GADIS DI HUJUNG KAMPUNG
Di sebuah kampung terdapat seorang mak cik tua yang sangat garang yang dikenali sebagai Kalsom. Dia tinggal di sebuah rumah di hujung kampung. Sifatnya yang tidak suka bergaul dengan orang kampung membuatkan orang disekelilingnya tidak suka dengannya. Disebabkan oleh perangainya yang begitu, orang kampung tidak mengetahui sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Kalsom. Mak Cik Kalsom : Laila! Ambil barang-barang ini dan simpan di dapur. Laila : Baik mak cik. Mak Cik Kalsom : Lepas kau simpan semua barang itu, bawakan aku segelas air. Laila: Sekejap ya mak cik, Laila nak susun barang ini dulu. Mak Cik Kalsom : Kau ini Laila terhegeh-hegeh. Aku minta segelas air pun lambat. Aku dah lah penat baru balik dari pasar. Kau ini asyik nak buat aku marah sahaja. Cepatlah sikit Laila. Tengking Kalsom. Laila : Ini airnya mak cik. Kalsom minum air dengan perasaan yang sangat marah. Selepas itu, Kalsom menuju ke biliknya. Laila: Dia terduduk lalu menitiskan air mata. Kenapa hidup aku begini. Aku selalu dimarahi oleh mak cik tanpa sebab. Apa salah aku?
Laila: Makcik jemput makan. Laila sudah masak lauk yang makcik mahu. Laila letak di atas meja makan ini. Mak Cik Kalsom: Asyik lauk sama sahaja kau masak. Kau tak pandai masak lauk lain ke? Barang dapur yang aku beli semalam tu nak bagi pada siapa? Laila: Mak cik maafkan Laila. Laila pandai masak lauk ini sahaja. Kalau Laila masak lauk lain mak cik tak suka. Mak Cik Kalsom : Sekarang kau nak salahkan aku pula. Kau pergi lipat baju aku sekarang. Aku nak baju aku semua dilipat dengan rapi. Laila: Baiklah mak cik. Laila pun berlalu dari situ. Mak Cik Kalsom: Menyesal aku jaga kau dari kecil. Kau ini asyik menyusahkan hidup aku sahaja. Laila: Kenapa nasib aku begini. Aku nak hidup bahagia macam orang lain. Ada kawan-kawan dan boleh bebas berjalan-jalan. Agaknya bagaimana kehidupan di luar sana?
Laila sedang menyapu daun-daun kering di hadapan rumahnya. Tiba-tiba ada seorang perempuan melihatnya dari jauh. Ani: Eh? Kenapa dekat rumah makcik Kalsom ada seorang perempuan? Siapa perempuan itu? Tapi yang aku tahu Mak Cik Kalsom tinggal seorang diri sahaja di rumah itu. Ani pun berjalan mendekati perempuan itu. Laila: Ada apa yang boleh saya bantu? Ani: Saya nak tanya, awak siapa? Saya tak pernah nampak pun awak di kampung ini. Laila: Saya laila, anak saudara kepada Mak Cik Kalsom. Ani: Ooo begitu rupanya. Nama saya pula Ani. Ani berasa hairan kerana dia tidak pernah tahu bahawa Mak Cik Kalsom mempunyai anak saudara. Mak cik Kalsom: Laila… di mana kamu? Aku lapar ni. Mana makanan aku? Jerit Kalsom. Laila: Sekejap mak cik, Laila ada di luar ni. Ani: Laila, saya pulang dulu ya? Laila: Baiklah, jumpa lagi.
Keesokan harinya Ani bertekad untuk pergi ke rumah Laila. Ani: Laila, jom kita pergi jalan-jalan pusing kampung. Laila: Sekejap ya, Ani. Laila masuk ke rumahnya untuk memastikan mak ciknya tiada di rumah. Laila: Jom Ani. Kita nak kemana ya? Ani: Saya nak bawa awak ke suatu tempat yang sangat cantik. Laila: Wah, tak sabarnya nak pergi!
Ani dan Laila tiba di sebuah sungai yang sangat cantik dan udaranya sangat segar. Laila: Wah, cantiknya sungai ini! Airnya pun sangat bersih. Ani: Mari kita duduk di situ. Laila: Baiklah. Ani: Kenapa saya tak pernah nampak awak di kampung ini? Laila: Saya ada sahaja di rumah mak cik saya. Tetapi saya tidak keluar berjalan-jalan. Ani: Kenapa awak tidak pergi berjalan-jalan? Laila: Saya ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah. Ani: Ooo begitu. Mari saya bawa awak ke pekan pula.
