The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38499922, 2025-01-22 00:14:17

STUDENT HANDBOOK

STUDENT
HANDBOOK
2024 / 2025
KOLEJ VOKASIONAL BESUT
Kampong Raja, 22200 Besut, Terengganu


Prakata
Pengarah KVBesut
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata
dalam Buku Panduan Pelajar ini.
Buku Panduan Pelajar (Student’
s Handbook) ini berjaya diterbitkan hasil
sumbangan serta kerjasama jabatan-jabatan akademik dan bukan akademik dalam
memberi informasi tepat mengenai program dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Buku Panduan Pelajar ini ibarat buku panduan bergerak Kolej Vokasional Besut.
Semua informasi berada di dalam satu buku yang boleh dikongsi bersama tanpa
perlu merujuk kepada banyak pihak bagi memastikan kesahihannya. Sehubungan itu,
saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
bertungkus lumus menyiapkan buku ini.
Semoga penerbitan Buku Panduan Pelajar ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan
pelajar malahan kepada mereka yang ingin tahu berkenaan Kolej Vokasional. Akhir
kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga Kolej Vokasional Besut
untuk terus berusaha mencipta kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Buku
Panduan Pelajar ini.
Sekian, terima kasih.
(HJH FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN)
Pengarah
Kolej Vokasional Besut
2


Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3


VISI
Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang unggul.
MISI
Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui
pelaksanaan program-program yang berkualiti.
DASAR KUALITI
Berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta kemahiran vokasional bagi memenuhi keperluan pelanggan
selaras dengan Dasar Transformasi Pendidikan Vokasional Negara. Dasar Kualiti ini akan
disebar luas kepada seluruh warga kolej dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF KUALITI
KECEMERLANGAN AKADEMIK
memastikan 95 peratus pelajar SVM layak menyambung pengajian di peringkat Diploma.
memastikan 80 peratus pelajar mendapat Persijilan Kemahiran Malaysia.
KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
memastikan purata peratus tahunan kehadiran pelajar ke kolej mencapai 80 peratus
(80%).
memastikan peratus kes salah laku berat pelajar tidak melebihi lima peratus (5%).
4


5


SEKTOR
AKADEMIK
Senarai Program ditawarkan di
Kolej Vokasional Besut
Teknologi Pembinaan
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik
Teknologi Pemesinan Industri
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Teknologi Kimpalan
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
Seni Kulinari
Pelancongan
6


PROGRAM TEKNOLOGI
PEMBINAAN
F410-001-2:2019 [OPERASI PEMBINAAN BANGUNAN]
F410-001-3:2019 [PENYELIAAN OPERASI PEMBINAAN BANGUNAN]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI PEMBINAAN
F410-001-2:2019 [OPERASI PEMBINAAN BANGUNAN]
F410-001-3:2019 [PENYELIAAN OPERASI PEMBINAAN BANGUNAN]


PROGRAM TEKNOLOGI
AUTOMOTIF
G452-002-2:2018 [PERKHIDMATAN PEMBAIKAN - KENDERAAN RINGAN]
G452-002-3:2018 [SERVIS DIAGNOSTIK - KENDERAAN RINGAN]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
G452-002-2:2018 [PERKHIDMATAN PEMBAIKAN - KENDERAAN RINGAN]
G452-002-3:2018 [SERVIS DIAGNOSTIK - KENDERAAN RINGAN]


PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
F432-005-2:2019 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA]
F432-005-3:2019 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA]]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI ELEKTRIK
F432-005-2:2019 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA]
F432-005-3:2019 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA]]


PROGRAM TEKNOLOGI
PEMESINAN INDUSTRI
C259-006-2:2020 [OPERASI PEMESINAN]
C259-006-3:2020 [OPERASI PEMESINAN CNC]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
C259-006-2:2020 [OPERASI PEMESINAN]
C259-006-3:2020 [OPERASI PEMESINAN CNC]


PROGRAM TEKNOLOGI
PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
F432-007-2:2020 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN SATU FASA
PENYAMANAN UDARA, PENGUDARAAN, PEMANASAN (HVAC)]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
F432-007-2:2020 [PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN SATU FASA
PENYAMANAN UDARA, PENGUDARAAN, PEMANASAN (HVAC)]


