e-buku novel naratif ogonshoto ZURAIKAH BINTI ISMAIL
penghargaan Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, E-Buku ini berjaya diterbitkan. E-Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua murid sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Sebagai usaha awal, E-Buku ini merupakan salah satu buku teks digital yang menggantikan buku teks fizikal yang memudahkan pembelajaran murid-murid ketika mengulangkaji pelajaran dan mencari rujukan. Saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu saya untuk menjayakan e-buku ini khususnya ibu bapa saya, pensyarah saya dan kawan-kawan seperjuangan saya sekalian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga e- buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik- baiknya oleh semua murid di sekolah mahupun di rumah. Sekian, terima kasih
pengenalan Novel ialah prosa rekaan yang panjang yang dalamnya termuat sebahagian daripada kehidupan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). . Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada serpihan hidup manusia pada sesuatu tempat dan masa tertentu. Novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Naratif Ogonshoto ialah sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen tulisan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik.
Anwar Ridhwan atau nama sebenarnya Anuar bin Hj. Rethwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar (1956-1962). Seterusnya, Anwar melanjutkan persekolahan menengahnya di Sekolah Ungku Aziz, Sabuk Bernam (1963-1967) sebelum memasuki tingkatan enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968- 1969). Selanjutnya Anwar melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya (1970-1973) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera. Setelah tamat pengajian, Anwar Ridhwan terus diterima bertugas sebagai pegawai sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pada tahun 1980. Anwar melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Sastera pada tabun 1983 dan pada tahun 1998, Anwar mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. biodata pengarang
aspek sastera Sinopsis Watak& Perwatakan Teknik Plot Sudut Pandangan Nilai Murni Tema& Persoalan Plot Latar Gaya Bahasa Pengajaran
MAKSUD Sinopsis merupakan ringkasan tentang perkara yang berlaku dan dipaparkan dalam sesebuah cerita. Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Persoalan pula ialah halhal yang diketengahkan dalam karya. Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cereka. Perwatakan ialah cara pengarang melukiskan watak. Contohnya, baik hati, jujur dan rajin. Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka sebagaimana yang digambarkan oleh pengarang. Teknik Plot atau penceritaan ialah cara pengarang menggunakan teknik untuk menjadikan karyanya lebih berkesan.
MAKSUD Latar bagi sesebuah cereka boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat. Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembahkan bahan-bahan cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam menggambarkan aksi atau perlakuan sesuatu watak dan cerita. Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang bagi memastikan keberhasilan karyanya. Aspek nilai murni ilah sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. Pengajaran ialah mesej yang ingin disampaikan oelh pengarang dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai.
sinopsis prolog :kawai maru Pengarang memperkenalkan kapal Kawai Maru, isi kapal dan Republik ogonshoto dan keunikannya secara umum. Kapal Kawai Maru sebuah kapal yang besar dan canggih. Pemilik kapal , Tuan Kawai mengabdikan namanya pada kapal. Latihan
TEMA &PERSOALAN Tema : Kezaliman seorang pemerintah dalam memerintah sesebuah negara. Persoalan : Tentang penggunaan teknologi moden dalam perikanan. Contoh; Kawai Maru menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya. Latihan
watak dan perwatakan Presiden Watak : Watak protagonis sebagai peneraju utama dalam novel. Perwatakan : Seorang yang berpandangan jauh. Latihan
PLOT -Permulaan atau eksposisi -Perkembangan atau pertengahan cerita -Perumitan atau konflik -Kemuncak atau klimaks -Peleraian Latihan
teknik plot Teknik imbas kembali - teknik pengarang untuk mengenang semula peristiwa yang telah berlaku Teknik yang lain -Teknik imbas muka -Teknik Saspens -Teknik Konflik -Teknik kejutan -Dialog -Monolog
latar Latar tempat Kawai Maru Ogonshoto Gora-Gora Latar Masa Esok Tahun 1633 Pagi Latar Masyarakat Masyarakat yang berani Masyarakat nelayan Masyarakat kreatif dan inovatif Latihan
sUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang yang pertama Latihan Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas atau serba tahu Sudut pandangan orang ketiga terbatas
gaya bahasa -Diksi -Ayat -Personifikasi -Metafora -Perlambangan -Sinkope -Simile Latihan
Nilai murni Baik hati Penduduk di pantai barat GoraGora menyelamatkan pemuda Banaba dan membawanya ke hospital. Presiden pula menjadikannya sebagai anak angkat. Berdikari. Tuan Kawai percaya kepada diri sendiri dan sanggup melabur dan menempah sebuah kapal raksasa,iaitu Kawai Maru. Latihan
pengajaran Kita mestilah bersikap patriotik dan sayang akan negara. Contohnya, Tuan Kawai membina kapal yang besar semata-mata untuk memastikan bekalan ikan di Jepun mencukupi dan tidak mengharapkan ikan yang import sahaja. (halaman 2) Latihan
Kesimpulan Semoga e-buku ini memudahkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
terima kasih