ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN
BAHASA MELAYU DALAM ARUS
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Dalam era globalisasi kini perkembangan teknologi telah
mengubah hidup manusia kepada semakin mudah dan
moden.Salah satu manfaat teknologi pada hari ini ialah
kemudahan komunikasi.
Komunikasi merupakan satu keperluan bagi setiap manusia
normal. Berlandaskan perkembangan teknologi yang semakin
canggih, keadaan ini telah membuka ruang kepada manusia
berkomunikasi melangkaui sempadan geografi.
Melalui perantaraan teknologi maklumat dan komunikasi
(T'MK), membolehkan bahasa Melayu dapat tersebar dengan
cepat, mudah, dan berkesan.
Penggunaan bahasa Melayu dalam TMK perlu standing
dengan bahasa Inggeris.
Nilai ekonomi yang ada pada bahasa Inggeris perlu
dikongsi bersama dengan bahasa Melayu.
Penggunaan kemudahan TMK bersesuaian dengan
perkembangan masyarakat dunia yang semakin maju.
Dengan cara ini, segala maklumat berkaitan dengan
bahasa Melayu dapat diketahui oleh masyarakat
dunia.
BAHASA MELAYU DALAM
RUANG SIBER
Ruang siber meliputi ruang yang sangat luas. Menurut Noriah
Mohamed(2014), ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal,
mental dan sosial.
Dalam ruang siber wujud pelbagai bahasa, termasuk bahasa
pengaturcaraan yang dianggap sebagai unsur fizikal, virus
sebagai entiti kehidupan, dan ruang sosial yang melibatkan
komuniti berkomunikasi yang melangkaui sempadan geografi
serta ruang mental yang melibatkan perkongsian keinginan
untuk mempelajari sesuatu yang baharu, bertukar-tukar
maklumat, berinteraksi secara sosial, mencambahkan fikiran
termasuk berkongsi hobi atau minat.
BAHASA MELAYU DALAM
RUANG SIBER
Komunikasi dalam ruang siber tidak melibatkan interaksi
bersemuka.
Hal ini menimbulkan beberapa ciri perbualan bahasa Melayu
lisan yang disebabkan oleh aspek sosial seperti latar
belakang etnik, tempat, pameran yang terlibat, tempat asal,
dan sebagainya.
Penggunaan bahasa Melayu di rang siber jelas menunjukkan
persamaan dengan bahasa perbualan dalam komunikasi biasa
secara bersemuka, cuma pertuturan yang dihasilkan ialah
melalui penulisan.
BAHASA MELAYU DALAM
RUANG SIBER
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa melalui ruang siber,
pengguna bahasa Melayu tidak boleh merosakkan penggunaan bahasa
Melayu melalui penggunaan singkatan perkataan seperti "Akur®
(Assalamualaikum), pk (fikir) dan lain-lain.
Penggunaan simbol bukan verbal seperti emoji, emotikon, dan ciri-
ciri parabahasa teks yang lain bagi menggantikan penggunaan
bahasa badan dalam persekitaran fizikal perlu dielakkan oleh
pengguna bahasa Melayu dalam ruang siber.
Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan
berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber
yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri, yakni
bahasa Melayu Internet.
BAHASA MELAYU DALAM
RUANG SIBER
Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan
mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu.
Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa
bahasa Melayu dan kelihatan janggal.
Hal-hal seumpama ini perlu disedari oleh pengguna Internet yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak
menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal
peraturan yang sedia ada.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Hari ini, media sosial termasuk Iwitter,
WhatsApp, Telegram, WeChat, Viber;
Instagram, Facebook dan YouTube membuka
ruang seluasnya kepada ahli masyarakat
di seluruh dunia berinteraksi dan
berkomunikasi dalam bahasa pertuturan
dan penulisan. Dalam media sosial,
pengguna bahasa mempunyai kuasa yang
besar dalam menentukan kualiti bahasa
yang akan digunakan dan diterima pakai.
