mempertahankannya.
7.5 Menghayati ajaran lslam secara menyeluruh.
7.6 Mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
keagamaan dengan penuh kerelaan.
28
LAMPIRAN
Contoh Potongan Rambut Yang Dibenarkan
Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut
Pekeliling Bil. 2 / 78
Hadapan (Tidak melepasi paras tengah dahi)
Sisi (Tidak melindungi telinga)
Belakang (Tidak mencecah kolar baju)
Catatan
1. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, menyimpan
misai atau janggut (Pekeliling Bil. 2 / 1978).
2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan meniru fesyen “Punk, Trojan”
atau sebarang fesyen yang menjolok mata dan tidak
mengikut peraturan sekolah.
3 Ditegah mewarnakan rambut, menyimpan jambul, menyimpan
ekor atau lain-lain.
29
Contoh Potongan Baju dan Seluar Yang
Dibenarkan Oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia Mengikut Pekeliling lkhtisas Bil. 2 / 78
Catatan
1. Buka kaki seluar di antara 41 - 51 cm (16 - 20 in).
2. Labuh melepasi paras lutut.
3. Seluar potongan “jeans" tidak dibenarkan.
4. Poket tampal pada seluar tidak dibenarkan.
30
Contoh Potongan Baju dan Seluar Yang
Dibenarkan Oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 78
Catatan :
1. Kain yang terlalu nipis tidak dibenarkan.
2. Labuh kain menutupi buku lali.
3. Stokin pendek tidak dibenarkan.
31
RUKUN NEGARA
MAKA KAMI,rakayat Malaysia ,berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita –cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBANGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAAN KESUSILAAN
IKRAR MURID SMK JELAWAT
BAHAWASANYA KAMI, PELAJAR SMK JELAWAT,
DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI,
AKAN MELAKSANAKAN KEWAJIPAN KAMI,
SEBAGAI PELAJAR YANG PEKA,
DENGAN KEHENDAK DAN HARAPAN, IBU BAPA,
GURU DAN NEGARA,
UNTUK MENJADI INSAN YANG BERILMU,
BERIMAN DAN BERTAKWA SERTA BERAMAL
SOLEH,
KAMI JUGA BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN
BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SEHINGGA
MENCAPAI KECEMERLANGAN,
KAMI JUGA BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN
MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA,
DEMI MALAYSIA YANG TERCINTA.
32