The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitirasidah82, 2021-09-28 01:23:58

BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021

UCAPAN PENGARAH


Kolej vokasional klang





Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat sama-sama mengadakan Hari Q-Pembudayaan
Inovasi Kolej Vokasional Klang Tahun 2021. Terlebih dahulu ucapan terima kasih dan tahniah kepada
Jawatankuasa Hari -Q atas kejayaan mengadakan pertandingan ini. Dalam situasi pendemik sekarang,
pelaksanaan Hari Q ini 100% dilakukan secara atas talian, bermula daripada mesyuarat hinggalah kepada
pembentangan hasil inovasi semua peserta, Hal ini bukanlah suatu perkara yang mudah namun tidak
mustahil untuk dilaksanakan.

Tuan/puan sekalian,

Matlamat Hari Q adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran berorientasikan pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan warga KV sama ada para guru mahupun pelajar .Seterusnya program ini
diharap dapat memupuk budaya inovasi yang berterusan dan menjadikannya sebagai satu budaya buat
warga KV Klang. Kita tahu , sepanjang proses pdpr secara online , banyak pertandingan inovasi yang
disertai oleh para guru dan terdapat guru-guru yang berjaya mendapat pengiktirafan. Tahniah diucapkan
kepada semua.

Hadirin sekalian,
Inovasi dan kreativiti amat penting untuk mana-mana organisasi agar tidak ketinggalan dalam dunia yang
semakin mencabar. Kita dapat melihat pelbagai ciptaan dan rekaan sama ada yang baharu atau pun ciptaan
yang ditambah baik telah berjaya dicipta dan dihasilkan . Dengan adanya pertandingan inovasi ini, para
pelajar dan guru dapat melakukan penyelidikan dan membangunkan idea-idea yang mendatangkan manfaat
kepada semua,

Seperti mana yang diketahui ,budaya inovasi ini akan dapat memudahkan atau menyelesaian sesuatu
masalah . Hal ini demikian kerana dengan mengaplikasi inovasi dalam kehidupan, kita akan dapat membantu
melakukan pelbagai perubahan yang boleh memberikan impak kepada diri dan masyarakat. Sebagai contoh
inovasi dalam kaedah pengajaran dapat memudahkan seorang guru untuk mengajar. Inovasi dalam
penggunaan peralatan dapat menjimatkan masa dan tenaga, Melalui inovasi juga, pelajar akan menjadi
seorang pelajar yang lebih kreatif dan penuh dengan sikap ingin meneroka sesuatu yang baharu.

Hari Q ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar kita melakukan kajian dan melakukan penyelidikan
dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif mengikut kursus masing-masing. Sebagai pelajar TVET, pelajar
kita boleh mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dan
rekaan yang berinovatif . Budaya ini perlu ada dalam diri pelajar sebagai persediaan sebelum menempuh
alam pekerjaan. Dengan pendedahan ini mereka akan lebih bersedia sebagai tenaga kerja yang hebat dan
bernilai dalam bidang masing-masing.


Sekian, terima kasih.

PENGENALAN









Selaras dengan misi Bahagian Pendidikan Teknik, Latihan dan Vokasional (BPLTV)

iaitu Memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional Melalui Pelaksanaan

Program Yang Berkualiti, maka adalah menjadi tanggungjawab warga Kolej

Vokasional Klang menyokong dan merealisasikan misi ini. Misi ini boleh dicapai

melalui proses pengajaran dan pembelajaran, serta aktiviti atau program yang

berkualiti . Selain itu, misi ini juga boleh dicapai melalui peningkatan produktiviti dan

kualiti organisasi yang lebih sistematik, cekap dan berkesan,. Oleh itu Unit Jaminan

Kualiti kolej telah merancang untuk mengadakan Hari Q yang mana pada tahun ini

hanya memberi fokus pada pembudayaan inovasi memandangkan situasi negara

yang masih berhadapan dengan pandemik Covid 19. Aktiviti ini diadakan bagi

menarik minat serta mengasah bakat pelajar dalam pelbagai kemahiran dalam

bidang vokasional di samping membugarkan inovasi dalam kalangan pensyarah

dan juga semua warga kolej.

MATLAMAT





Mencungkil bakat dan kemahiran berorientasikan pengajaran &

pembelajaran di luar bilik kelas dengan kreatif dan inovatif.







OBJEKTIF






 Mencungkil bakat pelajar-pelajar Kolej Vokasional Klang di dalam bidang

penyelidikan, pembangunan inovasi dan kejuruteraan.

 Mengasah bakat pelajar Kolej Vokasional Klang dalam pelbagai kemahiran


dalam bidang vokasional.

 Memupuk budaya inovasi dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran

dalam kalangan pensyarah dan pelajar.


 Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan meningkatkan hubungan

silaturahim antara pensyarah dan pelajar.









SASARAN




Semua warga Kolej Vokasional Klang.

