Disempurnakan oleh : ENCIK JAMALUDIN BIN OTHMAN GURU BESAR SK KUALA POMSON 22 JUN2024 | SABTU| 8.00PAGI KANTINSKKUALAPOMSON S K K U A L A P O M S O N K A L I K E - 5 0
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Kuala Pomson sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R Encik Jamaludin Othman GURU BESAR SK KUALA POMSON 1
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberidapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaanterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir ke Mesyuarat AgungPersatuan Ibu Bapa & Guru kali ke-50 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa danwarga pendidik di sekolah ini bertambah erat. Mesyuarat Agung ini merupakan satupeluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan salah satu kesempatan untuk para ibubapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Saya percaya kejayaan sekolahdan kecemerlangan murid sekolah ini adalah usaha gigih murid, ibu bapa dan guru-guru secara bersama dan istiqamah. Ini kerana, kejayaan tidak akan dapat dicapai jika tiadakerjasama daripada semua pihak. Justeru itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan murid yang berketrampilan, berwibawa dansahsiah terpuji serta cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SK Kuala Pomson yang telah menjalankantugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anakanak kami. Akhir kata, saya mendoakan SK Kuala Pomson sentiasa beroleh kejayaan dan segalausaha kita akan diberkati Allah S.W.T. Salam Persaudaraan. Sekian terima kasih. 2 Y D P P I B G En. Muhammad Izwan Bin Musanif SK KUALA POMSON
Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru Ketibaan jemputan / Perasmi Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Guru Besar ( En. Jamaludin Bin Othman ) Ucapan YDP PIBG ( En. Muhammad Izwan Bin Musanif ) Ucapan Perasmian (En. Jamaludin Bin Othman) Penyampaian cenderahati dan sijil kepada ahli jawatankuasa PIBG 2023/2024 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 50 bermula Ucapan Penasihat Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 49 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Pembubaran Barisan AJK 2023/2024 Perlantikan Pengerusi Sementara Pemilihan dan Pelantikan AJK 2024/2025 Pembentangan Usul Ucapan Penangguhan Penyampaian watikah Pelantikan Cabutan berth 3 Bersurai
P ENASIHAT YANG DI P E R TUA NAI B YANG DI P E R TUA SE T IAUSAHA B ENDAHAR I : E n . Ja m al udi n bi n Ot h m an : E n . Mu ha m m ad I zwan bi n Mu san if : P n . No r has l i nda bi n ti Sa m pit : C i k Maz l i za bi n ti Mu ha m m ad Idri s : P n . Nu r Z u l i k ha bi n ti Ha m id 4 P ROTOKOL MAJ L IS EN. JAMALUDIN B IN OTHMAN EN. AZ EDE B IN KAB I RAN EN. ANAS MUSHDI B IN ABDUL AZ I Z EN. ZUL K E F L I B IN SABUDI @ SABUDIN P ENGA C ARA MAJ L IS PN. AINA’A HAZ I RAH B INT I HAS LAN BA C AAN DOA EN. MOHD. SUHAI RUL B IN SAIDI P ENDAF TARAN PN. NURUL JANNAH B INT I MOHD. TAI B C I K NUR I Z ZAT I B INT I ASNAWI BUKU P ROGRAM EN. MUHAMMAD AL I F F I RDAUS B IN I SMAI L SIARAYA EN. MUHAMMAD SYAZWAN B IN KAR IM HADIAH DAN SI J I L PN. AZ IMAH B INT I MAJID PN. NUR ZUL I K HA B INT I HAMID JURU GAMBAR EN. MUHAMMAD S HAMZUR IMI B IN MUHAMMAD P ENGE RUSI SEMENTARA EN. ANAS MUS HDI B IN ABDUL AZ I Z MONTAJ EN. MOHD. HAF I Z B IN OT HMAN P E RSIAPAN T EMPAT EN. HASNUL HADI B IN ROZAL I EN. MUHAMMAD SYAZWAN B IN KAR IM PN. ANI S SUZANA B INT I KAMARUDDIN PN. ANI SAH B INT I ABDUL GHANI JAMUAN I BU BAPA PN. ROSNI ZANA B INT I AB . RAHMAN ( K ) PN. MURNI B INT I AHMAD MAS H R I P EN C ATAT MINI T PN. S I T I AMINAH B INT I YAHAYA DOKUMENTASI EN. MUHAMMAD AL I F F I RDAUS B IN I SMAI L C I K MAZ L I ZA B INT I MUHAMMAD IDR I S
En Jamaludin bin Othman : Penasihat En Muhammad Izwan bin Musanif : Yang Dipertua Pn Norhaslinda binti Sampit : Naib Yang Dipertua Cik Mazliza binti Muhammad Idris : Setiausaha Pn. Nur Zulikha binti Hamid : Bendahari En Roslan bin Asoi : AJK Ibu Bapa Pn Rohana a/p Li : AJK Ibu Bapa En Shahrunazrin bin Asoi : AJK Ibu Bapa Pn Anis Suzana binti Kamaruddin : AJK Ibu Bapa Pn Mahanum a/p Alip : AJK Ibu Bapa Pn Arniza binti Abok : AJK Ibu Bapa Pn Rosnizana binti Ab Rahman : AJK Guru Pn Azimah binti Majid : AJK Guru En Muhammad Syazwan bin Karim : AJK Guru En Muhammad Shamzurimi bin Muhammad : AJK Guru En Muhamad Alif Firdaus bin Ismail : Pemeriksa Kira-kira Pn Anisah binti Abdul Ghani : Pemeriksa Kira-kira J A W A T A N K U A S A P I B G S K K U A L A P O M S O N TAHUN 2023-2024 5