Penggunaan bahasa dalam media ini sukar
dikawal kerana tiada peraturan bahasa
yang "mengikatnya."
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Kualiti penggunaan bahasa dalam media ini banyak bergantung pada
kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa penggunanya.
Penggunaan bahasa yang kesat sudah banyak membanjiri media sosial.
Begitu juga penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa,
memperkenalkan kosa kata dan ungkapan baharu yang membawa konotasi
negatif dan ejaan baharu seperti 'janganiah nak banglakan aku,'
'bangang melantun-lantun,' 'makcik bawang,' 'pala bana, dan "bukan
bishe bishe,' yang kesemuanya boleh merosakkan bahasa Melayu dan
dikategorikan sebagai bahasa kelas bawah.
Penggunaan bahasa Melayu seumpama ini harus dielakkan kerana
apabila sesuatu kosa kata dan ungkapan yang 'salah' mula mendapat
tempat dalam media sosial,
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Apabila penggunaan bahasa kelas bawah yang disampaikan melalui media
sosial menjadi satu kelaziman dalam media sosial, maka penggunaan ini
akan menjadi budaya yang akan diamalkan seluasnya.
Tidak ada siapa yang dapat membendung semua ini daripada terus
berlaku. Jika tulisan atau pertuturan dalam bahasa yang salah dan
tidak sopan ini terjelma di hadapan guru di dalam kelas atau dalam
tugasan pelajar, maka guru boleh menegur dan membetulkan bahasa
pelajar.
Namun, dalam media sosial, tiada badan pemantau dan penguat kuasa yang
boleh menghalang fenomena bahasa yang tidak baik dan tidak sopan
daripada terus menular.
Lebih parah apabila ada kecenderungan pengguna media sosial yang
mempopularkan ungkapan Inggeris yang ditukarkan kepada bahasa Melayu
seperti I love you (Ilebiu), Keep it up (Kipidap).
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Perlakuan memelayukan' perkataan Inggeris melalui ejaan
'baharu' dan kemudian menggunakannya dalam media sosial secara
terbuka dan meluas ini menurut Supyan Hussin (2018) umpama
memperkosa jati diri bahasa Melayu.
Penciptaan kosa kata baharu ini ada juga diperkenalkan oleh
orang dewasa dan menjadikan remaja hari ini suka kepada
perkataan yang dilabelkan sebagai menarik, kreatif, unik, dan
berbeza daripada yang lazim.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Dalam media sosial, isu peminggiran bahasa Melayu secara menyeluruh
sebenarnya tidak berlaku kerana rata-rata pembina atau pengasas
media baharu masih tetap menggunakan bahasa Melayu sebagai medium
utamanya.
Yang agak terpinggirnya adalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan
untuk berinteraksi dalam laman sosial dan blog peribadi, seperti
pengguna bahasa rojak, bahasa pasar dan slanga serta singkatan kata
sesuka hati.
Media sosial tiada sempadan, tiada polis, tiada pemantau dan tiada
penguat kuasa yang boleh mengawal dan menghalang penggunaan bahasa
yang kotor, kesat, jijik serta melanggar nahu, dan laras bahasa
(Zaidi Ismail, 2012).
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Semua pengguna media sosial seharusnya menggunakan bahasa Melayu
dengan betul dan seterusnya mampu menegur pihak yang menggunakan
Revolusi Industri 40 difandai dengan kemunculan superkomputer,
bidang artificial intelligence, big data, robotik, Internet,
kenderaan tanpa pemandi, dron, percetakan 3-D, nanoteknologi,
bioteknologi, ilmu material, penggunaan tenaga serta komputasi
kuantum, teknologi genetik dan perkembangan neuroteknologi yang
memerlukan manusia mengoptimumkan fungsi otak untuk kekal bersaing.
Revolusi Perindustrian Keempat secara umumnya membabitkan Internet
of Things (IoT) dalam setiap aspek kehidupan harian.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Revolusi Industri 4.0 telah diperkenalkan oleh Klaus Schwab,
pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia semasa World
Economy Forum pada tahun 2016 di Davoss Switzerland yang seterusnya
diterjemahkan dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution.
