E-PORTFOLIO
Sejarah perkembangan, senarai
nilai dan perubahan
Kurikulum
Pendidikan
Moral
PREPARED FOR : FROM GROUP :
DR. NOR FAUZIAN BINTI FRIENDS
KASSIM
AHLI
KUMPULAN
NIK IZZATI BT MOHD RASANI
(278314)
NUR ATIQAH BINTI ZAINOL
(278064)
FATIN NUR AMIRAH BINTI MOHD NAZAN
(279901)
NORHIDAYAH ALIA BINTI SAPUAN
(278494)
SEJARAH
PERKEMBANGAN
KurikulumPendidikan Moral
SEJARAH
PERKEMBANGAN
Pendidikan Moral merupakan subjek yang
dipenuhi dengan nilai-nilai murni dan telah pun
diwujudkan sejak tahun 1988 . Subjek ini
sememangnya penting untuk dipelajari oleh para
pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah
sehingga ke peringkat pengajian tinggi universiti
demi membentuk jati diri yang kukuh dalam diri
pelajar. Oleh itu, subjek Pendidikan Moral telah
pun mengalami dua semakan dan telah mengalami
perubahan selaras dengan perubahan moral dan
etika semasa demi mewujudkan pembelajaran
holistik abad-21.
KBSM
HOLISTIK
KSSM
RELEVAN
PERUBAHAN
Bertitik tolak kepada persediaan menghadapi era digital, pihak kementerian bertekad untuk meningkatkan kualiti
pengajaran sebagai wahana pendidikan yang paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan menengah
dan meningkatkan keberhasilan murid. Oleh itu, penyemakan semual kurikulum pendidikan telah dilakukan
sehingga membawa perubahan daripada KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah) kepada KSSM (Kurikulum
Standard Sekolah Menengah)
KBSM KSSM
KBSM yang digubal Pada tahun 2014 KSBM
berdasarkan Falsafah telah diubah menjadi KSSM
Pendidikan Negara telah dan KSSM telah
dilaksanakan di sekolah dilaksanakan di sekolah
menengah pada tahun menengah selepas 3 tahun
1989 . KBSM diwujudkan kewujudannya iaitu pada
berdasarkan kepada tahun 2017. KSSM dicipta
prinsip kepercayaan dan berdasarkan hasrat Pelan
kepatuhan kepada Tuhan Pembangunan Pendidikan
demi melahirkan insan di Malaysia. KSSM juga
yang seimbang. KBSM juga dianggap lebih sesuai
menggabungkan ilmu, berbanding KBSM kerana
kemahiran , bahasa dan KSSM lebih relevan untuk
nilai dalam semua mata diguna pakai demi
pelajaran menjamin pembelajaran
holistiK abad ke-21.
INOVASI
KURIKULUM
Inovasi kurikulum membawa
maksud perubahan atau
pengubahsuaian kepada kurikulum
sedia ada ke arah: penambahbaikan,
peningkatan, kemajuan, peninggian
mutu; kesuaian dengan keperluan
semasa; memenuhi permintaan dan
keperluan; seiring dengan trenda
semasa.
PROSES PERKEMBANGAN
KURIKULUM
Proses pengembangan kurikulum yang digunapakai
oleh KPM bercorak kitaran (cyclic model) seperti
gambar rajah berikut:
1956 Penyata Razak & KBSM 1983- 2006-2010:Pelan KSSM 2011-2025
1960 Penyata Rahman 1992 Induk Pembangunan KURIKULUM
STANDARD
Talib Pendidikan [PIPP]
1973 Pusat 1988 Falsafah
2013-2025
:Pelan
Perkembangan Pendidikan Negara Pemban
gunan
Kurikulum ditubuhkan KBSM
1993-
digubal 2010 Pendidikan
KLSM 1955-1982 •1991 Wawasan 2020 Malaysia
KURIKULUM
diperkenalkan BERSEPADU
Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah di Malaysia
MoPreanlMddeaidnnigkKiakenunteMgBoaidrraaaalnngTin7g:kaBtuaknu 4Teks
;
SENARAI NILAI KSSM
Berdasarkan Bidang 7 Pendidikan Moral Tingkatan 4 iaitu Moral dan
Kenegaraan. Terdapat 6 nilai yang berjaya ditemui mengikut unit-
unit yang telah kami bincangkan dalam buku teks KSSM. Antaranya
ialah nilai bertanggungjawab, patriotisme, kerjasama,
kesederhanaan, berterima kasih dan yang terakhir adalah hormat.
