The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Induk Kecemerlangan MMAS (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuarwa6402, 2022-06-08 05:41:38

Pelan Induk Kecemerlangan MMAS

Pelan Induk Kecemerlangan MMAS (2)

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PELAN INDUK
KECEMERLANGAN
MAKTAB MAHMUD

ALOR SETAR



PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PELA20N21 -I20N25DUK

TAB MAHMUD ALOR SETAR

KECEM2E021R-20L25ANGAN

MAKTAB MAHMUD
ALOR SETAR

2021 -2025



PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

AHLI JAWATANKUASA PELAN INDUK

2021 -2025

TAB MAHMUD ALOR SETAR
2021 -2025

PENASIHAT ZAITON BINTI ISMAIL ,BCK.,
PENGETUA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PENYELARAS 1

ROSMALIZA BINTI ABU BAKAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENYELARAS 2

NORAFRIZA BINTI UDZIR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PENYELARAS 3

MUHAMMAD A’SIM BIN ZAINOL
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

UNIT KURIKULUM UNIT HAL EHWAL MURID

FARIDAH AKMA BINTI HABIBAH BINTI ZAINAL UNIT KOKURIKULUM
WAHID ABIDIN

GURU KANAN SAINS & SETIAUSAHA UNIT HEM
MATEMATIK
MUHAMMAD SAUFI BIN NUR SURAYA BINTI ZAINOL
FIRDAUS BIN ZAINOL ABDUL AZIZ ABIDIN

GURU KANAN PENDIDIKAN KETUA GURU DISIPLIN PEN. SETIAUSAHA
ISLAM (PUTERA) KOKURIKULUM

NORMAH BINTI ZAKARIA SITI AISHAH BINTI HASAN AHMAD AKMAL BIN
SUPIAN
GURU KANAN TEKNIK & KETUA GURU DISIPLIN
VOKASIONAL (PUTERI) SETIAUSAHA SUKAN

ROBEAH@MAISORAH AL MOHD HAFIZZAN BIN NORYATE BINTI HANAFI
MARBUKHI BINTI AHMAD RAMLI
PENYELARAS SUKAN
GURU KANAN BAHASA KETUA WARDEN ASRAMA (PUTERI)
ARAB (PUTERA)

SALMIZA BINTI SHAFIE SOLEHAH BINTI SULAIMAN AZHANI BINTI ABD GHANI

GURU KANAN BAHASA & KETUA WARDEN ASRAMA PENYELARAS KOAKADEMIK
KEMANUSIAAN (PUTERI)
MUHAMMAD IZZAT
MUHAMMAD ZAHID BIN ABDUL RAHIM BIN BAHARI ILIASAQ BIN ILIAS
HABIB
KETUA UNIT DAKWAH & PENYELARAS UNIT
KETUA PANITIA AL SYARIAH KEROHANIAN (PUTERA) BERUNIFORM (PUTERA)

KHAIRU SANI BIN ZAKARIA FARISHANA BINTI ISMAIL HAZIYANA BINTI HASHIM

KETUA PANITIA KIMIA KETUA UNIT DAKWAH & PENYELARAS UNIT
KEROHANIAN (PUTERI) BERUNIFORM (PUTERI)

NAJWA BINTI GHAZALI

KAUNSELOR SEKOLAH

BASHIROH BINTI AB RAZAK

KAUNSELOR SEKOLAH GRAFIK
BUSHRA BINTI HASHIM

UNIT KEBAJIKAN SEKOLAH

MOHD SYAKIR BIN MOHD ARIF BIN HARON
MOHAMAD BASRI

UNIT 3K(KESIHATAN,
KESELAMATAN &
KEBERSIHAN)







KATA ALU-ALUAN PENGETUA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Alor Setar 2021-2025 telah berjaya dirangka pada tahun
2020 dengan mengambil kira cabaran dunia pendidikan sama ada cabaran dalaman atau luaran dan
langkah-langkah untuk menanganinya secara bersepadu. Pelan Induk Kecemerlangan merupakan antara
komponen penting dalam sistem pengurusan pendidikan. Membina Pelan Induk Kecemerlangan menjadi
satu kemestian yang tidak boleh diabaikan. Dengan adanya Pelan Induk Kecemerlangan ini, ia akan
sentiasa dijadikan panduan dalam melancarkan pengurusan pendidikan untuk melahirkan kecemerlangan
sekolah.

Seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015 menzahirkan kualiti
pelajar yang mantap serta mempunyai jati diri yang cemerlang. Oleh yang demikian , perancangan
strategik 2021-2025 telah dirancang dengan tujuan memacu kecemerlangan dan menjana kemenjadian
pelajar dalam semua bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Bersesuaian dengan motto Al Ilmu Nur (Ilmu Itu Cahaya) yang menjadi panduan semua warga Maktab
Mahmud Alor Setar, adalah menjadi hasrat saya untuk memastikan Maktab Mahmud Alor Setar akan
menjadi sebuah sekolah yang terunggul bukan sahaja di dalam negara ini. Mungkin pada suatu hari nanti
Maktab Mahmud Alor Setar akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang 20% hingga 30% pelajarnya
terdiri daripada pelajar asing dari seluruh dunia dan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. Ilmu
yang menjadi cahaya kepada seluruh umat dunia ini. Insya-Allah.

Saya berharap agar semua guru sentiasa mempertingkatkan tadbir urus dan akauntabiliti dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya sekolah cemerlang dapat dibudayakan
sekaligus melahirkan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh Lembaga Maktab Mahmud dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, warga guru perlu memainkan peranan masing-masing untuk
melaksanakan pelan ini bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepakaran, buah
fikiran, tenaga dan masa untuk melahirkan Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Alor Setar bagi
tempoh 2021-2025 ini. Adalah diharapkan dokumen ini akan memberi manfaat kepada semua yang
terlibat.

ZAITON BINTI ISMAIL,BCK.,
Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar

Negeri Kedah Darul Aman

PENGENALAN

1.0

VISI, MISI, DASAR KUALITI & OBJEKTIF KUALITI MAKTAB
MAHMUD ALOR SETAR

VISI

VISI, MISI, DASAR KUALITI & OBJEKTIF KUALITI MAKTAB
Menjadikan MaktabMMAahmHudMAUlorDSeAtarLsOebRagaiSsEebTuaAh RInstitusi Pendidikan Menengah
.berteraskan Islam yang unggul di Malaysia

MISI

PENGENALANMelahirkan murid yang cemerlang serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial secara sistematik serta bersepadu, berteraskan syariat Islam untuk pembangunan
agama, negara dan kesejahteraan ummah melalui pendidikan berkualiti.

OBJEKTIF

1. Membudayakan penghayatan Islam dalam kalangan murid.
2. Menyediakan prasarana dan persekitaran pendidikan yang kondusif selaras

dengan perkembangan semasa.
3. Memantapkan keupayaan murid bagi meningkatkan kecemerlangan dalam

pelajaran.
4. Mempertingkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pelajar.
5. Melahirkan murid berkualiti dan cemerlang yang mampu mendepani cabaran

semasa serta masa hadapan
6. Memperluaskan kolaboratif strategik dengan sekolah- sekolah dalam negara dan

antarabangsa.
7. Meningkatkan sokongan dan penglibatan murid dalam menjayakan inisiatif dan

program sekolah.

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

.

.

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELANDIANSDAURKKUKAELCITEIMERLANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Maktab Mahmud Alor Setar beriltizam untuk memastikan perkhidmatan pendidikan

dilaksanakan secara profesional, efi2sie0n,2b1erku-2ali0ti s2er5ta berintegriti bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang.TAB MAHMUD ALOR SETAR
Proses ini melibatkan komitmen, ke2rj0a 2se1pa-s2uk0an2, 5kajian semula pengurusan dan

proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

OBJEKTIF KUALITI

1. Memastikan semua murid di sekolah mengikuti sistem pendidikan yang
berkualiti di dalam kelas.

2. Guru berusaha mendidik sehingga murid cemerlang dalam peperiksaan.

3. Memastikan semua murid di sekolah meningkatkan usaha yang
berterusan dalam menguasai setiap mata pelajaran.

4. Memastikan semua murid di sekolah meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan diri melalui program- program anjuran sekolah.