JAWATANKUASA INDUK







Pengerusi : En. Abdul Hamid bin Suhani

T/ Pengerusi 1 : Pn. Nor Azizah binti Bajoori
N /Pengerusi 11 : Cik Hjh Siti Alviah binti Hassan

N/ Pengerusi 111 : Pn. Maimunah bt Bador

Penyelaras Hari Q : Pn. Normirani binti Mohamed
Penolong Penyelaras : En. J. Venkata Ramana

Setiausaha HARI Q : Pn Hayati bt Hussin

Penyelaras JK

Pembudayaan Inovasi : Pn. Hjh Wan Rohaya binti Wan Yusoff

Penyelaras Inovasi
PdPc Akademik : Pn. Hjh Noorani bt Abu Hassan

Setiausaha Inovasi : Pn. Norazlina binti Ariffin

Penyelaras Rekacipta
& Inovasi (V) : TS Hayati binti Mohd Abdul Ghani

Setiausaha Rekacipta

& Inovasi (V) : Pn. Asmalyana binti Reduan

Bendahari : Pn. Rosnani binti Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA





Teks Ucapan Pengarah Buku Program/Aturcara

Pn Hajah Habimah binti Abd Latiff Pn Siti Rasidah binti Kodri (K)
Pn Fatihah binti Abdul Kadir
Sumbangan Cik Fadzreen Adiera binti Fisol
Pn Hamsini binti Jurami (K)
Pn Hany binti Md Ibrahim Jawatankuasa Teknikal
(Google Meet)
Pn Siti Hasnah binti Mohd Amin
Majlis Perasmian Penutup Hari Q :

Siaraya dan Persembahan Montaj En Muhammad Haziq bin Shukri
Ustaz Marsan bin Mijan (K) En. Ajis bin Suaji
En Mohd Idhar bin Ismail

En Muhammad Hatta bin Ahmad Pertandingan Inovasi PdPc Pensyarah
Akademik :

Publisiti Pn Rafidah binti Mohamad Sadali
Pn Noor Raihan binti Ismail (K)
Pn Nur Aqilah binti Baharuddin Pertandingan Inovasi PdPc Pensyarah
Vokasional :
Bacaan Doa En Mohammad Safwan bin Jamil
En Abu Bakar bin Abdul Wahab
Pertandingan Inovasi Pelajar :
Jurugambar
En Ahmad Dzulfirdaus bin Asmone
Cik Tutie Dahlia binti Tajudin (K)
En Azhar bin Sanudin
Pn Norliza binti Kamaruddin Moderator

Majlis Perasmian Penutup:
Sijil Peserta dan hakim pertandingan Pn Hajah Aishah binti Abdullah

Pn Nurul Syazwani binti Bakry (K)
Pertandingan Inovasi PdPc Akademik:
Pn Liyana Tasneem binti Mat Nazeri Pn Syahella binti Saruddin
Pn Nur Hanani binti Hassanuddin
Pertandingan Inovasi PdPc Vokasional:
Pn Noor Amira binti Mohamed Pn Zurimah binti Jamil

Pertandingan Inovasi Pelajar:
Cik Nur Fatihah binti Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA





Hadiah Pertandingan Inovasi PdPc Pensyarah

Pn Suhana binti Husin (K) Akademik
Pn Bashariah binti Muhammad Pn Hjh Noorani binti Abu Hassan (K)
Pn Noor Suhaida binti Mohd Nor Pn Nurul Fariza Izzaty binti Mohd Pauzi

Pn Rosnani binti Ismail (En) Pn Juliana binti Mohd Tohid

Pertandingan Inovasi Pelajar Pn Norhidayah binti A. Hamid
Pn Zarifah binti Man @ Othman (K) Pn Hasni binti Haron
Pn Anis Amirah binti Hamzah (S) Penyelaras Mata Pelajaran
Pn Noor Aiza binti Razak
Inovasi Pdpc Pensyarah Vokasional
En Mohamad Sukri bin Jamil
Ts Hayati binti Mohd Abd Ghani (K)
En Raimi bin Mohd Azhan
Pn Asmalyana binti Reduan
Penyelaras Inovasi Program
En Baderol Hisam bin Mohd Ismail
Pengurus Peserta (Inovasi Pelajar) En Azharuddin bin Mohd Yatem
En Mohd Hasmir bin Misran ( K) Pn Ratna Dewi binti Abdul Radzi
Dr Abdul Muqsith bin Ahmad Pn Nurul Farhanim binti Kamaruddin


Hakim Pertandingan : Cik Nur Syahzani Athirah (Guru Praktikal)
Pn Hamisah binti Othman (Ketua Hakim) Semua Ketua Unit dan Ketua Program Vokasional.
Pn Nur Syafiqa binti Muhammad (Penolong)
Cik Marlini Alex Moriom ( Guru Praktikal) Dokumentasi

Hakim Pertandingan Inovasi Pelajar Pn Hajah Norazian binti Zainuddin (K)
Pn Norliza binti Lias(K) Pn Noorashikin binti Abdul Wahab
Ts Suhaimi bin Ahmad En Mohd Azizul bin Ab Jalal

Pn. Norwirdawathy binti Kasim (PIBG) Setiausaha Hari Inovasi

Hakim Pertandingan Inovasi PdPc
Pensyarah
Pn Martini binti Mohamad(K) - Vokasional
En Misni bin Hahton
Tn Haji Esa bin Sanuse

Pn Hjh Siti Maimunah binti Mohammad Amin
(K) - Akademik

Pn Hjh Aslindah binti Ayob
Pn. Shamsidah binti Abd Kadir

TENTATIF PROGRAM







HARI: RABU

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2021




9.00 – 1.00 tengahari : Pertandingan Inovasi PdPc Pensyarah
Akademik


: Pertandingan Inovasi PdPc Pensyarah
Vokasional


: Pertandingan Inovasi Pelajar.