NILAI YANG PERTAMA IAITU NILAI BERTANGGUNGJAWAB. NILAI INI
DAPAT KITA LIHAT DALAM UNIT 8 HAK DAN TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA. NILAI BERTANGGUNGJAWAB TERSEBUT MERUPAKAN
SATU NILAI YANG MENUNJUKKAN KERELAAN ATAU KESANGGUPAN
SESEORANG INDIVIDU TERSEBUT DALAM MELAKSANAKAN SESUATU
TUGAS ATAU TANGGUNGJAWABNYA DENGAN BAIK DAN JUGA
SEMPURNA. CONTOHNYA, SIKAP SESEORANG TERSEBUT YANG
MENYAYANGI DAN MENCINTAI ALAM SEKITAR DAN INDIVIDU TERSEBUT
SENTIASA MENGAMBIL BERAT AKAN KEADAAN ALAM SEKITAR DI
SEKELILINGNYA. INI MENUNJUKKAN INDIVIDU TERSEBUT MEMPUNYAI
RASA TANGGUNGJAWAB UNTUK MELESTARIKAN ALAM SEKITAR.
NILAI PATRIOTISME MERUPAKAN NILAI KEDUA YANG DAPAT KAMI
TEMUI SEPANJANG PERBINCANGAN KAMI BERLANGSUNG. NILAI
PATRIOTISME TERSEBUT DITEMUI DALAM UNIT 8 BIDANG 7 MORAL
DAN KEWARGANEGARAAN. NILAI INI MERUPAKAN SATU NILAI YANG
MENUNJUKKAN BAHAWA KITA SEBAGAI RAKYAT YANG BANGGA
DAN TAAT SERTA SETIA KEPADA RAJA DAN JUGA NEGARA. SEBAGAI
CONTOH, SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN DAN
MEMARTABATKAN NAMA NEGARA DI PERSADA DUNIA DARI SEGI
SUKAN, PEKERJAAN DAN SEBAGAINYA.
SETERUSNYA ADALAH NILAI KERJASAMA. NILAI KERJASAMA INI
MEMBAWA MAKSUD MENJALANKAN SESUATU PEKERJAAN ATAU
PERKARA BERSAMA-SAMA DEMI KEBAIKAN SEMUA PIHAK. NILAI
INI DINYATAKAN DALAM UNIT 9 IAITU PERPADUAN MASYARAKAT
ASAS KEMAKMURAN NEGARA. NILAI KERJASAMA INI JIKA
DITERAPKAN DAN DIAPLIKASIKAN KEPADA SEMUA RAKYAT
MALAYSIA AKAN MEWUJUDKAN SATU PERPADUAN YANG KUKUH
UNTUK NEGARA. SEBAGAI CONTOH, MELAKUKAN AKTIVITI
KESUKARELAWANAN DI SESUATU KAWASAN UNTUK MEMBANTU
MANGSA-MANGSA YANG TERLIBAT DENGAN APA-APA BENCANA
DAN MEREKA AKAN SALING BEKERJASAMA UNTUK MEMBANTUK
SESAMA SENDIRI.
KAMI JUGA MENDAPATI TERDAPAT NILAI KESEDERHANAAN YANG
DIJUMPAI DALAM UNIT 10 PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA
BERETIKA. NILAI KESEDERHANAAN INI MEMBERI MAKSUD SATU
SIKAP YANG SENTIASA BERPADA-PADA DAN TIDAK KETERLALUAN
DALAM MEMBUAT SESUATU PERTIMBANGAN ATAU PERLAKUAN
TANPA MELUPAKAN KEPENTINGAN DIRI DAN ORANG LAIN.
CONTOHNYA SEPERTI, MEMBUAT SATU PERBELANJAAN UNTUK DIRI
SENDIRI MENGIKUT KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK KERANA
KEBIASAANNYA APABILA BERBELANJA MENGIKUT KEHENDAK
AKAN BERLAKUNYA PEMBAZIRAN.
