PERTANDINGAN KEMAHIRAN DAN INOVASI
SECARA ATAS TALIAN
BAGI PROGRAM
SENI KULINARI, KOSMETOLOGI,
PENDIDIKAN AWAL AWAL KANAK-KANAK DAN
SENI REKA FESYEN
PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL ERT
SETAPAK
BIDANG KEMAHIRAN:
KOSMETOLOGI
SOALAN PERTANDINGAN
Pertandingan Kemahiran Dan Inovasi KVERTS 2021
BIDANG KEMAHIRAN : KOSMETOLOGI
SOALAN : SOLEKAN KREATIF
TEMPOH MASA : 15 MINIT (MAKSIMUM)
ARAHAN SOALAN:
Tugasan:
1. Peserta perlu menghasilkan satu video solekan kreatif yang mengandungi perkara
berikut :
i. Lakaran solekan beserta penerangan secara lisan (2 minit)
Sila muat turun lakaran muka yang telah disertakan dalam borang
pendaftaran.
Peserta perlu memperkenalkan diri sebelum memulakan penerangan.
ii. Gambar model sebelum solekan.
iii. Tutorial prosedur solekan.
iv. Gambar hasil solekan lengkap dengan aksesori, pakaian dan penggayaan
rambut atau penutup kepala yang bersesuaian dengan tema solekan.
2. Gambar selepas solekan atau video yang telah disunting akan dipotong markah.
PEMBAHAGIAN MARKAH:
TUGASAN MARKAH (%)
TUGASAN SOLEKAN 90
PROFESIONALISME 10
JUMLAH 100
KRITERIA PEMARKAHAN
1. Pemarkahan dan penilaian yang dinilai pada video
i. Penerangan mengenai lakaran solekan
ii. Langkah kerja solekan
iii. Hasil akhir solekan
iv. Kreativiti suntingan video
v. Nilai profesionalisme
MAKLUMAT TAMBAHAN :
1. Anda dibenarkan menggunakan MODEL dengan mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sepanjang pertandingan berlangsung.
2. Suntingan video boleh menggunakan mana mana jenis aplikasi.
3. Tidak melebihi had waktu yang ditetapkan.
4. Video dihantar pada tarikh: 15 & 16 November 2021.
Pertandingan Kemahiran Dan Inovasi KVERTS 2021
SYARAT PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada semua pelajar program Kosmetologi tahun 1 Diploma & 2 Diploma
Kosmetologi (terhad pada 20 penyertaan sahaja).
2. Pendaftaran dibuka 1 November 2021 dan ditutup pada 5 November 2021
3. Tarikh penghantaran video bermula pada 15 November 2021 dan tarikh akhir pada 16
November 2021
4. Tarikh pertandingan 24 November 2021.