6
Ucapan Yang Dipertua PIBG Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Membentang dan menerima laporan tahunan. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023. Pembubaran AJK 2023/2024 dan memilih jawatankuasa 2024/2025 Memilih 2 orang pemeriksa kira-kira Perbahasan dan penerimaan usul-usul Ucapan Penangguhan 7 Sesi bergambar
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -49 SK KUALA POMSON TAHUN 2023 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1.1 En. Muhammad Izwan bin Musanif selaku YDP PIBG mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mohd. Sany Hamzan, Ahli Parlimen P.101 Hulu Langat yang sudi hadir untuk merasmikan majlis pada pagi ini. 1.1.2 Beliau menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat bersama- sama berkumpul di Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Pansoon ini untuk bersama- sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kuala Pomson ke- 49 tahun 2023. 1.1.3 Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya kepada Guru Besar SK Kuala Pomson, en. Jamaludin bin Othman yang juga merupakan Penasihat PIBG serta kepada guru- guru dan AJK PIBG yang bertungkus lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 49 tahun 2023 ini. 1.1.4 Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru- guru dan ibu bapa kerana telah bersama- sama menjalankan aktiviti- aktiviti sekolah tanpa syarat. 1.1.5 Beliau memaklumkan PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. 1.1.6 Pada akhir ucapan beliau, beliau berharap semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah S.W.T seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anak- anak seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara. 1.1.7 Beliau turut berharap agar SK Kuala Pomson akan terus maju dan bergerak ke hadapan bersama- sama dengan PIBG SKKP.
9 1.2 UCAPAN PENASIHAT 1.2.1 En. Jamaludin bin Othman Guru Besar SK Kuala Pomson merangkap Penasihat mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Sany Hamzan kerana dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kuala Pomson kali ke- 49. 1.2.2 Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa berserta AJK PIBG kerana turut hadir dan memberi sokongan kepada pihak sekolah serta setinggi tahniah kepada guru- guru kerana bertungkus- lumus untuk memastikan MAT PIBG pada kali ini berjalan lancar. 1.2.3 Pengerusi memperkenalkan SK Kuala Pomson kepada ahli mesyuarat dan memaklumkan SKKP merupakan sekolah yang serba kekurangan terutamanya fasiliti seperti padang dan dewan. Oleh yang demikian, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kuala Pomson kali ini diadakan di Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Pansoon. 1.2.4 Beliau sangat berterima kasih kepada ahli kariah Kampung Orang Asli di bawah pimpinan en. Roslan bin Asoi, Pengerusi Kampung Orang Asli (KOA) kerana memberi keizinan kepada pihak sekolah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG di sini. 1.2.5 Pun begitu, SKKP tetap unggul terutamanya dalam bidang ko-kurikulum. Buktinya, pada tahun 2022, SK Kuala Pomson telah melahirkan seorang bintang dalam bidang sukan sepak takraw dengan mewakili Negeri Selangor dalam Pertandingan Sepak Takraw di Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Sukan Sekolah- sekolah Malaysia (MSSM) dan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. 1.2.6 Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat pihak SKKP dapat menyampaikan hasrat untuk memohon sumbangan gelanggang serbaguna dan tandas murid. Kertas kerja permohonan tersebut telah disampaikan untuk diambil tindakan oleh pihak YB. 1.2.7 Pengerusi mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG atas komitmen dan kerjasama yang jitu dalam melaksanakan program- program di SK Kuala Pomson. 1.2.8 Semoga jawatankuasa yang dilantik selepas ini akan terus bersama- sama dalam memajukan SK Kuala Pomson ke tahap yang lebih baik.