3.00 – 4.00 petang : Majlis Perasmian Penutup Hari Q


Peringkat Kv Klang Tahun 2021

: Alu-aluan pengacara majlis.


: Bacaan Doa.

: Ucapan Pengarah KV Klang

: Perasmian Penutup


: Persembahan Montaj

: Pengumuman keputusan

: Majlis bersurai




Penglibatan : Semua Pensyarah, peserta Inovasi

PERTANDINGAN INOVASI PDPC



PENSYARAH (AKADEMIK)

PERTANDINGAN INOVASI PDPC



PENSYARAH (AKADEMIK)







NO.

GILIRAN UNIT NAMA INOVASI NAMA PENSYARAH



1. SEJARAH HYPER-KBAT NORHIDAYAH BT A. HAMID
SEJARAH NOOR RAIHAN BT ISMAIL

2. BAHASA INGGERIS FORMATIVE MOHAMED YUSREE BIN
ASSESSMENT WITH ZAKARIA @ RAMLI
QUIZWHIZZER ANA FAEZAH BINTI MOHAMED
YAZID

3. PENDIDIKAN ISLAM CAWAN HAJI MOHAMMAD ZULNIZAM BIN
ABDULLAH THANI




4. SAINS AnCaFORMMY JULIANA BINTI MOHAMAD
TOHID
ZARIFAH BINTI MAN @
OTHMAN
FATIHAH BINTI ABDUL KADIR

5. BAHASA MELAYU TEKNIK BAS KE NOOR SHEILA BINTI MD HASIM
TUGU NOOR AMIRA BINTI MOHAMED



6. MATEMATIK 2, 3, 4 DALAM SATU RAZIAH BINTI AHMAD
HASNI BINTI HARON




7. PENDIDIKAN MORAL PERMAINAN ‘DAM’ MOHD IDHAR BIN ISMAIL
NILAI-NILAI MORAL
MANIAM A/L MUNNUSAMY




8. PENDIDIKAN JASMANI & i-CARE PJPK FADZREEN ADIERA BINTI
KESIHATAN FISOL

NORHIDAYAH BT A. HAMID


NOOR RAIHAN BT ISMAIL






Abstrak :

Soalan KBAT merupakan elemen soalan yang wajib ada dan perlu dijawab oleh

semua pelajar. Namun pelajar kurang menguasai kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan masaalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Justeru

pelbagai kaedah boleh digunakan untuk merangsang pemikiran dan idea pelajar
terutamanya menggunakan hyperlink dan aplikasi Google.

Diharapkan inovasi ini dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih banyak membuat
latihan dan dalam menyumbang jawapan untuk rujukan rakan-rakan lain.

MOHAMED YUSREE BIN ZAKARIA @ RAMLI

ANA FAEZAH BINTI MOHAMED YAZID






Abstract :
This game under the platform of Quizwhizzer was created to help teachers in English
Language classroom to conduct formative assessment in a less formal setting during

online lesson. Language teachers are having difficulties in getting responses from
students during online lessons due to reason such as lack of proficiency. During nor-

mal classroom session, students will participate for any assessment and online les-
sons are no different. However, the use of gadgets for online lessons has open the
opportunity for language teachers to conduct their assessments in a less formal
manner, and probably, with a little bit more fun. This game fits all six imperatives for
st
educators in the 21 century as highlighted by Nichols (2001). Those imperatives are
increased capacity and efficiency, improved effectiveness, easy accessibility, a
competitive mindset, a resource-based emphasis, and the personal touch. This game

is built for free on Quizwhizzer platform and it can be played by up to 50 students.
Students will have to complete every question in the assessment to see how fast
they can get to the end of the maze. English Language teachers will benefit from it

because it helps them to carry out their end of chapter formative assessment in a
more relaxed environment for the students while instilling a competitive mindset
among them in the online classroom.

MOHAMMAD ZULNIZAM BIN ABDULLAH THANI








Abstrak :


SITUASI
Pelajar KV tahun 2 perlu memahami tajuk ibadah haji.Namun para pelajar tidak

pernah menunaikan haji bahkan hanya membayangkan haji itu sekadar melakukan
tawaf dan saie sahaja.


DAPATAN ISU
Kebanyakan pelajar memgetahui rukun haji dan syarat wajib haji sebagaimana yang
tertulis dalam buku teks. Namun para pelajar masih tidak faham bagaimanakah

menunaikan haji? Adakah perlu melakukan rukun haji dahulu kemudian syarat wajib
haji atau buat wajib haji kemudian rukun? Walaupun telah dijelaskan namun pelajar

masih tidak mengingatinya.

PENYELESAIAN

Bagi menyelesaikan masalah ini, CAWAN HAJI diperkenalkan bagi memudahkan
pelajar mengingati apa yang perlu dilakukan sekiranya berada di Tanah Suci
Makkah. CAWAN HAJI ini boleh dipegang dan disentuh serta ia sangat ringkas

berbanding buku teks.