PROGRAM TEKNOLOGI
KIMPALAN
MC-024-3:2012 [PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI KIMPALAN
MC-024-3:2012 [PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM


PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM
KOMPUTER DAN RANGKAIAN
IT-030-3:2013 [PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER]


STRUKTUR SVM/NOSS
TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER
DAN RANGKAIAN
IT-030-3:2013 [PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER]


PROGRAM SENI KULINARI
HT-012-3:2012 [PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN


STRUKTUR SVM/NOSS
PROGRAM SENI KULINARI
HT-012-3:2012 [PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN


PROGRAM PELANCONGAN
HT-101-3:2014 [PERUNDING PELANCONGAN]


STRUKTUR SVM/NOSS
PROGRAM PELANCONGAN
HT-101-3:2014 [PERUNDING PELANCONGAN]


Syarat Kemasukan ke Kolej
Vokasional
1
Syarat Umum
Calon mestilah:
i. Warganegara Malaysia.
ii. iii. Bersekolah di sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM.
Menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun semasa yang
merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
iv. vi. Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM.
v. Sihat tubuh badan.
Tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-
penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan amali.
vii. ix. Tidak rabun warna / buta warna (bagi Program Teknologi Elektrik).
viii. Bebas daripada masalah mental.
Berminat dengan program yang dipohon.
2
Syarat Khusus
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi mata pelajaran :
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Sains
iv. Matematik
v. Reka Bentuk & Teknologi (RBT) atau Asas Sains Komputer (ASK)
34


CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN
BAGI CALON RAYUAN KE KOLEJ VOKASIONAL/SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
AMBILAN TAHUN 2024
35


Jabatan Pentaksiran dan
Penilaian
Jabatan Pentaksiran dan Penilaian bertanggungjawab menyediakan jadual penilaian
dan pentaksiran untuk setiap semester. Jabatan ini juga bertanggungjawab memproses
keputusan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) untuk mendapatkan
keputusan keseluruhan pelajar menggunakan sistem APKV. Di samping itu, jabatan ini
juga menguruskan kaedah dan bentuk pelaporan keputusan penilaian dan
pentaksiran.
Jabatan ini mengurus semua perkara berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian
dengan merujuk kepada peraturan dan polisi seperti yang terdapat dalam Peraturan
Akademik Kolej Vokasional Edisi 2022 dan Sistem Pengurusan Kualiti, SPK KVKPM-PK-
TA-05 Prosedur Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian.
Pentaksiran SVM terdiri daripada PB dan PA yang dilaksanakan di KV KPM.
PB merujuk kepada pentaksiran yang dilaksanakan di KV KPM sepanjang semester
berdasarkan KSKV dan DPSK meliputi aspek amali dan teori.
PA merujuk kepada pentaksiran sumatif untuk melihat penguasaan dan keupayaan
intelek pelajar di akhir program pembelajaran.
LP menyediakan instrumen pentaksiran yang standard bagi mentaksir aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.
36


Jabatan Pentaksiran dan
Penilaian
SOP KEHADIRAN SEMASA PEPERIKSAAN
Pelajar hendaklah menduduki sesuatu Pentaksiran bagi kursus-kursus yang memerlukannya berbuat
demikian kecuali:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah untuk tidak menduduki
Pentaksiran itu; atau
Mempunyai alasan yang munasabah kerana tidak hadir, dan pelajar itu atau wakilnya hendaklah
memaklumkan sebab-sebab ia tidak hadir dengan kadar segera secara bertulis kepada Pengarah
dan mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya; atau
Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan sendiri atau melalui wakilnya kepada Pengarah dan
menyertakan surat akuan pegawai perubatan kerajaan atau sijil sakit hospital swasta sebagai bukti;
atau
Pelajar boleh dihalang daripada menduduki Pentaksiran sebagai satu hukuman yang diputuskan
oleh pihak Majlis Jawatankuasa Akademik .
Dalam keadaan tertentu, Pengarah boleh menggunakan budi bicaranya dalam melaksanakan
arahan-arahan pada perkara di atas
Bagi pelajar yang tidak menghadiri Pentaksiran akhir tanpa alasan yang munasabah, pelajar akan
dikira TELAH MENGAMBIL dan GAGAL kursus berkenaan.
RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PENILAIAN
Mana-mana pelajar yang GAGAL dan ingin membuat RAYUAN untuk menduduki peperiksaan ulangan
boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Menduduki Ulangan Penilaian
Akhir dan serahkan kepada Jawatankuasa Pentaksiran Kolej dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh
keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti
berkaitan.
37


