WASPADA
BUDAYA KITA
Disediakan oleh,
Muhammad Iman Bin Aznan 6 Berani
([email protected])
Lim Zi Shen 6 Berani
([email protected])
Looi Jun Jie 6 Setia
([email protected])
Alamat Sekolah :
SJKC Moh Ghee Pusat
114, Lorong Perak, Jelutong
11600 Georgetown, Pulau Pinang
1. Pengenalan …………………………………………… 1
2. Keselamatan di Jalan Raya ………………………….. 2
3. Sikap Positif dan Bertanggungjawab
Ketika di Jalan Raya ………………………………….. 3
4. Bahagian Jalan dan Persekitaran
yang Selamat ………………………………………….. 4
5. Cara Melintas di Jalan Raya dengan
Selamat …………………………………………………. 5
6. Konsep Keselamatan Jalan Raya ………………….. 6
7. Kegunaan Alat Keselamatan ………………………... 7
8. Penutup / Kesimpulan ………………………………… 8
9. Sumber Rujukan ………………………………………. 9
Saban hari,kadar kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita semakin meningkat.terdapat
pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kenderaan atau pejalan kaki yang
dilaporkan oleh pihak berkuasa.negara kita juga disenaraikan sebagai negara yang mempunyai kadar
kemalangan jalan raya yang tinggi.pada hari ini, saya akan membentangkan cara-cara
mengurangkan berlaku kemalangan di jalan raya yang agak tinggi.
1
2. KESELAMATAN DI JALAN RAYA
1. Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa
Tali pinggang keledar dapat mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh
badan beralih ke tempat yang lain jika berlaku kemalangan.
2. Pakai dan ketatkan topi keledar.
Penunggang motosikal dan basikal sentiasa memakai topi keledar
ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan
kepada seluruh bahagian kepala.
3. Jangan pandu laju dan awasi had laju
Patuhilah had kelajuan maksimum yang ditetapkan seperti bagi pemandu
yang ingin memandu laju, gunakan lorong paling kanan.
4. Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.
Pejalan kaki sentiasa gunakan laluan pejalan kaki ataupun jejantas. Lihat
kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum melintas.
5. Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.
Bagi pemandu yang mempunyai bayi, pastikan kerusi khas untuk kanak-kanak dipasang ketat dan
tali pinggang keledar dipasang pada kerusi
2
3. Sikap Positif Dan Bertanggungjawab
Ketika Di Jalan Raya
Sikap positif pertama: Pengguna sentiasa mematuhi
lampu isyarat. Misalnya, penunggang motosikal
berhenti ketika lampu isyarat merah bernyala.
Sikap positif kedua : Pengguna memberi tumpuan
dan fokus kepada golongan khas, keadaan jalan raya
dan peka dengan situasi semasa.
Sikap positif ketiga: Bersikap bertanggungjawab
kepada diri dan pengguna. Misalnya, jangan
membuang sebarang sampah dari tingkap kereta
Sikap positif keempat: Bersikap bertoleransi,
sabar dan rasional semasa melintas atau memandu
di jalan raya.
Sikap positif kelima: Pengguna sentiasa
mematuhi papan tanda jalan raya demi
keselamatan semua.
3
4. Bahagian Jalan dan
Persekitaran yang Selamat
Lampu jalan yang terang Garisan pada jalan raya yang jelas
Lampu isyarat telah senget perlu dibaiki Keadaan jalan yang rosak perlu diturap
Kita perlu menggunakan bahagian jalan dan persekitaran yang selamat untuk melintas jalan
dengan selamat untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
4
5. Cara Melintas Jalan Raya
Dengan Selamat
1. Mengamalkan 5 Langkah Melintas Jalan dengan selamat
2. Gunakan jejantas 3. Tidak gunakan telefon bimbit semasa melintas
4. Kanak-kanak memimpin tangan ibu 5. Pengawal keselamatan
.