JULIANA BINTI MOHAMAD TOHID

ZARIFAH BINTI MAN @ OTHMAN

FATIHAH BINTI ABDUL KADIR




Abstrak :


Masyarakat umum sudah sedia maklum dengan kekangan pendemik Covid-19 di
mana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kebiasaannya dijalankan

secara dalam talian sebagai alternatif pembelajaran norma baru. Disebabkan
kekangan itu, kami telah membuat projek inovasi yang dinamakan AnCaFormmy.
Projek inovasi ini bertujuan untuk menarik minat dan membantu pelajar 1SVM Kolej

Vokasional untuk menguasai topik 7.2.3 Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif
yang abstrak dan sukar difahami. AnCaFormmy ini merupakan satu bentuk poster
interaktif yang mengandungi sumber rujukan, latihan pengukuhan dan permainan
yang dapat membantu pelajar memahami dan menjelaskan pembentukan ion negatif

(anion) dan ion positif (kation). Projek inovasi ini juga turut memberi penekanan
kepada pembelajaran Abad ke-21, di mana pembelajaran adalah berpusatkan pelajar

dan pelajar dapat belajar secara kendiri pada bila-bila masa. Gabungan aplikasi-
aplikasi pembelajaran dalam poster interaktif ini dapat memudahkan penyampaian isi
pelajaran sehingga proses pembelajaran menjadi semakin menarik dan tidak
membosankan.

NOOR SHEILA BINTI MD HASIM

NOOR AMIRA BINTI MOHAMED







Abstrak :


Terdapat banyak perubahan bentuk soalan berdasarkan format baharu pentaksiran
Bahasa Melayu SPM (KSSM) mulai tahun 2021. Antaranya ialah Soalan 4 Bahagian
A dalam Kertas 2 Bahasa Melayu iaitu soalan Bahasa Melayu Standard yang
menguji kebolehan pelajar dalam menukarkan ayat bahasa Melayu Klasik kepada
bahasa Melayu Standard berdasarkan prosa tradisional yang bertajuk ‘Kepimpinan
Melalui Teladan’ dan ‘ Burung Terbang Dipipiskan Lada’.

Ayat bahasa Melayu Klasik yang sukar difahami telah menyebabkan pelajar
terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan ini. Justeru, teknik BAS
KE TUGU boleh digunakan oleh guru dan pelajar dalam menukarkan teks klasik
kepada teks moden. Semoga perkongsian teknik BAS KE TUGU dapat dimanfaatkan
oleh guru bahasa Melayu dan para pelajar.

RAZIAH BINTI AHMAD
HASNI BINTI HARON




Abstrak :


Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PDPR) merupakan norma baru dalam sistem Pendidikan
negara kita setelah dilanda COVID-19. Pelbagai kaedah dan cara digunakan oleh guru atau
pensyarah untuk memastikan proses Pdp dapat berjalan lancar. Antara medium yang digunakan
semasa proses Pdpr ialah Google Classroom, Google Meet, Group WhatsApp, Telegeram dan lain-
lain lagi.

Kami mengambil satu inisiatif untuk menjalankan satu inovasi proses bagi melancarkan proses
Pdpr. Objektif inovasi ini adalah untuk membantu guru atau pensyarah memilih medium yang sesuai
dan berkesan sepanjang proses Pdpr. Inovasi ini juga diharapkan dapat membantu guru
menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan dan pelajar dapat memahami ilmu yang disampaikan
oleh guru dengan lebih baik.

Penggunaan Microsoft menjadi medium penting dalam pdpr. Sehubungan itu kami ingin berkongsi
penggunaan Microsoft one note yang sangat memudahkan proses pengajaran. Secara ringkasnya
perisian ini bertindak sebagai buku nota digital di mana semua bahan pdp boleh disimpan dalam
satu tempat . Guru-guru boleh menyusun bahan pdp dalam one note untuk dikongsi dengan pelajar
sekiranya pelajar tidak dapat hadir kelas. Di samping itu juga bahan-bahan dalam one note
disimpan di dalam cloud jadi ia boleh diakses pada mana-mana komputer dan android pada bila-bila
masa. Kita boleh memuatkan bahan multimedia ke dalam onenote, berkongsi link, melukis graf ,
menaip soalan dan banyak lagi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini bukan satu
yang baru tetapi ia boleh membantu Pdp kita berjalan dengan lancar kerana ia seperti “2,3,4 dalam
satu”.

Harapan kami melalui perkongsian ini , kita dapat mempelajari sesuatu yang boleh membantu
memudahkan proses pengajaran secara online. Pelajar juga mendapat manafaat melalui onenote
yang dboleh dikongsi secara maya .

MOHD IDHAR BIN ISMAIL


MANIAM A/L MUNNUSAMY



Abstrak :


SITUASI
Pelajar KV tahun 1,2 dan 3 (Program Sijil Vokasional Malaysia—SVM dan juga

Diploma Semester 1 perlu mengngati dan memahami 18 nilai moral beserta definisi
yang telah termaktub dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di kolej vokasional.


DAPATAN ISU
Boleh dikatakan semua pelajar yang bukan beragama Islam (non muslim) tidak dapat
mengingati dan menghafai 18 nilai moral beserta dengan definisi.


PENYELESAIAN

Menyediakan satu kaedah yang dapat membantu pelajar mengingati dan memahami
nilai-nilai moral beserta definisi melalui permainan.

