The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlinachow12, 2022-11-10 20:22:33

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

SEJARAH EBOOK

MASYARAKAT FEUDAL
DI ENGLAND

(ABAD KE 16 & 17)



KANDUNGAN

1.0 MASYARAKAT FEUDAL
1.1.1 MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND (ABAD KE 16 & 17)
KONSEP FEUDAL
LATAR BELAKANG MASYARAKAT
FEUDAL DI ENGLAND
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND

KONSEP FEUDAL

>Istilah masyarakat feudal digunakan oleh
sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah
>Menurut Marc Bloch bukunya Feudal Society,
masyarakat feudal merupakan masyarakat
berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis
tertentu
>Kedudukan,kuasa dan status individu dalam
masyarakat feudal ditentukan mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hierarki

LATAR BELAKANG

masyarakat feudal

>Kemunculan Tamadun Rom dan Yunani telah
membuktikan kajayaan tamadun Eropah pada
zaman purba
>Kejatuhan Rom Barat,menandakan berakhirnya
kegemilangan tamadun Eropah dan bermulanya
zaman Pertengahan
>Kemunculan masyarakat feudal bermula di Eropah
pada zaman Pertengahan Awal dan dikenali
sebagai zaman Kegelapan
>Kemunculan sistem feudal dapat dikesan dengan
jelas di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar
Charlemagne

STRUKTUR
MASYARAKAT

FEUDAL
DI ENGLAND

GOLONGAN RAJA

GOLONGAN
BANGSAWAN

GOLONGAN KNIGHT

GOLONGAN PADERI

GOLONGAN

RAKYAT BIASA

GOLONGAN HAMBA

GOLONGAN RAJA


*Mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam era pemerintahan
Dinasti Tudor (1485-1603)
*Era pemerintahan Raja Henry VII
(1485-1509) di England menduduki
hierarki tertinggi dan berkuasa
mutlak terhadap rakyat dan negara.
* Mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak tetapi
masih berpegang kepada tradisi
politik England yang telah wujud
sejak zaman pertengahan
GOLONGAN BANGSAWAN




*Memainkan peranan penting
dalam pentadbiran dan
ekonomi
*Raja mengurniakan gelaran
kepada bangsawan seperti
COUNT,DUKE,BARON dan
VASSAL
*Duke hierarki tertinggi diikuti
oleh baron dan vassal
*Baron menggunakan tanah
dan mengagihkannya kepada
knight
GOLONGAN KNIGHT


*Diberi tanah sebagai balasan
terhadap perkhidmatan dalam

bidang ketenteraan
*Berkhidmat dengan raja,lord atau

baron dan mendapat ganjaran
seperti tanah,harta dan barang

rampasan
*Diberi tanggungjawab untuk
melindungi baron dan keluarga

daripada diserang

GOLONGAN PADERI

*Masyarakat yang berasingan
*Hampir 1/3 tanah digunakan di
Eropah Barat dikawal oleh gereja
-Bishop,abot dan pegawai-pegawai
yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan
-Campur tangan golongan
bangsawan dalam pemilihan jawatan
menyebabkan pegawai gereja terdiri
daripada golongan yang
mementingkan material dan
mempunyai dua tanggungjawab iaitu
agama dan dunia(tanah)
GOLONGAN RAKYAT BIASA

*Dikenali sebagai petani atau serf

*Kehidupan tidak bebas sepenuhnya dan

di bawah pengawasan raja dan baron

*Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan

menternak binatang diatas tanah yang

diperuntukkan oleh tuan tanah untuk

keperluan harian dan sebagai balasan

akan memberi khidmat dengan

mengerjakan tanah dan keperluan lain

*Lord Manor akan melindungi,mendirikan

mahkamah bagi membolehkan petani

GOLONGAN HAMBA merayu untuk keadilan

*Terletak di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat feudal

*Kehidupan tidak bebas sepenuhnya dan
berada di bawah pengawasan tuan-tuan yang

memiliki mereka
*Tidak mempunyai tanah dan hanya
mempunyai kuasa perundangan yang terhad
*Pekerjaan utama mereka adalah bercucuk
tanam,menternak binatang di atas tanah yang
diperuntukkan dan pekerjaan mengikut

keperluan tuan mereka
*Bergantung kepada tuan-tuan pemilik hamba

untuk memenuhi keperluan harian,tempat
tinggal dan keperluan makanan mereka

CIRI-CIRI
MASYARAKAT

FEUDAL
DI ENGLAND

 KEDUDUKAN
RAJA
>Munculnya sistem pemerintahan
monarki mutlak di England pada abad ke-
16 dan 17
>Raja mempunyai kuasa mutlak dalam
bidang pentadbiran, perundangan dan
kehakiman
>Raja mempunyai kedudukan tertinggi
dalam susun lapis masyarakat
>Pemerintahan pusat yang lemah
menyebabkan peperangan sering berlaku
antara wilayah
>Kedudukan raja lemah (pemerintah
pusat) kerana berkongsi kuasa dengan
golongan pembesar