5
6. Konsep Keselamatan
Jalan Raya
Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan set
langkah, peruntukan, peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang
dan kereta di jalan-jalan dan lebuh raya, dan itu mempunyai misi yang jelas untuk
mencegah kemalangan dari transit yang melibatkan subjek-subjek yang
disebutkan di atas.
Kita semua, terutama kita yang tinggal di bandar-bandar besar, mesti hidup
dengan lalu lintas, yang pada masa puncak, disebabkan oleh pergerakan orang dan
kereta yang bergerak dari rumah mereka untuk bekerja, ke sekolah, antara Di
tempat lain, ia sungguh sengit dan berbahaya, kerana semua orang ingin
mengedarkannya, sampai ke sana dengan cepat, dan dalam keghairahan ini
berkali-kali ada kemalangan jalan raya yang sangat banyak yang merosakkan
pejalan kaki dan pemandu kenderaan mereka.
6
7. Kegunaan Alat Keselamatan
1. Jas hujan - Berfungsi melindungi daripada percikan air ketika
menunggang motosikal dan basikal.
2. Cermin mata keselamatan - Berfungsi melindungi mata daripada
sesuatu yang boleh merosakkan mata ketika menunggang motosikal.
3. Sarung Tangan - Berfungsi sebagai alat pelindung tangan ketika
menunggang motosikal daripada tercedera semasa berlaku
kemalangan.
4. Kasut keselamatan - Berfungsi untuk melindungi kaki dari alatan-
alatan yang keras dan tajam yang menimpa kaki. Kasut pelindung ini
mestilah keras dan tebal.
5. Topi keledar – Berfungsi melindungi bahagian kepala jika berlaku
kemalangan semasa menunggang basikal.
6. Jaket pemantul cahaya – Berfungsi sebagai pantulan cahaya
semasa menunggang motosikal dan basikal pada waktu malam,
mudah dilihat oleh pengguna lain.
7
8. Penutup
Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh mengikut
perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan
kehebatan diri. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh
itu, untuk menjamin keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya
yang lain. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri,malahan kepada
pengguna jalan raya yang lain. Terdapat tiga aspek yang harus diberi perhatian bagi mengurangkan
kemalangan berlaku di jalan raya.
1. Pemeriksaan Kenderaan
Kita boleh memeriksa rawak terhadap kenderaan perlu dilakukan sebelum dan semasa memandu kereta
bagi memastikan perjalanan yang selamat. Sentiasa periksa sudut cermin sisi dan tekanan angin tayar agar
tidak kurang atau berlebihan.
2. Penyenggaraan
Penyenggaraan berjadual amat penting untuk dilakukan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan
baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Oleh itu, pastikan anda sentiasa melakukan servis
kenderaan mengikut jadual.
3. Keadaan Jalan Raya
Sentiasa berwaspada dengan situasi di jalan raya seperti keadaan trafik, jalan raya berlubang dan hujan bagi
mengelakkan kemalangan. Pastikan anda memandu kenderaan secara perlahan apabila hujan kerana jalan
raya yang basah dan licin akan mengurangkan daya cengkaman tayar kenderaan.
Akhir kata, Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur,
sekolah, guru dan rakan kerana telah berjaya menyempurnakan e-buku skrap wakil dari Kelab Keselamatan
Jalan Raya. Kami berharap maklumat dan informasi dijadikan sebagai rujukan demi keselamatan semua
pengguna.
8
9. Sumber Rujukan
1. https://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/11/lihat-ke-kanan-kiri-kanan-semula/
2. https://www.mywilayah.com/2019/12/7-panduan-umum-keselamatan-melintas-di.html
3. http://alifalfredo.blogspot.com/2012/09/alatan-alatan-keselamatan.html
4. https://hargaapar.com/harga-alat-keselamatan/
5.https://www.scribd.com/presentation/389968007/5-Langkah-Melintas-Jalan-Dengan-
Selamat
6. https://farrahmuslim.wordpress.com/
7.http://keselamatan-jalan-raya.mozello.com/langkah-menjaga-keselamatan-1/semasa-
menunggang-basikal/
9