10 1.2 UCAPAN PERASMIAN : Yang Berhormat Tuan Mohd. Sany Hamzan, Ahli Parlimen P.101 Hulu Langat. 1.1.3.1 Yang Berhormat Tuan Mohd. Sany Hamzan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru- guru dan ibu bapa yang telah hadir dan menjayakan program pada pagi ini. 1.3.2 Beliau turut mengucapkan tahniah kerana telah Berjaya kekal relevan selama 49 tahun di Hulu Langat sebagai sebuah sekolah orang asli bagi masyarakat Melayu dan Asli di Kampung Kuala Pangsun. 1.3.3 Menurut beliau, terdapat 3 perkara yang tidak boleh dikompromi. Antaranya, Pertahanan dan Keselamatan, Pendidikan dan Kesihatan. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai warga Kampung Kuala Pangsun dan Hulu Langat khususnya untuk bersama- sama melestari hasrat kerajaan untuk menjayakan segala pelan dan tindakan kerajaan yang dilaksanakan. 1.3.4 Beliau menyebut bahawa beliau akan membantu pihak sekolah untuk menyediakan gelanggang serbaguna bagi melestari segala hasrat sekolah untuk memberi prasarana yang lebih baik kepada murid dan guru di sini. Beliau berjanji akan menyediakan salah satu daripada dua prasarana yang dipohon oleh SK Kuala Pomson sama ada gelanggang serbaguna ataupun tandas terlebih dahulu. 1.3.5 Beliau berhasrat untuk bergotong- royong bersama- sama dengan ibu bapa murid untuk membina gelanggang serbaguna itu nanti. Ini untuk memupuk rasa kebersamaan dan cinta kepada sekolah. 1.3.6 Beliau berharap agar pembinaan gelanggang serbaguna dan tandas ini dapat memberi manfaat kepada kemenjadian murid. 1.3.7 Di akhir ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga SKKP atas usaha dan tindakan yang dilaksanakan. Beliau mengucapkan selamat bermesyuarat dan jangan berkompromi dengan isu pendidikan anak- anak kita.
11 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 49 2.1 Puan Rozainah binti Ali mencadangakn agar Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Pomson kali ke- 48 diterima dan disahkan. 2.2 Cadangan disokong sebulat suara. 3.0 Pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Program PIBG 2022 3.1 Membentang dan Mengesahkan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2022 3.1.1 Laporan telah dibentangkan oleh Cik Mazliza binti Muhammad Idris. Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SKKP dan juga seluruh warga PIBG atas kerjasama dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022. 3.1.2 Antara aktiviti/ program yang telah dijalankan oleh PIBG SK Kuala Pomson sepanjang sesi 2022 ialah: 3.1.2.1 Hari Anugerah Cemerlang 3.1.2.2 Hari Graduasi Prasekolah dan Tahun 6 3.1.2.3 Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah 3.1.2.4 Kejohanan Sukan Tahunan 3.1.2.5 Sumbangan Atlet Sekolah (Muhammad Hairil bin Herman) 3.2 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG SK Kuala Pomson Sesi 2022/2023 3.2.1 Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 telah dibentangkan oleh Puan Nur Zulikha binti Hamid, Bendahari Kehormat PIBG 2022/2023. 3.2.2 Encik Roslan bin Asoi mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG SK Kuala Pomson Sesi 2022 yang berakhir Pada 31 Disember 2022 diterima dan disahkan. Cadangan tersebut disokong sebulat suara.
