The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3451a BSMM SITI RASYIQAH BINTI MUHAMAD YUSLI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syiqah, 2024-02-25 12:37:50

MPU3451a BSMM SITI RASYIQAH BINTI MUHAMAD YUSLI

MPU3451a BSMM SITI RASYIQAH BINTI MUHAMAD YUSLI

NAMA : SITI RASYIQAH BINTI MUHAMAD YUSLI KELAS : 22Q-KG NO KAD PENGENALAN : 030417-08-0956 NAMA PENSYARAH : EN ZULKIFLI B MOHD YUSOF EN NG KHENG LOON BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MPU 3451A - KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


NAMA : SITI RASYIQAH BINTI MUHAMAD YUSLI UNIT : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2021 ANGKA GILIRAN : 2021252340617 TAHUN / SEMESTER : 2 / 2 ALAMAT : NO 196B, KAMPUNG PERMATANG, 32040 SERI MANJUNG, PERAK NO TELEFON : 011-37876497 EMAIL : [email protected] MAKLUMAT PERIBADI


Tujuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah salah satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan juga diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Visi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Misi Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan Moto “Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan) BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Logo dan maksud logo Logo Rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Berasal daripada lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan. Bendera BSMM dalam bentuk lakaran Ukuran piawai lambang bulan sabit pada bendera BSMM


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Lirik : Tan Sri Dato’ Dol Ramli Lagu : Dato’ Johari Salleh Lagu BSMM


PENSYARAH PENASIHAT En. Ng Kheng Loon En. Zulkifli b Mohd Yusof CARTA ORGANISASI PENGERUSI Umi Najwa binti Wahid (22T) NAIB PENGERUSI Nurfarah Wahidah binti Zulkefli (22Q) SETIAUSAHA Fatin Nur Afiqah binti Rasidi (22N) BENDAHARI Nur Fatin Aqilah binti Norizuddin (22P)


Ahli biasa yuran tahunan RM2.00 setahun bayaran dijelaskan kepada setiausaha cawangan/cabang Pengurusan dan pentadbiran unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Pendaftaran dan ahli kumpulan Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan jantina Ahli dan sukarelawan datang dari pelbagai golongan untuk wujudkan hasrat dan prinsip persatuan Komposisi keahlian Ahli kanak-kanak (9-12 tahun) Ahli belia (13-18 tahun) Ahli bantuan (18 tahun ke atas) Ahli seumur hidup Ahli kehormat seumur hidup (untuk yang terima anugerah) Jenis ahli


Ahli Seumur Hidup Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Bayaran yuran ialah RM500 Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun Pasukan bantuan sukarela Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun Ahli belia (permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD)


Tanggungjawab kuasa penganjur Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Merupakan salah seorang dari dua penurunan tandatangan rasmi (official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM Tanggungjawab pemimpin Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan, anjuran, lawatan dan sebagainya


Pakaian seragam ahli dan pemimpin


Pakaian seragam ahli dan pemimpin


Pakaian seragam ahli dan pemimpin


GURU PENASIHAT PENOLONG SETIAUSAHA PENGERUSI PENOLONG PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA PELAJAR Carta organisasi persatuan


JAWATAN TUGAS PENGERUSI Menjadi pengerusi persatuan Menjalankan tugas yang diberikan oleh penasihat dan menggerakkan persatuan Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan TIMBALAN PENGERUSI Menjalankan tugas-tugas dan kewajipan pengerusi sekiranya tidak hadir SETIAUSAHA Menulis minit mesyuarat Menulis laporan aktiviti mingguan BENDAHARI Menerima wang bagi pihak persatuan Menyimpan buku kira-kira AJK KECIL Sebagai wakil untuk memberitahu ahliahli persatuan mengenai aktiviti-aktiviti atau mesyuarat yang akan diadakan Pelantikan jawatankuasa • Mendaftar ahli -ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh pengetua atau guru besar • Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan : a. Memilih Ahli Jawatankuasa b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan


Struktur unit Struktur unit terdiri daripada: 1. kanak-kanak 2. belia 3. ahli belia dan kanak-kanak membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Setiap unit mempunyai pegawai masing-masing Bagi unit belia, pegawai belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua Bagi kanak-kanak pula, pegawai kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan bahagian apa Contohnya Unit PK(Y) 118 menunjukkan unit ini dari cabang Perak merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan


Pengurusan badan uniform secara sistematik dan terancang Tahap tindakan : Merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/ inovatif Melaksanakan aktiviti yang dirancang Merekod data dan maklumat Menganalisis data dan maklumat Mengambil tindakan susulan Tahap kualiti Dengan mematuhi ketetapan kokurikulum/ arahan yang berkuatkuasa/ kurikulum kelab dan persatuan Mengikut keperluan/ kesesuaian/ keupayaan Secara menyeluruh/ kemas kini/ tepat dan betul Secara berterusan/ berkala


Gerakan kemanusian untuk selamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Pengasas Palang Merah Jean Henry Dunant (Jean Henri Dunant) 8 Mei 1828 - 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich, Switzerland. Lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya “A Memory of Solferino ”- menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria. Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant iaitu Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH Sejarah antarabangsa


Rumusan sejarah penubuhan BSMM di Malaysia 1948 - Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan 1950 - BSMM ditubuhkan di Pulau Pinang 1951 - BSMM ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 - BSMM ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang 1961 - Pada 1 Mei, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen 1962 - Pada 16 April, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa 1963 - Pada 4 Julai, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima dan mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah 1963 - Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) 1965 - Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No.47 tahun 1965) 1975 - Pada 21 Ogos, di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975, (Akta 162 - pertukaran nama dan lambang persatuan) 2007 - Pada 25 Mac, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-116 telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


KEMANUSIAN Mencegah dan meringankan kesengsaraan dengan sedaya uapaya dimana sahaja ia wujud Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormatmenghormati sesama manusia KESAKSAMAAN Bantuan diberi tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik. Usaha utamanya ialah meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes-kes yang paling memerlukan. Prinsip asas bulan sabit merah


BERKECUALI Untuk mempertahankan keercayaan yang ada padanya, ia tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi. KEBEBASAN Persatuan ini adalah sebuah pergerakan yang bebas. PERKHIDMATAN SUKARELAWAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. BERSATU Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Persatuan Palang Merah di dalam sesebuah negara. Ia adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli. Ia harus menjalankan aktivitiaktiviti yang berbentuk kemanusian di seluruh negara. KESEJAGATAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah satu sebuah pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.


Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/ bulan sabit merah antarabangsa Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan berasingan: 1.Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) International Committee of the Red Cross (ICRC) Ditubuhkan pada 1863, oleh 5 warganegara swiss Komonen yang prihatin pada pembangunan Undangundang Kemanusian Antarabangsa Tugas: Membantu orang yang cedera Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16/10/1990 Peranan JAPM / ICRC Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah Mengiktirafkan penubuhan persatuan-persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Kebangsaan Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara /rusuhan


2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) International Federation of Red Cross (IFRC) 1919 Dahulu: Liga Persatuan Antarabangsa Palang Merah / Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Tujuan: Memberi semangat, galakan dan promosi kepada semua bentuk aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia Fungsi IFRC Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa


3. Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK) Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Persidangan Palang Merah Antarabangsa ICRC, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali Badan yang membuat keputusan yang tertinggi Semua terikat dengan keputusan dan resolusi (pembaharuan) yang dibuat


Senat BSMM Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan Cawangan Cabang Unit-unit Pasukan Bantuan Sukarela, Pasukan Kumpulan Kebajikan Belia Kanak-kanak Sekretariat Kebangsaan Sekretariat Cawangan Sekretariat Cabang Daerah Daerah Kecil Struktur dan organisasi pertubuhan BSMM


Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga dikenali sebagai undangundang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata Undang-undang kemanusiaan antarabangsa UUKA melibatkan dua keadaan: konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara) konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak) UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya. melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya seperti: orang awam anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit tawanan perang Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan.


Tujuan: melindungi mangsa perang terutamanya orang awam & tentera yang terlibat dalam peperangan Peraturan yang mengehadkan keganasan Sebanyak 194 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut Matlamat: Mengelakkan kemusnahan yang teruk akibat peperangan Sebagai sebuah undang-undang kemanusiaan dunia Mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarnya Pembangunan konvensyen-konvensyen Geneva Konvensyen Geneva 1 Perkhidmatan ketika peperangan Ditandatangani pada 12 Ogos 1864 Melindungi anggota tentera yang sakit dan cedera di darat, anggota perubatan dan anggota beragama yang menjaga mereka serta ambulans dan hospital. Konvensyen Geneva 2 Perlindungan di laut & darat Ditandatangani pada 1899 Melindungi anggota tentera yang sakit, cedera dan karam di laut, anggota perubatan dan anggota beragama yang menjaga mereka serta kapal hospital dan lain-lain kenderaan perubatan. Konvensyen Geneva 3 Perlindungan kepada tawanan perang Ditandatangani pada 1929 Melindungi hak-hak tawanan perang dan meletakkan keadaan minima bagi penempatan, makanan, kerja, disiplin dan hukuman serta hakhak asasi. Konvensyen Geneva 4 Perlindungan terhadap orang awam Ditandatangani pada 1949 Melindungi orang-orang awam semasa peperangan, termasuk yang ditahan di kem-kem dan kawasan yang ditahani dengan meletakkan keadaan yang minima seperti layanan, makanan, pakaian dan lain-lain.