DALAM UNIT 11 IAITU KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA, TERDAPAT
SATU NILAI YANG DITEMUI IAITU BERTERIMA KASIH. NILAI INI
MERUPAKAN SATU NILAI YANG PALING DISUKAI OLEH SEMUA
PIHAK KERANA NILAI INI MENUNJUKKAN BAHAWA KITA
MENGHARGAI SESEORANG YANG TELAH MEMBANTU KITA.
CONTOHNYA, SESEORANG TELAH MEMBANTU KITA MEMBUAT
SESUATU PEKERJAAN, DAN KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADA INDIVIDU TERSEBUT DAN IA BERMAKSUD KITA
MENGHARGAI PERTOLONGAN YANG INDIVIDU TERSEBUT BERIKAN.
NILAI YANG TERAKHIR ADALAH NILAI HORMAT. NILAI INI DIDAPATI
DALAM UNIT 12 KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
NILAI INI BERMAKSUD MEMULIAKAN DAN MENGHARGAI SESEORANG
INDIVIDU TERSEBUT. PENERAPAN NILAI INI AKAN MEWUJUDKAN SATU
KEADAAN YANG TENANG DAN AMAN KERANA SALING MENHORMATI
ANTARA SATU SAMA LAIN. CONTOHNYA SEPERTI, TINGGAL DI
KAWASAN KEJIRANAN DAN HENDAKLAH TIDAK MEMBUAT PERKARA
YANG BOLEH MEWUJUDKAN KETIDAKSELESAAN KEPADA JIRAN-JIRAN
YANG LAIN.
SENARAI NILAI KBSM
DI SAMPING ITU, DALAM BAB 4 PENDIDIKAN MORAL IAITU NILAI BERKAITAN
DENGAN PATRIOTISME. TERDAPAT 3 NILAI YANG DIGUNAKAN DALAM BAB
TERSEBUT. ANTARANYA IALAH NILAI CINTA AKAN NEGARA, SANGGUP BERKORBAN
UNTUK NEGARA DAN TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA.
CINTA AKAN NEGARA TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN SANGGUP BERKORBAN
NEGARA UNTUK NEGARA
Nilai cinta akan negara Nilai yang kedua adalah taat Akhir sekali, nilai sanggup
berkorban untuk negara. Ini
merupakan nilai yang pertama. setia pada raja dan negara. Nilai menunjukkan sebagai satu
tanda berbakti untuk negara.
Nilai ini adalah satu nilai yang ini amatlah penting untuk Mereka rela berkorban demi
tanah air walaupun nyawa
mempunyai rasa kasih sayang, diterapkan dalam diri setiap mereka menjadi galang
gantinya.
bangga akan tanah air sendiri rakyat yang tinggal di negara ini.
dan lebih mementingkan Terutama sekali bagi mereka
kepentingan engara berbanding yang berkerja dalam
diri sendiri. Contohnya, wira-wira mempertahankan negara.
negara yang sanggup Juetreu itu, mereka perlu
meninggalkan keluarga tersayan menjaga nama baik raja dan
demi menjalankan tugas untuk negara bagi mengelakkan
mempertahankan negara. wujudnya persengketaan antara
negara lain dengan negara lain.
PERBANDINGAN
ANTARA KBSM DAN KSSM
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), menyatakan
terdapat 36 nilai-nilai moral yang perlu dipelajari. Manakala, dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) hanya menetapkan 18 nilai moral yang
perlu dipelajari oleh para pelajar.
Buku teks Pendidikan Moral KBSM menyatakan setiap 7 bidang yang dipelajari
mempunyai nilai-nilai moral yang tersendiri dan telah ditetapkan untuk setiap
bidang. Manakala, buku teks Pendidikan Moral (KSSM) menunjukkan 18 nilai
universal tidak ditetapkan untuk mana-mana bidang pelajaran dalam
Pendidikan Moral.
PERUBAHAN
KANDUNGAN
KURIKULUM
PENDIDIKAN
MORAL
BERDASARKAN
ISU SEMASA
NILAI
JUSTIFIKASI
ISU SEMASA
PERUBAHAN
PENERAPAN
NILAI DALAM
KANDUNGAN
Penerapan tentang nilai merupakan
titik mula dalam melahirkan insan
yang bermoral. Nilai yang baik
menunjukkan moral yang baik dan
berkualiti dalam diri seseorang.