12 3.3 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 dan Pelantikan AJK PIBG baharu Sesi 2023/2024. 3.3.1 Encik Muhammad Izwan bin Musanif dengan rasminya membubarkan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023. 3.3.2 Encik Anas Mushdi bin Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi Sementara bagi Pelantikan AJK PIBG baharu sesi 2023/2024. 3.3.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sesi yang lepas atas sumbangan yang telah diberikan. 3.3.4 Encik Roslan bin Asoi telah mencadangkan agar Encik Muhammad Izwan bin Musanif dan Puan Norhaslinda binti Sampit dikekalkan sebagai Yang DiPertua PIBG dan Naib Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024. 3.3.5 Cadangan tersebut disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 4.0 Pemilihan AJK PIBG SK Kuala Pomson Sesi 2023/2024 4.1.1 Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 Penasihat PIBG : En. Jamaludin bin Othman (Guru Besar) YDP PIBG : En Muhammad Izwan bin Musanif ( Ibu bapa ) Naib YDP PIBG : Puan Norhaslinda binti Sampit ( Ibu bapa ) Setiausaha : Cik Mazliza binti Muhammad Idris ( Guru ) Bendahari : Pn. Nur Zulikha binti Hamid (Guru ) Ahli Jawatankuasa 1. Encik Roslan bin Asoi (Ibu bapa) 2. Puan Rohana a/p Li (Ibu bapa) 3. Encik Shahrunazrin bin Asoi (Ibu bapa) 4. Puan Anis Suzana binti Kamaruddin (Ibu bapa) 5. Puan Mahanum a/p Alip (Ibu bapa) 6. Puan Arniza binti Abok (Ibu bapa) 7. Puan Rosnizana binti Ab Rahman (Guru) 8. Puan Azimah binti Majid (Guru) 9. Encik Muhammad Syazwan bin Karim (Guru) 10. Encik Muhammad Shamzurimi bin Muhammad (Guru) Pemeriksa kira-kira - Encik Muhamad Alif Firdaus bin Ismail (Guru) Puan Anisah binti Abdul Ghani (Ibu bapa)
5.0 Pembentangan Usul dan Cadangan 5.1 Usul Khas Pentadbir 5.1.1 Encik Azede bin Kabiran dari Unit Kurikulum ingin memohon sumbangan 1 rim kertas A4 daripada setiap keluarga untuk memperbanyakkan latihan untuk kegunaan murid- murid. 5.1.2 Memohon sumbangan alat tulis seperti pensel, pensel warna, pengasah, pembaris, pemadam dan lain- lain di dalam kelas untuk kegunaan anak- anak kita. 5.1.2.1 En. Jamaludin bin Othman, Guru Besar SK Kuala Pomson telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa usul ini merupakan sebuah idea yang baik. 5.1.2.2 Beliau menambah, sekiranya setiap kelas di SK Kuala Pomson menerima sumbangan alat tulis seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan alat tulis tersebut bukan sahaja dapat dikongsi bersama- sama, malahan dapat membantu murid- murid yang datang daripada keluarga yang serba kekurangan. 5.1.3 Encik Anas Mushdi bin Abdul Aziz dari Unit Hal Ehwal Murid meminta agar tandas murid dijadikan tandas angkat bagi semua ibu bapa. 5.1.4 Puan Mastura binti Yusoff memohon PIBG menguruskan yuran pertandingan- pertandingan yang disertai oleh murid- murid. 13
14 5.2 Usul daripada Ibu Bapa 5.2.1 Usul 1: Menggalakkan kehadiran ke sekolah dengan menyediakan ganjaran untuk murid- murid. 5.2.1.1 Puan Anis Suzana binti Kamaruddin, ibu kepada Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan ganjaran sebagai galakan untuk murid- murid yang berkehadiran penuh ke sekolah. 5.2.1.2 En. Jamaludin bin Othman, Guru Besar SK Kuala Pomson telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa pihak sekolah tidak menggalakkan murid- murid untuk hadir ke sekolah sekiranya bergejala. 5.2.2.3 Beliau turut menambah bahawa pihak sekolah memang memberikan ganjaran kepada murid- murid pada sambutan tertentu seperti Hari Kanak- Kanak dan Program Pupils of the Month. 5.2.2 Usul 2 : Memperbanyakkan program yang melibatkan pelibatan ibu bapa. 5.2.2.1 Puan Anis Suzana turut mencadangkan agar pihak sekolah memperbanyakkan program sekolah yang melibatkan pelibatan ibu bapa. 5.2.2.2 Encik Jamaludin bin Othman, Guru Besar SK Kuala Pomson memaklumkan bahawa program yang dijalankan oleh pihak sekolah biasanya dijalankan pada hari persekolahan. 5.2.2.3 Walau bagaimanapun, pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa untuk hadir namun tidak memaksa kehadiran mereka. 5.2.3 Usul 3: Usul daripada en. Mohd. Hazril tidak dibahaskan kerana beliau tidak hadir. 6.0 Ucapan Penangguhan 6.1 Encik Muhammad Izwan bin Musanif, Yang DiPertua PIBG yang baharu dilantik semula menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini. 6.2 Beliau mengharapkan agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini bertambah erat. 6.3 Beliau memaklumkan mesyuarat seumpama ini merupakan satu peluang terbaik untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. 6.4 Beliau percaya, kejayaan sekolah dan kecemerlangan murid- murid adalah usaha gigih murid, ibu bapa dan guru- guru secara bersama dan istiqamah. Ini kerana kejayaan tidak dapat dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. 6.5 Encik Jamaludin bin Othman, Guru Besar SK Kuala Pomson mengucapkan tahniah kepada semua AJK baru yang terlantik kali ini. Beliau amat berharap semua AJK dapat memberikan kerjasama dan komitmen kepada sekolah untuk menggerakkan PIBG SK Kuala Pomson. Pihak sekolah amat memerlukan sokongan dan kerjasama dari PIBG untuk melaksanakan program- program sekolah dan dalam peningkatan prestasi akademik sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada 12.30 tengah hari.