CARTA ALIR PROSES RAYUAN
38


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Jabatan ini merancang dan mengurus penyelidikan dan inovasi di peringkat kolej
vokasional. Jabatan penyelidikan dan inovasi juga berperanan merancang seminar,
kolokium dan pertandingan inovasi disamping membimbing dan memantau penyediaan
kertas kajian bagi pembentangan di seminar/ bengkel/ persidangan di peringkat institusi
/zon/kebangsaan dan juga antarabangsa.
5
Jabatan Pembangunan Profesionalisme
Jabatan ini merancang, mengenalpasti dan menetapkan keperluan latihan berdasarkan
tahap kompetensi sumber manusia. Jabatan pembangunan profesionalisme juga
berperanan mengurus dan memantau pelaksanaan MOA, MOU, NOU dan nota
kerjasama kolej vokasional. Jabatan ini turut bertanggungjawab menyelaras semua
urusan latihan di KV.
39


SEKTOR SOKONGAN
AKADEMIK
JABATAN HAL EHWAL
PELAJAR
1
Unit Pengurusan Pelajar
Unit ini mengurus, memantau dan menilai program pengambilan pelajar, pembangunan
pelajar termasuklah hal-hal berkaitan peraturan dan disiplin pelajar. Unit ini juga
bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar
terjamin semasa berada di kolej. Selain itu unit ini turut mengurus dan menyelaras Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP).
PERATURAN KOLEJ
WAKTU PEMBELAJARAN KOLEJ : 08.00 pagi - 05.00 petang
Nota : Waktu pembelajaran dimaklumkan dari masa ke semasa.
tersebut di atas tertakluk kepada sebarang pindaan yang akan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Pelajar mesti berada di kolej 15 minit sebelum waktu pembelajaran bermula.
Pelajar yang datang lewat ke kolej tanpa sebab yang munasabah akan diambil tindakan disiplin.
Pelajar yang lewat perlulah melapor diri kepada Pengarah Kolej/Pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk
mendapatkan slip kebenaran masuk ke kelas.
Slip kebenaran ini perlu ditunjukkan kepada pensyarah yang sedang mengajar dan seterusnya diserahkan kepada
penyelaras kelas.
Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah
Kolej/ Timbalan Pengarah semasa waktu pembelajaran.
Pelajar yang tidak hadir ke kolej mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa/penjaga pelajar tersebut mesti
datang ke sekolah untuk menyerahkan surat ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa/ penjaga yang gagal
berbuat demikian akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng.
Pelajar yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah mengisi borang IZIN
balik di bilik KJ HEP / disiplin dan ditangani oleh TPSA.
40


HUKUMAN DAN TINDAKAN
Pengertian Hukuman
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga (3)
unsur utama dalam pengertian hukuman:
Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan
berlaku. Hal ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah
dilakukan. Balasan ialah pemulihan terhadap salah laku yang dibuat.
Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.
Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru ialah Pembuangan
Kolej, Penggantungan Kolej, Hukuman Dera Corporal Punishment, Penahanan (detention) dan Amaran.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
Pengertian Pembuangan Kolej
Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah dengan mana-mana kategori salah laku berat
selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Seseorang pelajar yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu orang lain berulang kali dan didapati
tidak berubah selepas tindakan pemulihan di ambil oleh Pengarah Kolej atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang
serius kepada pelajar-pelajar lain dan terhadap keseluruhan disiplin kolej. Tindakan yang ssuai diambil ialah mengarahkan
pembuangannya dari kolej.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:12
Pengertian Penggantungan Kolej
Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan kolej.
Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehingga tidak melebihi 14 hari
persekolahan.
Pengertian keadaan di mana seorang pelajar berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari kolej manakala
menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengarah Kolej berkuasa mengarahkan
penggantungan pengajian pelajar itu sehingga tidak melebihi 14 hari.
Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengarah Kolej seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988
Pengertian Hukuman Penahanan (Detention)
Hukuman penahanan adalah untuk mengawal pelajar-pelajar yang bermasalah (delinquent)
Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada pelajar berkenaan dan juga pelajar lain.
Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15
41