FADZREEN ADIERA BINTI FISOL





Abstrak :

Inovasi dalam pendidikan khususnya di peringkat sekolah memainkan peranan penting bagi

menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PdP Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan pula merupakan satu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal serta memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana hendak menangani
permasalahan semasa meningkat dewasa dan cara memiliki kehidupan yang seimbang. Selain
daripada meningkatkan kemahiran-kemahiran motor, mencapai kecergasan untuk kesihatan
optimum, penting juga buat pelajar untuk memperoleh pengetahuan bagaimana hendak
menyelesaikan konflik diri yang sering berlaku pada peringkat umur remaja dan pembangunan
sahsiah. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Jasmani mencari inisiatif untuk
menarik minat pelajar dan membuka pandangan mereka terhadap isu-isu yang sering berlaku
pada peringkat remaja sesuai dengan sukatan pelajaran di dalam Pendidikan Kesihatan yang
perlu dipelajari oleh mereka.


Inovasi yang akan dilakukan ialah “i-CARE PJPK” dan akan dilaksanakan terhadap pelajar SVM di
Kolej Vokasional Klang. Objektif pertama inovasi ini dilakukan ialah bagi memberi pendedahan
yang meluas tentang masalahmasalah sosial serta cara menangani. Kedua, memberi sokongan
kepada pelajar-pelajar dengan melakukan aktiviti atau kempen kesedaran. Secara konklusinya,
daripada inovasi ini secara tidak langsung ianya dapat membantu para pelajar supaya lebih peka
dan cakna dengan keadaan semasa dan lebih yakin untuk menghadapi situasi sebenar.

PERTANDINGAN INOVASI PDPC



PENSYARAH (VOKASIONAL)

PERTANDINGAN INOVASI PDPC



PENSYARAH (VOKASIONAL)





NO NAMA
GILIRAN PROGRAM NAMA INOVASI PENSYARAH



1 PERAKAUNAN KAEDAH PENGAJARAN ROSSIANA BINTI ABD RAHIM
INDUKTIF: MENGENAL
PASTI KESAN DAN AZARINA BINTI AZHARI
KUMPULAN AKAUN NORMIRANI BINTI MOHAMED

TEKNOLOGI FASTER FINGER
2. ALINA BINTI AZAMUDDIN
ELEKTRIK MUHAMMAD HAZIQ BIN SHUKRI


TEKNOLOGI KITARAN ASAS TUAN MOHAMAD ZAKI YAMANI BIN
3. PENYEJUKAN DAN PENYEJUKAN TUAN MAHYIDIN
PENYAMANAN
UDARA ANASYUHADA BINTI LA’ANAIN
AINA BINTI SALLEH
NUR HIDAYAH BINTI AB KADIR


4. TEKNOLOGI MTA DIGITAL PORTAL MOHD NAZMI BIN ABDUL HAMID
AUTOMOTIF CLASSROOM
MOHD FAIRUS BIN SHAHRIN
MUHAMAD AIMAN BIN ABDUL GHANI

ZURAIHA BINTI MOHD YUNUS

TEKNOLOGI WALL BUILDING TOOL ATIQAH BINTI IBRAHIM

5. PEMBINAAN WITH SPIRIT LEVEL RASHIDAH NAJAA BINTI HASSAN
NUR AQILAH BINTI BAHARUDDIN
MOHAMMAD SUKRI BIN JAMIL

TEKNOLOGI ECCENTRIC JIG MOHD SUFIAN BIN MOHAMAD
6. PEMESINAN SITI NURUL HUDA BINTI DANGIRAN
INDUSTRI HASMADI BIN KAMARUDIN

AZLAN BIN AHMAD

JIG PEMOTONGAN
7. TEKNOLOGI SERONG ZAIRUL AZHAM BIN ZAINUDDI N
KIMPALAN NORHAFIZAH BINTI AZMI

AZLAN SHAH BIN ABDUL AZIZ
KANJANA THEVI A/P SUBRAMANIAM

8. TEKNOLOGI KAD UNO PIN IC (K.U. P. I ) MOHD HAFIZ BIN MOHD SAMSUDIN
ELEKTRONIK NURUL SHAZWANI BINTI BAKRY

















PERTANDINGAN INOVASI



PELAJAR

PERTANDINGAN INOVASI



PELAJAR







NO NAMA
GILIRAN PROGRAM NAMA INOVASI PELAJAR



1 TEKNOLOGI SISTEM PARKIR PINTAR MUHAMMAD AMIR ASYRAAF BIN
ELEKTRIK M.N.JAYA SAPUTRA
BADRUL AMIN BIN MOHD JUPRI
NURUL SYAMIMI BINTI AZMAN

2. TEKNOLOGI PEMBANGUNAN MUHAMMAD FAUZAN BIN FADLY
PEMESINAN PENAMBAHBAIKAN MOHAMMAD AMAR HARIS BIN AZNAN
INDUSTRI PROTOTAIP RAGUM PENEBUK NUR SYAKIRAH BINTI MADEHI
LUBANG TANPA MENANDA
UNTUK KEGUNAAN DI
BENGKEL PEMESINAN
INDUSTRI KV KLANG
TEKNOLOGI FOAMSCRETE CONCRETE MUHAMMAD AIMAN ALIFF BIN AHMAD
3. PEMBINAAN
MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMAD JUKI
MUHAMMAD MOKHZANI BIN MOHAMAD
MOKHTAR

NAZATUL NURNATASYA BINTI MOHD
4. PERAKAUNAN CostMEx
NAZAN
NUR ALIQA KHALEELA BINTI ALYWIN
DAMIAN
NURIN HAWANI BINTI NOOR HIZAL


