The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ardini Qistina, 2023-02-11 02:46:41

buku panduan ibu bapa pdf

buku panduan ibu bapa pdf

TADIKA BRILLIANT BUKU PANDUAN IBU BAPA DISEDIAKAN OLEH: ARDINI QISTINA BT MOHD ZUL IZZI MATRIKS ( 2022.1.HD01.0002) NAMA PENSYARAH: MADAM KRESCELLIA JELSON SUBJEK: KCP 330 (ADMINISTRATION IN CHILD CARE PROGRAMME)


PENGENALAN -02 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN -03 POLIS PENAMATAN04 WAKTU BEROPERASI05 MENGHANTAR DAN MENJEMPUT ANAK-07- 08 POLISI MAKANAN-9-10 PENUTUP & RUJUKAN11-12 ISI KANDUNGAN 1


Buku panduan Ibu Bapa daripada Tadika Brilliant diwujudkan dengan tujuan untuk membantu dan memudahkan urusan ibu bapa berkaitan anak-anak dengan pihak Tadika.Melalui Buku panduan ibu Bapa ini boleh dijadikan sebagai rujukan ibu bapa bersama pihak tadika bagi memahami lebih dalam lagi tentang beberapa perkara mengenai Tadika ini.Di dalam buku panduan ibu bapa ini terdapat tentang syarat-syarat pendaftaran, polisi penamatan, waktu beroperasi, menghantar dan menjemput anak, polisi makanan yang terdapat di Tadika Brilliant ini. PENGENALAN 2


Tadika Brilliant hanya menerima kanak-kanak yang berumur di antara 3 tahun hingga kanak-kanak berumur 6 tahun. Perkhidmatan Tadika Brillliant memberi keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari seorang dan berkemampuan membayar yuran yang telah ditetapkan. Melengkapkan borang-borang yang diperlukan oleh Tadika Brilliant serta menandatangani borang yang berkaitan. 1.0 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN 3


2.0 POLISI PENAMATAN Ibu Bapa perlu memberi notis pemberitahuan kepada pihak tadika 3 minggu sebelum melalui notis surat bertulis. Sekiranya pihak tadika tidak menerima apaapa notis daripada ibu bapa,maka pihak tadika menganggap anak puan/tuan masih menerima perkhidmatan di tadika dan yuran bulanan perlu dijelaskan seperti biasa. Sekiranya anak berhenti di antara tempoh masa setahun iaitu Januari hingga November,yuran yang telah dibayar pada bulan tersebut atau lain-lain bayaran tidak akan dikembalikan semula. Ibu Bapa perlu menjelaskan bayaran yang tertunggak sebelum penamatan anak di Tadika. 4


Masa Tadika Brilliant beroperasi : 8.00 pagi hingga 5 petang. Hari Isnin hingga Jumaat Anak yang lewat 30 minit dibawa pulang akan dikenakan bayaran sebanyak Rm 20 bagi jam pertama dan catatan akan dilakukan oleh Pendidik yang bertanggungjawab pada waktu tersebut. Tuan/puan boleh mengetahui jumlah bayaran melalui buku Log Lebih Masa yang telah disediakan oleh pihak Tadika Brilliant.Mohon untuk memaklumkan seawal yang mungkin sekiranya jika lewat untuk mengambil anak pulang . 3.0 WAKTU BEROPERASI 5


Pihak Tadika tidak akan membenarkan anak dibawa pulang oleh individu yang tidak dikenali selain ibu bapa.Mohon maklumkan nama,rupa paras,dan nombor kenderaan individu kepada guru sekiranya anak diambil oleh individu lain. 6


Ibu bapa/penjaga dikehendaki menghantar anak mengikut masa tadika beroperasi dan ditetapkan. tidak dibenarkan menghantar anak terlalu awal daripada masa beroperasi bagi memastikan keselamatan anak terjamin.Pihak Tadika bertanggungjawab jika berlaku sesuatu yang tidak diingini selain daripada masa tadika beroperasi. 4.1 Menghantar Anak 4.0 MENGHANTAR DAN MENJEMPUT ANAK 7


Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak terlalu lewat melebihi masa yang ditetapkan supaya tudak mengganggu sesi pembelajaran dan pengajaran kanka-kanak yang lain. Ibu bapa perlu memastikan anak dihantar sehingga di hadapan pintu pagar Tadika atau sehingga dijemput oleh guru di Tadika. Pemeriksaan suhu dan kesihatan anak dilakukan sebelum kanak-kanak masuk ke dalam Tadika. Guru berhak untuk tidak menerima kanakkanak yang ada simptom tidak sihat/sakit dan sebagai ibu bapa perlu membawa anak ke klinik kesihatan. Anak perlu dihantar dalam keadaan bersih dan kemas juga memakai pakaian seragam lengkap ke Tadika. Pihak Tadika hanya akan menyerahkan anak kepada ibu bapa/penjaga yang telah disenaraikan dan sah seperti nama yang dinyatakan dalam borang kebenaran menghantar dan menjemput anak. ibu bapa /penjaga perlu menandatangani Buku Log rekod hantar dan menjemput anak. Sekiranya ibu bapa terpaksa menghantar wakil untuk menjemput anak,maklumkan kepada pihak Tadika dan pastikan wakil menjemput anak berserta surat yang ditandatangani oleh Ibu bapa. 4.2 Menjemput anak 8


Di Tadika setiap kanak-kanak akan diberi,sarapan,makan tengahari dan petang mengikut menu yang telah ditetapkan oleh pihak Tadika. Ibu bapa dibenarkan jika ingin membekalkan anak sarapan dari rumah dan membawanya ke tadika. Ibu bsps perlu memastikan bekalan yang dibawa adalah berkhasiat dan seimbang untuk kanak-kanak. Tidak dibenarkan untuk membekalkan makanan ringan dan tidak sihat. ibu bsps perlu memaklumkan kepada pihak tadika sekiranya anak mengalami alergi terhadap sesuatu makanan itu bagi mengelakkan yang tidak diingini. 5.0 POLISI MAKANAN 9


Guru akan membimbing anak adab sebelum dan selepas makan seperti mencuci tangan,tidak berebut-rebut membaca doa dan lain-lain. kanak-kanak di Tadika digalakkan untuk makan sendiri dengan peralatan yang disediakan. 10


penutup Kesimpulannya Buku Panduan ibu bapa amatlah penting sebagai rujukan semula ibu bapa mempunyai keraguan/masalah tentang syarat/polisi yang ditetapkan oleh pihak Tadika.Buku rujukan membantu ibu bapa untuk memahami lebih mendalam lagi tentang prosedur yang dilakukan di sesebuah Tadika. 11


RUJUKAN https://docplayer.info/ amp/47974124-Bukupanduan-ibubapa.html 12 https://fliphtml5.com/l earningcenter/ms/creatingan-interactive-onlineparent-handbook/ mencipta buku panduan ibu bapa dalam talian internatif untuk jagaan harian dan Prasekolah khttp://taskamindakrea tif.blogspot.com/p/polisi -taska.html polisi Taska


Click to View FlipBook Version