The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saza khuza, 2021-01-20 20:19:55

AKRONIM

AKRONIM

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2


TEMA 1 : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TATABAHASA
Akronim

Kata Akronim ialah cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada
serangkaian perkataan. Cantuman boleh terdiri daripada
· Huruf-huruf daripada rangkaian kata
· Suku-suku kata daripada rangkaian kata
· Bahagian-bahagian daripada perkataan

Ada 4 jenis KATA AKRONIM
1. Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh: ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia
USIM-Universiti Sains Islam Malaysia
UNITAR- Universiti Tun Abdul Razak

 ( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung
makna yang sama )


2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
MAWAR - Majlis Wanita Johor

3. Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
cerpen – cerita pendek
komsas – komponen sastera

4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikuti.

Contoh: jentolak – jentera tolak
jalurah - jalan lurah
purata - pukul rata


TUGASAN 1:

Bina ayat yang sesuai menggunakan akronim dibawah

Contoh: senamrobik (senaman aerobik)
Ayat : Semua murid Tingkatan Satu menyertai aktiviti
senamrobik dalam Temasya Sukan Tahunan di sekolah.

1. Tadika (taman didikan kanak-kanak)
2. Taska (taman asuhan kanak-kank)
3. Pawagam (panggung wayang gambar)
4. Cerpen (cerita pendek)
5. Kugiran (kumpulan gitar rancak)
6. Proton (Perusahaan Otomobil Nasional)


Click to View FlipBook Version