The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maziana7977, 2022-10-01 07:57:01

KAJIAN TINDAKAN PANITIA SAINS

KAJIAN TINDAKAN PANITIA SAINS

Keywords: KAJIAN TINDAKAN PANITIA SAINS

KAJIAN TINDAKAN PANITIA
SAINS

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI TANPA MENGHAFAL
ISTILAH DAN MAKSUD SESUATU DALAM PEMBELAJARAN SAINS
TAHUN 6 MENGGUNAKAN BIG IDEA “SIMPLE IS MORE” KEPADA

36 MURID-MURID TAHUN 6 AFDAL

Oleh:
Maziana Binti Mohamad Mazlan

Norzuraini Binti Mohamed
Azlizan Bin Abdul Aziz

Julia Fazila Binti Jaafar

ABSTRAK

Kajian ini kami laksanakan adalah kerana kesedaran pada
diri kami warga pendidik seperti anjakan paradigma untuk
keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari
jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.Jika disebut
subjek Sains, pasti murid ramai teruja ,biasanya dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains, murid akan
melakukan eksperimen atau ujikaji .Walaupun eksperimen
atau ujikaji tersebut sangat ringkas namun terpahat di
jiwa murid-murid ini. Namun walaupun murid dapat
melakukan eksperimen dengan jaya nya,ada juga di
kalangan mereka yang hanya buat eksperimen namun
tidak memahami konsep,istilah dan maksud dan tujuan
eksperimen dilakukan. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui semakan kerja murid, ujian pra, soalselidik,
temubual serta pemerhatian, hasil tinjauan menunjukan
murid tidak mahir menggunakan istilah dan maksud
sesuatu disebabkan ayat fakta serta banyak perkataan-
perkataan yang perlu dihafal oleh murid-murid.

Kemahiran memahami adalah penting bagi setiap murid untuk
mendapat markah atau tahap pencapaian yang lebih tinggi. Bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid 6 Afdal di dalam pembelajaran Sains kami
mengaplikasikan “mnemonik” yang mana murid hanya perlu mengetahui kata
akar “root words” dan kami telah memperkenalkan kaedah ini dimana murid
dikehendaki mengetahui perkataan yang sama erti yang mudah yang selalu selalu
digunakan dalam aktiviti seharian mereka. Seramai 36 orang murid serta 4 orang
guru terlibat di dalam kajian ini. Satu topik dipilih dan pembelajaran dijalankan
dalam tempoh tiga minggu. Aktiviti ini dijalankan selama satu jam dalam
seminggu.
Keputusan Ujian pos, serta Ujian topical telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Murid lebih faham dengan cepat dan lebih berminat dalam setiap
topik bagi matapelajaran Sains menggunakan kaedah ini kerana ia mudah,
senang dan seronok. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini
haruslah dikekalkan agar murid lebih cepat faham dalam setiap topik bagi mata
pelajaran khususnya bagi memahami istilah serta maksud sesuatu perkataan
berkaitan fakta sains.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kami telah berusaha pelbagai cara untuk mengatasi masalah murid yang kurang
mengingat istilah dan maksud sesuatu pembelajaran sains. Justeru, kami ingin
mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan bagi memantapkan pengetahun
dan pemahaman murid bagi setiap topik untuk mata pelajaran Sains.
Sesekali ada juga murid mengeluh … susah la nak terangkan maksud ni
cikgu….apa jawapan istilah ni cikgu……..nak jawab ape ni cikgu…..macam
mana nak buat…. Begitu lah setiap kali bila diajukan soalan berfakta kepada
murid-murid. Bagi kami mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi
jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri.

Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka keseluruhannya, latar belakang keluarga yang
miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada kemudahan seperti
Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran mereka.

Saya tidak pernah menghadiri kursus Kajian Tindakan. Jadi kali ini saya membuat keputusan
untuk melaksanakan Kajian bagi memperbaiki kelemahan pada diri kami sebagai guru serta
mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik kami. Kami telah memulakan kajian dengan
beberapa langkah iaitu membuat ujian, memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik.
Kemudian kami merancang aktiviti serta kaedah yang akan kami jalankan iaitu simple is
more. Langkah-langkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan
yang berikut.

Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu
mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan
professional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai
amalan. Dengan itu guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-
amalan yang efektif.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mengingat dan
memahami bukan menghafal. Kajian ini adalah penting bagi murid bagi tahap satu untuk
membina ayat mudah secara berulang-ulang mengikut muka surat dengan menggunakan
kaedah mnemonik. Menyatakan istilah memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta
keyakinan diri. Jika murid tidak boleh membuat ayat dengan betul berdasarkan fakta yang
tepat maka jawapan yang diberikan semestinya salah dan tiada makna bagi maksud
ataupun istilah sains berkaitan tajuk dalam matapelajaran sains. Murid akan menggangap
Sains adalah subjek yang sukar serta hilang minat untuk terus belajar. Kesannya mereka
akan menghadapi banyak masalah di dalam mata pelajaran Sains apabila berada di tahap
dua.

1. OBJEKTIF KAJIAN

2. Objektif Am
Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran
memberikan maksud atau istilah sains dengan tepat
mengikut istilah yang betul dan tidak direka-reka serta
menggunakan ayat yang senang serta mepertingkatkan
keyakinan diri supaya menguasai istilah-istilah bagi murid-
murid Tahap 1 dan 2.

2. Objektif Khusus

i. Membantu murid membina ayat mudah dalam memberikan
maksud atau makna istilah dengan mudah dan ringkas.

ii. Membantu murid supaya m u d a h m e n g i n g a t
konsep sains seterusnya tidak perlu
menghafal hanya faham apabila
menggunakan kaedah nmemonik ini.

iii. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Sains.

iv. Mengubah sikap persepsi murid bahawa Sains adalah

mata pelajaran yang mudah difahami dan menyeronokkan..

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 35 orang murid
6 Afdal. Saya mengambil keputusan untuk
mengadakan kajian ke atas semua murid 6 Afdal
agar semua murid kelas ini mendapat faedah
dan manfaat kerana kaedah nmemonik ini boleh menarik
minat semua murid.

1. PERLAKSANAAN KAJIAN

2. Tinjauan Masalah

Jadual 1: Kaedah
Mengutip Data

Langkah Kumpulan Tujuan

Dan Cara sasaran
Tarikh Penilaian 36 0rang
Langkah
murid 6 Afdal Mengenal apakah masalah sebenarnya yang dihadapi
Memeriksa oleh murid .
1

Buku Tulis
17.1.2005

Langkah Ujian 36 0rang Saya menjalankan ujian ke atas 36 orang murid
2 murid 6 Afdal tahun 6 Afdal yang dikenal pasti, iaitu memberikan
soalan berkaitan istilah dan maksud istilah
18.1.2005 tersebut.Tujuan adalah untuk mengenal pasti masalah
yang mereka hadapi ketika memberikan maksud
istilah.

(Lampiran 1)

Langkah Temubual i. 36 0rang Temubual dijalankan secara rawak seramai 8 orang
3 murid 6 untuk mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi .
Afdal (Lampiran 2)
19.1.2005 ii.Pemerhati

Langkah Soal selidik Norzuraini
4
i. 36 0rang Kertas soal selidik diedarkan untuk mendapat
24.1.2005 murid 6 Fdal kepastian pada masalah yang dihadapi. (Lampiran 3)

ii.Pemerhati
Zalinawati

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Jadual 2 : Analisis tinjauan masalah.
Dan
Cara Kumpulan Masalah telah dikenalpasti
Tarikh Penilaian sasaran

Langkah Memerika 36 0rang Perlu meruuk buku teks dan nota.
Buku Tulis murid 6
1 Afdal
17.1.2005

Langkah Ujian 36 0rang Setelah membuat Ujian Awal saya dapati hanya
murid seorang saja yang dapat menjawab soalan dengan
2 6Afdal betul ,yang selebihnya tidak dapat menjawab soalan
18.1.2005 tersebut.