15
16
17
18
19
NAMA PENCADANG Pn Norhanisah binti Sulunam Anak: Nur Insyirah binti Azizulhasni CADANGAN Tindakan segera pihak sekolah sekiranya berlaku perbuatan buli dalam kalangan murid KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Pn Norhanisah binti Sulunam Anak: Nur Insyirah binti Azizulhasni CADANGAN Pembelajaran diberikan sama rata pada semua murid tidak mengira latar belakang murid. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN Menetapkan pemakaian baju seragam lengkap pada setiap hari ISNIN & KHAMIS bagi sesi bermula 2024/2025. supaya baju uniform sekolah dapat digunakan secara seragam. KEPUTUSAN 20
NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN Untuk silibus pembelajaran ini apa yang saya perhatikan ada yang tidak dapat dihabiskan ,pandangan saya ini adalah berdasarkan buku anak saya. Ia juga tidak selari dengan rakan seusianya yang berlainan sekolah, adakah perkara ini normal? KEPUTUSAN NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN Perbanyakkan latihan pengukuhan untuk anak2 di rumah, supaya murid lebih cekap. Wujudkan hari BAHASA INGGERIS bagi membiasakan penggunaan bahasa Inggeris. Murid jadi berani dan lebih yakin untuk berhadapan dengan orang bila diperluaskan lagi B.INGGERIS di sekolah. Perbanyakkan congak/ hafalan sifir/ teknik yang baru serta latihan dalam subjek matematik. Boleh juga wujudkan ‘’HARI MATEMATIK’’ sehari dalam seminggu, sediakan ganjaran pada yang berjaya menyelesaikan soalan, Tidak perlu mahal2 janji ada walaupun hanya sekadar sebatang pensel. KEPUTUSAN 21
NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN Sukan tahunan sekolah, apa kata tahun ni kita cuba cari dana untuk dapatkan khemah 10’x10’ @ 8’x8’ . Ia boleh diguna pakai untuk jangka masa panjang, warna pula pilih mengikut warna rumah sukan. Sesudah selesai aktiviti boleh diguna pakai untuk aktiviti lain juga nanti. Selain itu kita tidak perlu mencari kaum bapa untuk membuat khemah buluh. Cetuskan juga sukan yang berprestasi untuk maju ke hadapan atau mengharumkan nama sekolah. Contoh : sepak takraw, bola sepak,angkat berat dan sebagainya, boleh diasah dari seawal yang boleh tidak perlu menunggu tahap 2 baru diasah. Lagi awal pendedahan lagi bagus. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN KANTIN 1. Kes kebersihan, kenapa bila ada aduan makanan berulat boleh berlaku 2 kali ? sedangkan sudah pernah berlaku dan adakah tidak serius perkara ini? 2. Mengapa perlu pertikaikan jika anak mengadu pada ibu bapa mengenai masalah tersebut? 3. Kenapa pihak kantin tidak menjual makanan yang berkhasiat? Lebih kepada ‘fast food’ . adakan juga makanan berkhasiat. 4. Cuba sediakan senarai/jadual jualan untuk seminggu supaya ibu bapa boleh ambil cakna untuk makanan yang akan murid beli. 5. RMT, kenapa tidak diberi pada waktu awal? Sebelum mula sesi pembelajaran. Kenapa masa waktu rehat juga perlu diberi RMT. Murid boleh membeli ketika waktu rehat. Waktu cadangan RMT 7:30 -7:45pagi. KEPUTUSAN 22