TEKNOLOGI THE MULTITASK TOOLS MUHAMMAD RAZIQ AIMAN BIN JAMAL
5. AUTOMOTIF KHAIRUL AIZAM BIN ABU HASHIM
KHAIRUL MUZAMMIR BIN MAYADI


TEKNOLOGI SMART DOOR LOCK RAJA MUHAMMAD IRFAN BIN RAJA
6. ELEKTRONIK MOHD TAUFIQ
IRFAN SHAZRIQ BIN MUIZ ZABIB

TEKNOLOGI KOLAM IKAN MINI MUHAMMAD NASHRUL NAJMI BIN
7.
PENYEJUKAN DAN HALIM
PENYAMANAN MUHAMMAD ARIF HAKIM BIN MOHD
UDARA ROHAIZAK
YUS ADLI HAKIM BIN YUS ROZI
TEKNOLOGI FAIQ NABIL ASYRAF BIN FIRDAUS
8. JIG MEMBENTUK TETULANG
KIMPALAN KONKRIT ILHAM
MUHAMMAD SYAZWAN BIN SYAHRUL
NIZAM
MUHAMMAD SAUFI BIN SAHRULAZIZI

MUHAMMAD AMIR ASYRAAF BIN M.N.JAYA SAPUTRA

BADRUL AMIN BIN MOHD JUPRI

NURUL SYAMIMI BINTI AZMAN





Abstrak :


Kemudahan parkir yang mencukupi di sekitar bangunan terutama di kawasan awam
adalah semakin meruncing dan padat dengan pertambahan jumlah bilangan
kenderaan dan masalah ruang parkir yang terhad. Ini menyebabkan masalah double

parking, triple parking, kenderaan yang diletakkan dibahu jalan dan di tempat yang
tidak sepatutnya semakin berleluasa. Untuk mengatasi masalah ini, satu sistem parkir
yang sistematik dan terkini sangat diperlukan bagi perkhidmatan sistem parkir yang

lebih berkesan. Seiring dengan keperluan ini, kami membuat satu inovasi pada sistem
parkir yang sedia ada supaya dapat memberi perkhidmatan sistem pakir yang lebih
berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi. Matlamatnya untuk memudahkan

pencarian parkir pada pakir-pakir ditempat umum yang mempunyai ruang yang terhad
dan padat terutama diwaktu puncak. Sistem ini menggabungkan penggunaan
kawalan automatik dan sistem elektronik. Sistem pakir ini dinamakan Sistem Parkir

Pintar. Sistem ini mempunyai paparan digital yang akan memudahkan pencarian
parkir yang kosong. Paparan digital ini di pasang diluar kawasan parkir untuk
memberi maklumat terkini berkenaan jumlah bilangan pakir dan bilangan ruang parkir
yang masih boleh dimasukki. Dengan ini, ia mampu menjimatkan masa pengguna

untuk mencari ruang parkir tanpa perlu memasukki ruangan pakir. Menaik taraf sistem
letak kereta konvensional adalah amat diperlukan di kawasan parkir yang sesak

seperti di hospital. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem pakir ini, cadangan
penambahbaikkan adalah masa akan datang ialah, orang ramai boleh mencari
ruangan pakir yang kosong hanya dengan menggunakan aplikasi atas talian.

MUHAMMAD FAUZAN BIN FADLY

MOHAMMAD AMAR HARIS BIN AZNAN

NUR SYAKIRAH BINTI MADEHI







Abstrak :

Kajian ini dibuat untuk menyelesaikan masalah utama yang sering berlaku di bengkel

pemesinan industri Kolej Vokasional Klang iaitu pelajar yang sukar untuk membuat
proses penandaan kerana bilangan pelajar yang ramai. Ia akan mempengaruhi masa
penandaan untuk proses menebuk lubang dilakukan. Secara keseluruhannya sukar

untuk pelajar yang kurang mahir memberikan perhatian kerana tergesa-gesa dengan
pelajar yang lain. Seterusnya, masalah yang sering dihadapi pelajar adalah kekangan
masa ketika melakukan projek terutamanya ketika menebuk lubang, pelajar

hendaklah berwaspada dengan setiap penandaan yang dilakukan kerana dalam
bidang pemesinan ini ukuran teramatlah penting. Berdasarkan pemerhatian yang
d ilakukan oleh kami, masalah ini sering berlaku kepada pelajar yang tergesa-gesa
untuk melakukan proses menebuk lubang contohnya ketika minggu peperiksaan

untuk melakukan amali pentaksiran akhir

MUHAMMAD AIMAN ALIFF BIN AHMAD

MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMAD JUKI


MUHAMMAD MOKHZANI BIN MOHAMAD MOKHTAR




Abstrak :


FOAMSCRETE CONCRETE adalah produk inovasi pembaikan (maintenance) baru
yang dihasilkan daripada pembancuhan simen dengan agen buih atau forming agent.
Penggunaan egen buih, simen, agregat kasar (batu baur) dan agregat halus (pasir)

yang mengikut nisbah tertentu menjadikan Foamscrete Concrete sebuah campuran
konkrit ringan dan juga mempunyai keupayaan aliran super dalam pengisian lubang
dan retak-retak mikro. Keupayaan aliran super Foamscrete Concrete menyelesaikan

masalah kemampuan kerja serta keseragaman dalam campuran konkrit. Sifatnya
yang ringan serta dapat mengurangkan kesan pada struktur yang sedia ada dan pada
masa yang sama memberikan kekuatan mampatan yang mencukupi. Foamscrete