SEJARAH PENUBUHAN MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama bawah naungan
Sultan Kedah. Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari Jumaat 29 Rabiulawal 1355 H bersamaan 19
Jun 1936. Peletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan
Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah. Maktab
Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan
Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu.
Tujuan utama Maktab Mahmud ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi
yang berasaskan agama dan bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Selain itu, murid
juga dididik agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai.
Selain daripada pendidikan ilmu agama dan bahasa Arab, murid-murid juga didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan am serta aktiviti- aktiviti kokurikulum dalam menyemai ketahanan jasmani dan rohani
demi mempertingkatkan motivasi ke arah kecemerlangan hidup untuk masa depan, dunia dan akhirat.
Sejak awal penubuhan Maktab Mahmud sehingga sekarang, ramai belia Islam yang berketerampilan dan
mempunyai daya profesionalisme yang tinggi telah dilahirkan. Penubuhan Maktab Mahmud ini juga
melambangkan iltizam kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan agama Islam di negeri Kedah
dan memastikan rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurna.

Qr Kod 1 :Video sejarah penubuhan Maktab Mahmud

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PIAGAM PELANGGAN
PELAN INDUK KECEMERLANGAN
bKaemrjai nkjaikaiktaanngmanenMgagMektmaAbblKMenPaghEsmeLluudAruANhloterInNSaegDtaarUddaKennfgikKainrEainkChulnEastMu, kil:tEizRamLdAanNpGenAuNh kesungguhan berikrar dan

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

● dMaermipabdearikpaenlapnegrgkahniddmibaetrainmkaakulunmt2erb0yaal2ansg1dmalea-s2mra0t,eik2mhpl5aoshd3anhabrei rbkeukaelirtjiaddaanrimtaermikahsatidkuaanns.emua aduan

● Memastikan semua peTrAunBtukManAseHkoMlahUdDibeAlaLnOjakRanSsEekTuAraRng-kurangnya 95% daripada jumlah
peruntukan setahun.
2021 -2025

Memastikan semua kakitangan mengikuti latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 7 hari

dalam tempoh setahun

● Memastikan semua surat-menyurat diedarkan kepada kakitangan dan pelajar dalam tempoh 3 hari
dari tarikh surat diterima.

● Memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bermula pada hari pertama sesi
persekolahan dimulakan.

● Memastikan ujian atau peperiksaan sekolah dilaksanakan tanpa kebocoran dan keputusan
diserahkan kepada pelajar atau waris dalam tempoh tiga minggu selepas tamat ujian atau
peperiksaan.

● Mengambil tindakan segera dalam tempoh 24 jam terhadap kes-kes kecemasan, kemalangan dan
sakit dalam kalangan murid.

● Mewajibkan semua murid terlibat dengan sekurang-kurangnya satu sukan dan permainan, satu
persatuan dan satu badan beruniform.

● Mewajibkan pelajar menjalani ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sebanyak 2 kali
setahun.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi Pengetua di talian 04-7726482 atau e-mailkan
sebarang aduan ke email rasmi sekolah di [email protected].

2.0 BIDANG KEBERHASILAN
UTAMA (KRA)

MAKTAB MAHMUD
ALOR SETAR

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

MAPBKEPIDLEAALNNAGNINKIDNEUBDKE(URKKKHRECAAKESE)MICLAEENRMLEUARTNALGAMANANGAN
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KEM2A0J2UA1N-2K0UR2I5KULUM

KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

TAB MAHMUD ALOR SETAR
KEMA2JU0A2N1 K-2O0K2U5RIKULUM

PENGUPAYA

PENGURUSAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN PENDIDIKAN
PENGURUSAN KEWANGAN
PENGURUSAN ASET DAN STOR

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Rajah 1 : Elemen Bidang Keberhasilan Utama(KRA)
Tiga elemen utama Bidang Keberhasilan Utama (KRA) bagi Maktab Mahmud Alor Setar telah digariskan iaitu
Kemajuan Kurikulum, Kemajuan HEM dan Kemajuan Kokurikulum. Setiap bidang dipertanggungjawabkan kepada
seorang ketua iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum untuk merangka program dan inisiatif bagi memastikan setiap sasaran dalam bidang KRA masing-
masing dapat direalisasikan.
Untuk memperkemaskan lagi pentadbiran dan pengurusan 3 bidang KRA ini, pihak sekolah telah menambah 5
elemen pengupaya agar bergerak seiring dan turut sama membantu merealisasikan sasaran dalam KRA yang telah
dinyatakan di atas.

