BUKU LOG PENGAKAP NAMA: CHEW WEN XIN ANGKA GILIRAN: 2021122340397 KELAS: PISMP SAINS 1 AMBILAN JUN 2021 KOD & NAMA KURSUS: MPU 3431 KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PENSYARAH: PUAN NORLIYANA BINTI AHMED
NAMA CHEW WEN XIN ANGKA GILIRAN 2021122340397 NO. KAD PENGENALAN 011214-04-0192 PROGRAM PISMP SEMESTER/TAHUN SEMESTER 2 TAHUN 2 AMBILAN JUN 2021/2026 KUMPULAN/ UNIT SAINS 1 KOD DAN NAMA KURSUS MPU 3431 KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PENGAKAP NAMA PENSYARAH PUAN NORLIYANA BINTI AHMED BIODATA DIRI
PENGENALAN
Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord Baden Powell definisi fALSAFAH Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilainilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
MATLAMAT Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undangundang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistic dengan mengambil kira semua aspek Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu
objektif Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja Untuk menjadi jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undangundang pengakap Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan
Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan Visi misi Menyumbang kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat PRINSIP Kepercayaan kepada Tuhan Tanggungjawab kepada Masyarakat dan Negara Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri
lambang
lambang WOSM Pecahan tiga kelopak: Tonggak utama Persetiaan Pengakap (Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap Lingkaran tali berwarna putih: Persaudaraan Pengakap Sedunia Ikatan buku sila: Kekuatan dan perpaduan persaudaraan Pengakap Sedunia Dua butir bintang ungu pecah lima Setiap satu melambangkan 10 undang-undang Pengakap Ikatan putih pada kelopak: Melambangkan ikatan kekeluargaan ahli Pengakap yang kukuh Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan Warna putih melambangkan kesucian
lambang Pengakap MALAYSIA Persetiaan ketiga: Menurut Undangundang Pengakap Persetiaan pertama: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Persetiaan kedua: Menolong orang pada setiap masa Bintang pecah 14: 14 negeri di Malaysia termasuk Wilayan Persekutuan Bulan sabit: Agama rasmi negara iaitu agama Islam Warna kuning melambangkan warna diraja Dua bintang pecah lima: Sepuluh Undang-undang Pengakap Ikatan hijau yang mengikat kelopak: “Persaudaraan Pengakap” Lingkaran tali berwarna kuning: Perpaduan rakyat Malaysia & persaudaraan pengakap sedunia Pengakap kanak-kanak Pengakap Muda Pengakap Remaja
bendera
Hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Lambang persekutuan adalah berwarna hijau gelap Bendera persekutuan Pengakap Reka bentuk Dikibarkan di semua Ibu Pejabat, pusat/ institut latihan dan pasukanpasukan persekutuan Dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu Ukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar Lain-lain
cogan kata
cogan kata ‘buat sehabis baik’ pENGAKAP KANAK-KANAK ‘sELALU SEDIA’ pENGAKAP MUDA ‘BERKHIDMAT’ PENGAKAP KELANA ‘PANDANG LUAS’ PENGAKAP REMAJA
hormat pengakap
iSYARAT PENGAKAP Cara melafazkan Persetiaan Pengakap: 1.Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan 2.Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas 3. Kedudukan jari Menolong orang pada setiap masa menurut undang-undang pengakap taat kepada tuhan, raja dan negara Ibu jari menekankan jari kelingking bermaksud: Ahli pengakap bersatu dalam ikatan persahabatan dan sebagai ingatan yang kuat di samping sentiasa menolong yang lemah Persaudaraan pengakap sedunia Tangan kanan
hormat pengakap Kedudukan tangan Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, yang menandakan persaudaraan dan penghormatan Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua partol Bila hormat pengakap digunakan? Semasa di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap Membuat isyarat pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan
lafaz persetiaan
Kedudukan tangan semasa lafaz persetiaan
Bila Persetiaan Pengakap Dilafazkan? Dalam aturcara/ sebutan TIDAK BOLEH DINAMAKAN bacaan atau lafaz Persetiaan Pengakap MEMPERBAHARUI PERSETIAAN PENGAKAP mesti dipanggil Dalam aturcara/ sebutan BOLEH DINAMAKAN bacaan atau lafaz Persetiaan Pengakap ISTIADAT MELANTIK AHLI BAHARU SAHAJA hanya untuk TAKRIFAN
Bila Persetiaan Pengakap Dilafazkan? WAKTU MELAFAZ PERSETIAAN Melantik ahli baharu bagi Pengakap Kanakkanak/ Pengakap Muda/ Pengakap Kelana MEMPERBAHARUI PERSETIAAN Istiadat Mengibarkan Bendera Istiadat Meningkat Naik Istiadat Menerima Tauliah Majlis Rasmi Pengakap Istiadat Pengalungan Manikayu Perkhemahan Pengakap
Tujuan Persetiaan Pengakap Diwujudkan Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian Melahirkan insan yang menyeluruh dari segi JERIS melalui pengamalan Persetiaan Pengakap
lagu unit
LAGU negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta
LAGU pengakap malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
perlembagaan / undang-undang pengakap
Perlembagaan pengakap Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Persatuan Pengakap Kanak-kanak (PKK) Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah ____________________ fasa 1: nama & alamat Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan fasa 2: tujuan persatuan Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. fasa 3: keahlian Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. fasa 4: tanggungjawab & hak ahli Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk memilih ahli JawatanKuasa persatuan, kewangan, ucapan penangguhan dan cadangan-cadangan Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. fasa 5: mesyuarat
