The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN KONTIGENSI BAGI MENGHADAPI MUSIM BANJIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myrulmanan67, 2021-09-22 04:39:23

PELAN KONTIGENSI BAGI MENGHADAPI MUSIM BANJIR

PELAN KONTIGENSI BAGI MENGHADAPI MUSIM BANJIR

PELAN KONTIGENSI BAGI PERSEDIAAN
MENGHADAPI MUSIM BANJIR

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KAMPONG GAJAH

PENDAHULUAN

Kampong Gajah merupakan daerah yang bersejarah di
Negeri Perak ini dan ianya juga merupakan Pekan yang
sedang membangun. Keluasan Jagaan Anggaran
53.761km² dan mempunyai kepadatan penduduk 10000
orang dan majarotinya berbangsa Melayu dan kurangnya
bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain.
Pekerjaan utama penduduk adalah sebagai petani dan
ahli perniagaan.

TUJUAN PELAN KONTIGENSI

Untuk memaklumkan kepada ahli Mesyuarat akan
persiapan JBPM bagi menghadapi Musim Banjir bagi
tempoh September 2021 hingga Februari 2022 yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM
MENGHADAPI MUSIM BANJIR

❖ Mencari dan menyelamat mangsa-mangsa Bencana yang terperangkap.
❖ Mencegah kejadian Bencana daripada menjadi besar dengan cara mengawal

kebakaran, mengawal kebocoran kimia dan lain-lain situasi berbahaya.
❖ Mengumpul maklumat dan mengkaji tahap bahaya Bencana untuk menasihati

dan untuk disalurkan kepada PDRM supaya tindakan pengungsian
(evacuation) kawasan dilakukan.
❖ Bekerjasama dengan pihak PDRM untuk mewujudkan sempadan / zon operasi
(inner cordon) di sekeliling tempat kejadian bagi membolehkan JBPM
melaksanakan pengawasan dan pengawalan operasi.
❖ Memastikan keselamatan kesemua petugas yang terlibat dalam kerja
menyelamat.
❖ Mengambilkira kesan kejadian ke atas alam sekitar dan mengambil tindakan
untuk mengurangkan kesan yang diakibatkan oleh kejadian Bencana.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM

MENGHADAPI MUSIM BANJIR

❖ Bekerjasama dengan pegawai perubatan di tempat kejadian dan lain-lain
pegawai perubatan serta dengan pihak ambulan untuk memberikan bantuan
kepada mangsa yang memerlukan rawatan dan juga untuk memindahkan
pesakit dari tempat kejadian.

❖ Membantu pihak PDRM untuk mencari mangsa-mangsa Bencana.
❖ Menjalankan penyiasatan di mana diperIukan dan menyediakan laporan serta

bukti-bukti yang mencukupi bagi tujuan siasatan atau pendakwaan
❖ Sentiasa bersiapsiaga di tempat kejadian untuk memastikan keadaan selamat

dan terkawal.
❖ Menggerakkan unit pengesan (K9) untuk operasi mencari dan menyelamat

mangsa yang hidup atau mati.
❖ Menyediakan perkhidmatan helikopter untuk operasi ambulan udara, tinjauan

udara dan pengangkutan udara.
❖ Menyediakan khidmat menyelam untuk operasi mencari dan menyelamat di

air.



KAWASAN YANG BERISIKO BERLAKU BANJIR

❖ Pulau Juar
❖ Kg Teluk
❖ Selat Pulau
❖ Bandar Tua
❖ Pasir Salak

BILANGAN ANGGOTA PETUGAS

Satu senarai inventori kekuatan anggota disediakan
untuk mengetahui keupayaan agar boleh dikerah pada
bila-bila masa. Langkah kontigensi keperluan tenaga
tambahan anggota juga perlu dirancang.

BILANGAN ANGGOTA

➢ Bilangan anggota bomba di seluruh negara adalah
sebanyak 14,000 orang.