Antara perubahan yang berlaku terhadap kandungan
kurikulum Pendidikan Moral ialah perubahan penerapan
nilai dalam kandungan.
Seperti yang kita boleh lihat, di dalam Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4
KBSM, terdapat bab 4 iaitu Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme yang berkaitan
dengan Bidang 7 Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, iaitu Moral dan
Kenegaraan.
Dalam KBSM, bab mengenai nilai patriotisme hanya mempunyai tiga unit,
manakala di dalam KSSM, terdapat lima unit. Hal ini bermakna nilai yang
diterapkan juga lebih banyak. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru semasa
menggunakan KBSM ialah kurikulum sama yang disediakan untuk semua tidak
dapat melayani kehendak dan latar belakang pelbagai pelajar, termasuklah
kehendak dalam mencapai nilai yang baik. Oleh sebab itu KSSM mula
diperkenalkan.
.
NILAI BARU
Menurut Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) Pendidikan Moral Tingkatan
Empat, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam
standard kandungan. Sebahagiaan EMK dalam KBSR dan KBSM masih
diterapkan dalam pelaksanaan KSSR dan KSSM seperti nilai baik hati, hemah
tinggi, kasih sayang, berterima kasih dan semangat patriotisme.
Walaubagaimanapun KSSM (Semakan 2022) mempunyai nilai tambahan iaitu
kesederhanaan dan kebebasan.
Bagi elemen nilai murni, KPM bersetuju untuk menambah beberapa nilai baharu
dalam bidang ini. Antaranya ialah nilai kesderhanaan. Nilai ini dapat diteliti
dengan lebih mendalam dalam unit 10 bidang 7 iaitu, Pengurusan Perbelanjaan
Secara Beretika. Kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain.
KESEDERHANAAN
JUSTIFIKASI
Semakin hari, kita boleh lihat semakin banyak kes yang melibatkan
kewangan dan pengurusannya. Kos sara hidup juga semakin
meningkat. Hal ini telah menjejaskan terutamanya para pelajar.
Tambahan pula, pelajar masih memerlukan dan menguruskan
wang dengan berjimat, tambahan lagi jika mereka merupakan
pelajar yang perlu membiayai pendidikan. Ramai rakyat Malaysia bermula
daripada golongan kanak-kanak sehingga dewasa yang kurang beretika dalam
menguruskan kewangan masing-masing. Hal ini telah menyebabkan pelbagai
kes yang tidak bermoral seperti rasuah, pencurian dan pergaduhan berlaku
disebabkan wang. Golongan yang tidak menguruskan kewangan dengan
beretika dan besederhana juga tidak akan melakukan jenayah sepeti salahguna
kuasa, tidak adil dan menindas golongan yang lemah. Nilai kesederhanaan
telah hilang dari diri mereka. Sekiranya nilai ini tidak diterapkan dalam diri
rakyat, mereka akan dianggap tidak mencintai negara kerana negara akan
mengalami pelbagai masalah
KESAN
KURANG NILAI KESEDERHANAAN
DALAM DIRI
Kesan nilai ini kurang diterapkan kepada pelajar ialah
apabila mereka dewasa dan memasuki alam pekerjaan,
rumah tangga dan bergaul dengan komuniti, banyak
kepetusan yang dibuat tidak sesuai dan bersikap
keterlaluan. Sebagai contohnya, membeli dalam kuantiti
yang banyak sehingga membebankan keluarga dan
orang lain. Dalam konteks KSSR, nilai ini cuba diterapkan
dalam bidang kenegaraan dengan mengetengahkan cara
menguruskan perbelanjaan dengan bersederhana,
berhemah dan beretika.
1.PERBELANJAAN KETERLALUAN
Bagi perspektif kami, isu semasa yang boleh
melihat kurangnya nilai kesederhanaan dalam diri
rakyat Malaysia terutamanya pelajar dan tidak
menunjukkan semangat kenegaraan yang baik
apabila berlaku sikap keterlaluan dalam membeli
iaitu 'panic buying' sama ada setiap kali
menjelang musim perayaan dan musim ditimpa
musibah/wabak. Sebagai contoh, baru-baru ini
ramai yang berbelanja secara berlebihan dan
keterlaluan sehingga memutuskan bekalan
makanan kepada golongan yang kurang mampu.