Protokol-protokol tambahan Protokol Tambahan I (1997) Orang awam tidak boleh diserang Objek seperti kerja pengairan, ternakan yang penting untuk kehidupan penduduk tidak boleh diserang Binaan yang mempunyai unsur bahaya (empangan/loji nuklear) tidak boleh diserang Objek kebudayaan (tugu peringatan & tempat agama) tidak boleh diserang Alam semula jadi perlu dilindungi Larangan penggunaan senjata & cara peperangan yang menyebabkan kecederaan berlebihan / penderitaan yang tidak sepatutnya Larangan penyalahgunaan lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah Larangan mengarahkan musuh yang ditawan untuk dibunuh Protokol Tambahan II Deraan adalah dilarang Tawanan politik adalah dilarang kerana kepercayaan politik mereka Anggota perubatan di bawah naungan Palang Merah hendaklah dilindungi Peruntukan terperinci bertujuan untuk melindungi mereka yang cedera, sakit, karam di laut, harta awam & khusus bagi orang-orang awam yang dilucutkan kebebasan mereka Melibatkan perlindungan terhadap korban perang, termasuk perlakuan yang adil terhadap tawanan perang, rawatan bagi yang terluka, dan perlindungan terhadap orang awam yang tidak terlibat langsung dalam konflik. Menetapkan prinsip-prinsip hukuman terhadap pelanggaran aturan kemanusiaan sepanjang konflik bersenjata berlangsung Tanggungjawab negara-negara


Konvensyen-konvensyen Hague Objektif konvensyen Hague Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa Konvensyen Hague 1899 & 1907 Adalah undang-undang peperangan Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague, Netherlands pada tahun 1899 dan 1907 Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangani pada 29 Julai 1899 Perjanjian tersebut berkuatkuasa dari 4 September 1900


2 Konvensyen Hague 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 - Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 - Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 4 Bahagian Konvensyen Hague Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 1. Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat 2. Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 3. Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara 4.


Bulan Sabit Merah - Berasal dari lambang palang merah yang telah diktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929 Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan. Lambang/ Emblem Emblem berbentuk bulan sabit yang berwarna merah digunakan sebagai lambang BSMM rasmi selaras dengan Akta 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) ACt 1975.


Pengenalan lambang Lambang Bulan Sabit Merah Malaysia terdiri dari bulan sabit merah di tengah latar belakang putih. Bulan sabit merah melambangkan perlindungan dan pertolongan kemanusiaan. Pengenalan/Indikatif dan perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya Signifikasi lambang Bulan Sabit Merah melambangkan bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada orang-orang yang memerlukan. Ini mencerminkan prinsip-prinsip kemanusiaan yang mendasari gerakan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia. Warna Putih pada latar belakang lambang melambangkan kesucian dan kebersihan, mencerminkan integriti dan profesionalisme organisasi. Perlindungan dengan penggunaan Lambang Lambang Bulan Sabit Merah digunakan sebagai tanda perlindungan dan identiti organisasi. Ketika lambang ini terlihat, ia menunjukkan keberadaan sebuah lembaga kemanusiaan yang bersedia memberikan bantuan dan perlindungan. Penggunaan lambang ini juga menciptakan kepercayaan dan rasa aman di antara masyarakat. Orang-orang dapat mengenali lambang ini sebagai simbol bantuan kemanusiaan yang dapat diandalkan dalam situasi darurat atau krisis. Penggunaan lambang secara khusus dilindungi oleh hukum internasional dan nasional untuk memastikan bahawa lambang tersebut hanya digunakan oleh organisasi kemanusiaan yang sah. Ini membantu mencegah penyalahgunaan dan memastikan bahwa identiti Bulan Sabit Merah dihormati.