HUKUMAN DAN TINDAKAN
Pengertian Hukuman Dera ‘Corporal Punishment’
Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas pelajar-pelajar perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah).
Dijalankan sebaik-baik sahaja salah laku itu dilakukan oleh pelajar. Hukuman hendaklah dilaksanakan setelah pengesahan
dibuat dengan eviden yang betul.
Dijalankan oleh Pengarah Kolej sendiri atau oleh seorang pensyarah yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata
khas iaitu mengikut keadaan (Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959).
Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh pada tapak tangan
atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam (Perkara
6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:14)
Pengertian Hukuman Amaran
Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengarah Kolej atau pensyarah yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan,
jenis salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan salah laku itu.
Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi selepas itu.
Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi
kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16
Pakaian Seragam Rasmi SVM Kolej Vokasional Besut bagi Pelajar Lelaki dan
Perempuan
42


2
Unit Sukan dan Kokurikulum
Unit ini merancang, mengurus, memantau dan menilai program ko-akademik, sukan dan
kokurikulum yang ditubuhkan di kolej bagi encapai objektif yang ditetapkan oleh pihak BPLTV.
Unit ini juga berperanan memastikan kemudahan dan infrastruktur sukan dan permainan di
kolej. Unit sukan dan kokurikulum turut mengurus penglibatan pelajar dalam kokurikulum,
inovasi dan pertandingan kemahiran (KVSkills, World Skills Malaysia Belia (WSMB), Asian Skills
Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC) di semua peringkat dalam dan luar
negara. Disamping itu unit ini juga memberi khidmat latihan kepakaran dalam bidang sukan dan
permainan di KV.
3
Unit Psikologi dan Kerjaya
Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program
psikologi dan kerjaya yang berfaedah dan berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat
perkhimatan yang terbaik sepanjang mereka berada di kolej. Selain itu, unit ini juga turut
menyelaras, mengumpul dan menguruskan data kebolehpasaran graduan KV. Unit psikologi dan
kerjaya juga berperanan dala melaksana konsultasi berhubung fokus utama seperti
pembangunan dan perkembangan sahsiah pelajar, peningkatan disiplin diri pelajar, pendidikan
kerjaya diri pelajar dan juga psikososial dan kesejahteraan mental pelajar.
KV Besut mempunyai tiga orang kaunselor berdaftar iaitu :
1.
2.
3.
Pn. Norhazlina binti Nodin
Pn. Nur Aisyah binti Md Husin
Tn. Hj. Mohd Zaini bin Abdul Manaf
4
Unit Pengurusan Kolej Kediaman
Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau pengurusan asrama termasuklah
aktiviti pembangunan insaniah pelajar dan menjaga kebajikan pelajar. Unit ini juga berperanan
mengurus kolej kediaman bagi memastikan semua fasiliti dalam keadaan yang kondusif, selamat
dan terkawal (EKSA). Unit ini turut mengurus kolej kediaman beradasrkan amalan terbaik ke arah
penarafan 3 bintang.
43


JABATAN KOMUNIKASI
KORPORAT
Unit Pengurusan Sumber dan Maklumat
Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksana khidmat bantuan/ peralatan/
kemudahan komputer, sistem maklumat dan rangkaian (campus network). Unit ini mengurus,
melaksana dan menyelaras portal dan platform media sosial KV. Unit ini juga berperanan
mengurus dan menyelaras perpustakaan Al Jazari yang menjadi rujukan para pelajar untuk
mendapat bahan rujukan berkaitan program-program yang diikuti. Disamping itu perpustakaan
juga dilengkapi kemudahan e-book dan capaian internet.
JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI DAN
AGENSI
1 Unit Pengurusan MOU dan Repositori
Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau pelaksanaan MOA, MOU, NOU
dan nota kerjasama KV disamping mengesan isu dan menilai impak pelaksanaannya. Unit ini
juga mengurus dan menyelenggara sistem repositori data, dokumen dan laporan hubungan
industri/agensi luar termasuk mambangunkan profil inustri/agensi luar.
2
Unit Projek Khas
Unit ini bertanggungjawab merancang dan mengesan industri/agensi luar berpotensi sebagai
rakan strategik kerjasama berimpak tinggi seperti perkongsian teknologi dan kepakaran,
program co-ownership. program apprenticeship/SLDN. peluang pengalaman OJT berkualiti, R&D
termasuk sokongan aktiviti inovasi dan keusahawanan dan lain-lain kerjasama strategik
berimpak tinggi.
44