Langkah Temubual i. 37 0rang i. Seramai 7 orang telah saya temubual dan
murid 6 didapati hanya 3 orang yang mengatakan mata
3 Afdal pelajaran Sains adalah sukar dan tidak faham
19.1.2005 ii.Pemerhati setiap kali menjawab soalan.
Maziana
ii. Kurang mendapat tunjuk ajar daripada ibubapa

apabila kerja sekolah diberi.
iii. Keadaan persekitaran di rumah serta pergaulan

dengan rakan-rakan mempengaruhi sikap pelajar.

iv. Masa lapang banyak diisi dengan bermain

bersama kawan-kawan.

Langkah Soal selidik i.Seramai 7 i. Hanya 2 orang daripada mereka akan
0rang murid bertanya jika tidak faham kerja yang diberikan
4 6 Afdal oleh guru.
24.1.2005
ii.Pemerhati ii. 3 orang daripada mereka tidak faham soalan
KP Sains dan tidak tahu untuk menjawab soalan.

Langkah Pemerhatian Guru Pemerhatian dilakukan sendiri oleh saya untuk
Pengkaji mengenal pasti masalah dari segi :
5 i. Sikap-Kebanyakan daripada mereka membuat
24.1.2005
kerja sambil lewa.

ii. Tingkah laku- Sebelum kajian mereka tidak

memberi tumpuan semasa belajar apabila

ditanya soalan mereka hanya membisu.
iii. Penglibatan murid sebelum kajian- pasif dan liat.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal didapati pelajar memang lemah
dari segi memberikan maksud istilah-istilah dalam
matapelajaran Sains.Ini adalah kerana mereka kurang
membaca dan memahami topik, kurang keyakinan diri,
keadaan persekitaran kurang mendapat dorongan daripada
ibubapa menyebabkan mereka kehilangan arah jika tidak
dibimbing oleh guru. Oleh itu saya rasa bertangungjawab
di dalam mendidik anak-anak didik saya. Untuk mengatasi
masalah ini, kaedah mnemonic diperkenalkan untuk
melaksanakan kajian ini:

a. Pertama saya lakukan adalah dengan melipat kertas A4 kepada
lapan bahagian seperti booklet.

b.Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti Jadual 3 di bawah :

Jadual 3 :Langkah-langkah untuk membina ayat di dalam booklet.
Langkah 1 Murid-murid dikehendaki membina booklet dengan bimbingan guru.

Langkah 2 Tulis muka surat disetiap helaian booklet.
Langkah 3 Murid-murid dikehendaki menulis ‘tajuk’ sebelah hadapan kulit buku
tersebut.

Langkah 4 Murid menulis istilah dan melakar huruf yang menjadi tajuk utama
mnemonic di helaian booklet.Murid kemudian menampal gambar
Langkah 5 berkaitan interaksi haiwan dan tumbuhan.
Langkah 6
Langkah 7 Mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

Guru akan menilai dari segi kreativiti membina booklet tersebut
serta kekemasan hasil kerja..
Membaca booklet bersama kawan-kawan.

d. Pentadbiran instrumen seperti pemerhatian, temubual dan ujian pos
dijalankan oleh saya sendiri.

e. Bahan-Bahan yang digunakan ditunjukkan pada Jadual 4 di bawah.

Jadual 4 : Bahan-bahan yang digunakan

No. Bahan-bahan berkaitan Buku Teks Sains
Aktiviti Tahun 6

1 Nota berkaitan tajuk Persaingan (Muka surat)
Antara Haiwan 56-57

2 Kertas A4 berwarna -
3 Marker pen -
4 Gambar haiwan 56-57

5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan pemerhatian /
Penilaian.

5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1

Pengajaran seperti biasa. Selepas membaca petikan ayat, murid-murid
dikehendaki menjawab soalan. Saya mula memperkenalkan mnemonic
serta menunjukkan contoh. Murid-murid dikehendaki menulis semua
istilah yang terdapat dalam buku teks muka surat 56 sehingga 57.
Istilah-istilah tersebut ditulis di atas sekeping kertas manila kad
berwarna dengan menggunakan marker pen kemudian guru
menunjukkan bagaimana cara untuk menulis perkataan tersebut dengan
perkataan seharian yang biasa digunakan dalam perbualan seharian.

