The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fakrul Hafifi, 2022-05-10 15:16:55

E-folio Kumpulan 6

E-folio Kumpulan 6

TAJUK : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN

KELAS: DEE2S3

PENSYARAH: PUAN SITI KHATIJAH BINTI SAID
KOD KURSUS: MPU21032

NAMA NO. MATRIKS

MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN RAHANOOR 13DEE21F1022
MUHAMAD FAKRUL HAFIFI BIN SUHAIMI 13DEE21F1003
HAIKAL DANIAL BIN NOR HAZANE 13DEE21F1016
AHMAD IQHWAN SHAH BIN ZUKRI 13DEE21F1106

1

KANDUNGAN
1. OBJEKTIF….............................................................................................................3
2. PENGENALAN….....................................................................................................4
3. DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN..................................................... 5
4. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN...............................................6
5. SURUHANJAYA REID…....................................................................................... 7
6. KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN...................................................... 8
7. TUJUAN PERLEMBAGAAN................................................................................. 9
8. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN.............................................................................. 10
9. PINDAAN PERLEMBAGAAN...............................................................................11
10. PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBANGAN MALAYSIA…............12
11. CABARAN SEMASA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.......................... 15
12. KESIMPULAN......................................................................................................... 16
13. LAMPIRAN............................................................................................................... 17
14. RUJUKAN................................................................................................................. 18

2

OBJEKTIF
1. Memahami maksud keluhuran dan peruntukan-peruntukan

utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan.
2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di

Malaysia
3. Menganalisis isu semasa perlembagaan.
4. Memahami sistempemerintahan negara,demokrasi

berparlimen ,raja berperlembagaan ,pengasingan kuasa
dan pilihan raya.

3

PENGENALAN
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi
peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada
pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.Kebanyakkan negara di
dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk
Malaysia,iaitu prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan
dikanunkan dalam satu dokumen .Namun terdapat juga perlembagaan
dalam bentuk tidak tertulis,iaitu sejenis perlembagaan yang tidak
dikanunkan di dalam satu dokumen.Di dalam bab ini dijelaskan tentang
sejarah penggubalan Perlembagaa Malaysia, konsep keluhuran
perlembagaan,peruntukan utama dalam perlembagaan,kontrak sosial
dan sistem pemerintahan negara.
Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasianolisme
melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik etnik lain yang berunding
sesame mereka dan dengan sultan negeri-negeri dan
british.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan
dalam kalangan melayu dan bumiputera,Orang asli dan juga etnik -etnik
lain.Selain itu , perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme
anak watan dan keperluan masyarakat etnik yang sivil.Pengalaman
pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk
membina negara moden Malaysia.Kpentingan setiap rakyat ,negeri dan
kumpulan minority diambil kiran dan dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang setiap negeri.

4

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan .Paada
31 ogos 1957 , Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan buat kali
pertama.Kemudian , diperkenalkan pula sebagai perlembagaan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia pada 16 Septmeber 1963. Perlembagaan ialah dokumen
yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan
dan kewujudan sebuah negara dan sistem politiknya.Perlembagaan menjadi sumber
kepada undang-undang dalam negara berkenaan.Semua undang-undang lain tidak
boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan dan jika
bertentangan , maka undang-undang perlembagaan yang lebih unggul diterimapakai
sebagai undang-undang yang lebih utama.Secara ringkasnya , perlembagaan
persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif ,legislative,kehakiman , kedudukan
islam ,kewarganegaraab ,bahasa kebangsaan ,kedudukan istimewa orang melayu
,bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Selain itu, perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi
peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan
pertimbangan suasana muhibah , penerimanya yang murni dan kesefahaman antara
rakyatnya.Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah
dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah ,perkembangan tradisi sesuatu
negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu :

i.Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan
negara.
ii.Kerangka asas yang membentuk dan memandu system pemerintahan
sesebuah negara.
iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undan-undang lain di
dalam negara
iv.Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.
v.Mengawal pemerintahan dan yang diperintah dalam mempertahankan
kewujudan dan kesinambungan negara.