Ani: Laila, ini lah pekan kampung ini. Laila: Banyaknya gerai makanan. Seronoknya. Ani: Ya, di pekan ini terdapat pelbagai gerai makanan yang menarik. Jom kita pergi ke gerai aiskrim itu. Laila: Wah, banyaknya perisa aiskrim! Ani : Awak pilihlah perisa aiskrim kegemaran awak, saya belanja. Laila: Terima kasih, Ani. Ani: Sekejap ya Laila, saya nak pergi beli sesuatu di gerai itu. Awak tunggu saya di sini ya. Laila: Baiklah Ani. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba Ani muncul di hadapan Laila sambil memegang beg plastik. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu daripada beg plastik itu. Ani: Nah, ambillah hadiah ini! Sebagai tanda persahabatan kita. Laila: Wah, cantiknya gelang manik ini!. Terima kasih Ani. Tapi saya tak ada hadiah untuk awak. Ani: Tidak mengapa Laila. Saya ikhlas. Laila: Terima kasih Ani. Jom pulang, hari sudah lewat petang. Ani: Baiklah Laila. Esok kita jumpa di pekan ya, saya tunggu awak di sana. Laila: Baiklah Ani, saya pulang dulu.
Keesokan hari, Ani menunggu Laila di pekan untuk bersiar-siar bersama-sama. Tetapi hampir satu jam Laila tidak muncul di tempat pertemuan mereka. Ani bercadang untuk pergi menjemput Laila di rumahnya. Tibanya di rumah Laila, Ani melihat Mak Cik Kalsom di hadapan rumahnya. Ani: Makcik, Laila ada tak di rumah? Mak Cik Kalsom: Eh? Kamu siapa? Macam mana kamu kenal Laila? Ani: Saya Ani, saya kawan Laila. Makcik Kalsom: Kawan? Sejak bila mak cik izinkan Laila keluar? Ani: Aik? Saya selalu keluar bersiar-siar dengan Laila pada setiap petang. Ooo… ini kerja kau rupanya. Aku tak ada dekat rumah kau merayap ya. Merungut Kalsom dalam hatinya. Makcik Kalsom: Kamu boleh pulang sekarang. Laila tak ada di rumah. Ani: Baiklah makcik, saya minta diri dulu.
Mak Cik Kalsom: Laila! Ke sini kau. Laila: Ya, ada apa makcik? Mak Cik Kalsom: Kau menipu aku ya selama ini? Kau pergi mana dengan Ani? Laila: Bagaimana mak cik tahu aku keluar dengan Ani? Bisik Laila dalam hatinya. Maaf mak cik Laila cuma mahu berkawan sahaja dengan Ani. Laila tidak ada niat nak bohong mak cik. Mak Cik Kalsom: Hah? Alasan semua. Kau ikut aku sekarang. Laila: Jangan tarik Laila makcik, sakit. Mak Cik Kalsom: Masuk sekarang. Mulai hari ini kau duduk sahaja dalam bilik ini. Aku tidak benarkan kau keluar. Makcik Kalsom mengurung Laila di dalam bilik dan menguncinya. Laila: Tolong! Makcik Laila nak keluar. Rintih Laila. Mak Cik Kalsom: Kau tahu tak kenapa aku benci sangat pada kau? Disebabkan mak kau, aku tidak boleh sambung belajar. Sedangkan aku bercita-cita tinggi untuk belajar ke menara gading. Apabila mak dan ayah kau meninggal, aku pula yang perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga kau. Nenek kau selalu lebihkan mak kau dan aku selalu disisihkan. Kalsom beredar dengan perasaan yang sangat marah. Laila sedih akan kata-kata makciknya itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi yang sangat kuat. Aduh, sakitnya kakiku! Jerit Kalsom. Kalsom: Tolong! Kenapa dengan kakiku ini. Laila: Mak cik, apa yang berlaku? Mak cik tidak apaapa? Makcik Kalsom tidak memberikan respon. Laila berasa sangat bimbang akan keadaan makciknya. Laila cuba membuka pintu yang dikunci oleh makciknya. Akhirnya pintu itu terbuka. Laila berlari mendekati makciknya. Laila: Makcik, macam mana boleh jatuh?. Mari Laila bantu makcik.
Setelah hampir tiga bulan Laila menjaga makciknya yang patah kaki akibat jatuh tangga. Laila melayan makciknya dengan sangat baik. Kalsom: Laila, sini sekejap. Makcik ada sesuatu nak bagitahu Laila. Laila: Baiklah makcik. Kalsom: Laila, sebenarnya makcik nak minta maaf pada Laila. Makcik sedar bahawa makcik tidak patut melayan laila dengan kasar. Makcik tak sepatutnya libatkan kamu dengan perasaan makcik. Laila: Tidak mengapa makcik. Laila faham. Laila sudah lama maafkan makcik. Kalsom: Terima kasih Laila.
Setelah kejadian itu, Laila dan makciknya hidup bahagia tanpa sengketa. TAMAT.
PENGAJARAN 1. Kita mestilah menghormati orang tua walaupun dalam pelbagai situasi yang dihadapi. 2. Kita perlu bersikap baik terhadap orang lain. 3. Kita tidak boleh mempunyai sikap dendam terhadap orang lain. 4. Kita mestilah memaafkan orang lain.