Pemerhatian

Tarikh : 12 September 2022
Tempat : 6 Afdal
Masa : 12.30 – 1.30 tgh

Peristiwa :
Murid-murid seperti “teruja” melihat contoh lakaran mnemonic
yang telah saya siapkan. Mereka seperti tidak sabar untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Apabila aktiviti bermula saya
tidak menghadapi masalah terhadap murid-murid kerana mereka
seakan memahami dan teruja untuk melakar seperti contoh yang
saya berikan. Didapati terdapat 20 daripada 36 orang murid
yang menumpukan penuh perhatian.

Kaya bermaksud pihak yang kaya yang tidak
merugikan atau memberikan manfaat atau
merugikn kepada pihak yang lain.

Miskin pula bermaksud pihak yang mendapat
manfaat daripada interaksi ini.

orkid pada batang pokok adalah contoh bagi
tumbuhan yang berinteraksi secara
komensalisme.

langsuyar pada batang pokok adalah contoh
bagi tumbuhan yang berinteraksi secara
komensalisme.

Refleksi

Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok serta
mencuba untuk melakar lagi istilah-istilah lain dan mereka perkataan
yang sinonim dengan istilah-istilah tersebut.
Untuk aktiviti seterusnya saya terfikir yang saya akan menggunakan
buku teks dan buku aktiviti, supaya mereka mendapat lebih cepat
memahami istilah-istilah dan akan memahami topik yang sedang
dipelajari.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2
Untuk menarik perhatian mereka saya membawa sekeping kertas A4
yang berwarna-warni yang boleh di dapati di koperasi sekolah.
Kemudian mereka dikehendaki membina perkataan yang biasa
digunakan yang sama consonant di hadapan istilah tersebut:
mutualisme =

Untung membawa maksud sesuatu tumbuhan akan mendapat
manfaat daripada persaingan ini. Terdapat dua u bermakna kedua-
dua hubungan tumbuhan tersebut mendapat Untung
terhadap persaingan ini. Oleh itu mengikut buku teks muka surat 56,
istilah bagi mutualisme ialah interaksi yang memberikan manfaat
kepada kedua-dua belah pihak. Murid kemudian membina lakaran
pada kertas A4 berwarna-warni berdasarkan istilah tersebut.

BURAN dan umang-umang adalah contoh bagi
haiwan yang berinteraksi secara mutualisme.

BURUNG dan kerbau adalah contoh bagi
haiwan yang berinteraksi secara mutualisme.

Pemerhatian
Tarikh : 12.9.2022
Tempat : 6 Afdal
Masa :12.30-1.30 tgh

Peristiwa :

Murid-murid begitu tertarik dengan kertas A4 yang berwarna-warni
yang saya bawa. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengetahui aktiviti apa
sebenarnya. Bila mendapat kertas yang berwarna-warni mereka sudah
mengagak akan terdapat aktiviti yang menarik dalam kelas ketika
pengajaran dan pembelajaran sebentar lagi. Ada yang membuat rujukan
di dalam buku teks Sains Tahun 6. Mereka begitu berhati-hati semasa
menulis dan begitu leka dengan aktiviti masing-masing. Ada yang
menunjukkan hasil kerja mereka serta membanding- bandingkannya
dengan kawan yang lain.Saya mendapati ramai yang membuat mengikut
kreativiti masing-masing.

Jadual 5: Istilah –istilah dalam topik

Istilah Mnemonik yang dapat membantu murid

Mutualisme Terdapat dua huruf ‘u’dalam istilah tersebut yang
komensalisme membawa maksud ‘untung’ dan bermaksud
manfaat
parasitisme
Terdapat dua huruf ‘k’dalam istilah tersebut yang
membawa maksud ‘kaya’ dan bermaksud tidak
merugikan atau manfaat manakala huruf ‘ m’
pula membawa maksud ‘miskin’ dan bermaksud
mendapat manfaat bagi satu pihak sahaja.

Terdapat dua huruf ‘r’dalam istilah tersebut yang
membawa maksud ‘rugi’ dan bermaksud
merugikan manakala huruf ‘ m’ pula membawa
maksud ‘manfaat’ dan bermaksud mendapat
manfaat bagi satu pihak sahaja.