Mengikut Klaus Schwab (2016), kelahiran Revolusi Industri Pertama
bermula sejak tahun 1784 yang ditandai dengan kemunculan mesin-
mesin yang menggantikan haiwan sebagai sumber pengeluar industri.
Kemunculan mesin-mesin wap pada abad ke-18 adalah permulaan
Revolusi Industri.
Hasil Revolusi Industri tahap pertama ini amat jelas dilihat dengan
meningkatkan hasil per kapita negara-negara yang terlibat sehingga
enam kali ganda sebelum pengenalan mesin wap dan mesin-mesin
industri yang lain.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Seterusnya dunia beralih ke Revolusi Industri tahap kedua
bermula tahun 1870 dengan kemunculan tenaga elektrik dan
kuasa motor.
Penemuan tenaga elektrik dan tenaga motor ini telah memacu
penciptaan teknologi yang lebih pesat merangkumi kapal
terbang, kenderaan, penciptaan telefon dan sebagainya.
Revolusi Industri Ketiga bermula pada 1969 ditandai dengan
kemunculan teknologi digital dan Internet.
Revolusi ini turut digelar Revolus: Digital yang
memperlihatkan kemunculan Internet.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Seterusnya, dalam Revolusi Industri Keempat atau Revolusi Industri 4.0
telah melahirkan penciptaan superkomputer seperti yang telah dijelaskan.
Menurut Raymond (2016), terdapat tiga perkara yang membezakan Revolusi
Industri 3.0 dengan Revolusi Industri 4.0, iaitu pertamanya, inovasi
dapat dikembangkan dan disebar luas dengan kadar yang sangat cepat;
kedua, kemunculan platform-platform baharu yang menambah keefisienan alam
pekerjaan dan industri;
ketiga, revolusi secara global ini mempunyai pengaruh yang amat besar dan
memberi kesan menyeluruh terhadap sistem-sistem sedia ada di hampir semua
negara di dunia ini.
Oleh itu, untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0, pemerkasaan modal insan
merupakan kunci kepada kejayaannya. Revolusi Industri tidak hanya
mengubah industri, tetapi turut mengubah cara kerja,cara berkomunikasi,
perbelanjaan, interaksi dan gaya hidup.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
Dari segi bahasa, pemain industri perlu menguasai bahasa-bahasa
teknologi baharu. Penutur bahasa Melayu di Asia Tenggara khususnya
Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam perlu memastikan kedudukan
bahasa itu menjadi lebih penting sejajar dengan usaha untuk
menjadikannya relevan sebagai bahasa wacana dalam Revolusi Industri 4.0.
Dalam usaha ini,pihak berwajib seperti DBP perlu memperkaya istilah
sains dan teknologi,menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu melalui
penerbitan makalah jurnal, serta buku yang sesuai dengan era industri,
selain mengajar semua mata pelajaran di institut pendidikan guru, kolej
dan universiti dalam bahasa Melayu.
Jelasnya, bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantar kepada
pembangunan sains dan teknologi dalam tamadun di Nusantara.
BAHASA MELAYU DALAM
MEDIA SOSIAL
DBP perlu memainkan peranan penting dalam menterjemah pelbagai
konsep ke bahasa Melayu menjelang kemaraan era Revolusi
Industri 4.0.
Peranan DBP tidak sekadar memperkenalkan slogan "Bahasa Jiwa
Bangsa® tetapi lebih utama membantu masyarakat memahami
pelbagai konsep baharu melalui penciptaan istilah dalam bahasa
Melayu sendiri.
Tanpa bahasa (ilmu), masyarakat tidak akan mempunyai keupayaan
mengungkap pemikiran yang semestinya menjadi masalah apabila
bahasa Melayu tidak dapat mengungkapkan konsep tertentu ketika
membincangkan isu dan terma yang terdapat dalam Revolusi
Industri 4.0.