Perlembagaan pengakap Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. fasa 6: tugas pegawai/ ajk persatuan Kewangan persatuan ini diperolehi melalui wang SUWA (Kokurikulum), sumbangan PIBG dan derma daripada ahli dan orang ramai. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. fasa 7: punca kewangan/ pendapatan Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar. fasa 8: pindaan perlembagaan persatuan Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. fasa 9: tafsiran Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah. fasa 10: pembubaran
undang-undang pengakap Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya Dipercayai Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin pengakap, ibu bapa, majikan dan orang bawahan TAAT Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa berguna Pengakap itu sahabat kepada sekalian dansaudara kepada lain-lain pengakap walau apanegeri, pangkat dan agama bersaudara Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi Berbudi
undang-undang pengakap Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala haiwan kasihkan haiwan Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan MENURUT PERINTAH Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya walaupun semasa kesusahan TABAH HATI berjimat Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya suci fikiran, perkataan, perbuatan
pengasas pengakap dunia
lord badenpowell BP lahir pada 22 Feburari 1857 di London, England Nama penuh: Robert Stephenson Smyth Baden Powell Nama singkatan: BP Tahun 1857 Semasa kecil BP gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar Beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki, berkhemah dan berlayar Tahun 1870 BP melanjutkan pelajaran di Charter House, London, England. Beliau terkenal dalam bidang sukan bola sepak, lakonan, lukisan dan muzik Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera Tahun 1887 Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu Tahun 1899 Beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung badar Mafeking Kecekapan kanak-kanak ini menjalankan tugas mencetus idea bagi beliau untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap Beliau mula merangka rancangan latihan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap
lord badenpowell Beliau menulis buku ‘Aids to Scouting’ yang merupakan rancangan latihan untuk belia lelaki Selepas perang Boer, BP menjadi ketua pasukan polis Afrika Selatan. Beliau merekacipta pakaian seragam yang mempengaruhi pakaian seragam pengakap Tahun 1907 Tahun 1919 Beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London Tahun 1920 Pengakap dari seluruh dunia menghadiri jambori pengakap pertama di Olympia BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori Pengakap Sedunia Pertama Tahun 1941 BP meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941 Aids to Scouting
sejarah penubuhan pengakap malaysia Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C. Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-kanak (cubs) di Singapura pada 2 Julai 1910 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England Pasukan ini mempunyai 30 orang ahli Tahun 1910 Tahun 1912 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pahang Tahun 1913 Penubuhan Persatuan Pengakap di Sabah Tahun 1915 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pulau Pinang & Sarawak Tahun 1920 Penubuhan Persatuan Pengakap di Perak Tahun 1922 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kedah dan Perlis Tahun 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Terengganu
sejarah penubuhan pengakap malaysia Tahun 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Negeri Sembilan dan Melaka Tahun 1928 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kelantan dan Johor Selepas Perang Dunia Ke-2 Persatuan pengakap di Tanah Melayu telah disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu setelah selesainya Perang Dunia II Tahun 1957 Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia Tahun 1965 Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura Tahun 1967 Jambori Pengakap Malaysia yang pertama diadakan di Pulau Pinang
TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP Memberi latihan kepimpinan yang berasaskan prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni & mengeratkan persaudaraa Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan Melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi JERIS serta hubungan sosial berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa
Istiadat rasmi
Istiadat laung agung pengenalan Merupakan tradisi dalam istiadat PKK dan digunakan di seluruh dunia Dilakukan oleh PKK bagi menunjukkan bahawa mereka telah melakukan ‘Sehabis Baik’ Kata penghargaan tersebut ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela Diadakan pada awal dan akhir perjumpaan PEK TUJUAN Menandakan permulaan dan pengakhiran perjumpaan Mengingati tradisi PKK seluruh dunia Menghormati tetamu PEK Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
cara pelaksanaan Istiadat laung agung Pertama Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak “PEK”sebanyak satu kali dengan kuat dan nyaring. Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia.