Rajah 2 : Elemen memperkemaskan lagi (KRA)

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

MAPKEPLEALNAKNIENMIDANUJDUKUAKNKEKCKUEREMICKUEELRMULEMARNLGAANNGAN
MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

Kemajuan kurikulum merupakan bid2a0ng2ke1ber-h2as0ila2n5utama dalam penilaian kualiti sesebuah
institusi pendidikan. Kemajuan kTuArikBuluMmAdiHnilMai dUarDi peAncLaOpaRianSmEuTriAd Rdalam pentaksiran .
Pentaksiran terbahagi kepada tiga bentuk iait2u0Pe2n1tak-s2ir0an2B5ilik Darjah, Pentaksiran Sekolah dan

Pentaksiran Pusat.
Peperiksaan juga merupakan sebahagian daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat

yang digunakan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam bidang kurikulum. Analisis
data peperiksaan perlu dilaksanakan bagi menilai keberkesanan kaedah pengajaran guru di samping
dapat membuat penambahbaikan dan pengayaan bagi tujuan memperkembangkan potensi diri murid.
Kualiti merupakan isu utama dalam kemajuan kurikulum Maktab Mahmud Alor Setar. Dalam tempoh
5 tahun kebelakang pencapaian Maktab Mahmud Alor Setar dalam semua peperiksaan berada pada
tahap yang memberangsangkan dari segi kuantiti. Walau bagaimanapun peratus pencapaian pelajar
dalam semua A+ dan Mumtaz Sofi masih menjadi isu utama.

Rajah 3 : Pelan Kemajuan Kurikulum

Objektif utama dalam Pelan Induk Kecemerlangan ini adalah menumpukan usaha sepenuhnya ke arah
peningkatan kualiti dalam semua peperiksaan. Pelbagai bentuk program dan inisiatif yang berimpak tinggi telah
dirancang dalam tempoh 5 tahun untuk meningkatkan kualiti dalam pencapaian berikut:

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

2. Peperiksaan Al Syahadah Al Thanawiyah Al Diniah (Tingkatan 4)

Raj3a. h 3Pe:pePriekslaaann SKijiel PmelaajajruanaMnalKayusirai(kSPuMlu) m

4. Peperiksaan Syahadah Nihaiyyah (Tingkatan 6)

5. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

6. Peperiksaan MUET.

Pencapaian objektif-objektif tersebut di atas dinilai melalui :

1. Peratus pencapaian TP6 dalam Pentaksiran Bilik Darjah, dan peratus pencapaian dalam Peperiksaan Akhir
Tahun.

2. Gred purata mata pelajaran dan Gred Purata Sekolah.

3. Peratus pencapaian semua A dan bilangan calon semua A+.

4. Peratus pencapaian Mumtaz dan bilangan calon Mumtaz A’ali.

5. Bilangan calon band 6 dalam MUET.

Pelan Induk Kecemerlangan ini menggariskan satu hala tuju untuk dicapai oleh semua warga Maktab
Mahmud Alor Setar agar bergerak sederap dan seiring menuju ke puncak kegemilangan. Justeru, kemajuan
kurikulum perlu diberi tumpuan khusus untuk memastikan sesebuah sekolah berada pada tahap tertinggi. Pihak
sekolah akan terus berdedikasi menggembleng seluruh usaha dan tenaga ke arah pencapaian kualiti tertinggi
dalam bidang kurikulum.