5

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Pada tahun 1954,rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah
Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari
1956 ,Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali
kedua bagi membuat rundingan berkenaan Tarikh kemerdekaan untuk
negara serta membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan
Persekutuan .Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6
Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional Conference
1956.Hasil daripada konferensi ini ,Brtain bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya
bebas untuk membentuk Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu.

6

SURUHANJAYA REID
Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk merangka
dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Suruhanjaya ini diketuai
oleh Lrd William Reid (Hakim Mahakamah Rayuan Engaland) dan dianggotai oleh
empat orang ahli dari negara komanwel iati Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari
Britain).Sir William Mckell (ahli politik dari Australia) ,Tuan B.S Malik (ketua hakim
mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid(hakim mahkamah Pakistan).Ahli
yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjay Reid telah dipersutujui oleh Majlis
Raja-Raja fan Menteri Perikatan.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut .mereka dibekalkan dengan terma
rujukan yang berikut :

i. Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
ii. Mengambil kira kedudukan Raja Melayu.
iii. Syor supayaperlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen
iv. Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan :

1. Kerajaan pusat yang kuat
2. Memelihara kedudukan dan martabat Raja berperlambagaan.
3. Memilih seorng ketua negara (YDPA) dalam kalangan Raja-raja

melayu.
4. Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh persekutuan .
5. Kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain.

Lord Reid telah melawat tanah melayu pada mei 1956,manakala ahli suruhanjaya
yang lain adalah pada jun 1956 untuk memulakan tugas mereka .Suruhanjaya Reid
telah meminta pandangan dan pendapat secara langsung daripada semua peringkat
masyarakat.Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara Jun hingga Disember
1956 dan 31 memorandum telah diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja
melayu ,parti politik ,pertubuhan dan orang perseorangan.Memorandom daripada
parti perikatan menjadi rujukan asas bagi penyediaan laporan oleh suruhanjaya ini.

7

KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia
yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian
perlembagaan atau ketertinggian undang-undang. Keluhuran
Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukanya sebagai undang-
undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YPDA) serta sistem
pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan.

Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikanya
sebagai perlindung kepada rakyat. Badan kehakiman ialah badan yang
bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang

8

TUJUAN PERLEMBAGAAN

Tujuan Keterangan
Mewujudkan pemerintahan
yang adil  Perlembagaan Persekutuan digubal
berdasarkan tolak ansur dan
Mengelakkan permuafakatan kaum
penyalahgunaan kuasa serta
mengawal pergerakan  Memastikan keadilan ekonomi antara
kerajaan dan rakyat kaum tetapi turut memelihara hak
istimewa orang Melayu serta Bumiputera
Menjaga keamanan dan Sabah dan Sarawak
kestabilan negara
 Pembentukan integrasi kaum yang
bersatu padu dan setia kepada negara

 Yang di-Pertuan Agong serta sistem
pemertihan kerajaan yang terdiri daripada
badan perundungan, kehakiman dan
eksekutif juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan

 Perlembagaan Persekutuan merupakan
panduan dalam pemerintahan dan
tindakan pemerintah adalah berdasarkan
kepada Perlembagaan

 Perlembagaan Persekutuan manjamin
keadilan, kecekapan dan ketelusun dalam
sistem pentadbiran dan pemerintahan

 Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan
yang menjamin kerjasama antara
kerajaan negeri dan persekutuan

 Sekatan-sekatan dalam Perlembagaan
yang membataskan kebebasan individu
akan menjamin keamanan dan kestabian
negara serta mengekalkan perpaduan

 Pindaan terhadap Perlembagaan tidak
boleh dibuat dengan sewenang-
wenangnya

 Perubahan pemimpin selepas pilihan raya
tidak mengubah corak pemerintahan

 Rakyat mendapat jaminan undang-
undang serta tiada diskriminasi dalam
perlembagaan

9

Alat rujukan bagi  Hukuman kepada individu yang
menyelesaikan masalah melakukan kesalahan adalah rujukan
dalam perlembagaan
Mengekalkan identiti
negara/menjamin keutuhan  Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-
dan kedudukan negara undang yang bertentangan

