The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFO LAILATUL QADR 2021 SK TANJUNG MINYAK 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by weera_gaban, 2021-05-02 04:27:06

INFO LAILATUL QADR

INFO LAILATUL QADR 2021 SK TANJUNG MINYAK 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK 2

JALAN TMU 1, TAMAN TANJUNG MINYAK UTAMA,

TANJONG MINYAK 75250 MELAKA

‫رمضان كريم‬
RAMADAN KAREEM
2021M/1442H
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN
BAHASA ARAB
SK TANJUNG MINYAK 2

CARILAH MALAM AL-QADR

• Perkataan Lailatul Qadar adalah daripada dua kalimah:
• Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya

matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan
siang hari.

• Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau

hukum dan ketetapan.

KELEBIHAN MALAM AL-QADR

• Antara kelebihan malam ini ialah:
• Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.
• Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit

dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk
mengaminkan doa orang yang memohon pada malam
tersebut hingga waktu fajar.”

• Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan

perintah Tuhan.

KELEBIHAN MALAM AL-QADR

• Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

• Imam al-Qurtubi berkata:

• “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya

keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan
yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu

bulan.

• Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan

pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang
tiada padanya malam Qadar.

BILAKAH MALAM AL-QADR

• Bilakah tarikh berlakunya malam Lailatul Qadar?

• Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul

Qadr tidak diketahui secara tepat. Namun terdapat
hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW
memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh
terakhir melebihi daripada malam-malam
sebelumnya.

BILAKAH MALAM AL-QADR

• Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat

Islam sentiasa beristiqamah melakukan ibadah di sepanjang
malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan
Ramadhan.

• Bahkan antara kelebihan utama malam tersebut

sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah

• “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-

Qadr: 3)

BILAKAH MALAM AL-QADR

• Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan

waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan
hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada
bulan Ramadan.

• Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut

“Carilah malam Lailatul Qadr pada malam ganjil iaitu
pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

MARILAH MENCARI
MALAM AL-QADR 2021

• Pertama: Pendapat yang paling

kuat mengikut para ulama
bahawa malam al-Qadar berlaku

pada malam 27 Ramadhan.
Hujah mereka amat banyak,

antaranya:

• Mengikut Abu Ka’ab RA

katanya: “Demi Allah
sesungguhnya Ibn Mas’ud telah
meyakinkan bahawa malam al-

Qadar berada dalam bulan
Ramadhan dan jatuh pada
malam ke-27. Akan tetapi, beliau
enggan memberitahu kepada
kami (malam yang tepat) kerana
bimbangkan kamu tidak lagi

berusaha mencarinya”.

AMALAN MENGEJAR LAILATUL QADR

• Dalam mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir ini, janganlah kita

tinggalkan amalan mudah ini yang mempunyai ganjaran yang besar iaitu:

• 1. Membaca doa yang diajarkan oleh Nabi kepada Saidatina Aisyah. Iaitu

dengan lafaz: • ‫اللَّ ُه َّم إنَّ َك َع ُف َّو ُُتِ َُّب ال َع ْف َو َفا ْع ُف َع َِّن‬

• Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan

keampunan,maka berikanlah keampunan kepadaku.

AMALAN MENGEJAR LAILATUL QADR

• 2. Mendirikan Solat Isya dan Solat Subuh secara berjemaah kerana pahala

mendirikan kedua solat ini secara berjemaah adalah seumpama menghidupkan
qiyam seluruh malam. Sabda Rasulullah:

••،‫َم َو ْنَم َْنصَ ىَّلصَاىّلْل ِعال َشُّاص َْءب َِِحف ِِفََ َجََا َج َعا ٍةَع ٍَفة ََفكأَ َ ىكنأََم ىنا َم َقاا َمَصنَِ ىّ ْلصا َللىف ْياَلللىُْيُكى ِلُه‬

• Barangsiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah

solat separuh daripada malam dan barang siapa mendirikan solat subuh secara
berjemaah, maka dia seumpama telah solat sepanjang malam. (HR Muslim)

AMALAN MENGEJAR LAILATUL QADR

• 3. Dan jangan juga kita lupa menunaikan solat witir yang pahalanya

lebih baik dari harta dunia yang kita sayangi. Sabda Rasulullah:

•‫النع ْم‬ ‫حم ِر‬ ‫ِم ْن‬ ‫لك ْم‬ ‫خير‬ ‫هي‬ ‫بصلا ٍة‬ ُ ‫قد‬ ‫الل َه‬ ‫إن‬
‫أمركم‬

• Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk

melaksanakan satu solat (Solat Witir) yang pahalanya lebih baik
dari unta merah (harta terbaik).

AMALAN
UMUM

SEMASA 10
TERAKHIR
RAMADAN

MARI CONTOHI RASULULLAH SAW

• Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

• ِ‫َغ ْيرِه‬ ‫ِِف‬ ‫ََيْ َت ِه ُد‬ َ ‫َما‬ ‫ا ْل َع ْْ ِش‬ ‫ِِف‬ ‫ََ ْي َت ِه ُد‬ ” ‫َو َسلَّ َم‬ ‫َعلَ ْي ِه‬ ‫اَ َّل ُل‬ ‫َصَ َّّل‬ ِ‫اَ َّلل‬ ‫َر ُسو ُل‬ ‫ََك َن‬
‫َل‬

• Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh

(beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi

kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

• Riwayat Ahmad

DOA AGAR BERTEMU DENGAN MALAM AL-QADR

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada
setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan
membangunkan malamnya Dengan RahmatMu,
Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PENUTUP

SEMOGA ALLAH SWT MENGURNIAKAN KEPADA KITA MALAM
AL-QADR YANG DIISI DENGAN AMAL KEBAJIKAN DAN
MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT,
SETERUSNYA MELAYAKKAN KITA UNTUK MENDAPAT
KEAMPUNAN DARIPADA-NYA.

-AAMEEN-


Click to View FlipBook Version