ISU
SEMASA
Pengurusan perbelanjaan secara Sekiranya pengurusan kewangan
beretika juga mampu mendorong tidsk diuruskan dengan baik dan
pelajar untuk beretika semasa sifat kesederhaan tidak ada dalam
menguruskan perbelanjaan kelak. diri, pelajar mungkin akan
terdorong untuk mencuri. Pelajar
2. KES PENCURIAN yang tidak bersederhan tidak
merasa puas dengan apa yang dia
ada. sebagai contohnya, dia
menginginkan motosikal jenama
terbaru tetapi tidak mempunyai
wang yang cukup. Hal ini
sekaligus menjadikannya seorang
yang tidak mempunyai sifat
kenegaraan kerana mencuri hak
orang awam.
ORGANISASI
MATAPELAJARAN
Pada tahun 1989-2013, KBSM telah menetapkan
subjek pendidikan Moral sebagai subjek teras,
wajib dan tambahan. Manakala, bermula pada
tahun 2014, KPM masih mengekalkan pendidikan
moral sebagai subjek teras dan elektif dalam KSSM
KBSM PERBANDINGAN KSSM
Teras Teras
Tambahan Elektif
Wajib
MENGAPA MASIH KEKALKAN PENDIDIKAN MORAL
SEBAGAI SUBJEK TERAS?
Pendidikan Moral memberikan kesan positif terhadap perkembangan
pelajar di sekolah. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat
dikawal dengan adanya penerapan nilai-nilai murni dalam subjek
pendidikan Moral.
ISU SEMASA
Tular satu isu menunjukkan tingkah laku
tidak sopan pelajar membuang buku ke
dalam sungai dan menghina guru mereka
dengan menuliskan kata-kata kesat di baju
selepas tamat peperiksaan SPM.
ISU SEMASA
Sekumpulan pelajar membuat
provokasi dengan ejek-
mengejek sehingga
mencetuskan pergaduhan.
Guru yang berada do lokasi
kejadian telah meleraikan
pergaduhan tersebut.
Pelajar perlu
menghayati Dan
mengamalkan
nilai universal
dalam
kehidupan
JUSTIFIKASI
Pendidikan Moral bermatlamat
untuk melahirkan insan yang
berakhlak mulia dan berintegriti
yang berpegang kepada nilai
universal berasaskan prinsip
moral. dan menyumbang ke
arah perpaduan dan
kesejahteraan negara serta
masyarakat global. 07
BERPUSATKAN GURU &
BERPUSATKAN PELAJAR
KPM telah menggubal semula
kurikulum untuk melahirkan generasi
yang lebih berdaya saing dan
berupaya untuk berfikir secara kritis
dan kreatif. Oleh itu, KPM telah
memfokuskan pembelajaran secara
berpusatkan murid berbanding dengan
berpusatkan pelajar.
Menerapkan kemahiran abad ke-21 iaitu Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang terbahagi kepada empat tahap pemikiran.
JUSTIFIKASI
PERBEZAAN INI MERUPAKAN
USAHA UNTUK MELAHIRKAN
PELAJAR YANG TERLIBAT AKTIF
DALAM SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM KELAS
DAN MEWUJUDKAN PROSES
INTERAKSI YANG BERKESAN.
KBSM YANG BERPUSATKAN
GURU MENYEBABKAN PELAJAR
LEBIH PASIF DAN KURANG
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI.
ISU SEMASA
KAEDAH BERPUSATKAN GURU MENYEBABKAN
MURID MENJADI LEBIH PASIF. KESANNYA, PELAJAR
KURANG BERKEYAKINAN UNTUK BERTANYA DAN
MENJAWAB SOALAN DARI GURU DIHADAPAN
PELAJAR LAIN. BANYAK PERKARA YANG MEREKA
BIMBANGKAN SEPERTI MALU DAN TAKUT DIEJEK
OLEH RAKAN-RAKAN SEKELAS. HAL INI DEMIKIAN
KERANA, PELAJAR KURANG DIBERIKAN PELUANG
UNTUK BERINTERAKSI DAN MELIBATKAN DIRI
SECARA AKTIF DI DALAM KELAS. OLEH ITU, GURU
HARUS BERUSAHA UNTUK MEMBUANG TABIAT
MALU BERTANYA DALAM DIRI PELAJAR DI
SEKOLAG.