 Unsur-unsur tradisi dan perkara utama
dalam Perlembagaan Persekutuan akan
menjamin riwayat negara bangsa serta
mengekalkan nilai dan identiti masyarakat
Malaysia

Ciri-ciri Perlembagaan
Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut:

a) Kestabilan dalam pemerintahan - Pemerintahan malaksanakan tatacaralazim
yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam
pembangunan negara.

b) Tanggungjawab ke atas rakyat - Permintaan rakyat merupakan panduan bagi
kerajaan untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan
disampaikan melalui saluran yang betul.

c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.

d) Pembahagian kuasa - Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan perlaksana
dasar

e) Kerajaan bersifat terbuka - Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara
dan pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat
maklum.

10

Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Tujuan sesuatu pindaan
adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara,
melicinkan urusan negara, memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan
semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati serta
pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan yang
besar pernah dibuat terhadap Perlembagaan Malaysia adalah berkaitan dengan
pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan raja yang memrintah negeri
daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993. Namun, terdapat beberapa perkara
yang tidak boleh dipersoalkan, iaitu:

i. Agama islam sebagai agama Persekutuan
ii. Kedudukan isitimewa Raja-raja Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
iv. Soal kerakyatan

Kaedah Perkara Butiran Contoh isu

1 Perkara 159 (1) Melalui sokongan  Pindaan kepada jadual
tertentu dalam Bahagian
& (4) majoriti mudah ahli III Perlembagaan
(peruntukan tambahan
Parlimen yang hadir kewarganegara)

2 Perkara 159 (3) Melalui sokongan  Kemasukan atau
majoriti 2/3 ahli penggabungan negeri-
Parlimen negeri dengan
Persekutuan
3 Perkara 159 (5) Melalui sokongan
majoriti 2/3 ahli  Bentuk-bentuk sumpah
Parlimen Malaysia dan dan ikrar
perkenan daripada
Majlis Raja-Raja  Pindaan 74 dan 76
berhubung pembahagian
kuasa badan
perundangan

 Perkara yang tiada dalam
3 kaedah pindaan yang
lain

 Kedudukan Raja-raja
 Kedudukan istimewa

orang Melayu dan
Bumiputera sabah dan
Sarawak
 Kewarganegaraan
 Bahasa Kebangsaan
 Perubahan sempadan
negeri

11

4 Perkara 161 Melalui sokongan  Melibatkan kepentingan

majoriti 2/3 ahli Sabah dan Sarawak

Parlimen serta  Bahasa, agama dan

persekutuan Yang di- kedudukan istimewa

Pertua Negeri Sabah Bumiputera Sabah dan

dan Sarawak Sarawak

Peruntukan Utama dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan utama dalam Perlembagaan terbahagi kepada lima perkara:

Peruntukan Utama Perlembagaan

Kedudukan Kedudukan Hak Istimewa Kewargan Hak Asasi
Bahasa Agama Islam Orang egaraan Manusia
Melayu Melayu

Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa melayu merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Bahasa Melayu digunakan secara meluas
bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat, perundungan dan kehakiman di
negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya sebelum Perang
Dunia Kedua lagi. Perkara 152 menegaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan bagi negara. Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi.
Namun, bahasa selain bahasa Melayu mestilah tidak dilarang untuk digunakan. Peruntukan
Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupan dalam keadaan darurat, hal-
hal yang berhubung dengan bahasa Melayu adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya
bahasa rasmi tunggal.

Kedudukan Agama Islam
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan,
tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan hormoni di mana- mana bahagian
Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua
Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang di-Pertua Agong akan bertindak sebagai
Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
(Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur) bagi mewakili Raja-raja Melayu.

