Tajuk:
KESELAMATAN JALAN RAYA
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Nama sekolah : SJK ( C)MOH GHEE PUSAT
Alamat sekolah: 114,Lorong Perak,
11600 Pulau Pinang.
Kod sekolah : PBC 1068
Gambar
Peserta
Nama Beh Yi Jiun Ketut Kenzo Arnaya Putu Hugo Arnaya
Peserta (Ketua Kumpulan)
Kelas 6S 6S 4S
Alamat [email protected] [email protected] [email protected]
e-mail
BERHATI-HATI DI
JALAN RAYA !
ISI KANDUNGAN 1
2,3
1. Pengenalan 4
2. Keselamatan di Jalan Raya 5,6,7
3. Sikap Positif dan Bertanggungjawab Ketika di Jalan Raya 8
4. Bahagian Jalan dan Persekitaran yang Selamat 9
5. Cara Melintas di Jalan Raya dengan Selamat 10,11
6. Konsep Keselamatan Jalan Raya 12
7. Kegunaan Alat Keselamatan 13
8. Penutup 14
9. Penghargaan
10. Sumber Rujukan
PENGENALAN
Mengikut laporan dari World Health Organization (WHO) pada 21 June 2021, kira-kira 1.3 million
pengguna jalan raya dari seluruh dunia kehilangan nyawa akibat kemalangan di jalan raya setiap tahun.
Sekitar 20 hingga 50 million orang mengalami kecederaan yang melibatkan kecacatan anggota badan
akibat daripada kemalangan jalan raya.
Apakah Yang Berlaku Di Malaysia?
Merujuk kepada laporan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), jumlah kemalangan
jalan raya di Malaysia pada tahun 2020 ialah sebanyak 17,236 kes di mana 4634 kes melibatkan kematian.
Angka ini mencatatkan 26.9% daripada jumlah kemalangan jalan raya, ini bermaksud setiap 10 kes
kemalangan jalan raya, 2-3 orang akan kehilangan nyawa.
KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Pemandu kereta
*Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.
Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak
daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi
yang ingin dituju itu adalah dekat.
*Jangan pandu laju dan awasi had laju.
Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong
paling kanan. Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan. Mungkin ada kesesakan jalan raya di
hadapannya.
*Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.
Bagi pemandu yang mempunyai bayi, boleh letakkan bayi di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan
kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak tali pinggang keledar di kerusi tersebut.
*Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.
Membiasakan diri untuk menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet dan sosial media semasa
memandu adalah perkara yang amat membahayakan buat pemandu, penumpang mahupun pemandu yang lain.
Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan pemandu leka semasa memandu.
*Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.
Pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda
masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan.
KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Penunggang motosikal atau penunggang basikal
* Pakai dan ketatkan topi keledar
Pastikan sentiasa memakai topi keledar ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan
kepada seluruh bahagian kepala. Ketatkan tali semasa memakainya agar dapat memberi perlindungan yang
sepenuhnya.
Pejalan kaki
*Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.
Guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Lihat kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum
melintas.
Sikap Positif dan Bertanggungjawab Ketika di Jalan Raya
Pelbagai faktor telah dikenalpasti menyebabkan kemalangan jalan raya. Salah satu faktor terpenting adalah
berkaitan dengan sikap pemandu-pemandu. Kemalangan mudah berlaku kepada pemandu-pemandu yang
mempunyai sikap negatif seperti panas baran, suka menunjuk-nunjuk, memandu dengan kadar kelajuan yang
tinggi dan sebagainya.
Sebaliknya pemandu-pemandu yang memiliki sikap positif seperti bertimbang rasa, cermat dan
sentiasa menghormati pengguna-pengguna jalan raya lain mungkin dapat mengelakan kemalangan. Dengan
memandu secara bersopan dan bertanggungjawab sebenarnya secara tidak langsung menjadi contoh dan
teladan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain seterusnya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Pemandu kenderaan perlu bersopan dan bertimbang rasa kepada semua pengguna jalan raya lain
terutamanya kepada penunggang basikal dan pejalan kaki. Mereka perlu mengawal perasaan ketika memandu dan
mematuhi segala peraturan lalu lintas. Mereka ini juga tidak perlu mudah tersinggung dengan tingkah laku
pengguna jalan raya yang lain sehingga mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan tindakan ketika
memandu.
Semua pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil alkohol ketika memandu di jalan
raya. Pennggunaan alkohol sebenarnya boleh melemahkan daya pertimbangan akal dan mengurangkan
kewaspadaan ketika memandu. Statistik kemalangan yang berpunca pengaruh alkohol menunjukkan pada kadar
sangat tinggi.