PENDEKATAN
PEDAGOGI
PENDEKATAN PEDAGOGI DALAM KSSM, STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH
MENENGAH TELAH DITERANGKAN PADA MUKA SURAT 11 DAN
12 YANG MEMBANTU KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN . ANTARA STRATEGI PDP YANG DICADANGKAN
DALAM KSSM PENDIDIKAN MORAL ADALAH SEPERTI
PEMBELAJARAN AKTIF, PEMBELAJARAN PENYELESAIAN
MASALAH, PEMBELAJARAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK.
DIRANGKA
MENGIKUT
DOKUMEN
STANDARD
KURIKULUM
DAN
PENTAKSIRAN
(DSKP)
Seterusnya, buku teks KSSM pendidikan moral ini
juga dirangka berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di dalam
Pendidikan Moral. Kandungan di dalam buku KSSM
ini berlandaskan dengan matlamat bagi
melahirkan sebuah insan yang berakhlak mulia
dan menyumbang kepada diri, masyarakat dan
keluarga. Berbeza dengan KBSM, kurikulum
dirancang di dalam KBSM Kerangka Kurikulum
adalah berdasarkan dengan tiga bidang iaitu dari
segi Komunikasi, Manusia dan Alam Sekeliling dan
Perkembangan Diri Individu. KBSM dari reka
bentuk kurikulumnya juga adalah berdasarkan
daripada hasil pembelajaran yang akan diperolehi.
Manakala bagi KSSM pula keranga kurikulum telah
ditambah menjadi 6 tunjang utama di dalam
pendidikan Moral yang meliputi Komunikasi,
Perkembangan Fizikal & Estetika, Kemanusiaan,
Keterampilan Diri, Sains dan Teknologi (STEM)
serta Kerohanian, sikap dan nilai. KSSM ini pula
adalah berdasarkan standard kandungan,
pembelajaran dan prestasi.
Kandungan KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan
standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid dalam
suatu tempoh persekolahan.
STANDARD PENJELASAN STANDARD STANDARD
KANDUNGAN PRESTASI
STANDARD
PEMBELAJARAN
Pernyataan spesifik Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria umum
yang menunjukkan
tentang atau tahap-tahap prestasi yang
perlu murid pamerkan
perkara yang murid patut indikator kualiti sebagai tanda bahawa
sesuatu perkara itu telah
ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dikuasai murid
dalam suatu tempoh dan pencapaian yang
persekolahan boleh
merangkumi diukur bagi setiap
aspek pengetahuan, standard
kemahiran kandungan.
dan nilai.
Kandungan Standard (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
JUSTIFIKASI
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ini lebih lengkap dan meluas.
Apabila sesebuah kurikulum digubal mengikut bentuk pernyataan standard,
ianya lebih teratur dan selari. Guru boleh melihat perbezaan dengan lebih jelas
tentang sesuatu objektif yang ingin dicapai oleh pelajar. Dengan adanya ketiga-
tiga jenis kurikulum standard ini, penilaian ke atas pelajar boleh dibuat dengan
lebih teliti. Malah, guru boleh melihat tahap penguasaan murid dan
pengetahuan sedia ada mereka sejak tingkatan yyang sebelumnya. Penetapan
ini dikatakan lebih efektif berbanding melalui Hasil Pengajaran. Hasil
Pembelajaran bersifat tidak terlalu menyeluruh dan hanya menyentuh tentang
hasil mpembelajaran yang akan diperoleh sahaja, bukan objektif yang
semestinya perlu dicapai oleh pelajar. Pada perspektif kami, sumber bagaimana
sesuatu kandungan dirangka penting bagi memastikan rujukan yang dibuat
adalah rujukan yang betul. Seandainya tidak, nilai-nilai moral yang cuba
diterapkan mungkin tidak dapat dicapai. Tambahan pula, para pelajar di sekolah
menengah akan memasuki alam universiti dan pekerjaan nanti. Oleh itu,
penerapan nilai mengikut kandungan yang betul adalah sangat penting.