Refleksi

Murid-murid sudah mengenalpasti istilah berserta contoh-contoh yang
sesuai haiwan dan tumbuhan dalam persaingan antara spesies. Melaui
kaedah “mnemonik” ini,murid dapat mengenalpasti dengan pantas
maksud istilah-istilah serta dapat memberikan contoh-contoh yang
sesuai berdasarkan interaksi antara komensalisme,parasitisme dan
mutualisme.

Murid-murid juga dapat membina lakaran menggunakan mnemonic
ini bagi topik lain selain interaksi antara hidupan. Saya rasa amat
gembira kerana aktiviti kedua berjalan lancar. Mereka begitu
bersungguh-sungguh menyiapkannya. Hanya satu ayat mudah
difahami pada satu muka surat. Untuk menarik minat murid serta
membiasakan mereka dengan pantas dengan memberikan maksud
istilah-istilah.

5.4.3 Perlaksanaan Aktiviti 3
Masih mengekalkan teknik yang sama. Cuma tajuk pada kali ini
adalah parasitisme. Saya menunjukkan booklet yang kosong. Murid-
murid dikehendaki membacanya maksud istilah tersebut dan
membina (mnemonik) yang mudah yang boleh mereka ingat.

Saya memberitahu murid-murid pada hari ini saya akan memberi
cenderahati mengikut kriteria:

1. Semua ayat ditulis dengan betul
2. Booklet mestilah bersih dan kemas
3. Mestilah mnemonic yang ringkas dan senang untuk menngingat istilah tersebut.

Pem1.erhatian

Tar2i.kh : 17 September 2022
6 Afdal
Tem3.pat Masa 12.30-1.30
:

Peristiwa :

:

Refleksi

Saya tidak menyangka perubahan yang begitu ketara. Murid-murid begitu
tekun daripada sebelumnya. Mereka berlumba-lumba malah berhati-hati
semasa membina m n e m o n i k . Aktiviti seterusnya saya akan menampal
hasil kerja mereka di sudut hasil kerja murid di dalam bilik sains.

116

Refleksi”

Murid-murid sudah mengenalpasti maksud bagi istilah-istilah
interaksi antara hidupan. Ini menunjukkan mereka dengan sendirinya
sudah memperkayakan “istilah-istilah sains” mereka. Saya tidak
mempunyai masalah lagi untuk menerangkan satu persatu maksud
atau makna bagi istilah sains pada masa hadapan.

Saya rasa amat gembira kerana aktiviti kedua berjalan lancar. Mereka
begitu bersungguh-sungguh menyiapkannya. Hanya satu ayat mudah
difahami pada satu muka surat. Untuk menarik minat murid serta
membiasakan mereka dengan aktiviti penulisan, saya bercadang akan
memberi hadiah kepada murid-murid yang membuat ayat tanpa
kesalahan.

5. Refleksi kajian

1. Penilaian pencapaian murid

Jadual 6 : Keputusan Ujian awal Jadual 7: Keputusan Ujian Post mortem

Markah Bil. Murid Markah Bil. Murid
5 35
51

41 44

3- 32

2- 29

1- 1 29

Graf 1 : Menunjukkan perbandingan keputusan Ujian
awal dan Ujian Pos mortem Kelas 6 Afdal Tahun 2022

40 M arkah 35
5
35 9 4
1
30 23
25 4
20 20 M arkah

15

10
5

0
1

Ujian awal Ujian post mortem

Ujian awal dan Ujian Pos mortem telah dilaksanakan dan d i dapati
perubahan begitu ketara sekali di mana pada Ujian Pos mortem
didapati 35 orang murid 6 Afdal telah mendapat markah penuh
berbanding markah Ujian Awal hanya 2 orang sahaja. Ini adalah
kerana semasa Ujian Awal dijalankan murid-murid belum mendapat
pendedahan bagaimana memahami istilah dengan betul. Ujian Pos
mortem telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah
mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.