Konvensi Geneva 1949: Konvensi Geneva merupakan serangkaian perjanjian internasional yang mengatur perlindungan korban perang dan orang-orang yang tidak lagi ikut serta dalam pertempuran. Konvensi Pertama (Konvensi untuk Pemulihan Korban Perang Bersenjata) dan Konvensi Kedua (Konvensi untuk Perlindungan Korban Perang Laut) secara khusus berkaitan dengan perlindungan yang adil terhadap korban perang bersenjata dan korban perang laut. Konvensi Ketiga dan Keempat melibatkan perlindungan korban perang di medan perang. Undang-undang asas konvensyen Protokol Tambahan I dan II dari 1977: Protokol Tambahan I mengenai Perlindungan Korban Perang antarabangsa I memberikan perincian lebih lanjut tentang hak dan perlindungan tambahan bagi korban perang antarabangsa. Protokol Tambahan II mengenai Perlindungan Korban Perang bukan antarabangsa memberikan garis panduan untuk perlindungan korban konflik bersenjata yang bukan konflik internasional.


Undang-Undang Malaysia yang Berkaitan: Pada peringkat kebangsaan, undang-undang Malaysia juga akan memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan prinsipprinsip Konvensi Geneva. Ini termasuk undang-undang tentang organisasi kemanusiaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia. Akta Bulan Sabit Merah Malaysia 1965: Akta ini merangkumi ketentuan-ketentuan yang mengatur pembentukan dan fungsi Bulan Sabit Merah Malaysia. Ini termasuk aspek-aspek seperti tugas dan tanggung jawab organisasi serta kewajiban untuk menghormati prinsip-prinsip Konvensi Geneva Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Dalam konteks situasi darurat atau keadaan konflik internal, Akta ini akan memberikan kerangka kerja hukum bagi operasi dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi kemanusiaan, termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia.


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Perancangan takwim tahunan aktiviti BSMM


Tarikh / Hari Masa 1.00 - 2.00 petang (1 jam) Kumpulan Sasaran 34 orang murid unit beruniform BSMM (murid tahun 6) Jenis Kokurikulum Unit Beruniform (BSMM) Tajuk Rawatan luka dan gigitan Objektif Latihan Di akhir program, murid akan dapat : Melakukan rawatan luka dan gigitan dengan betulMenerangkan secara lisan setiap langkah rawatan luka dan gigitan dengan betulMenerangkan nilai kerjasama, tolong menolong, bertanggungjawab dan hormatmenghormati semasa aktiviti dijalankan Pengetahuan sedia ada Murid pernah mendapat rawatan luka dan gigitan serangga Nilai Kerjasama, tolong-menolong, bertanggungjawab, hormatmenghormati Alatan / Bahan Senarai kehadiran, buku log, Projektor LCD, komputer riba, slaid, buku panduan PBSM dan peti kecemasan RANCANGAN LATIHAN KOKURIKULUM


KOMPONE N / MASA AKTIVITI KETERANGAN PENNGELOLAAN / GAMBAR RAJAH Pendahulu an (7 minit) Pengenal an luka dan gigitan Guru bertanya kepada murid jika mereka pernah mengalami luka/ gigitan haiwan 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran 2. Guru menunjukkan gambar jenisjenis luka dan gigitan kepada murid 3. Luka terbuka Luka tertutup Luka gigitan anjing Langkah 1 (15 minit) Langkahlangkah rawatan luka dan gigitan Guru menerangkan rawatan yang digunakan kepada murid 1. Murid mencatat nota yang diberikan dalam buku nota 2. Guru bertanya kepada murid mengenai rawatan luka dan gigitan 3.


4. Guru memberikan penerangan dengan mengadakan sesi soal jawab untuk mewujudkan interaksi dua hala Langkah rawatan luka Tinggikan bahagian luka melebihi aras jantung dan kurangkan pergerakan pada bahagian yang terluka 1. Meletakkan tekanan pada luka dengan menggunakan kain steril/ gauze, kekalkan tekanan sehingga pendarahan berhenti 2. Sekirannya pendarahan tidak berhenti selepas 15 minit, letak tekanan yang kuat pada salah satu titik antara luka dan 3. Bersihkan luka menggunakan antiseptik


jantung dan lepaskan sebaik sahaja pendarahan berhenti 4. Selepas pendarahan berhenti, balut luka dengan pembalut yang ketat dan letak pek ais dengan tekanan selama 10 minit Langkah rawatan gigitan anjing Cuci air liur anjing dengan air sehingga bersih 1. Cuci luka dengan larutan cecair antiseptik/ sapukan krim antiseptik’ 2. Letakkan pembalut steril di atas luka dan balutkannya 3. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera 4. Pembalut yang ketat