Concrete ini juga boleh dijadikan alternatif kepada suntikan Polyurethane Injection
(PU) Waterproofing yang mahal dan penggunaannya yang terhad terutama di
kawasan yang penduduknya yang padat. Foamscrete Concrete yang diciptakan ini

atau lebih mudah yang telah diubahsuai dengan penambahbaikan bahan-bahan
tertentu seperti batu agregat yang dikitar semula dari kerja-kerja runtuhan dan
pengubahsuaian bangunan seperti rumah kediaman dibawah kawasan penyeliaan
Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di seluruh Malaysia. Dengan demikian,

maka kerja-kerja perlombongan untuk mendapatkan bahan mentah pembinaan dapat
dikurangkan dan seterusnya dapat memelihara alam sekitar, flora dan fauna.

NAZATUL NURNATASYA BINTI MOHD NAZAN

NUR ALIQA KHALEELA BINTI ALYWIN DAMIAN

NURIN HAWANI BINTI NOOR HIZAL




Abstrak :

Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan

perkhidmatan yang lebih baik (Kementerian Dalam Negeri, 2021). CostMEx ialah
singkatan kepada “Costing use Microsoft Excel”. Tujuan CostMEx ini diwujudkan
adalah untuk membantu para peniaga Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) mengira

kos per unit. Industri Kecil Dan Sederhana ditakrifkan sebagai perusahaan
perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan

dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mengambil kakitangan
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Masalah yang seiring berlaku dalam
kalangan peniaga IKS ialah daripada aspek penentuan harga produk. Hal ini kerana

kebanyakkan peniaga IKS ini tidak mengira kos per unit bagi produk yang dikeluarkan
atas faktor kekurangan ilmu dan pendedahan. Objektif inovasi ini ialah memudahkah

peniaga IKS membuat pengiraan kos per unit. Sistem ataupun lembaran kerja yang
direka di dalam perisian Microsoft Excel dapat memudahkan peniaga-peniaga IKS
mengira kos seterusnya penentuan harga produk yang dapat membantu

mengelakkan kerugian. Selain itu, aplikasi atau perisian yang ada di pasaran
memerlukan peniaga membeli atau membayar caj penggunaan pada harga tertentu.

BORANG RINGKASAN ABSTRAK PERTANDINGAN INOVASI 2021 Justeru itu,
inovasi ini dapat memudahkan peniaga IKS untuk mengira kos per unit dengan
mudah dan tepat dengan menggunakan helaian Costmex ini.




Kata Kunci : Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Kos Per Unit dan Helaian CostMEx

MUHAMMAD RAZIQ AIMAN BIN JAMAL

KHAIRUL AIZAM BIN ABU HASHIM

KHAIRUL MUZAMMIR BIN MAYADI



Abstrak :


Keselamatan dan kekemasan semasa melakukan latihan amali di bengkel Automotif

Kolej Vokasional Klang merupakan aspek yang penting dalam memastikan suasana
kerja yang produktif. Namun, sering dikatakan bahawa kedua – dua aspek ini tidak di
ambil berat oleh pelajar semasa melakukan kerja di ruang kerja amali. Kajian ini
dijalankan adalah untuk membantu para pelajar program Teknologi Automotif

memastikan aspek keselamatan dan kekemasan di aplikasikan oleh pelajar semasa
melakukan latihan amali. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrument kajian
dalam mengenalpasti masalah mengenai keselamatan dan kekemasan tempat kerja

di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang. Responden adalah dari pela-
jar 1 SVM , 2 SVM dan 1 DMD. Secara keseluruhannya, para pelajar mempunyai
masalah dalam mengekalkan dan mengaplikasikan keselamatan dan kekemasan

emasa melakukan kerja amali di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang.
Oleh itu, kajian yang akan diadakan dipercayai akan membantu para pelajar dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Kajian yang akan diadakan akan bermula dengan

mereka bentuk produk. Tiga reka bentuk akan direka dan hanya 1 reka bentuk yang
terbaik akan dipilih. Reka bentuk dibuat bermula dengan lakaran, seterusnya akan
direka bentuk menggunakan AutoCAD. Pembangunan produk akan menggunakan

kaedah fabrikasi logam seperti memotong, menebuk dan mengimpal besi dengan
komponen produk. Produk yang telah siap akan diaplikasikan semasa latihan amali.
Keberkesanan produk akan dinilai menggunakan satu set soal selidik. Hasil soal

selidik tersebut akan di analisis dan dipercayai hasil dari soal selidik tersebut akan
menyelasaikan masalah yang dihadapi dan memberi kesan yang positif kepada
pelajar program Teknologi Automotif Kolej Vokasional Klang.