NAMA PENCADANG En. Muhammad Izwan Bin Musanif Anak: Muhammad Zaim Rizqin bin Muhammad Izwan CADANGAN *Lebih bersikap terbuka dengan sebarang aduan/ pertanyaan. * Tiada sikap menyindir atau marah jika ada pihak yang cuba minta pembaharuan atau sesuatu kebaikan. * Elakkan berpuak atau mendengar sesuatu cerita dari sebelah pihak sahaja. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Mohd Hafiz bin Othman Anak: Adeline Elaine Inessa CADANGAN menyediakan wifi outdoor router untuk lokasi kelas/ bilik-bilik has/dewan/ kantin bagi memudahkan capaian internet bagi kegunaan PDPC guru dan murid KEPUTUSAN 23
NAMA PENCADANG Norhaslinda Sampit Anak: Qalisya Nuramirrelyn CADANGAN Kebersihan di kantin diutamakan, makanan ringan tidak perlu dijual KEPUTUSAN 24 NAMA PENCADANG Anisah binti Abdul Ghani Anak: Muhd Adzin Asyraaf & Adel Saqeef bin Amirul Saifuddin CADANGAN mengenai LAMAN SANTAI SKKP harus mengekalkan identiti IKON yang sedia ada agar terus terpelihara atau di balik pulih sewajarnya KEPUTUSAN
NAMA PENCADANG Ruslinda binti Mukhtar Anak: Muhammad Aidil Firman bin Ramli CADANGAN menyediakan pakaian sukan khas untuk aktiviti kejohanan sukan sekolah dan bukannya bergantung pada pakaian sukan sedia ada. KEPUTUSAN 25 NAMA PENCADANG Ruslinda binti Mukhtar Anak: Muhammad Aidil Firman bin Ramli CADANGAN makanan RMT agak kuran memuaskan. anak saya sebagai penerima RMT Selalu mengadu Mengenai makanan RMT yang kurang memuaskan dan ragu-ragu dari sei kebersihan. Saya pernah melihat di depan mata saya sendiri ayam goreng berulat. sejak kes itu, anak saya menjadi takut untuk makan di kantin. Saya membekalkan anak saya dari rumah. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG Ruslinda binti Mukhtar Anak: Muhammad Aidil Firman bin Ramli CADANGAN hadiah yang diberikan kepada murid yang berjaya di dalam setiap pertandingan kelolaan sekolah agak kurang setimpal. (contoh: Hadiah no 1 dan no 2 saya lihat tidak ada beza) KEPUTUSAN
NAMA PENCADANG PENTADBIR SKKP CADANGAN memohon kebenaran mengutip sumbangan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan sekolah. KEPUTUSAN NAMA PENCADANG PENTADBIR SKKP CADANGAN memohon sumbangan kertas A4 untuk kegunaan lembaran kerja murid. KEPUTUSAN 26
BIL N A M A P R O G R A M ANJURAN 1 Mesyuarat Agung PIBG 2024 HEM 2 Mesyuarat AJK PIBG PIBG 3 Bulan Ihya Ramadan Kurikulum 4 Pelancaran Nilam Pusat Number 5 Pelantikan Pemimpin Muda HEM 6 Bulan Sains kurikulum 7 Bulan Matematik kurikulum 8 Sambutan Hari Raya dan Hari Guru BKGK 9 Kem Kepimpinan Pemimpin Muda HEM 10 Road Run Sepomson Kokurikulum 11 Kem Cemerlang Jawi Kurikulum 12 Hari Bicara Akademik kurikulum 13 Bulan Kebangsaan Kurikulum 14 Kejohanan Sukan Permainan Kokurikulum 15 Sambutan maulidul rasul Kurikulum 16 Perkehemahan bersepadu Unit Kokurikulum Kokurikulum 17 Majlis Iftar Ramadhan Kurikulum/HEM 18 Gotong Royong Perdana HEM 19 Hari Sukan Negara Kokurikulum 20 Sambutan Hari Kanak-kanak HEM 21 Majlis Apresiasi Murid Kurikulum 22 Anugerah Kokurikulum Kokurikulum 23 Bulan Bahasa Kurikulum 24 Program PlaN Kurikulum 27
28
Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Pomson 2024, para Pentadbir, barisan guru dan ibu bapa dan mürid-murid yang tertibat. SK Kuala Pomson dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.