Langkah 2 (15 minit) Melakuk an demonstr asi : Rawatan luka Rawatan gigitan Guru memilih tiga orang murid secara rawak untuk dijadikan sebagai mangsa yang mendapat luka pada tangan, kaki serta terkena gigitan haiwan 1. Guru melakukan demonstrasi rawatan luka dan gigitan ke atas murid tersebut 2. Murid lain akan memperhatikan cara rawatan yang dilakukan guru sambil menyalin nota 3. Guru menyoala murid dengan soalan yang berkaitan rawatan luka dan gigitan. 4. Apakah langkah yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan rawatan? 5.


Langkah 3 (20 minit) Aktiviti simulasi Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan (4 ahli satu kumpulan) 1. Enam stesen disediakan untuk setiap kumpulan 2. Ketua kumpulan dilantik dan perlu mencabut undian yang mengandungi situasi kecederaan luka atau gigitan 3. (a) Seorang ahli dalam setiap kumpulan menjadi mangsa 4. Murid diminta untuk menggunakan rawatan luka/ gigitan yang bersesuaian mengikut situasi yang diberikan 5. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 2 minit dan aktiviti dijalankan serentak


6. Setelah selesai, sesi “Gallery Walk” dijalankan (a) Ketua kumpulan akan menjelaskan langkah rawatan (b) 2 ahli yang lain akan bergerak ke stesen lain dalam arah pusingan jam dan diberikan tempoh 3 minit penjelasan untuk setiap stesen 7. Guru membuat penilaian terhadap setiap kumpulan Penutup (3 minit) Rumusa n Murid diminta menulis refleksi secara ringkas berkaitan pembelajaran mengenai rawatan luka dan gigitan 1. Guru bertanya soalan kepada murid berkaitan rawatan luka dan gigitan yang telah dipelajari 2. Guru membuat kesimpulan 3.


CATATAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM IPGMK SULTAN ABDUL HALIM Tajuk : Taklimat Maklumat Kursus, Mesyuarat Agung (perlantikan ahli jawatankuasa) dan Pembentangan Topik 1 Tarikh : Rabu (10/1/2024) Masa : 8.00 - 10.00 pagi Tempat : Bangunan GERKO Pensyarah Penasihat : En. Zulkifli b Mohd Yusof En. Ng Kheng Loon Catatan Aktiviti : 1. Perjumpaan dimulakan dengan nyanyian lagu BSMM oleh semua ahli dan pensyarah penasihat. 2. Diteruskan dengan taklimat maklumat kursus yang disampaikan oleh pensyarah penasihat bagi memastikan semua ahli faham akan kursus yang akan mereka pelajari. 3. Setelah semua ahli mendengar taklimat maklumat kursus, Mesyuarat Agung diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa bagi BSMM kumpulan 3. Kewujudan ahli jawatankuasa ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan aktiviti yang bakal dilaksanakan. 4. Masa yang berbaki digunakan untuk pembentangan topik 1 daripada ahli


LAMPIRAN


CATATAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM UNIT KOKURIKULUM IPGMK SULTAN ABDUL HALIM Tajuk: Pembentangan Topik 2: sejarah pendidikan palang merah / Bulan sabit merah Tarikh: Rabu 17/1 / 2024 Masa: 8.00- 10.00 pagi Tempat: Bangunan GERKO Pensyarah Penasihat : En. Zulkifli b Mohd Yusof En. Ng Kheng Loon Catatan Aktiviti : 1. Perjumpaan dimulakan dengan nyanyian lagu BSMM oleh semua ahli dan pensyarah penasihat 2. Pensyarah penasihat memberi penerangan tentang bulan sabit merah iaitu uniform yang terbaru untuk tahun 2024 dan memberi penerangan tentang kepentingan persatuan bulan sabit merah di Malaysia 3. Pensyarah penasihat memberi penerangan tentang topik pembentangan yang akan dibentang iaitu topik 2 4. Pembentangan topik 2 sejarah pendidikan palang merah/ bulan sabit merah dari kumpulan 2 yang terdiri dari 3 ahli kumpulan


Click to View FlipBook Version