RAJA MUHAMMAD IRFAN BIN RAJA MOHD TAUFIQ

IRFAN SHAZRIQ BIN MUIZ ZABIB


Abstrak :


Pada era globalisasi yang semakin berkembang dengan penemuan suatu teknologi

yang memudahkan cara untuk melaksanakan suatu bidang dan lapangan kerja. Kami
ingin menginovasikan suatu projek iaitu sistem pintu keselamatan bilik darjah yang
berfungsi secara automatik. Ianya amat sesuai kerana kami melihat beberapa
teknologi tinggi yang hanya meningkatkan pintu keselamatan berpagar sahaja, jadi

kami mengambil inisiatif untuk menginovasikan projek kami iaitu pintu keselamatan
bilik darjah. Kami memilih projek sistem pintu keselamatan bilik darjah ini adalah
untuk memperketatkan lagi keselamatan bilik darjah tanpa menggunakan kunci dan

manga. Permasalahan yang sering berlaku di kelas adalah kehilangan barang yang
sering terjadi di setiap kelas dan pelajar yang di amanahkan oleh guru untuk
memegang kunci pintu kelas tetapi selalu terlupa untuk membawa ataupun selalu

dating lewat ke kolej. Objektif projek yang kami tekankan ialah memfokuskan sistem
keselamatan pintu bilik darjah, memudahkan pelajar dan pensyarah memasuki ke
kelas tanpa menggunakan kunci dan projek ini dikendalikan oleh peranti yang lebih

mudah iaitu telefon bimbit. Metadologi bagi projek ini adalah menggunakan sistem
aplikasi BLUETOOTH supaya projek dapat bergerak dengan lancar. Kendalian projek
pada litar ialah komponen yang mengesan isyarat penggera berbunyi kereta yang
diubah suai litar menjadi kunci keselamatan pintu bilik darjah. Kendalian projek pada

BLUETOOTH dengan cara, berjalan di hadapan pintu bilik darjah. Kemudian
membuka telefon bimbit dengan membuka aplikasi BLUETOOTH. Seterusnya,
padankan isyarat pintu keselamatan bilik darjah dan sesiapa sahaja boleh

menggunakan aplikasi ini tetapi perlu menggunakan kata kunci untuk membukanya.
Selepas itu, mendapat penerimaan isyarat daripada BLUETOOTH. Akhir sekali pintu
keselamatan dapat di akses dan pintu di buka secara automatik. Melalui hasil kajian

projek sistem pintu keselamatan bilik darjah selamat diguna pakai.

MUHAMMAD NASHRUL NAJMI BIN HALIM


MUHAMMAD ARIF HAKIM BIN MOHD ROHAIZAK

YUS ADLI HAKIM BIN YUS ROZI






Abstrak :


Terdapat beberapa jenis ikan yang hidup di dalam air sejuk antaranya ikan kap. Ikan
kap perlu hidup di dalam air sejuk dengan suhu 20°C hingga 25°C. Ramai rakyat

Malaysia yang meminati untuk menternak ikan dirumah. Ikan kap sangat sesuai
untuk diternak di kawasan rumah. Namun begitu, kesesuaian untuk menternak ikan
kap agak terhad di sesuatu tempat kerana ikan tersebut memerlukan penjagaan rapi
untuk memastikan ikan sentiasa aktif dan berada dalam keadaan yang baik. Projek

inovasi ini bertujuan untuk merekabentuk sebuah kolam ikan yang mempunyai air
sejuk mengikut suhu yang ditetapkan sepanjang masa. Selain itu, projek ini adalah

untuk memudahkan penternak-penternak ikan kap untuk mengekalkan air yang
bersuhu hingga 25°C. Reka bentuk sistem ini menggunakan konsep sistem Reach in
Cabinet untuk menyejukkan air di Kolam Ikan Mini. Reka bentuk sistem ini
mengambil kira beberapa faktor yang melibatkan sistem asas Penyejukan dan

Penyamanan Udara. Pemasangan perpaipan kuprum bagi projek ini menggunakan
komponen asas seperti pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat
dengan tambahan aksesori lain seperti tangki penerima, penapis pengering dan kaca

cerap bagi menambah kecekapan sistem.

FAIQ NABIL ASYRAF BIN FIRDAUS ILHAM

MUHAMMAD SYAZWAN BIN SYAHRUL NIZAM


MUHAMMAD SAUFI BIN SAHRULAZIZI


Abstrak :

Konkrit bertetulang merupakan salah satu daripada bahan komposit pembinaan pertama,

yang dihasilkan dari konkrit dan keluli. Sebelum digunakan dalam sektor pembinaan, konkrit
bertetulang adalah bahan rekaan lanskap. Konkrit bertetulang merupakan salah satu

pembelajaran yang terdapat dalam Program Binaan Bangunan dimana terdapat amali untuk

membengkokkan besi konkrit bagi menghasilkan cincin besi beton. Namun begitu, proses

amali yang dijalankan secara manual adalah menggunakan paku yang diletakkan pada

meja kayu. Banyak kelemahan proses manual ini dikenalpasti antaranya tidak ergonomik,
mengambil masa yang lama, tidak tepat dan tidak fleksibel. Oleh yang demikian, satu

inovasi jig membengkok tetulang konkrit direkabentuk dan dibangunkan bagi menyelesaikan

masalah tersebut. Terdapat 3 fasa utama yang terlibat dalam kajian ini iaitu analisis

keperluan, rekabentuk dan pembangunan dan penilaian. Hasil dapatan analisis mendapati

projek telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar Kolej Vokasional
Klang. Kesimpulannya, penghasilan projek jig membengkok tetulang konkrit ini banyak

memberi manfaat khususnya pada pelajar-pelajar di dalam bengkel. Dengan adanya projek

ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian, menjimatkan masa dan

tenaga serta mudah dikendalikan.


Kata Kunci : Jig bengkok, Konkrit, Kolej Vokasional (KV)



































Click to View FlipBook Version