Sikap positif perlu diterap dalam jiwa kita sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.
Sebagai contoh, pemandu kenderaan besar perlu menghormati pemandu-pemandu kenderaan yang lebih kecil.
Begitu juga apabila melihat orang-orang buta atau hilang upaya melintasi jalan, pemandu atau pejalan kaki perlu
memberi bantuan yang sewajarnya. Bagi pemandu kenderaan, adalah perlu memberhentikan kenderaan masing-
masing sehingga orang yang hilang upaya tersebut dapat melintasi jalan. Bagi pejalan kaki pula, adalah wajar bagi
mereka menghampiri orang-orang yang hilang upaya tadi dan membantunya untuk menyeberangi jalan.
BAHAGIAN JALAN RAYA DAN PERSEKITARAN
YANG SELAMAT
Mengikut tinjauan dari World Economic Forum pada tahun 2019, Malaysia
berada pada kedudukan No. 21 dalam senarai 141 negara dalam aspek kualiti
jalan raya.
Bahagian Jalan Raya
Sekiranya diperhatikan, jalan raya di Malaysia mempunyai prasarana dan kemudahan-kemudahan berikut untuk
memastikan keselamatan pengguna jalan raya:
Persekitaran di jalan raya juga merupakan factor
yang penting untuk keselamatan pengguna jalan raya
1) Keadaan jalan raya
Sentiasa berwaspada dengan situasi di jalan raya seperti keadaan trafik, jalan raya berlubang dan hujan bagi
mengelakkan kemalangan. Pastikan anda memandu kenderaan secara perlahan apabila hujan kerana jalan raya yang
basah dan licin akan mengurangkan daya cengkaman tayar kenderaan.
2) Peka terhadap keadaan sekeliling
Sebagai pemandu berhemah anda perlu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan anda dan peka
terhadap keadaan sekeliling. Pastikan fokus hanya berada pada jalan raya dan persekitaran serta elakkan penggunaan
telefon bimbit semasa memandu kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda.
3) Gunakan lampu isyarat dengan betul
Ramai pemandu gagal memberi lampu isyarat semasa menukar lorong atau membelok. Ia sentiasa menjadi salah satu
punca berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, pastikan selalu memberi lampu isyarat lebih awal sekiranya anda
ingin membelok atau menukar lorong.
4) Patuhi had kelajuan
Jalan raya digunakan untuk menuju ke sesuatu destinasi dengan selamat. Ia bukan medan perang atau lumba di mana
ramai gemar memecut sehingga mengundang kemalangan. Bagi mengelakkan situasi tidak terduga, pastikan jangan
memecut atau memandu terlalu laju. Patuhi had kelajuan jalan raya yang ditetapkan demi menjaga keselamatan diri
5) Titik buta
Titik buta adalah kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Hal ini
berpunca daripada reka bentuk kenderaan yang mengehadkan penglihatan pemandu. Oleh itu, sentiasa berhati-hati
dengan titik buta iaitu di belakang dan tepi kereta semasa pemanduan terutamanya semasa jalan sesak.
6) Jangan memandu terlalu dekat
Pastikan anda sentiasa berada pada jarak selamat dengan kereta di hadapan atau sisi bagi memastikan kenderaan anda
masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan. Amalkan peraturan tiga saat dari kereta di
hadapan.
7) Patuhi peraturan
Peraturan jalan raya diwujudkan bagi menjaga keselamatan pengguna. Oleh itu, jangan abaikan peraturan jalan raya
dan sentiasa patuhi had laju, lampu isyarat dan peraturanperaturan lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Sayangi nyawa
anda dan orang tersayang. Kemalangan boleh dielakkan jika anda sentiasa berhatihati dan mematuhi peraturan jalan
raya. Jadilah pemandu yang berhemah.
CARA MELINTAS JALAN RAYA YANG BETUL
~ Berhenti di bendul jalan
dan undur satu langkah ke
belakang ~
~Lihat kanan kemudian
kiri, kemudian lihat
kanan kembali untuk
memastikan tiada
kenderaan datang~
~ Dengar bunyi
bagi sebarang lalu
lintas yang datang
~
~ Fikirkan sama ada
jalan raya sudah
selamat dilintas atau
belum ~
~ Berwaspada sambil melihat ke kiri
dan ke kanan. Lebih selamat
melintas sekiranya orang dewasa
memimpin tangan kanak-kanak
semasa melintas ~
KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA
Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan set langkah, peruntukan,
peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang dan kereta di jalan-jalan dan lebuh raya,
dan itu mempunyai misi yang jelas untuk mencegah kemalangan dari transit yang melibatkan subjek-subjek
yang disebutkan di atas.