ISU SEMASA Menurut DSK[P, lebih banyak penerapan nilai yang
ditambah berbanding Hasil Pembelajaran. Hal ini
Info mengenai perhimpunan haram kerana di dalam DSKP, urut dimasukkan Elemen
Merentas Kurikulum (EMK). EMK ini merupakan
suatu unsur nilai tambah yang diterapkan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang selain
daripada standard kandungan yang telah
ditetapkan. Melalui elemen ini dapat
memantapkan dan mengukuhkan lagi kemahiran
bagi melahirkan modal insan negara seperti mana
yang dihasratkan di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi menangani cabaran masa
hadapan. Sebagai contohnya, nilai kebebasan
mula dimasukkan dan ditambah ke dalam silibus.
Hal ini kerana di dalam KBSM, bab berkaitan nilai
patriotik tidak menyebut tentang kebebasan
sebagai warganegara. Namun begitu, kenapa nilai
ini dikatakan penting untuk diterapkan? Alasannya
adalah kerana terdapat batasan ketika
menyuarakan hak atau kebebasan. Nilai
kebebasan bermaksud bebas melakukan sesuatu
namun tertakluk kepada undang-undang. Nilai ini
akan mengajar pelajar untuk tidak menyuarakan
hak dan kebebasan sehingga membuat perkara
yang melanggar peraturan. Sebagai contohnya,
terdapat isu semasa dimana terdapat golongan
pelajar yang mengikuti perhimounan haram tanpa
kebenaran pihak berkuasa. Hal ini adalah salah
walaupun terdapat hak kebebasan bersuara.
Tambahan pula, ramai yang semakin berani
menyuarakan pendapat masing-masing di media
sosial tanpa mengikut cara yang betul, seperti
menghina dan mengkeji.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan sama ada dalam
KSSM atau KBSM masing-masing mempunyai kelebihannya
tersendiri. Justeru itu, subjek pendidikan moral ini harus
dikekal dan dijadikan sebagai satu matapelajaran yang wajib
untuk semua pelajar untuk pelajari. Hal ini kerana, dalam
matapelajaran pendidikan moral ini mengajar setiap individu
ataupun pelajar untuk membentuk diri mereka kearah yang
lebih baik. Walaupun telah berlaku banyak perubahan dari
segi nilai yang dipelajari tetapi fokus utama subjek ini adalah
kepada pembentukan tingkah laku sama ada dari segi luaran
mahupun luaran. Walaupun masih terdapat sesetengah yang
mengatakan subjek ini hanya belajar untuk lulus dalam
peperiksaan, tetapi jika kita fahami dan aplikasikan nilai-nilai
yang telah kita pelajari dalam kehidupan kita seharian akan
mewujudkan kebaikan kepada diri, keluarga dan juga
masyarakat, tidak kira sama ada menggunakan buku teks
KBSM atau KSSM.
RUJUKAN
Dr Nur Hafeeza Ahmad Pazil. (2021). Murid Malu Bertanya, Jawab Soalan. Berita Harian. Retrieved
July 1, 2022, from https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/12/898764/murid-malu-
bertanya-jawab-soalan
Jamel, F. M., Ali, M. N., & Ahmad, N. J. (2019). The needs analysis in game-based STEM module
development for KSSM science teachers. International Journal of Recent Technologu and
Engineering, 8(3), 6622-6628.
Pendidikan Moral SPM. (n.d.). Sumber Pendidikan. Retrieved July 9, 2022, from
https://sumberpendidikan.com/spm-kssm/pendidikan-moral-spm/
Perbandingan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah - 1 PENDAHULUAN Bertitik tolak kepada
persediaan. (n.d.). StuDocu. Retrieved July 9, 2022, from
https://www.studocu.com/my/document/universiti-putra-malaysia/environmental-change-and-
current-issues/perbandingan-kurikulum-bersepadu-sekolah-menengah/28575022
Salleh, W. N. W. M., Ahmad, C. N. C., & Setyaningsih, E. (2021). Difficult topics in Biology from
the view point of students and teachers based on KBSM implementation. EDUCATUM Journal of
Science, Mathematics and Technology, 8(1), 49-56.
Siti A’isyah Sukaimi. (2016). Pelajar Abad Ke-21 . Harian metro. Retrieved July 1, 2022, from
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/02/112
905/pelajar-abad-ke-21
Verasamy, V. M., & Balakrishnan, V. (2020). PELAKSANAAN AKTIVITI DI LUAR WAKTU
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH MENENGAH.
Journal of Issue In Education, 43.