Setitis Tinta Seuntai Kasih Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya mencoretkan sepatah dua kata di dalam buku program Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit MRSM Kebangsaan (Zon Selatan) bagi tahun 2023. Tahniah saya ucapkan kepada MRSM Serting selaku tuan rumah kerana kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam menganjurkan program kali ini. Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit ini melibatkan beberapa unit Badan Beruniform di Maktab Rendah Sains MARA dan diadakan dengan tujuan membentuk disiplin diri dan membina semangat kerjasama dalam pasukan dalam aktiviti kokurikulum. Saya percaya setiap pertandingan yang diadakan akan dapat membentuk ketahanan fizikal dan mental yang tinggi sekaligus dapat meningkatkan jati diri dikalangan para peserta. Saya amat berbangga di atas pencapaian semua peserta dalam bidang kokurikulum dan berharap dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti ini dapat memperkukuh serta memperkasakan unit badan beruniform Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara. Di kesempatan ini juga, saya berharap karnival ini dapat membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat dengan Polis Diraja Malaysia dan sekali gus dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam. Kerjasama yang utuh antara PDRM dan MARA ini diharapkan akan berterusan saban tahun bagi memantapkan jati diri dan fizikal para pelajar dalam aspek jasmani, rohani, emosi, moral, mental serta fizikal pelajar-pelajar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit yang bertungkus lumus dalam mengharungi pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan. Akhir kata, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah mengelolakan karnival ini serta semua pelajar, guru pengiring, jurulatih dan juri yang terlibat dalam karnival ini. Sekian, terima kasih. YDH DCP DATO’ AHMAD DZAFFIR BIN MOHD YUSSOF Ketua Polis Negeri Sembilan.
sekalung madah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit MRSM Kebangsaan 2023 yang diadakan mengikut zon iaitu Zon Barat, Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara. Semua tuan rumah setiap zon iaitu MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Serting, MRSM Kepala Batas dan MRSM Mersing sangat komited dalam penganjuran karnival ini dalam menyediakan segala kelengkapan dan ruang yang kondusif untuk kelancaran pelaksanaannya. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat pemenang bagi setiap acara daripada kontinjen yang terdiri daripada kontinjen Kor Kadet Polis dan kontinjen Platoon Summit. Karnival seperti ini bukan hanya memberikan persaingan sihat antara peserta malah memberi banyak pengalaman yang tidak dipelajari di dalam bilik darjah. Semoga segala pengalaman ini dapat diterpakan dalam kehidupan seharian pada masa akan datang nanti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ibu Pejabat Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri dan semua agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia yang terlibat bagi menjayakan karnival ini. Kerjasama dan sokongan semua pihak amat penting dalam memastikan karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan gemilang. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit MRSM Kebangsaan 2023. Sekian, terima kasih. SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA
seuntai bicara Assalamualaikum wbt. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya diberi kesempatan untuk mencatatkan sepatah dua kata dalam buku program Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit MRSM Kebangsaan (Zon Selatan) untuk tahun 2023 di MRSM Serting. Alhamdulillah, MRSM Serting telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah Karnival Kor Kadet Polis dan Platoon Summit MRSM Kebangsaan (Zon Selatan) untuk tahun 2023 bermula pada 15 hingga 18 Jun 2023. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen dan usaha melebihi seratus peratus dalam menjayakan program yang besar ini. Kerjasama di antara MRSM Serting dengan pihak PDRM yang terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Balai Polis Air Hitam, dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat sertacsemua pihak secara langsung dan tidak langsung adalah sangat luar biasa. Kerjasama ini menzahirkan satu kesepakatan dalam bersama-sama membangunkan modal insan dalam kalangan pelajar MRSM sebagai pelapis pemimpin negara pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat. Adalah diharapkan, melalui acara-acara yang dipertandingkan seperti Kawad Kaki, Ronda Pandu Arah, Buka Pasang Senjata, CPR Challenge, First Aid Challenge, Sketsa Kemanusiaan, Kuiz Kepolisan dan Kuiz Platoon serta Ikatan dan Simpulan dapat melatih anak-anak pelajar MRSM supaya mempunyai daya tahan yang tinggi dari aspek fizikal dan mental. Semoga pengalaman ini dapat memberikan manfaat kepada mereka dan semoga proses pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang tinggi kepada setiap pelajar kadet polis dan platoon summit. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada guru dan staf serta sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 MRSM Serting yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Sekian, terima kasih. MOHAMAD ZAINI BIN AWALLUDDIN Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat Menjalankan Tugas Pengetua MRSM Serting
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
SENARAI PERTANDINGAN & BILANGAN PESERTA
JADUAL PERTANDINGAN
MRSM ALOR GAJAH MRSM BATU PAHAT MRSM KUALA KLAWANG MRSM JOHOR BAHRU MRSM GEMENCHEH SENARAI MRSM YANG TERLIBAT (ZON SELATAN) MRSM TERENDAK MRSM SERTING MRSM MUAR MRSM TUN GHAFAR BABA MRSM TUN DR ISMAIL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU SENARAI NAMA GURU PENGIRING
MRSM ALOR GAJAH MRSM BATU PAHAT KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT SENARAI NAMA PESERTA KONTINJEN KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT
MRSM GEMENCHEH KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT MRSM KUALA KLAWANG PLATOON SUMMIT KOR KADET POLIS
MRSM MUAR KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT MRSM SERTING KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT
MRSM TERENDAK KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT MRSM TUN DR ISMAIL KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT
MRSM TUN GHAFAR BABA KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT MRSM JOHOR BAHRU KOR KADET POLIS PLATOON SUMMIT
M R S M T U N M U S T A P H A T A W A U KOR KADET POLIS
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KOR KADET POLIS
PLATOON SUMMIT
JAWATANKUASA PENGELOLA
Sekalung Penghargaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam Balai Polis Air Hitam Agensi-agensi yang terlibat Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA Pejabat MARA Negeri Sembilan Pejabat MARA Daerah Jempol Jurulatih-jurulatih Kontinjen Pengetua-pengetua MRSM Zon Selatan Guru-guru Pengiring MRSM Zon Selatan Ahli Jawatankuasa Pengelola MRSM Serting