The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9924265, 2022-07-08 07:43:20

Pakaian Tradisional di Malaysia

Pakaian Tradisional di Malaysia

Pakaian Tradisional

di Malaysia

Nama : Nur Atirah Binti Abu
Dzarr

Kelas : 3 Asyaari

ISI KANDUNGAN

Definisi Pakaian 1
Pakaian Tradisional Melayu 2
2
Lelaki 4
Wanita 6,7
Pakaian Tradisional Cina

& India 6
Wanita 7
Lelaki

Definisi Pakaian

Istilah pakaian mempunyai makna
yang begitu luas takrifannya.
Pakaian daripada aspek tersiratnya
mencerminkan adab dan perilaku
masyarakat pemiliknya. Dalam
tradisi budaya, pakaian dikaitkan
dengan upacara dan adat istiadat.

1

Pakaian Tradisional
Melayu ( Lelaki )

Peringkat awal perkembangan pola Baju Melayu Teluk
Belanga adalah berpotongan singkat dan kecil, kemudiannya
dilabuhkan dan dibesarkan oleh Temenggung Tun Hassan
seperti yang diperihalkan dalam teks Sejarah Melayu. Pakaian
baju Melayu terdiri daripada baju, seluar dan samping serta
pemakaian penutup kepala antaranya seperti tengkolok dan
songkok.

Capal Baju Sikap

Lazimnya capal Baju Sikap berleher
disarung sebagai alas cekak musang

kaki bagi dengan pemakaian
melengkapkan cara satu butang. Anak
baju di bahagian
berpakaian. dalam dipadankan
dengan baju sikap
berpotongan lurus
dengan belahan di

hadapan.

2

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga dengan
pemakaian satu butang sebagai

pelengkap gaya. Pemakaian kain atau
samping di bahagian luar turut dikenali

sebagai kain dagang luar.

Baju Melayu Cekak Musang 3

Baju Melayu Cekak Musang dengan
pemakaian lima butang sejajar.
Pemakaian samping diikat ke tepi
dengan keris hiasan disisip di
hadapan.

Tengkolok

Tengkolok digubah daripada
sebidang kain persegi yang
dilipat, disusun, dibentuk dan
diolah dengan pelbagai gaya.

Pakaian Tradisional
Melayu ( Wanita )

Baju Kebaya Baju Kurung Kedah

Baju Kebaya berbelah di bahagian Baju Kurung Kedah dengan leher

hadapan dikemaskan dengan teluk belanga diperindahkan

pemakaian kerongsang ibu dengan perhiasan kalung papan

dan anak tiga sejajar. Wanita di dada. Baju dipadankan dengan

tampil anggun diserikan dengan kain lipatan bertangkup atau

perhiasan cucuk sanggul di kepala. berselisih di hadapan.

Cincin 4

Sebentuk cincin diikat dengan batu
pertama atau cincin belah rotan yang

begitu halus ukirannya.

Baju Kurung Cekak Musang

Baju Kurung Cekak Musang
dengan pemakaian tiga butang di
dada. Pemakaian diperindahkan
dengan sanggul lintang sebagai

perhiasan di kepala.

Gendik

Perhiasan yang dipakai
pada bahagian dahi yang

turut dikenali sebagai
pemanis dahi.

Pending

Pending merupakan kepala tali
pinggang bagi golongan lelaki

atau wanita yang digayakan
dengan sarung atau samping.

Sanggul Limtang

Sanggul lintang berbunga
getar yang diubah suai
lebih ringkas.

5

Pakaian Tradisional Cina
& India ( Perempuan )

Ceongsam Ceongsam iaitu pakaian wanita
kaum Cina mempunyai potongan
labuh atau singkat berkeruk di sisi
serta berbelah tepi. Bahagian leher
mempunyai persamaan dengan pola
cekak musang yang diperindahkan
dengan susunan butang dalam
kedudukan serong di dada. Jenis

fabrik yang sering digunakan
adalah daripada sutera atau broked.

Sari

Sari merupakan penggayaan 6
pakaian wanita kaum India
dengan menggunakan kain ela
bersaiz antara 5.5 sehingga 6
meter panjang. Cara melilit kain
memerlukan kemahiran agar
lilitan yang membalut tubuh
tanpa jahitan kelihatan rapi dan
kemas bagi pemakaiannya.

Pakaian Tradisional Cina
& India ( Lelaki )

Samfu

Samfu terdiri daripada
padanan baju dan seluar
yang digayakan oleh lelaki
kaum Cina. Pakaian ini
mempunyai belahan di
bahagian hadapan yang
diperkemaskan dengan

pemakaian kancing.

Doti

Doti merupakan sehelao kain

panjang yang dipakai oleh lelaki

kaum India secara melilit di

pinggang menggunakan teknik

ikatan tertentu. Doti juga

digayakan dengan potongan baju

yang bervariasi. Selempang yang

dikenali sebagai thundu diletakkan

di bahu. 7


Click to View FlipBook Version