Selain undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan, , kerajaan juga boleh
membantu dengan melaksanakan kempen-kempen bagi menerapkan kesedaran kepada seluruh warga
Malaysia. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik
serta menyuntik etika dalam kalangan rakyat.
Didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada kanak-kanak
harus dimulakan sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, kanak-kanak diajar tentang
maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus
diambil ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan
menjaga keselamatan di jalan raya.
Kegunaan alat keselamatan
Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu yang
tidak diingini.
Topi Keselamatan Basikal
Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala
daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal.
Kasut Sukan
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus
menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting ketika menunggang
basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi.
Pelindung Siku Pelindung Lutut
Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut.
Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut
amatlah digalakkan ketika menunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya
Jaket ini sangat penting terutamanya ketika menunggang
pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan
pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya.
Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting
seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan
kehadiran kita si bahu jalan.
Peralatan keselamatan yang wajib ada di dalam kereta sebelum ke mana-mana? Ketahuilah, barang-barang wajib
itu akan menjadi penyelamat andai berlaku kecemasan
1. Lampu Suluh 2.Tukul Cermin
Apabila mengalami kecemasan di jalan raya pada waktu Tukul cermin memang direka khas untuk
malam yang gelap, terutama di lebuh raya yang sunyi memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma
ketika dalam perjalanan jauh. Lampu suluh sangat sekali hentakan saja dan amat berguna ketika
membantu ketika mencari sesuatu peralatan kenderaan berdepan situasi bahaya seperti kemalangan yang
pada waktu malam. menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka atau
kenderaan terhumban ke dalam sungai.
3. Alat Pemadam Api 4. Kit Pertolongan Cemas
Alat ini berguna ketika kereta terbakar, Kit ini sudah tentu berguna ketika berlaku
6. Jaket Keselamatan kecederaan yang bukan hanya melibatkan
kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain.
7.Segitiga Amaran
Pemandu kereta juga perlu memakainya, terutama ketika Sangat berguna ketika kereta terkandas di jalan raya
berlaku kecemasan ketika gelap yang memerlukan atau berhenti di lorong kecemasan.
mereka berada di luar kereta seperti menukar tayar pancit
9.Tayar Ganti
8. Kabel Pelompat (Jumper)
Kegunaan alat ini ialah untuk melompatkan (jumping) Pastikan sebelum memulakan perjalanan, tayar
kereta yang tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri. ganti berkenaan berada dalam keadaan elok dan
boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan
Penutup
Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah yang
praktikal perlu diambil oleh semua pihak.
Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan
semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis,
dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan
para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu.
Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi
kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna
jalan raya.
Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan
menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak
harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya
yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak.
Jangan gopoh-gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan
orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu
sebelum memulakan perjalanan.
Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna
jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak
harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa
orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.
PENGHARGAAN
Dalam kesempatan ini, izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
telah memberi peluang kepada kami menyertai pertandingan e-buku
skrap keselamatan jalan raya ini. Seterusnya diucapkan jutaan terima
kasih kepada Cikgu Loo dan Cikgu Leong yang banyak memberi
dorongan, pandangan, cadangan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan
dan seterusnya berjaya menyempurnakan buku skrap ini. Begitu juga
tidak dilupakan kepada ibu bapa kami dalam memberi sokongan dan
galakan serta membantu kami dalam menyiapkan buku skrap ini. Ucapan
terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada mana-mana pihak
atau sesiapa saja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu kami sepanjang usaha menyiapkan buku
skrap ini. Saya berharap agar buku skrap ini dapat dijadikan rujukan
kepada murid-murid lain Akhir kata semoga sikap positif dapat diterap
dalam jiwa kami sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.
Sekian, terima kasih.
SUMBER RUJUKAN :
1.https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/road-traffic-injuries
2.https://www.malaysiakini.com/announcement/584248
3.https://www.spanco.com.my/tips-keselamatan-di-jalan-raya/
4.https://paultan.org/2021/02/16/miros-laporkan-4634-kematian-akibat-
kemalangan-sepanjang-2020/
5.https://sites.google.com/site/webpkjr/prosedur-yang-selamat-untuk-melintas-
6.https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
malaysia/20180409/282226601297060
7. https://www.miros.gov.my/xs/index.php
8.https://rizah2012.blogspot.com
9.https://www.bharian.com.my/rencana/surat-
pembaca/2019/01/521236/penyelenggaraan-jalan-sempurna-elak-risiko-nahas
10. https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/kemalangan-di-jalan-raya/
11.https://www.scribd.com/document/154416170/Apa-Itu-Pendidikan-
Keselamatan-Jalan-Raya