➢ Manakala bomba sukarela pula 15,000 orang.
➢ Bilangan Anggota dibalai seramai 18 orang termasuk

Pegawai Bomba Bantuan.
➢ Arahan telah dikeluarkan bagi anggota bersiap sedia

menghadapi musim banjir.

SENARAI KELENGKAPAN LOGISTIK
DARAT & AIR

● Nadi Penggerak kepada kelicinan sesuatu operasi.

● Bilangan darat dan Air yang sedia ada di balai adalah

seperti berikut :

I. Jentera FRT Scania - 1 Unit

II. Kenderaan Utililti - 1 Unit

III. Bot Fiber - 1 Unit

SENARAI NAMA DAN NO. TELEFON PENTING

Senarai nama & no. telefon penting pegawai serta agensi
yang perlu dihubungi dimasukkan ke dalam inventori
perhubungan untuk memudahkan komunikasi.

CARTA ALIRAN KOMUNIKASI

● JBPM mempunyai saliran komunikasi sendiri bagi
memantau pergerakan anggota dalam setiap operasi
(GIRN, Faks dan Telefon Bimbit)

● Guna rangkaian komunikasi ini semaksimum mungkin
bagi melincinkan pengurusan bencana ini yang
berlaku atau mungkin berlaku.



ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN
PENGENDALIAN BENCANA BANJIR

❖ Tiga bidang utama JBPM dalam tindakan pengurusan
& pengendalian bencana banjir :

➔ Mencari dan menyelamat
➔ Perpindahan Mangsa Banjir
➔ Bantuan kecemasan, perubatan & kebajikan.

ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN
PENGENDALIAN BENCANA BANJIR

❖ Mengadakan mesyuarat persiapan banjir dan
memberi taklimat kepada semua anggota akan SOP
yang diwujudkan bagi pengurusan bencana banjir.

❖ Menyemak kelengkapan dan sumber-sumber yang
ada pada logistik sendiri dan sumber-sumber yang
ada di agensi-agensi lain.

ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN
PENGENDALIAN BENCANA BANJIR

❖ Mengatasi kekurangan dan kelemahan secara
pro-aktif dan agresif seperti memohon bantuan ibu
pejabat, zon dan balai-balai berdekatan bagi
mendapat sokongan dan tindakan penambaikan.

❖ Bekerjasama rapat dengan MKN (Negeri) dan MKN
(Daerah) setiap masa dalam hal-hal pengurusan
bencana banjir.

ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN
PENGENDALIAN BENCANA BANJIR

❖ Membuat catatan dan mengisi laporan gerak kerja
pengurusan banjir kawasan jagaan mengikut
kronologi peristiwa dalam buku harian atau operasi.

❖ Melapor kepada PGO setiap perkembangan
pengurusan banjir di kawasan yang terlibat dari
semasa ke semasa.

ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN
PENGENDALIAN BENCANA BANJIR

❖ Membuat post-mortem bagi menilai kelemahan dan
kekurangan pengurusan banjir di balai dari semasa ke
semasa serta mengambil tindakan pembetulan dan
langkah penambahbaikan di mana perlu.

CHECKLIST MAKLUMAT PENTING

❖ Maklumat Geografi
- Kawasan sering dilanda banjir
- Kawasan berpontensi banjir

❖ Maklumat Demografi
- Bilangan penduduk
- Kumpulan umur penduduk

❖ Maklumat Logistik
- Bilangan Kenderaan Darat
- Bilangan Kenderaan di Air

CHECKLIST MAKLUMAT PENTING

❖ Maklumat Pusat Pemindahan
- Bilangan dan Lokasi
- Kapasiti Muatan
- No. perhubungan pegawai penjaga

❖ Perancangan & Tindakan
- Sebelum
- Semasa
- Selepas

❖ Bantuan Tambahan Jika Perlu

PENUTUP

Dengan wujudnya Pelan Kontigensi ini, diharapkan
segala perancangan dan pengurusan keselamatan dan
bencana banjir akan dapat diuruskan serta dapat
ditangani dengan cepat dan lancar.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version