AMALAN NILAI MURNI MURID-MURID SeBuYong 2019
NILAI TERAS
1. BERTANGGUNGJAWAB
2. KASIH SAYANG
3. HORMAT- MENGHORMATI
4. KEBAHAGIAAN
1. BERTANGGUNG JAWAB – Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
2. KASIH SAYANG - Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
3. HORMAT=MENGHORMATI - Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial
4. KEBAHAGIAAN – Keadaan hidup yang aman damai serta gembira
NILAI TERAS BERDASARKAN LIMA DOMAIN AMALAN NILAI MURNI
1. DIRI
2. KELUARGA
3. KOMUNITI
4. NEGARA
5. EKOSISTEM
PEMBAHAGIAN MINGGU BERDASARKAN DOMAIN
DOMAIN MINGGU
DIRI 6
KELUARGA 6
KOMUNITI 6
NEGARA 1
EKOSISTEM 3
JUMLAH 22
ITEM DOMAIN AMALAN NILAI MURNI
BULAN MINGGU NILAI TERAS SEKOLAH RENDAH
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab DOMAIN ITEM
Domain Diri DOMAIN
JANUARI Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang
Domain Diri Setiap Murid Mesti
Minggu Pertama dan Kedua Hormat-Menghormati Domain Keluarga Mempunyai Matlamat
FEBRUARI Minggu Ketiga dan Keempat Kebahagiaan Belajar
Sentiasa Mengutamakan
Keselamatan
Hormati Ibu bapa
Domain Diri Kesederhanaan
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab Domain Diri Menjaga Kebersihan Diri
Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang
MAC Domain Ekosistem Flora dan Fauna
Minggu Pertama dan Kedua Hormat-Menghormati Domain Keluarga Hormat Kepada Keluarga
Minggu Ketiga dan Keempat Kebahagiaan
APRIL Domain Diri Keikhlasan
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab Domain Keluarga Tanggungjawab Terhadap
MEI Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang Domain Komuniti Keluarga
Peka Terhadap Komuniti
SEKOLAH RENDAH
BULAN MINGGU NILAI TERAS DOMAIN ITEM
DOMAIN
Minggu Pertama dan Kedua Hormat-Menghormati Domain Komuniti Menghormati Guru
Minggu Ketiga dan Keempat Kebahagiaan
JUN Domain Keluarga Berterima Kasih Kepada Ibu
Domain Komuniti Bapa
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab
Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang Menghargai masa
JULAI Domain Ekosistem Kelestarian Alam
Minggu Pertama dan Kedua Hormat-Menghormati Domain Komuniti Menghormati Jiran
Minggu Ketiga dan Keempat Kebahagiaan
OGOS Domain Komuniti Ramah Mesra
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab Domain Ekosistem Menjaga Kebersihan
SEPTEMBER Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang Kawasan Sekolah
Domain Negara Cinta kepada Negara
OKTOBER Minggu Pertama dan Kedua Hormat- Menghormati Domain Komuniti Memberi Sokongan Kepada
Minggu Ketiga dan Keempat Kebahagiaan Domain Keluarga Rakan
Prihatin kepada Keluarga
Minggu Pertama dan Kedua Bertanggungjawab Domain Diri Jujur
NOVEMBER Minggu Ketiga dan Keempat Kasih Sayang
Domain Keluarga Menyayangi keluarga
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Dua nilai teras dilaksanakan setiap bulan
2. Manual dibaca setiap kali perhimpunan rasmi sekolah
3. Melaksanakan tema dan aktiviti mengikut turutan dalam manual
4. Aktiviti pengukuhan nilai dilakukan di dalam kelas
5. Setiap aktiviti dalam perhimpunan tidak melebihi 10 minit
PENINGKATAN NILAI
KESEDARAN KEFAHAMAN AMALAN PEMBUDAYAAN
CONTOH
JANUARI
Minggu Pertama dan Kedua
Domain Diri; Kesanggupan dan kesungguhan setiap individu untuk meningkatkan kecemerlangan dan fokus mencapai cita-cita.
Tajuk : “Rajin Seperti Semut”
Semut haiwan yang rajin. sifat rajin. Saya yakin murid-murid sudah biasa melihat semut, serangga kecil .
Haiwan kecil ini memberi contoh sistem kerja yang sangat efektif. Semut sangat rajin dan berdisiplin, tidak pernah diam, selalu
berjalan ke sana ke mari mencari makan. Mereka hidup berkumpulan, terdapat semut peninjau yang berfungsi sebagai pencari
sumber makanan. Dia akan meninggalkan jejak berupa feromon (bau) di sepanjang perjalanan sebagai panduan kepada semut lain
sekiranya mereka terjumpa sumber makanan. Begitulah cara semut berinteraksi dengan koloninya( kumpulannya).
Di sebalik kelemahan semut yang sangat kecil, tersembunyi kekuatan yang luar biasa. Semut boleh mengangkat beban melebihi berat
badannya. Haiwan ini juga menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerjanya.
Cuba fikirkan bagaimana kita boleh mencontohi haiwan kecil ini dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai kejayaan? (Berikan
masa untuk murid berfikir)
Pertama : Kita hendaklah mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.
Kedua : Rajin berusaha secara bersungguh-sungguh contohnya mengulangkaji pelajaran.
Ketiga: Sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mendapatkan ilmu.
Keempat: Tidak mementingkan diri sendiri contohnya tidak berkongsi nota atau catatan.
Manusia diciptakan dengan kelebihan bahkan lebih hebat berbanding makhluk yang lain.
Kita mestilah tidak mudah mengeluh atau berputus asa. Justeru, satu amalan berterusan yang perlu kita semua dilaksanakan mulai
hari ini iaitu amalan membaca buku selama 10 minit pada setiap hari. Amalan ini perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab
terhadap diri sendiri dalam usaha untuk mencapai kejayaan atau cita-cita yang dihasratkan. Ada pepatah menyebut : “Genggam bara
api biar sampai menjadi arang.”
Lagu cadangan untuk diperdengarkan kepada murid:
Semut Berkawad (Didi and Friends)
https://www.youtube.com/watch?v=0MHa0MiAf18
Perdengarkan lagu Semut Berkawad
Bersoal jawab dengan murid selepas nyanyian.
Amalan Berterusan 2019:
Murid dan guru membaca buku 10 minit pada setiap hari.