Disediakan oleh,
Lim Yi Jed, Emmanuel Ong & Natasha Ong ( 6Tekun )
E-mel : SJKC Moh Ghee Pusat
[email protected] 114, Lorong Perak,
[email protected] Jelutong 11600
[email protected] Pulau Pinang.
1. Pengenalan ……………………………………………. 1
2. Keselamatan di Jalan Raya ……………………….. 2
3. Sikap Positif dan Bertanggungjawab
Ketika di Jalan Raya …………………………………. 3
4. Bahagian Jalan dan Persekitaran 2
yang Selamat ………………………………………….. 4
5. Cara Melintas di Jalan Raya dengan 2
Selamat ……………………………………………………. 5
6. Konsep Keselamatan Jalan Raya ………………. 62
7. Kegunaan Alat Keselamatan …………………….. 72-8
8. Penutup / Kesimpulan ……………………………… 9
9. Sumber Rujukan ………………………………………. 10
PENGENALAN
Paparan kemalangan jalan raya di televisyen, surat khabar dan media massa seperti Facebook, Twitter
dan Instagram jelas menunjukkan bahawa kadar kemalangan semakin meningkat setiap tahun.
Baru-baru ini, berita harian telah melaporkan banyak kes kemalangan tragik serius yang
disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa kematian.
Kemalangan pasti dapat dikurangkan jika sikap waspada dijadikan budaya oleh semua lapisan
masyarakat termasuk pejalan kaki, pemandu kenderaan, pembonceng motosikal dan penunggang
basikal. Sikap waspada dan bertolak ansur dalam kalangan pengguna jalan raya dapat mengurangkan
risiko nahas maut.
Selaku pengguna jalan raya, kita perlu mengambil langkah dalam mengelakkan kemalangan
dengan meningkatkan sikap kesedaran dengan membudayakan keutamaan keselamatan jalan raya.
Justeru, kita mesti mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya
yang lain. Hargailah nyawa dengan amalkan cermat, berhemah dan bertolak ansur.
1
Keselamatan di jalan raya
Kereta
Pastikan kereta dalam keadaan yang baik – brek, tayar, petrol dan air.
Pejalan kaki
Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas
jalan secara bersendirian.
Penumpang bas
Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.
Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
Penunggang Motosikal
Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal.
Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.
2
SIKAP POSITIF DAN
BERTANGGUNGJAWAB
KETIKA DI JALAN RAYA
1. Pemandu mesti memastikan enjin kenderaan, tayar, brek, stereng kereta, lampu siren dan alat
penunjuk arah berada dalam keadaan baik.
2. Pemandu memastikan petrol atau gas mencukupi sebelum kereta bergerak ke destinasi
3. Pemandu memastikan kenderaan sama ada di luar dan dalam berada dalam keadaan bersih
4. Pemandu memastikan lesen memandu, peralatan yang diperlukan dibawa bersama atau siap sedia
5. Pemandu dan pengguna bersikap toleransi, berhemah dan bertanggungjawab seperti tidak bersikap
ego semasa memandu dan tidak membuang sampah melalui tingkap kereta ke luar.
6. Pemandu dan pengguna sentiasa mematuhi papan tanda dan undang-undang jalan raya.
3
Bahagian jalan raya dan
persekitaran yang selamat
Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh bahagian jalan raya dan persekitaran yang tidak selamat seperti
bonggol yang berbahaya, laluan basikal yang tidak terurus, tiada papan tanda pada tempat, papan tanda rosak,
kawasan pejalan kaki yang bahaya, lampu jalan yang tidak terang dan sebagainya. Pihak berkuasa haruslah
menitiberatkan keadaan sedemikian bagi mengurangkan kemalangan berlaku.
Jalan yang bertakung air Bonggol yang tinggi
Kawasan mendap dan
Jalan yang tidak rata
membahayakan dan berlubang
Kawasan penunggang Lampu jalan yang terang
basikal yang tidak
diselenggara
Papan tanda dihalang
pokok
4
1 Cara melintas di jalan
2 raya dengan selamat
1. Berhenti di bendul jalan dan undur satu langkah ke belakang
2. Lihat kanan kemudian kiri, kemudian lihat kanan kembali untuk
memastikan tiada kenderaan datang
3. Dengar bunyi bagi sebarang lalu lintas yang datang
4. Fikirkan sama ada jalan raya sudah selamat dilintas atau belum
5. Berwaspada dan berhati-hati apabila melintas
34 5
5 Langkah Asas
Sebelum Melintas
5
Konsep keselamatan
jalan rayA
Pencegahan kemalangan jalan raya perlu diterap sejak kecil lagi. Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya telah diselitkan dalam pembelajaran harian murid.