 KEMEROSOTAN

PENGARUH
>Pengaruh dan kekuasaan golongan
BANGSAWAN bangsawan merosot
>Kedudukan raja semakin kukuh ekoran
perkembangan pesat yang berlaku dalam
bidang ekonomi
>Penglibatan raja dalam bidang ekonomi
kapitalis mengukuhkan kedudukan dan
pengaruhnya,menyebabkan raja England
dapat mengawal golongan bangsawan
>Pegawai-pegawai pentadbir muncul
apabila berlaku kemerosotan pengaruh
bangsawan
>Menerima gaji daripada raja kerana
membantu mengendalikan pemerintahan
dan pentadbiran

>Memainkan peranan dalam bidang  KEDUDUKAN
ketenteraan KNIGHT
>Tanggungjawab mereka ialah
mempertahankan raja dan golongan
bangsawan daripada ancaman musuh
>Menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan
harta benda daripada raja dan golongan
bangsawan
>Peranan dan kedudukan mereka mula
berubah kerana pemerintahan England tidak
perlu lagi bergantung kepada khidmat
mereka untuk mempertahankan negara
daripada ancaman musuh
>Raja menubuhkan pasukan tentera yang
berada di bawah kawalan dan penguasaan
sendiri

 KEWAJIPAN >Wujud hubungan peribadi antara lord
PERIBADI (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah)
>Hubungan antara kedua pihak tersebut

adalah berdasarkan kepada ikatan
perjanjian (kontrak)

>Satu pihak memberi perlindungan
manakala satu lagi menawarkan
perkhidmatan tentera

>Berlaku perubahan dalam hubungan
antara raja dengan golongan bangsawan

>Kedudukan raja semakin kukuh
menyebabkan tidak perlu lagi bergantung

kepada golongan bangsawan bagi
mendapatkan bantuan ketenteraan

>Masyarakat feudal pada Zaman  MOBILITI
Pertengahan merupakan masyarakat yang SOSIAL
bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai
kedudukan ekonomi,politik,dan sosial yang
berlainan
>Perubahan dalam kedudukan sosial dan
status masyarakat jarang berlaku
>Setiap golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang telah
ditetapkan.
>Perubahan dalam bidang politik , ekonomi
dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan
17, mewujudkan mobiliti sosial dalam
masyarakat
>Jawatan penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan bangsawan

>Bergantung kepada tanah dan tinggal dalam  EKONOMI
komuniti kampung yang dikenali sebagai
manor
>Kegiatan ekonomi bergantung kepada
aktiviti pertanian
>Manor menjadi asas ekonomi feudalisme
kerana manor yang menghasilkan makanan
untuk semua lapisan masyarakat termasuk
raja
>Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana
manor tidak menjalankan perdagangan
dengan manor yang lain sebaliknya mereka
menghasilkan barangan untuk keperluan
sendiri

 AGAMA >Gereja katolik merupakan institusi
yang berkuasa, mereka memiliki
sebahagian besar tanah
>Institusi gereja mengongkong
kehidupan masyarakat pada zaman
feudal
>Pengaruh gereja Katolik merangkumi
seluruh kehidupan masyarakat
>Gereja menekankan aspek
kerohanian (keagamaan) dan kurang
menekankan aspek duniawi

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat beberapa
golongan dalam struktur masyarakat
feudal dan ciri-ciri masyarakat feudal
yang diamalkan di England pada abad ke
16 hingga abad ke 17.Golongan struktur
masyarakat feudal seperti golongan
raja,golongan bangsawan,golongan knight
atau pahlawan,golongan paderi,golongan

rakyat biasa dan golongan
hamba.Kedudukan seseorang individu
dalam sistem feudal adalah mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki yang terikat dengan aturan yang

ditetapkan.Masyarakat feudal
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
merangkumi aspek sosial, politik dan
ekonomi.Hal ini menunjukkan bahawa
masyarakat di England mempunyai ciri-
ciri tersendiri untuk membina sebuah

negara yang dikagumi.


Click to View FlipBook Version