cara pelaksanaan Istiadat laung agung KEDUA Akela berteriak “PEK, PEK, PEK”dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengelilingi Akela. PKK menjawab “P...E...K...”sepanjang 5 harkat dan berlari anak mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna. Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka *Tiang bendera hendaklah dikira sebahagian daripada bulatan yang dibentuk cara pelaksanaan Istiadat laung agung KEtiga Pemimpin Pemimpin
Akela angkat tangan dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK.” Pada penghabisan perkataan “BAIK”, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia cara pelaksanaan Istiadat laung agung Keempat Pemimpin
Petugas (Ketua sekawan bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar “KAMU BUAT HABIS BAIK?” PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK” Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing) PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya cara pelaksanaan Istiadat laung agung Kelima Pemimpin Pemimpin Petugas Petugas
Kumpulan/ Troup: Dalam bentuk ladam/ tapak kuda Pemimpin pengakap: Berbaris panjang 3 langkah di belakang tiang bendera Petugas: 3 langkah di kiri tiang bendera Bendera: Telah dilipat dan diikat awal pada bahagian hujung tiang bendera cara pelaksanaan Istiadat mengibarkan bendera kedudukan Akela akan berteriak “BENDERA”. Semua PKK menghadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) akan berkawad menuju ke tiang bendera. Petugas berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk “memecah bendera” yang telah diikat awal sebelum istiadat dimulakan BENDERA
cara pelaksanaan Istiadat mengibarkan bendera Petugas selangkah ke belakang lalu memberi hormat kepada bendera serta diikuti oleh semua pemimpin dan pengakap lain tanpa mengira bendera berkibar atau tidak. Petugas berpusing ke belakang dan berjalan kembali ke posisi asal (berkawad). BENDERA
cara pelaksanaan Istiadat mengibarkan bendera Para pemimpin dan pengakap menyanyi lagu Negarukan bersamasama dengan penuh semangat. Jika ada bendera negeri/ pengakap, boleh menyanyi lagu Negeri dan lagu pengakap selepas lagu kebangsaan Pada akhir lagu, semua PKK menghadap kembali ke dalam bulatan seperti asal nyanyian lagu Pembaca doa selangkah ke hadapan, berkata “ap” sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing Selepas tamat, pembaca doa berkata “ap”sebagai isyarat turunkan tangan dan selangkah ke belakang kembali ke tempat asal bacaan doa
Petugas langkah selangkah ke hadapan, berkata “ap” sebagai isyarat mengangkat tangan kanan, diikuti oleh lafaz persetiaan Setelah selesai lafaz persetiaan, petugas memberi isyarat “ap” sekali lagi tanda turunkan tangan ke kedudukan sedia lalu selangkah ke belakang kembali ke tempat asal Akela akan melapor kepada ketua pemimpin atau meminta menjalankan tugas lain Ketua kem/ pemimpin bertugas/ pemimpin akan memberikan ucapan/ taklimat dan seumpamanya kepada pengakap sebekum mengarahkan mereka keluar baris/ bersurai cara pelaksanaan Istiadat mengibarkan bendera lafaz persetiaan
Ahli pengakap: Berbaris dalam patrol dalam bentuk tapak kuda, berkeadaan sedia Pemimpin pengakap: Berbaris panjang 3 langkah di belakang tiang bendera Petugas: 3 langkah di kiri tiang bendera cara pelaksanaan Istiadat Menurunkan bendera kedudukan Akela memberi hukuman “sedia“kepada PKK Akela memohon kebenaran daripada pemimpin kanan untuk menjalankan istiadat Setelah mendapat kebenaran, Akela kembali ke tempat asalnya dan berteriak “BENDERA”. Semua PKK menghadap bendera. 2 orang petugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera BENDERA
Seorang PKK yang berada di hadapan akan menurunkan bendera dan seorang lagi di belakang akan memastikan bendera agar tidak mencecah tanah (sangkut pada bahu) Bendera akan ditanggalkan dari tali tiang bendera kemudian dilipat kemas. Setelah melipat bendera, PKK di belakang kembali ke tempat asal, PKK di hadapan sahaja membawa bendera kepada Akela, beri hormat, serahkan bendera dan kembali ke tempat asal Akela menghadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai penandaan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. Setelah mendapat kebenaran, akela kembali ke tempat asalnya Pemimpin kanan memberi arahan “keluar baris”kepada semua pemimpin Akela memberi arahan “keluar baris” kepada semua ahli. cara pelaksanaan Istiadat Menurunkan bendera BENDERA
struktur organisasi pelbagai peringkat