The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitirasidah82, 2021-10-25 01:16:10

SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL TIRANI

Isnin 12.00-1.00





Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari adakah anda setuju
dengan tindakan yang diambil oleh watak utama dalam novel tersebut?

Berikan alasan anda.



ANALISIS SOALAN:

Watak Utama?

Tindakan Watak Utama?
Setuju atau tidak? Menagapa?




Watak Utama? = Waheeda Nurlyana


Tindakan Watak Utama? = Lakukan rekonstruksi wajah

= Lakukan ujian DNA setelah kelahiran anaknya



Setuju atau tidak? = Pendapat sendiri beserta contoh yg sesuai.

Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak utama dalam
novel ini ialah waheeda.




Terdapat beberapa tindakan yang diambil oleh Waheeda dalam novel ini.

Antaranya ialah tindakan untuk melakukan rekonstruksi wajah setelah cedera akibat
dicakar oleh monyet belanda. Saya bersetuju dengan tindakan ini kerana Waheeda

dapat mengembalikan keyakinan dirinya dan memulihkan wajahnya yang cedera

melalui pembedahan ini. Selain itu saya juga setuju dengan tindakan waheeda yang

melakukan ujian DNA sebaik sahaja anaknya dilahirkan. Hal ini demikian kerana
melalui keputusan ujian tersebut Waheeda dapat meyakinkan suaminya bahasa anak

yang dilahirkannya ialah anak kandung mereka dan bukan anak hasil hubungan sulit.

Salah satu tindakan Waheeda yang tidak saya setujui ialah tindakan Waheeda membeli
chalet Iwana Iwani setelah dia pulih daripada masalah kemurungan. Hal ini demikian

kerana pada pandangan saya Waheeda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya

kepada anaknya Izzati yang tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ayah.
Kesibukan Waheeda menguruskan perniagaan akan menyebabkan anaknya terabai.

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan atau
pedoman oleh pembaca.


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari jelaskan peristiwa-peristiwa yang

dapat dijadikan teladan.

Contoh jawapan







Novel yang saya pelajari ialah novel tirani karya Beb Sabariah.





Peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam novel ini ialah peristiwa
Waheeda sering diejek oleh Mat Gusi, Man dan Nuar kerana hidungnya pesek. Hal ini dapat

dijadikan teladan kerana kita tidak sepatutnya mengejek atau mencela seseorang kerana

kekurangan diri mereka. Selain itu peristiwa Zahid menceraikan isterinya tanpa sebab yang
kukuh dapat dijadikan pedoman kepada pembaca. Hal ini menjadi pengajaran kepada

pembaca agar tidak bersikap cemburu buta kerana sikap cemburu dan terburu-buru seperti

yang dilakukan oleh Zahid menyebabkan rumahtangganya musnah dan isterinya mengalami

kemurungan. Seterusnya peristiwa Izzati meminta agar Waheeda memafkan kesalahan
Zahid juga dapat menjadi teladan kepada pembaca agar sentiasa bersikap memafkan orang

lain. Hal ini demikian kerana Izzati sanggup memaafkan dan menerima Zahid sebagai

ayahnya walaupun pada awal kelahirannnya Zahid tidak mengakui Izzati sebagai anak
kandungnya.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua


peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.






ANALISIS SOALAN:





PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SIMPATI KEPADA PEMBACA?


- NYATAKAN PERISTIWA BERMULA DENGAN NAMA WATAK

(Peristiwa Waheeda…..)





- Diikuti oleh huraian (Hal ini/peristiwa ini…)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa

yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.






Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.


Dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada

pembaca ialah peristiwa Zahid tidak datang melawat Waheeda yang

melahirkan anak di Hospital Pakar Normah. Hal ini menimbulkan rasa


simpati pembaca terhadap Waheeda yang diabaikan oleh Zahid

walaupun baru sahaja melahirkan anak. Selain itu, peristiwa Zahid

tidak mahu mengakui Izzati sebagai anak kandungnya kerana

wajahnya tidak sama seperti dia dan isterinya. Hal ini menimbulkan


rasa simpati pembaca terhadap nasib anak yang baru dilahirkan itu

kerana tidak diakui oleh bapanya sendiri.


Click to View FlipBook Version