12

Hak Istimewa Orang Melayu
Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dinyatakan dalam perkara 153(1)
Perlembagaan Persekutuan. YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan
orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Hak istimewa orang Melayu
merujuk kepada tiga perkara utama, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan
pendidikan. Perlembagaan Persekutuan mentarifkan orang Melayu sebagai:
a. Serorang yang beragama islam
b. Bertutur menggunakan bahasa Melayu
c. Mengamalkan adat budaya Melayu
d. Lahir sebelum hari merdeka sama ad di Tanah Melayu atau Singapura, atau

seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari
merdeka.

Hak Kewarganegaraan

Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegara Malaysia

melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran dan melalui percantuman wilayah

situasi Syarat Kelayakan

Warganegara Persekutuan 1957  Memperoleh kewarganegaraan
secara pendaftran atau naturalisai

Lahir antara 31 Ogos 1957 - Oktober  Ibu bapa warganegara atau
1962 permastautin

Lahir di Persekutuan pada atau selepas  Bapa warganegara atau berkhidmat
kemerdekaan
dengan kerajaan Persekutuan
 Kelahiran didaftar dengan Pejabat

Konsul Persekutuan

13

Hak Asasi

Hak asasi ialah perkara asa yang perlu dinikmati oleh rakyat. Perlembagaan

Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesuian dengan fitrahnya

sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan yang diberikan. Istilah

“Kebebasan Asasi” yang diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang

diberikan kepada rakyat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sembilan asasi:

Perkara 5  Kebebasan diri

Perkara 6  Keabdian dan kerja paksa dilarang

Perkara 7  Perlindungan daripada undang-
undang jenayah kuasa kebelakang
dan perbicaraan berulang

Perkara 8  Kesamarataan

Perkara 9  Larangan buang negeri dan
kebebasan bergerak
Perkara 10
 Kebebasan bercakap, berhimpunan
Perkara 11 dan berpersetuan
Perkara 12
Perkara 13  Kebebasan beragama

 Hak terhadap pendidikan

 Hak terhadap harta

14

Cabaran Semasa Perlembagaan Persekutuan
KEGIATAN SUBVERSIF
-Tafsiran yang umum berkaitan kegiatan subversif dalam Perlembagaan
Persekutuan berdasarkan keperluan semasa.
KONTRAK SOSIAL
-Persetujuan tidak termaksub dalam Perlembagaan Persekutuan yang
diterima orang Melayu dan bukan Melayu.
ISU PENDIDIKAN
-Mengekalkan keharmonian pelaksanaan sekolah kebangsaan dan
vernakular
PERPADUAN
-Isu isu sensitif perkauman yang ditimbulkan oleh pelampau yang rasis

15

KESIMPULAN
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara.Perlembagaan
Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan ,sistem
politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan
kepada rakyat.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan
kaum di Malaysia .Permuafakatan sosial yang dipersutujui sewaktu menggubal
perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada
ketika itu . Oleh itu , ketinggian perlembagaan seharusnya dijunjung bagi
mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.Perlembagaan juga
menjadi dasar kepadapembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di
Malaysia.Konsep pengasingan kuasa pemerintahan kepada badan perundangan
,pentadbiran dan kehakiman yang diketuai oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah
kuasa perlembagaan adalah bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran
negara.Peranan Raja Berperlembagaan pula ialah mengekalkan kesinambungan
sejarah dan tradisi negara di dalam perlembagaan .Pemerintahan sebegini
membezakan Malaysia dengan negara lain.Perlembagaan yang menggambarkan
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.

16

LAMPIRAN
Penggubalan
Perlembagaan

17

RUJUKAN
1. https://www.slideshare.net/drarematt91/bab-4-perlembagaan-persekutuan-tiang-

seri-hubungan-etnik
2. https://www.slideshare.net/akmalamethyst/bab-4-perlembagaan-persekutuan-

tiang-seri-hubungan-etnik-46708355
3. http://fokus.my/tiang-seri-kepada-perlembagaan-persekutuan/
4. http://perlembagaanmalaysia2016.blogspot.com/2016/03/suruhanjaya-reid.html
5. http://tasyalia21.blogspot.com/2020/10/perlembagaan-sebagai-tapak-

integrasi.html?m=1

18


Click to View FlipBook Version