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
OJT adalah satu syarat wajib bergraduat bagi pelajar program Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Pelaksanaan OJT adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi dalam dunia pekerjaan
sebenar. Di samping itu, kemahiran insaniah dapat diterapkan dan meningkatkan kebolehpasaran
graduan. Latihan berstruktur dilaksanakan berdasarkan kurikulum program pengajian supaya selari
dengan keperluan industri.
1.0 OBJEKTIF OJT
1.1 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
1.2 Meningkatkan kemahiran komunikatif secara berkesan.
1.3 Mengamalkan kerja berpasukan.
1.4 Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar,
prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
1.5 Meningkatkan kebolehpasaran graduan.
2.0 PENDAFTARAN OJT
Syarat Pendaftaran
2.1 Pelajar dilindungi insurans.
2.2 2.3 Pelajar memiliki Green Card bagi bidang yang berkenaan.
Memenuhi syarat Iain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej dari semasa ke semasa.
Tempoh Latihan
Pelajar perlu menjalani latihan selama 12 minggu (3 bulan) bersamaan dengan 6 kredit.
45


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
3.0 PERATURAN AM
Pelajar perlu mematuhi peraturan am seperti berikut:
3.1 Berdisiplin tinggi dan bersahsiah baik
3.2 Mematuhi disiplin dan etika kerja
3.3 Memastikan maklumat/dokumen diberikan sahih dan tepat
Tangguh OJT
Pelajar yang tidak hadir melebihi 15% pada tahun semasa disebabkan sakit berpanjangan/
kemalangan/ pembedahan boleh memohon penangguhan kepada Jawatankuasa Akademik.
Lanjut Tempoh OJT
Pelajar yang tidak hadir kurang daripada 15% pada tahun semasa boleh memohon pelanjutan OJT
kepada Jawatankuasa Akademik.
Ulang OJT
Pelajar gagal OJT layak mengulang satu (1) kali sahaja dalam 1 tahun/tempoh pengajian tertakluk
kepada keputusan Jawatankuasa Akademik.
4.0 TINDAKAN DISIPLIN
Pelanggaran mana-mana peraturan yang ditetapkan mengakibatkan tindakan disiplin seperti Jadual 1.
Jadual 1: Tindakan Disiplin (Rujuk Cuti Sakit)
46


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
5.0 PELAKSANAAN OJT
Carta Alir Kerja Sebelum OJT
47


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
5.0 PELAKSANAAN OJT
Carta Alir Kerja Semasa OJT
48


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
5.0 PELAKSANAAN OJT
Carta Alir Kerja Selepas OJT
49


JABATAN HUBUNGAN INDUSTRI
DAN AGENSI
6.0 PEMANTAUAN OJT
6.1 6.2 PPO memantau sekurang-kurangnya dua (2) kali.
Pemantauan kali pertama wajib dilaksanakan secara bersemuka dalam tempoh dua (2)
minggu pertama.
6.3 Pemantauan secara dalam talian boleh juga dilaksanakan jika terdapat keperluan
berdasarkan situasi semasa.
6.4 Dokumen yang perlu disediakan pelajar:
i. Buku Log
ii. Laporan OJT
iii. Maklum balas/aduan pelajar
6.5 Lantikan PPO dan PP
i. Pelantikan PPO dan PP oleh Ketua Jabatan.
ii. PPO merupakan pensyarah kursus vokasional dengan minimum satu (1) tahun
pengalaman mengajar.
iii. PP merupakan pensyarah kursus vokasional dengan minimum lima (5) tahun
pengalaman mengajar.
7.0 PENILAIAN PRESTASI OJT
7.1 Penilaian OL (40%)
7.1.1 Membina personaliti individu yang positif
7.1.2 Kemahiran berkomunikasi
7.1.3 Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
7.1.4 Mengadaptasi alam pekerjaan
7.1.5 Menghasilkan laporan harian OJT
7.2 Penilaian Institusi (60%)
7.2.1 Penilaian Buku Log OJT (20%)
7.2.2 Penilaian Laporan OJT (40%)
50


Click to View FlipBook Version