Dasar yang menghalang, norma yang menghukum seperti undang-undang jalan raya yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Mematuhi dan memberi perhatian pada papan tanda jalan raya seperti tidak melebihi had
kelajuan, memberikan keutamaan kepada golongan murid dan orang kurang upaya dan lain-lain
demi keselamatan semua pengguna.
Komitmen pejalan kaki dan pemandu iaitu sikap yang positif seperti bertimbang rasa, bertoleransi
dan bertanggungjawab kepada diri dan orang lain.
Elemen yang menambah keselamatan seperti kelengkapan alat
keselamatan. Misalnya memakai jaket pemantul cahaya, topi
keledar, pad siku, pad lutut, sarung tangan dan sebagainya demi
keselamatan diri dan pengguna jalan raya.
Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan melintas
jalan raya. Beri fokus dan tumpuan yang sepenuhnya kerana “malang
tidak berbau”. Kemalangan akan berlaku pada bila-bila masa.
6
Kegunaan
alat keselamatan
1. Topi Keledar: Fungsi topi kelendar basikal dan motosikal bertindak untuk melindungi bahagian kepala daripada
cedera apabila terjatuh dan kepala hantuk pada permukaan jalan raya. Pilih topi keledar yang memenuhi piawaian
yang ditetapkan oleh Standard Malaysia (SIRIM)
2. Pad siku dan pad lutut: Fungsi pad siku dan pad lutut digunakan untuk melindungi tangan dan kaki terseliuh
dan cedera semasa menunggang basikal dan motosikal jika berlaku perlanggaran.
3. Lampu Berkelip LED: Cahaya yang kuat untuk memberi amaran untuk pengangkutan khas atau bekerja di
jalan raya seperti membaiki jalan raya pada waktu malam
7
Kegunaan
alat keselamatan
4. Jaket Pemantul Cahaya: Penunggang motosikal digalakkan memakai jaket pemantul cahaya dan topi keledar
dengan betul untuk menjamin keselamatan diri ketika di jalan raya.
5. Kon Keselamatan:Fungsi kon kecemasan adalah untuk memberi AMARAN lalu lintas kepada pemandu lain
terutamanya jika kenderaan anda perlu diberhentikan di tepi jalan disebabkan oleh brakedown atau tayar bocor.
6. Tiang Boleh Lentur “Flexible”: Bertindak sebangai penghadang atau pembahagi jalan untuk meningkatkan
penglihatan pada waktu malam mahupun siang.
8
penutup
Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab semua demi keselamatan diri dan orang lain. Pendidikan
keselamatan jalan raya turut memainkan peranan penting dalam membudayakan dan meningkatkan
kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi
pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah serta
mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya. Kita wajarlah menjaga keselamatan diri di
jalan raya untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Kita berupaya untuk membentuk keharmonian,
kesejahteraan dalam kalangan masyarakat dengan mengamalkan waspada sebagai budaya kita. Sayangilah
nyawa!
Sebagai tanda penghargaan, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak sekolah memberikan peluang untuk menyertai pertandingan e-buku skrap yang khas
untuk ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya. Kami juga berterima kasih kepada Cikgu Leong dan Cikgu Loo
sentiasa memberikan bimbinga, dorongan dan idea sepanjang penyediaan e-buku skrap. Kami juga berasa
besar hati dapat berkerjasama sesama ahli kumpulan untuk menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata,
“biarlah lambat, asal selamat” kepada semua pengguna jalan raya.
9
Sumber rujukan
1. http://www.myhealth.gov.my/keselamatan-jalanraya/
2. https:///C:/Users/limse/Downloads/Peranan-dan-Tjawab-Pemandu%20(2).pdf
3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jalan_raya
4. https://sites.google.com/site/webpkjr/prosedur-yang-selamat-untuk-melintas-1
5. https://ms.facts-news.org/definisi-keselamatan-jalan-raya
6. http://www.myhealth.gov.my/keselamatan-jalanraya/
7. http://keselamatandijalanraya.blogspot.com/2009/05/5-langkah-sebelum-melintas.html
8. http://www.humanfac.com/gunakan-kon-kecemasan-dengan-betul/
9. https://www.slideshare.net/faarikjuraimi/pendidikan-keselamatan-jalan-raya-76314196
10