Qr Kod 2 : Gambar aktiviti Kurikulum Qr Kod 3 : Majlis Idul Ilmi MMAS 2021

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
2021 -2025

TAB MAHMUD ALOR

Rajah 4 : Pelan Kemajuan Hal Ehwal Murid

Kemajuan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid bermaksud melakukan proses pembangunan dan
pemantapan pengurusan Hal Ehwal Murid secara cekap dan berkesan untuk melahirkan sahsiah murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Hal ini adalah perlu bagi menangani isu-isu yang ada dalam aspek Hal Ehwal Murid iaitu meningkatkan
kecekapan pengurusan setiap unit kecil dalam HEM , membangunkan sahsiah unggul murid dengan
menyifarkan kes disiplin berat serta mengurangkan kes disiplin sederhana dan ringan , memantapkan aspek
keselamatan , kesihatan , keceriaan dan kebajikan murid serta memperkasakan aspek bimbingan dan
kaunseling .

Unit Hal Ehwal Murid akan memberi tumpuan kepada 4 fokus utama iaitu :
1. Pengurusan dan pentadbiran ke semua unit di bawah Hal Ehwal Murid dengan cekap dan efisien
2. Pembangunan sahsiah unggul murid
3. Pemantapan aspek keselamatan, kesihatan, keceriaan dan kebajikan murid
4. Pemantapan pengurusan bimbingan dan kaunseling

Justeru dalam memastikan kesemua fokus ini tercapai, pengurusan Unit Hal Ehwal Murid Maktab
Mahmud Alor Setar akan memberikan tumpuan kepada objektif utama iaitu: meningkatkan pembangunan
sahsiah unggul murid secara menyeluruh. Bagi mencapai objektif berkenaan, beberapa inisiatif dan strategi
utama telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Kemajuan dan keberhasilan kesemua fokus utama ini dapat diukur dengan melihat pencapaian
setiap objektif yang telah ditetapkan . Kemajuan aspek pengurusan dan pentadbiran unit kecil HEM
dapat diukur dengan terlaksananya program-program yang dirancang . Kemenjadian sahsiah murid
dapat dinilai dengan pencapaian tahap tertinggi dalam penilaian SUMUR . Pemantapan aspek
keselamatan, kesihatan, keceriaan dan kebajikan murid dapat dinilai daripada pencapaian skor
instrumen yang ditetapkan . Keberhasilan pengurusan bimbingan dan kaunseling dapat dilihat dengan
peningkatan jumlah murid cemerlang akademik setelah mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling .

Oleh itu, Pelan Induk Kecemerlangan ini diharapkan dapat memberikan hala tuju yang jelas
kepada semua yang terlibat secara langsung dalam tempoh lima tahun yang akan datang dalam
membuat perancangan dan melaksanakan setiap perancangan serta strategi yang telah disusun atur
seperti yang digariskan dalam buku ini.

Qr Kod 4 : Gambar aktiviti HEM

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN

KEMAJUAN KOKURIKULUM

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
2021 -2025

Kemajuan KokurikulumTdAi BMaMktaAb HMMahmUuDd AAloLrOSeRtaSr EdiTdeAfiRnisikan sebagai semua aktiviti serta
kegiatan yang dirancang daripada proses pe2n0ga2ja1ran-2da0n2pe5mbelajaran di luar bilik darjah. Ini semua adalah

bertujuan untuk memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran
serta nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Pengurusan kemajuan Unit kokurikulum Maktab Mahmud Alor
Setar berusaha untuk membangun dan meningkatkan keupayaan pengurusan kokurikulum secara cekap dan
berkesan. Hal ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial. Perkara ini selaras dengan hala tuju Lembaga Maktab Mahmud melalui Bidang Keberhasilan
Utama iaitu Kemajuan Kokurikulum.

Rajah 5 : Pelan Kemajuan Kokurikulum

Rajah 5 : Pelan Kemajuan Kokurikulum

Unit Kokurikulum akan memberi tumpuan kepada beberapa fokus utama iaitu ;
1. Pengurusan kokurikulum yang lebih efisien.
2. Pengurusan PAJSK yang lebih efisien.
3. Penglibatan semua murid dalam setiap bidang/kegiatan kokurikulum; Kelab/Persatuan,

Sukan/Permainan dan Unit beruniform.
4. Penyertaan dan pencapaian kokurikulum murid dalam semua peringkat; daerah, negeri, kebangsaan

dan antarabangsa.
Kemajuan dan keberhasilan kesemua fokus utama ini dapat diukur dengan melihat kepada

beberapa kayu ukur seperti berikut :
1. GPS Kokurikulum tahunan sekolah.
2. Pencapaian Johan, Naib Johan & Tempat ke-3 bagi penyertaan murid dalam bidang Kelab/Persatuan

dan Unit Beruniform.
3. Pencapaian pingat emas, perak & gangsa bagi penyertaan murid dalam bidang Sukan/Permainan.