Perbandingan Keputusan Ujian topikal 1 dan 2 Kelas 6 Afdal

Tahun 2022
35 33

30
25

25

20

Jumlah 15 11
Pelajar10
3 00
5 00 D 4+ E
0
B2 C3
1A
Gred

Ujian topikal 1 Ujian topikal 2

Graf 2 : Perbandingan Ujian awal Dan Ujian Pos mortem Kelas 6 Afdal Tahun
2022

Ujian Bulanan juga menunjukkan peningkatan di mana pada Ujian topikal 2
seramai 33 orang murid telah mendapat “A” di dalam topik interaksi antara
hidupan berbanding dengan Ujian Topikal 1 hanya 25 orang. Perubahan ini
berlaku adalah kerana mereka sudah mempunyai keyakinan diri serta mempunyai
banyak perkataan-perkataan baru bagi topik tersebut.

Hasil temubual dan refleksi murid juga saya dapati 100% murid- murid 6Afdal
meminati kaedah yang diperkenalkan iaitu mnemonic dan booklet. Banyak
aktiviti-aktiviti menarik telah mereka lakukan sepanjang kajian ini. Temubual

Refleksi keseluruhan

Secara keseluruhan banyak perubahan-perubanan yang
dilalui oleh murid-murid. Rumusan kami sebagai guru –
guru sains adalah berdasarkan pemerhatian,ujian
topikal,soal jawab,ujian awal dan ujian post mortem,serta
temubual bersama murid-murid, kami mendapati:

• Kami telah mengubah persepsi murid bahawa Sains adalah mudah
untuk difahami dan kemahiran menyatakan istilah atau memberikan
maksud boleh diajar dengan mengikut amalan yang betul.

• Mengajar mengikut sukatan dan topik dengan mudah dan cepat .
• Menggunakan buku teks dan aktiviti semaksima mungkin pada tahun-

tahun yang lepas adalah amat sukar untuk berbuat demikian kerana
kebanyakan murid tidak faham.
• Kesedaran seperti guru perlu kreatif semasa melakukan P&P.
• Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid begitu seronok serta memberi
sepenuh perhatian pada proses pembelajaran serta hubungan guru dengan
murid bertambah rapat.

Ling Tien Sing,Peter Ling Chee Chang dan Tan Kim
Low.2018.Success Science SPM, Kuala
Lumpur:Oxford Fajar.

Marshall Cavendish Education Pte Ltd.2016.Science Booster
(2nd ed) Volume A. Singapura :Marshall Cavendish Education

Noraini Bte Abbas ,2017.Science PSLE Revision
Guide Singapura.

MariamMohamed Nor & Abd.Halim Bin Ibrahim.
(2004). HBET 2303 Writing in an ESL Context. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum ,2013.Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 6
KSSR (Semakan Mulai 2017).Kuala Lumpur.kementerian
Pendidikan Malaysia.

Nyatakan maksud bagi istilah-istilah berikut:
i. Komensalisme:

_____________________________________
_____________________________________
ii. Mutualisme:

______________________________________
______________________________________
iii. Parasitisme:
______________________________________
______________________________________

Catatan temubual

Tarikh :
Masa :
Tempat :

Beberapa soalan diajukan kepada 5 orang murid untuk
mengenal pasti masalah antara soalan :

i. Mata pelajaran apa yang awak minati?

127

ii. Siapakah yang selalu menolong awak menyiapkan kerja
rumah?

iii. Selain dari permainan (game/kuiz) apakah kaedah lain
yang awak sukai ketika belajar?

Borang Soal Selidik
Maklum balas pelajar terhadap maklumat berkaitan Sains. Arahan : Untuk
setiap soalan dibawah bulatkan salah satu jawapan sahaja. Sila jawab semua
soalan dengan bulatkan salah satu jawapan.

1.Adakah awak meminati mata pelajaran Sains?
Ya Tidak

2.Adakah awak bertanya pada guru jika tidak faham?
Ya Tidak

3.Adakah awak selalu menjawab dengan penuh perhatian ketika menulis
jawapan didalam Sains?
Ya Tidak

4.Adakah awak memerlukan bimbingan guru ketika menjawab soalan latihan
atau soalan kuiz Sains?

Ya Tidak

Mutualisme ialah ………………………….
Komensalisme ialah ……………………….
Parasitisme ialah ……………………….....

Salinan lakaran mnemonic murid-murid.


Click to View FlipBook Version