Justeru, dalam memastikan semua ini tercapai, pengurusan Unit Kokurikulum Maktab Mahmud
Alor Setar akan memberikan fokus kepada objektif utama iaitu meningkatkan pencapaian prestasi
kokurikulum dari segi kuantiti dan kualiti secara menyeluruh. Bagi mencapai objektif berkenaan, beberapa
inisiatif dan strategi utama telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Qr Kod 5 : Gambar aktiviti Kokurikulum

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUKPEKNEGCUEPMAYEARLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN
Kemajuan Kurikulum,MHaAl KEhTwAalBMuMridAdHanMKoUkDurikAuluLmOtRidaSk dEaTpaAt Rdicapai tanpa memperkukuhkan

sistem pengupaya di Maktab Mahmud Alor Setar.

2021 -2025
TAB MAHMUD ALOR SETAR

2021 -2025

Rajah 6 : Pengupaya memperkasakan 3 bidang KRA

Pengurusan pendidikan merupakan elemen terpenting dalam sesebuah institusi pendidikan.
Tugas dan peranan bahagian ini termasuk merancang dan mengurus pelan intervensi bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dipraktikkan oleh para guru,
mengenal pasti kekuatan dan keperluan dalam meningkatkan kualiti pendidikan . Selain itu, bahagian ini
juga berperanan untuk mewujud dan memperkukuhkan jalinan dan jaringan strategik dengan pelbagai
pihak yang berkepentingan dengan sekolah.

Pengurusan Kewangan merupakan satu proses, iaitu sesebuah organisasi perlu mematuhi arahan dan
peraturan yang telah ditetapkan dalam memperoleh sumber dan seterusnya mengagih sumber-sumber
kewangan berdasarkan kepada keutamaan tertentu dengan menggunakan tatacara serta kawalan-kawalan
yang ditentukan oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud. Semua ini bertujuan untuk memastikan sumber
kewangan diurus dengan cekap, berkesan dan betul. Proses ini merangkumi pengurusan belanjawan,
pengurusan perakaunan, pengurusan hasil, pengurusan perolehan, pengurusan aset & stor, pengurusan
kenderaan dan pengurusan perbelanjaan.

Pengurusan Aset & Stor merupakan aspek yang berkait rapat dengan pengurusan kewangan Maktab
Mahmud Alor Setar dan wajar diberikan perhatian. Pengurusan aset & stor hendaklah dibuat dengan teratur
dan sempurna bagi mengelakkan penyalahgunaan, pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.
Pengurusan aset & stor meliputi aspek penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan,
penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Semua aspek ini hendaklah dilaksanakan mengikut
peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud dan berbetulan Peraturan
Perbendaharaan Malaysia.

Akhir sekali, pengurusan ICT juga tidak kurang pentingnya dalam mentadbir sesuatu institusi. Pengurusan ICT
yang efisien akan memastikan Maktab Mahmud Alor Setar dapat bergerak seiring dengan sekolah-sekolah
aliran perdana yang lain. Semua data berkaitan peperiksaan , maklumat pelajar dan aktiviti kokurikulum perlu
diurus dengan baik seiring dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa ini. Para guru dan waris dapat
mengakses maklumat dengan kadar segera sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKPELAN INDUK KECEMERLANGAN

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

2021 -2025

TAB MAHMUD ALOR SETAR
2021 -2025

3.0 ROAD MAP PELAN INDUK
KECEMERLANGAN

2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

3.1 ROADMAP KEMAJUAN

N KURIKULUM 2021-2025



PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025





PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025





PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025



KAEDAH PENGUKURAN PET
(KPI) : KEMAJUA

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

TUNJUK PRESTASI UTAMA
AN KURIKULUM

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025





PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMAS 2021 - 2025

3.2 ROADMAP KEMAJUAN

N KOKURIKULUM 2021-2025


Click to View FlipBook Version